SARAWAK | KUCHING : PART 2 - KENA SAMAN SALAH PARKING + MEE KOLOK DAN LAKSA SARAWAK SEDAP DI SERAPI CORNER + SHOPPING DI SERIKIN | SITI.YANG.MENAIP

SARAWAK | KUCHING : PART 2 - KENA SAMAN SALAH PARKING + MEE KOLOK DAN LAKSA SARAWAK SEDAP DI SERAPI CORNER + SHOPPING DI SERIKIN

/
76 Comments
November 16, 2014

CUTI-CUTI MALAYSIA / JALAN-JALAN KE KUCHING SARAWAK

Entri sebelumnya diSINI.

KUCHING SARAWAK : KENA SAMAN SALAH PARKING + MEE KOLOK DAN LAKSA SARAWAK SEDAP DI SERAPI CORNER  + SHOPPING DI SERIKIN. Waktu Subuh di Sarawak awal sedikit dari waktu di Semenanjung. Jangan nak baloq liat sangat nak Subuh gajah. Pukul 5.30AM dah kena bangun solat. Kiranya kalau dah terbabas tu 6.15AM kira ampun lagi. More than that sila buat solat sunat taubat sekali. Uiiish mata memang tak yah ceritalah liat macam mana nak buka. Alarm bunyi pun dengar sayup-sayup saja. But MamiZ seperti biasa akan buat wake up morning call nak make sure anak dia bangun sembahyang. Besar dah anak mak ni tapi suka sangat nak buat. Then kami siap-siap and by 7.15AM kami dah keluar untuk meneruskan misi jalan-jalan di Kuching Sarawak. Hari ini ada beberapa tempat-tempat menarik yang bakal kami terjah. Kami akan ke UNIMAS untuk ambil kawan aku dan sama-sama nanti pergi jalan-jalan. Semua tempat-tempat yang ingin dituju dah kami bincangkan hari sebelumnya jadi marilah kita mulakan perjalanan. Matahari dah mencanak naik sebenarnya. Kalau kat semenanjung waktu-waktu cemni langit sayup-sayup lagi. Menapak ke kereta and DAMN !! Aku nampak ada surat cinta terselit di windshield. 

KENA SAMAN SALAH PARKING DI KUCHING

Aduhai baik punya permulaan hari tengok dapat surat saman salah parking dari Encik Polis. Bila aku belek balik sebenarnya saman tu bertarikh semalamnya pukul 4.00PM. Aku dengan Shu happily menapak ke Kuching Waterfront. Ini bukan saman majlis perbandaran. Aku dikenakan Kesalahan (1) and aku baca description - Mengganggu lalu lintas traffic. Tercengang aku disitu sebab obviously aku parking di kotak parking yang disediakan. Puas aku pandang kereta dan kawasan parking. Seriously kena saman sebab parking dalam kotak parking. Well I am not stupid sampai tak tahu kotak parking macam mana. Aku ada enam tahun pengalaman driving kot. Tak kan tak tahu. I know the fact tak boleh parking kat line kuning ke junction ke apa ke.. Ganggu lalu lintas apanya sebab aku memang masuk petak parking. Aku dah double check dengan staff Tune Hotel lagi sama ada boleh park depan hotel ke tidak. Nak complain lebih pun Encik Polis bukan ada situ. Kalau snap gambar pun dia boleh cakap aku menipu alih kereta. Staff cakap memang boleh sebab ada petak. Huuuuish terus turn off okay mood dipagi hari yang ceria. Aku drive ke UNIMAS nak ambil kawan aku dengan hati yang sedih sayu. Siap Google lagi akta kesalahan berapa nak kena leburkan. Dahlah budget holiday ciput saja then kena saman pula. Kena pula settle dalam masa tujuh hari setelah disaman. Aku tengah riang ria mood holiday boleh pula dapat surat cinta. Hancur berkecai tapi nak tak nak kena teruskan juga rancangan berjalan-jalan. Jauh dah sampai dari semenanjung tak akan aku biarkan mood rosak begitu saja. Selesai ambil member di UNIMAS. Bagus sebab kawan aku tolong drive. Aku duduk rilex saja. Bukan tangki kereta saja kena isi tangki perut pun penting. Mission adalah untuk mencari makanan tradisional Sarawak yang lain and famous iaitu Mee Kolok. Kalau ke Sarawak memang tidak lengkaplah kalau tak try. Dari UNIMAS di Kota Samarahan kami menghala ke Serapi. Aku ikut saja mana kawan aku bawa.

MEE KOLOK DAN LAKSA SARAWAK SEDAP DI SERAPI CORNER

Dalam setengah jam jugalah perjalanan dari Kota Samarahan ke Serapi. Permandangan luar tingkap biasa saja tak ada yang outstanding. Kami pilih kedai makan yang ada di sepanjang perjalanan untuk ke Serikin. Mana-mana saja janji dapat makan sedap. Kedai penuh full house ramai orang datang. Antara tanda makanan yang disediakan adalah sedap. Kami terus cari tempat duduk dan belek menu. Yes ada Mee Kolok dan Laksa Sarawak.. Pagi-pagi hari pun dah disediakan menu-menu special ini.



Laksa Sarawak RM5.50.

Mee Kolok RM4.00.

Serapi Corner.

Akhirnya bertemu juga kami dengan makanan yang dinanti-nantikan. Laksa Sarawak dan Mee Kolok yang super famous di Sarawak. Aku order Laksa Sarawak and Shu order Mee Kolok. Nanti memasing boleh tukar dan share. Dedua sedap and menjilat jari sangat. Aku vote Mee Kolok lagi sedap dari Laksa Sarawak tapi Laksa Sarawak lagi sedap dari Laksa Penang. Hahahaha sebab aku tak suka laksa sebenarnya. Laksa Sarawak tak tahulah nak describe macam mana. Sedap saja ditekak aku. Selesai makan kami teruskan perjalanan ke Serikin. Wajib untuk semua orang yang ingin travel ke Sarawak memasukkan Serikin di dalam list tempat-tempat menarik yang perlu diterjah. Serikin berada berdekatan dengan sempadan Malaysia-Indonesia. Rata-rata ketika aku buat research majoriti mengatakan bahawa cuaca di Serikin sangat panas. Memang berpeluh-peluh jadinya. Syukur yang amat buat kami sebab sepanjang di ke Serikin mendung sentiasa. Even kawan aku pun tak pernah rasa cuaca mendung di Serikin. Tapi mendung means tidak panas terik tapi bahangnya tetap terasa.

SHOPPING DI SERIKIN SARAWAK

Hampir dua jam perjalanan dari Kuching ke Serikin. Kalau banyak lori atas jalan menyiput sikit memandu sebab jalanraya agak sempit dan tak elok sangat. Kalau nak rempit pun fikir-fikirkan juga sudahlah bawa kereta sewa. Pelan-pelan sudah asalkan sampai dengan selamatnya. Sila gerak awal sebab Pasar Serikin hanya dibuka sampai around 1.00PM saja. Di Serikin ada Pasar Serikin yang betul-betul terletak di sempadan Malaysia-Indonesia (Siluas). Tapi tak nampak pun kawasan border yang ada hanyalah kedai-kedai menjual barangan tempatan. By tengah hari diorang dah start packing packing dah. Disini yang selalu orang borong adalah kain batik Sarawak dan products dari Indonesia. Dijual dengan harga yang sangat murah berbanding di Kuching. Selesai kami borong souvenirs untuk ahli-ahli keluarga. Puas hati dengan kualiti sebab kemas dan cantik walaupun harganya murah. Selain itu, ada juga buah-buahan dan makanan tempatan. Yang mana rasa nak cuba street food atau local cuisine bolehlah cuba. Mungkin masa kami pergi kesana tengah musim limau, banyak sangat lambakan limau dan manis. Puas hati membeli..






Kalau nak beli perabot pun tak ada masalah. Ada perkhidmatan pos ke Semenanjung. Sediakan duit sahaja. Barangan yang terjual majoriti adalah barangan kraftangan dan kain batik. Kain batik tu termasuklah kain batik sarung dan kain batik ela. Kalau nak borong sila borong disini sebab harganya murah. Di Kuching harga akan jadi dua kali ganda. Trust me sebab aku dah compare the prices. Terbeliak mata dengar harga yang peniaga letak di Kuching Waterfront. Kalau berkesempatan ke Serikin silalah beli disini. Pasar Serikin beroperasi Sabtu Ahad saja ya. Design adalah pelbagai. Kena pandai bezakan corak batik Borneo dengan corak batik Indonesia. Tapi perbezaan jelas. Sekali tengok tau mana dari Indonesia mana yang corak Borneo. Sakan kami bershopping. Peluh sakan pun kesat jugalah. Rambang mata dengan design-design kain yang menarik. Selesai kami memborong apa yang patut terus kami gerak ke destinasi seterusnya. Mencabar sungguh.. I was not ready for it.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

76 comments:

  1. Hat yg kena saman tu mmg spoil the mood la..pastu apa jd..p byr saman tu jg ke?

    Kt pasar tu best...cuci mata..kalo byk duit lg byk benda nk beli smp lebih muatan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit hati sampai sekarang. dok trbayang duit yang melayng tu. kenalah bayar T.T

      murah murah saja kak.. majoriti mmg kain batik n kain ela 2m/4m untuk buat baju kurung. CT pun tergoda so rembat sikit hihi.. kat kuching mahai..

      Delete
  2. spoil mood ja kan dah kena saman pulak.
    laksa dengan mee kolok tu nampak sedap.
    pasar serikin tu macam pasar pagi la ya, sebab tutup tengahari. hehe
    kasi lah tips sikit macam mana nak tau beza batik borneo dengan indon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. spoil sangat tau Cik Fafa tapi apakan daya. kena bayar jugak. yup pasar tu by tengah hari da tutup. sebabnya tempat tu panas sangat jadi pepagi okay lagi kot.

      owh aaa okay nanti insyallah CT sharekan perbezaannye eh. well tak adalah contoh yang ketara tapi boleh la kot diusahakan.

      Delete
  3. Nampak makanan aje ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaks i loike ur statement. nak update entry pun sendiri telan air liur tengok gambar ^^

      Delete
  4. Yeah..siti rasa juga mee kolok tu..sedap kan dan wana setuju kalau gi kuching wajib ke serikin..brg cantik dan murah giler di sana..best!!!wana x pnah jln ke phjgnya pear serikin..jauh sgt dan panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee kolok sedaaap..!! nak lagi nak lagi..!! hahaha. jauhnya nak kena pegi srawak baru dapat mee kolok.

      CT pun tak jalan sepanjang pasar tu. tak sanggup nak kesat peluh sokmo. mendung tapi ooohoi bahang trasa. murah meeemang. trgoda benar hihi..

      Delete
  5. Laksa Sarawak memang sedapppppp! ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaaaah !! kuah dia mrveles.

      Delete
  6. Replies
    1. hahahaks.. seronok seronok.

      Delete
  7. misteri betul cerita saman kak siti.... :D best pasar tuh, rasa nak hangkut semua bawak balik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. misteri geram semua ada..!! sebab rasa tak adil sangat. kita bukan tak tahu undang-undang.

      mai pasar serikin bawak mak memang berjam jam la nyopping. makcik-makcik sesuai sangat nyopping sini. prabot pun boleh diangkutnya skali.

      Delete
  8. Macam tu rupanya mee kolok. Selama ni, selalu dengar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee nye macam maggi saja Farah tapi rasa tak sama. bentuk saja sama.. kena try tau kalau berkesempatan. sedap sedap..

      Delete
  9. CT.. kat kawasan parking tu takde cctv ke..?? kalau ade... boleh jadik prove... bukan ape.. dah la tengah mood cuti... tetibe dapat saman lak.. adek... spoil betul!! (yang tukang bace lak yang emo.. hahai!)

    haaa... laksa sarawak luna pnah try... tapi kat restaurant Laksa Shack je la.. rasenye kalau kat seberang prai.. kat sunway carnival kalau tak silap... Laksa sarawak ni manis sket rase die kan.. tapi boleh tahan sedap lah... tapi yang mee kolok tu tak pnh try lagi... mesti sedap jugak kan... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahula ada cctv ke tidak. tapi macam dah terlambat saja sebab dah bayar. btw hatiku memaksa relakan untuk redha hihi.. adalah tu dosa memana Allah nak suruh reflect..

      tak pernah pegi laksa shack.. jarang sebenarnya CT reronda sunway carnival. pergi kalau nak tengok movie sebab orang tak ramai. mee kolok lagi sedap dari laksa srawak tapi laksa srawak pun sedap..

      Delete
  10. seronok kan pg pasar serikin...kalau sesapa yang bertandang ke Kuching, wajib datang pasar serikin. Lebih bagus datang awal pagi sebab tak panas sangat..bawa topi sekali or payung sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup serikin best and wajib pergi kalau ke srawak. kalau tidak melepaslah nak shopping memurah. sbenarnya bawak aje topi and payung hahaha tapi kusyuk membeli tak ingat semua dah..

      Delete
  11. ades, boleh pulak tengh nak beriang ria berholiday dapat surat cinta..spoil betul la kan? wah, mee kolok tu nampak sedap la..harga pun not bad :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Cik Mimie.. walaupun bersuka ria tapi tak dinafikan hati dok tringat ingat. duit nak melayang tanpa rela.

      mee kolok kalau special nye ada sup daging sekali. ke sup tulang hahaha tak sure. makin special makin mahal le :P

      Delete
  12. pergh..gunung apa yang CT panjat tu? santubong?sejinjang?akak tak sampai lagi Kuching..huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uit Kak Sal.. tidaklah sampai ke gunung-gunung itu. tercabut kaki ngan pinggang ni haaa karang. jom pergi lagi.. rindu makanan sedap sedap hahaha..

      Delete
  13. laksa sarawak memang sedap. penah try makan... mi kolok tak penah rasa lagi...
    nanti share ye makan kat cafe mana. mana lah tahu boleh jadi rujukan bila nak ke sarawak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa srawak sedap..!! trasa lagi terbayang bayang. hahaha. mee kolok lagi sedap. uish nak belajar buatlah mee kolok. mngidam boleh makan..

      yaaa insyallah. memang nak share tapi nak buat entry berasingan. kalau sumbat semua nanti sampai esok tak habis cerita hihi..

      Delete
  14. yang kasi saman tu dah kenapa? haish, tak sabar nak baca part seterusnya.

    tengok gambaq laksa dgn mee kolok tu macam best je. tak tangkap gambaq dengan member UNIMAS ke CT? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan..!! terasa teraniaya tau. i demand explaination tapi kepada siapakah harus ku adukan ?

      sebab best lah dok promote tu Budak.. kalau ada chance mohon try k.. haaip haaip haruslah ade snap. kata dah 12 tahun tak jumpa.. sabar na nanti CT haplod untuk tatapan Budak kekeek..

      Delete
  15. Lorrr...siannye..
    Hajat nak bercuti tapi mood telah didowngrade oleh pak polisi.
    Apalah yang silap kat situ.
    Sabar menanti ni.
    Tapi Ct, usually boleh mintak diskaun kalau saman polis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena saman yang under akta tertentu tak boleh rasanya kak.. memang fix price. entahlaa.. redha sajalah nak buat cem mane. kang kalau banyak bunyi kang dapat saman lain plak..

      Delete
    2. kalo majlis perbandaran boleh kak sebab dulu pernah kena dah. bayar sikit saja. kalau pdrm takleh. harga dah fix ikut akta kesalahan. siap ada harga rujukan lagi kat internet..

      Delete
  16. Shiannya CT kena saman. Dah setel semua?
    Uhhh akak drooling tgk laksa, mee kolok & pasar tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setel dah kat sana lagi kak.. hati dak tenteram aja kalau angkut balik semenanjung. kalau bawak balik pun kena bayar jugak kan T.T seeedey

      jap jap.. drooling tngk makanan ngerti lagi. pasar..?? drooling jugak ? hihi

      Delete
    2. hahahah drooling gak sebab tak dapat sampai sana nak shopping...tengok dari sini je :)

      Delete
    3. bhahaha memang boleh jadi sasau tengok kain memurah kak.. design cecantik. kalau bawak banyak duit memang rembat dah..

      Delete
  17. Mee Kolok tu nampak sangat menjilat jari.. sodapnye..
    Pasar Serikin untuk shopping murah, noted.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. mee kolok sangat sedap. semualah sedap memang menjilat jari rasanya.
      oooonomnom. terasa rasa plak mee kolok ni hahaha.

      yes serikin untuk nyopping. wajib datang tau.

      Delete
  18. Allah. kena saman pulak. mmg serius spoil mood. ape benda lah polis tuu. kesian siti. takpee2. benda dh lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang spoil habislah. tapi kena letak sebelah sebab nak enjoy haha..

      Delete
  19. Alahaii...kesiannya kena saman..tapi apa salahnya tu? Takpe Allah kata setiap kesusahan pasti ada kesenangan!

    Rindunya nak makan mee kolok, laksa sarawak, sayur midin... Sedappp..kak anim pernah tinggal di bintulu 6 tahun. keje sana dulu. Rasa nak kena repeat round2 balik bintulu ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah tu dosa kat mana mana Allah uji dengan bayar saman. katanya salah parking tapi tahla. redha sajalah..

      laaa iyeke lama jugak tu enam tahun. puaslah kan makan mee kolok selalu. sedaaaap..!! CT rasa macam nak fly ke sarawak lagi and makan makan makan..!!

      Delete
  20. Mendapat surat saman umpama mendapat surat cerai talak 3 woooo... Maka... Haruslah hati hancur berkecai...

    SS dah 2 kali ke Sarawak... Sekali pon tak sampai Serikin tu... Adeiii... Pilu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ibaratnya. hati tersiat siat rasanya. tangisan tak berlagu heheh..

      oooit kali ketiga kena masukkan dalam list tau.

      Delete
  21. mee kolok serapi mmg da best n daboom sebab sup dia marvelous..lgi satu yg sedap kat situ, butter chicken..mmg umpphh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. member pun cakap gitu la yang dibawaknye kami makan situ. sedap sedap memang terbaik..
      ala ada ciken butter ke aalaaaa kite tak tahu.. huurm dapnye. okay ada reason nak ke sarawak lagi ni..

      Delete
  22. syokklaaa g jalannn . hehe . lol kena saman ? spoil kan mood je . ishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang spoil mood pun..
      sabar ajelah..

      Delete
  23. tengok makanan dulu..hihi.. bile kena saman terus rase mendung je kan hati..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi makanan ohsem dok tringat ingat.. mendung ribut petir semua ade huwaaaa..

      Delete
  24. dua2 menu tidak dicuba takut beli rugi je...tekak tak boleh terima :)
    gitu rupanya serikin..harus ke sarawak lagi la jwbnya nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooit rugi kak oooi rugi serugi ruginya. hehehe CT kalau jalan ke tempat orang memang makanan baru kena cuba and masuk dalam list. biar tak sedap tapi kita dah rasa and tahu hehehe.. bukan mahal pun kak..

      kena kena !! rasa cem nak pergi lagi jugak..

      Delete
  25. Nasib bek tak pregnant, kalau tak mengidam nak makan mee kolok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak kalau dah ngidam bahaya hahaha.. on the spot kena pi sana :P

      Delete
  26. Assalam ct,
    uols jumpa iols la tu kat event tu kan3 :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahahha iyola tu yang main cak cak mencari tempat :P

      Delete
  27. woww sedapnya.xbawak balik perencah laksa sarawak ker?boleh masak kat semenanjung. hermmm even Lisa org Borneo, Sarawak xpenah sampai lagi..kekekek shame on me;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha selalunya cenggitu lah. orang tempatan tak berapa nak pegi tempat tempat attraction negeri sendiri hehehe. orang luar lah yang beriya. tak bawak pun.. tak ada kerajinan nanti nak masak pun hehehe..

      Delete
  28. pehh kene saman pulak..
    mee kolok nampak sdap. tetiba lapar bebenauu ni T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah T.T kena saman memang sedih. akak yang dok mereply ni pun tringat ingat..

      Delete
  29. ala...baru syok nak tahu apa kes saman PDRM tu ingatkan dah settle.bila nak kongsi..bayar ke tidak..mmg x faham daklah dah parking dalam petak kenapa perlu saman...bukan parking di laluan ke...x de petak parking ke..kalau akak mmg mendidih arghh

    Pernah ke Serikin...sekali je..ada driver bawak ke sana semasa ada peluang outstation ke Kuching tapi itu citer dah lama...almost 10 year belalu tapi yg pasti haraga barang kat sana mmg MURAH sgt...tapi hazab perjalanan jauh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hangin kak sape tak hangin. rasa tak adil sangat sebab memang dalam petak. ape yang salah parking nye. tapi nak hangin nak mengamuk pun cem tak berapa nak guna sebab tak ada sapa nak layan. CT kongsi bayar dengan kawan jadi tak adalah rasa terbeban sangat. duit ade aje nak bayar tu tapi berat rasa.

      uish lama dah tuh. kena pegi lagi tu Akak JM nak refresh balik hehehe. boleh jatuh miskin kan nyopping situ..

      Delete
    2. pasar Serikin ni ala2 mcm pasar Filipina kat Sabah tu ke..cewahh...macam lah pernah prgi kan siap nk compare bagai...haha

      zinziemeewah

      Delete
    3. hihi lebih kurang la cumanya terbuka. yang pastinya lebih murah daripada tempat lain.. sangat jauh bezanya. kalau nak memborong kena datang sini okay..

      Delete
  30. main2 saman lak... spoil mood betul la... saman balik baru taw

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.T sayu hatiku duit melayang gitu saja. kalau boleh dah lama dah saman balik. tak ada kuasa saja tu la pasai..

      Delete
  31. Ooo sgt spoil la bile kene saman tu.. nak2 saman yg cm xmasuk akal... mmg bengkek je kan.. da la mood nak holiday2... tibe kene spend tok yg xde dlm list...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat tidak logik bila kata salah parking. confius tau CT tak salah huwaaaa.. dimanakah keadilan di dinia ini. itula konon nak buat trip bajet yang minima tetapi terpaksalah juga kuarkan duit extra.

      Delete
  32. haiyaaa.. saya pun tension kalau kena saman macam tu. pagi2 lak tu dah jadi bad mood. memang rasa geram je kan... sabar je lah kak. hmmm...

    mee kolok tu, x nampak lak mana mee dia. nampak daging dengan tauge je. hehehe..

    nampak menarik Serikin ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tension Amy. spoil habis mood and akak pura pura tak nak fikir saja sebab nak jalan-jalan. padahal sentiasa dok terfikir.

      hahaha mee kolok malu nak tunjuk rupa. bentuk macam mee maggi yang.. uuish serikin boleh buat jadi miskin :P

      Delete
  33. serikin mmg panas ! tak pernah cn pergi kesana cuaca sjuk cantik..hehe..tapi best sbb dpt shoping ! laksa sarawak tu, cn paling suka mak kawan masakkan, mmg superb ! tak sesedap mkn dekat kedai ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah member pun cakap memang rezeki kami la langit mendung. tapi still panas CN ooi. peloh peloh.. CT suka mee kolok dari laksa sarawak tapi sedap jugak laksa. biasalah air tangan mommy kan heheh..

      Delete
  34. dok nmpk mee kolok mcm sedap.. pernah mkn mee klok kt food court Sogo ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT tak pernah rasa so memang first time.. kalau jumpa kat tempat lain rasanya nak try jugak.. aaa rindu mee kolok..

      Delete
  35. kena saman???? memg menyakit hati lg2 bila kita yakin kita xbuat salah kan...'
    makin jatuh cinta pla nk ke sarawak bila baca ct pnya xperience ni..hoho

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee seingat CT memang tak salah parking disitu huwaaaa..
      jatuh cinta lagi.. lagi lagi ku jatuh cinta..

      jom ke sarawak lah kita..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.