SARAWAK | KUCHING : PART 3 - MISI MENAWAN GUA + WIND CAVE + FAIRY CAVE + JONG'S CROCODILE FARM + MAKAN MALAM DI STATION 12 KUCHING | SITI.YANG.MENAIP

SARAWAK | KUCHING : PART 3 - MISI MENAWAN GUA + WIND CAVE + FAIRY CAVE + JONG'S CROCODILE FARM + MAKAN MALAM DI STATION 12 KUCHING

/
84 Comments
November 19, 2014

CUTI-CUTI MALAYSIA / JALAN-JALAN KE KUCHING SARAWAK

Entri sebelumnya diSINI.

KUCHING SARAWAK : MISI MENAWAN GUA + WIND CAVE + FAIRY CAVE + JONG'S CROCODILE FARM DAN MAKAN MALAM DI STATION 12 KUCHING. Perjalanan kami diteruskan. Sudah puas melaburkan duit shopping di Serikin. Walaupun hari mendung tapi bahang tetap terasa. Masih ada beberapa tempat-tempat menarik yang ingin kami terjah. Kami teruskan perjalanan mencari gua-gua yang famous di kawasan berdekatan. Katanya kalau datang ke Kuching harus terjah. Dah jatuh hukum wajib. Ada tiga gua yang berada di kawasan berdekatan dengan Serikin - Wind Cave, Fairy Cave dan satu lagi cave yang aku tak tahu nak kasi nama apa sebab tidak bernama. Aku menyuarakan keinginan untuk menerjah gua-gua yang berada berdekatan. Kawan aku cakap no problemo sebab nanti dia boleh bawakan.

GUA YANG TIDAK DIKETAHUI NAMANYA



Ada cerita funny disebalik trip pencarian gua kami. Hasil pencarian aku di Google ramai menyatakan bahawa gua yang tak bernama inilah Fairy Cave. Ramai juga yang share gambar dengan menunjukkan bentuk gua yang sebegini jadi aku pun ingat inilah Fairy Cave. Kawan aku pun cakap tangga Fairy Cave rendah saja senang nak panjat. Confident sangat kau. Haaa.. sebab dia pun ingat inilah Fairy Cave. Fairy sangat tau nak gelak teruk bila kami rupanya dah salah gua. Aku pun jadi excited kalau sungguh tangga rendah jadi bolehlah aku memanjat sama. Yang kami ni punyalah skema ayam pi turun and panjat tangga. Masuk tengok memang ada fairy. Seketul patung buddha dok menunggu. Terus lari keluar balik. Naik semput-semput bau asap dalam tu orang tengah memuja. Memanglah ramai yang singgah. Memasing nak yampreng yampreng dalam tu. Adoiyai. Tertipu. Jadi kawan-kawan semua. Ini bukan Fairy Cave. Tidak sama sekali !! Lepas dah posing seround dua kami patah balik sedikit untuk ke Wind Cave. Kita tinggalkan sekejap pencarian Fairy Cave yang penuh misteri itu. Dalam perjalanan dari Kuching - Serikin memang kami dah nampak papan tanda nak ke Wind Cave. Jadi kami teruskan perjalanan ke Serikin dulu nanti cadangnya patah balik ke Wind Cave.

WIND CAVE SARAWAK



Di sekitar Wind Cave ada banyak hut atau pondok-pondok seperti di dalam gambar untuk semua duduk-duduk and berehat. Kawasan ni luas yang amat. Kami tak explore lebih-lebih pun. Cukuplah setakat ambil gambar kat signage sebagai bukti dah jejak kaki di Wind Cave. Tempat ini sesuai kalau nak buat aktiviti camping atau aktiviti lasak yang lain. Ada banyak kawasan lapang and rasanya macam ada anak sungai jugak sebab ada bunyi air. Sebab dalam hati masih tertanya-tanya dimanakah Fairy Cave jadi tak berapa berminat nak explore tempat ni. Kembali meneruskan perjalanan mencari Fairy Cave. RA (kawan kepada kawan aku yang turut sama join trip kami) ada gave a call kat kawan dia di UNIMAS untuk tanya direction ke Fairy Cave. Kawannya tu dah sampai kesana before. Kawan aku belum pernah lagilah kalau dah dia ingat gua tak ada nama tu adalah Fairy Cave. Hampeh. Confident sungguh tak menahan hahaha. RA kata kena naik sikit lagi dari simpang nak masuk ke Serikin. Maknanya jangan belok kanan untuk ke Serikin tapi teruskan drive keatas. Maka kami pun bergerak ke direction yang telah dikenal pasti. Agak jauh juga drive tapi bayang signage ke Fairy Cave masih tidak kelihatan. Lastnya kawan aku tahan seorang makcik dan tanya direction. Ooops rupanya dah dekat. Mari !!

FAIRY CAVE SARAWAK

Alhamdulillah selamat tiba setelah pulun sakan gila nak cari gua ni. Mana boleh lepaskan peluang bergambar as bukti. Sebenarnya waktu sampai kami dah terasa sikit kejutan budaya. Anak tangga tinggi bukan memain. Sebab tu kami posing dulu sebab confirm kalau dah turun nanti mekap semua luntur and muka dah berminyak-minyak. Sementara tengah comel-comel baik kita bergambar. Untuk masuk dan sedekahkan diri ke gua ini kena bayar RM1 sahaja. Kalau agak-agak muka pan asian or pure minah salleh sediakan duit lebih sikit. Tak ingat dah berapa kena bayar. Hati dok berdebar memikirkan anak-anak tangga yang bakal dipanjat. Mampu atau tidak. Dahlah aku ni dengan slip disc jadi aku kena ambil extra caution. Kang ada yang balik semenanjung merangkak sebab sakit pinggang. Tapi aku gagahi juga sebab dah sampai. Panjatlah slow-slow. Biarkan kawan-kawan didepan. Yang sakit ni duduk belakang la sikit. Sedar diri hahaha..




Ini baru anak tangga biasa saja tau. Belum masuk gua lagi. Ini tangga lima tingkat punya siri jangan memain. Sampai atas saja dah tercungap-cungap. Semput and naik turun dada nak bernafas. Adoi cabaran boleh tahan. Baru nak mula. Then adalah tempat melepak sekejap kat atas tu. Boleh duduk-duduk. Faham kot orang yang panjat tangga bakal kesemputan. Dah naik tangga lima tingkat ada lagi tangga hoi. Memang main kasar gua ni. Dia main tangga banyak sungguh. Terkedu aku. Mulanya ingat nak tunggu saja kengkawan ni menapak masuk gua. Sebabnya dah terasa dah sengal-sengal kat pinggang aku. Tapi memikirkan kawasan surrounding nak tunggu pun menyeramkan aku cekalkan hati sajalah ikut masuk. Bermula dari atas tangga ni kawasan dah mula gelap. Totally gelap ya. Memang tak ada lampu langsung. Kami pun bersuluhkan lampu dari handphone sahaja. Memang mencabar dan eloklah kalau uols nak datang bawaklah torchlight. Preparation. Kami ni main redah saja and langsung tak ada idea rupa gua ni macam mana. Kena slow-slow mendaki. Kawasan yang gelap gelita tu singkat saja tapi mencabar. Jalannya steep dan anak tangganya sangat kecik. Kalau pijak tu suku kasut saja kot. Memang kena slow plus licin and berlumpur. Mana mai aku tatau. Eloklah kami turun memasing seluar jadi kotor. Perjalanan kami alhamdulillah okay walaupun berbekalkan lampu yang limited. Seorang jalan dulu then suluh and aku pun suluhkan lampu untuk kawan di belakang. Kenalah saling bekerjasama. Waktu ni dah terasa angin yang kuat. Nikmatnya walaupun dalam hati berdebar sebab gelap tak nampak apa.


Ini kat kawasan lapang yang kami sampai setelah berhempas pulas dalam gelap gelita. Nampak tak dalam gambar kawasan gelap tu. Haaaa dari situlah kami keluar. Bila dah sampai kat kawasan ni dah ada dah cahaya. Kawasan lapang and boleh nak duduk-duduk. Kalau rasa nak picnic pun boleh. Bentang tikar sekali. Itupun kalau bekalan makanan tak berterabur masa tengah mendaki. Angin kat sini memang superb. Memang sedap yang amat cepat aja peluh kering. Dah mendaki dengan baju dua lapis bercardigan bagai. Bayangkan sajalah peluh macam mana. Sebahagian daripada permandangan di dalam Fairy Cave. Ada lagi gambar tapi kat kawan aku. Sebab dia meneruskan perjalanan ke atas. Sikit saja lagi sebenarnya tapi aku dah sampai limit aku. Rasa pinggang macam kena cucuk ngan jarum dah. Baik aku duduk diam-diam and kasi muscle aku berehat. Kang diorang ni lagi parah kena dukung aku turun. Nanti bila dia dah kasi gambar aku update lagi. Katanya cantik. Macam dalam filem orang-orang putih dok shooting dalam gua. Cenggitulah bayangannya. Jadi kalau uols dah sampai ke atas ni tabahkanlah hati dan menapaklah sikit sahaja lagi. Jangan duduk bawah macam aku lepas tu rasa menyesal sebab tak tengok apa ada dekat atas sana. Lepas dah posing sana sini setiap ceruk dah bergambar kami pun mulakan misi nak turun dan keluar dari gua. Sekali lagi nak berdepan dengan laluan gelap gelita. Nak turun lagi mencabar. Kena grip bebetul pemegang ye kawan-kawan. Kalau tidak chances nak tersungkur memang besar. Macam aku cakap memula tadi, laluan adalah curam dan sempit. Kena pijak anak tangga dengan cara mengiring macam ketam jalan. Kalau straight jugak alamatnya buat stunt lah korang dalam gua tu. Time ni memang redha sajalah seluar dah kotor. Janji dapat keluar dengan selamatnya.

WARNING : Sila pakai kasut dan pakaian yang sesuai.

Lepas dah turun and memasing muka serabut dengan peluhnya hanya mampu ketawa dan tersengih-sengih. Memasing macam tak mampu nak berkata apa-apa tapi jauh disudut hati terasa kelakar. Sebab jauh sekali bayangan gua tidak bernama itu dengan Fairy Cave. Jadi sekarang aku dah tahu and mungkin akan berfikir tiga empat kali kalau nak memanjat sekali lagi. Apa-apa pun pengalaman. Sejak sakit aku tak ingat bilalah kali terakhir aku buat kerja lasak macam ni. Kalau dulu time nikmat sihat masih belum ditarik memang suka saja aku nak explore tempat macam ni. Sekarang tidak lagi. Sila beringat dan berwaspada. Itu sahaja. Alhamdulillah tak ada yang patah riuk tulang and sengal sendi while memanjat. Pinggang aku pun malam balik memanjat baru buat perangai balik. Elok dah sampai hotel and nak solat baru nauzubillah sakitnya. Tapi lepas dah tidur and ubat seround dua okay dah esoknya. Dah lali dah memang gitu perangainya. Lapan tahun dah sengsara sakit jadi tak hairan sangat.

JONG'S CROCODILE FARM

Destinasi seterusnya adalah terus ke Jong's Crocodile Farm. Tapi sebelum itu kami singgah ke Bau untuk cari masjid dan solat Zohor. Lepas solat memang kami decided untuk tidak makan tengahari dan terus bergerak ke Jong's Crocodile Farm yang terletak di Siburan. Sebabnya nak catch show buaya terbang pada pukul 3.00PM. Kalau berhenti makan memang tak sempat nak tengok show. Haruslah menyaksikan show buaya kalau dah ke Jong's Crocodile Farm. Dari Bau perjalanan lebih kurang satu jam perjalanan dan kami betul-betul merempit juga untuk sampai on time. Sampai saja terus parking. Kereta tak berapa banyak pun. Adalah dalam tujuh lapan buah. Berlari-lari ke kaunter untuk beli tiket sebab showtime bakal bermula dalam seminit dua lagi. Memang bagus kawan aku drive sampai on time. Yang seronoknya kawan aku yang berdua tu pun sama excited macam aku dengan Shu. Memasing tak sabar nak tengok buaya terbang sedangkan diorang dah beberapa kali datang. Mungkin sebab tengok kami excited diorang sama seronok. Dapat saja tiket terus meluru ke tempat show. Tak sempat dah nak singgah kandang binatang-binatang lain menjenguk. Agak jauh juga nak sampai ke tempat show maka termengah-mengah kami berlari. Akhirnya sampai and hoi ramai rupanya umat manusia yang dah ready kat situ. Maybe diorang tu datang naik bas kot. Terus cari spot baik punya sebab nak amek gambar. Buat muka tak malu menyelit celah orang-orang ramai.

Showtime hanya pada pukul 11:00AM dan 3:00PM.












Inilah kandangnya. Nampak tu buaya-buaya semua tengah berenang free style kat sana. The workers nanti duduk kat pondok kecil hijau tu then nanti diorang gantung ayam kat tali-tali yang ada. Mulalah nak mengumpan buaya-buaya tu semua. Yang mana tengah bersidai tepi kolam pelan-pelan gerak masuk air. Teruja bau ayam terus bangun tidur. Aku personally rasa show di Jong's Crocodile Farm ini mengagumkan. Bunyi yang terhasil bila buaya-buaya ni berjaya ngap ayam yang digantung memang dasyat. Kuat bunyinya.. Bukan kecil tau buaya-buaya ni semua besar. Bila ready nak ngap tu rasa seram semacam tengok lajunya buaya-buaya ni bergerak. Masa tengah show ni memang macam-macam reaksi yang penonton kasi. Paling cute bila audiences tepuk tangan once buaya-buaya ni dapat ngap. Show ni berlansung dalam 30-45 minit juga. Sebab nak goda buaya-buaya ni satu kerja juga. Kena target and buaya ni gerak macam malas. Slow tapi bila dah ngap tu laju. Iyelah diorang pun bosan hari-hari kena terbang.





Sumpah besar !!

Dekat sini ada kolam ikan Arapaima. Jap Arowana ke Arapaima entah aku tak ingat. Tak ingat sebab ikan-ikan tu katanya tidak menjelma pun orang-orang dah tunggu dekat setengah jam. Dah umpan macam-macam ikan tak mahu timbul. Tapi rezeki aku nak tengok ikan besar. Kat spot aku berdiri itu jugalah kebetulan ikan tu seekor tengah lalu. Besarnya bukan main. Seram aku dah dia lalu kat kaki. Tah kalau tergolek dalam kolam tak tau jadi apa. Selain tarikan utama yang ada iaitu buaya-buaya, ada juga binatang lain yang kita boleh tengok kat sini. Burung-burung dibiarkan bebas. Ada merak and few other types. Ada monyet ada landak ada beruang ada memerang dan banyak lagi. Since masa baru sampai tak sempat nak tengok binatang-binatang lain, lepas show baru dapat menjenguk. Dalam perjalanan keluar, tetiba kawan aku pi sua kepala kat salah satu bilik yang pintunya terbuka. Ada beberapa pekerja dalam bilik tu tengah buat kerja. Kami wonder juga apa yang diorang tu tengah buat. Rupanya diorang tengah nak alih salah seekor buaya yang ada dalam bilik tu untuk dialihkan ke kandang. Sedang bertungkus lumus nak ikat buaya tu. Adalah dalam lima enam pekerja tengah menguruskan buaya seekor tuh. Sempat pula abam-abam pekerja tu semua offer kat kami-kami yang ada disitu kalau nak pegang or bergambar dengan buaya ni. Tengok tu si Ra sorang saja berani nak pergi pegang. Bertuah punya budak. Aku tengok sajalah. No way nak pergi pegang and usap usap. Adalah few people yang bergambar. Kami cukuplah Ra seorang saja sebagai wakil. Yang tolong snap pun seram aje nak ke depan.






 Setelah berperang nak mengikat buaya akhirnya berjaya angkat keluar dari kandang. Ini buaya yang tak berapa nak besar sangat tu. Dah macam nak patah pinggang pekerja-pekerja ni aku tengok.


  Ditariknya buaya tu dipaksa untuk berjalan. Boleh terkeluar isi perut pekerja-pekerja ni kalau kena angkat. Nampak buaya keluar dari bilik tu kelam kabut kami lari.






Diorang tutup mata buaya. Katanya buaya lemah sikit kalau dia tak nampak. Kalau tidak dalam dok angkat tu mata dia meliar saja nampak pekerja-pekerja dok angkat dia. Mau dia jadi extra aggressive. Dah masuk dalam kandang. Baru buka ikatan mulut terus nak nganga buaya seekor ni. By the way buaya ni cacat sikit. Tak ada ekor jadi kalau dia terlepas pun taklah selalu buaya normal berjalan. Ekor kan membantu buaya bergerak. But still. Ini adalah seekor buaya walaupun cacat. Lepas habis meneroka dunia buaya kami gerak kembali ke Kuching. Sempat singgah di Giant yang berdekatan sebab kawan berdua kena solat. Aku dengan Shu dah jama' qasar siap-siap. Then kami singgah makan kat salah satu fast food restaurant makan ringan ringan sebab nak makan di Kuching. Cukuplah nak alas perut. Nanti extra kenyang pula rugilah space. 

At first rasa nak makan di Topspot dah ramai sangat yang suggest makan disana. Bila dah sampai pening kepala aku tengok orang sangat ramai dan sesak. Footcourt rupanya yang ada banyak-banyak kedai seafood and pilihlah apa jenis seafood nak makan. Okay kalau cemtu tak apalah. Aku bukan boleh nak makan sesak-sesak gitu. Plus bukan ada mood nak makan seafood secara pukal pun. Kalau gitu kat Penang pun hado. Aku boleh makan puas-puas. So kami beredar dari sana bila memasing dah setuju tak nak makan situ. Kawan aku pun ada kata. Orang yang duduk sana pun jarang pergi ke Topspot. Sedap tu memanglah tapi maybe kalau orang datang jalan baru angkut kesana. Sesaja memang tak pergi sebab ada banyak lagi spot seafood yang lagi sedap. Biasalah bila dah famous haruslah orang menyerbu kan. 

MAKAN MALAM DI STATION 12 KUCHING

Akhirnya kami ke Station 12. Kat mana kedai ni jangan tanya aku sebab aku dah too tired sampai tak berapa nak aware jalannya. Kat sini they have great and super delicious nasi ayam bakar. Sumpah sedap and menjilat jari sangat rasanya. Mee koloknya pun lebih sedap daripada banyak-banyak mee kolok yang kami dah makan sepanjang di Sarawak. Jadi kedai ni pun aku nak suggest kalau korang nak datang ke Sawarak. Tak ada gambar makanan sebab kami masing-masing kebulur tak fikir nak tangkap gambar dah. Kami makan set ayam penyet bakar dan pisang goreng cheese.


Comrade picture selepas makan. Just to capture the moment sudah seharian kami penat berjalan. Time to go home and rest. Lepas hantar kawan-kawan balik ke UNIMAS. Thank you Qori dan RA sudi jadi tour guide kami seharian suntuk, sama-sama berpenat lelah kehulu kehilir. I appreciate it a lot. Aku dengan Shu balik ke hotel and kembali terkebil-kebil memikirkan apalah kami nak buat dengan surat saman yang kami dapat. Mengatur-ngatur kembali itinerary yang sedikit terganggu untuk hari berikutnya sebab kami sepakat nak settlekan saman sebelum balik. Malas nak bawa balik ke semenanjung. Tak apalah pengajaran buat kami supaya lebih berhati-hati ketika parking. Balik hotel aku terus parking depan pintu hotel. Kena saman juga tak tahulah terang-terang situ parking area. Selesai kisah memanjat tangga menerja gua dan bermanja manja dengan buaya. Kita sambung lagi nanti cerita di Kampung Budaya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

84 comments:

  1. ini kalau bawak Ash ni mesti dia seronok ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuish kak.. sanggup ke nak mendaki dengan anak kecik ? yang tak bawak anak ni pun semput nak pikir diri sendiri hehehe.. stamina tip top hookay aje.

      Delete
  2. adoilah CT, akak yang panjat gua pakai tracksuit ngan t-shirt pun dah berpeluh tahap boleh perah.gigih ni pakai cantik-cantik masuk gua..hihihi.bawak lampu picit tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. manalah tahu begini rupa guanya haha. tak kak.. guna lampu henpon saja. syukur lah terang and berguna lah jugak. tobat tanak pi dah..

      Delete
    2. Org jauh kena pakai lawa2 baru lah hidupan dlm gua tu x terperanjat.... Gurau je... Hi hi hi....

      Delete
    3. ni panjat pakai crocs pun da kruk kriuk sana sini kaki.. kalo yang pakai sandle entahla macam mana..

      Delete
  3. ni kalo yg pregnant naik tangga tu, sure bole terberanak dan dan tu juga...mmg exercise terbaiklah masuk gua tu..

    satu lg gua nama cave of the golden rose kot (hehe...jgn marah na, lawak ja)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalau yang preggy naik memang sengaja cari pasal and mmg nak birth cert tulis fairy cave hehehe..

      betoi ke kak namanya itu ? sebab memang tak tahu nama apa..

      Delete
  4. nanti.. kalau berkesempatan , boleh tak cik siti share kan secara details berapa bajet keseluruhan trip ke sana ke sini?? saya kalau nak buat trip ni tengok pada bajet dulu. Kalau cun, konfem saya akan teruskan pelan trip tu. hhhhehe

    seronoknya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah memang akan sharekan. just tak ada masa nak sambung cerita hehe..

      Delete
  5. wah bestnyeee....nak pergi jgk :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom pegi sama sama hehe..

      Delete
  6. Ni kira misi meronda gua lah ni. Saya baru balik dari gi Perlis, masuk gua Kelam... jauh lebih cantik dari gua-gua di Sarawak nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua kelam ngan fairy cave memang vote gua kelam hehe. kalau gua kelam ade gak sungai air terjun boleh terjun kalau penat masuk gua hehe.. ni kalau fairy terjun dari tingkat enam hehe..

      Delete
  7. bestnya ct..banyak tempat dapat pegi..kak wana hanya pegi serikin dan sekitar bandar kuching ja..huhu..kesian kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. serikin best lah kak.. so kira dah lengkap tu pakej jalan srawak sebab dah sampai serikin..

      Delete
  8. wah, advanture sungguh...

    ReplyDelete
  9. kire jungle trekking la ni ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitula kak kisahnya..
      dengan melaram macam nak pi nyopping memanjatnya haha.

      Delete
  10. adoii. kesiannyaa. macam mana la boleh tersilap gua yang first tu. mesti orang lain pelik tengok geng hangpa kat situ. hehe. yang fairy cave tu pulak entah apa yang fairynya. mesti semput gila kan. orang yang adventurous mungkin suka la kot gua2 camni. kalau cikfafa memang out.

    tak tau pulak ct sakit. dah lama pulak tu. mula2 jadi sebab selalu angkat berat ka apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha pelik aje orang tengok kami. dengan tudung nye lepas tu masuk gua ada patung buddha lak tu. weeeeirdo sangat. fairy cave tu cantik sebenarnya kat atas tu bila dah sampai. tapi CT tak naik habis sebab dah tak larat. kawan aje yang naik..

      hihi biasalah sakit tak reti duduk diam. injurt masa bersukan Cik Fafa so redha sajalah hehe..

      Delete
  11. wah, bestnyer..timm sendri dah 4 taun pun blom jejak lagi fairy cave ni..ala..haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaip awatnya Tim oi. patut dok sana explore setiap genap. kalau CT memang panjang le kaki ni jalan-jalan. memang tak ku lepaskan peluang hehe..

      Delete
  12. eh.. knape gue ni nampk mcm resort dalam cerite Ular..? takot tengok kolam tu.. ade anakonda tak agak2..?? ahahahhaa.. =P haa.. tak saba nak tau cite buaye tu.. buaye kat sungai ke..????? >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tengok citer tu jadi tak tahu hehehe. tak adalah mende tu semua. air keroh and cetek aje sebenarnya. kononnye macam wishing well laaa dia nak buat.

      buaya punya cerita coming soon. nak amek mood menaip. alaa buaya dalam sangkar aje..

      Delete
  13. panjangnya.. kero mata nak baca.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha alaaa panjang ke ? memang hobi tulis panjang. biasalah kalau entry travel semua nak cerita. even benda yang simple.. jangan kero kero mata k :P

      Delete
  14. Seronok betul kalau dapat feel betul2 dekat Wind dan Fairy Cave tu... insyallah pasang niat nak ke sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. feel kalau pakaian yang sesuai. hihi.. kalo dak cemni la. kasut kotor peluh peluh. walaupun bila sampai atas angin best ajee..

      tapi overal tetap seronok ^^

      Delete
  15. Teringin nak explore gua dekat Malaysia tu macam yang dekat Sarawak ni. Tapi, tahu yang diri ni tak berapa nak fit. Best la baca pengalaman akak explore gua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak rasa stakat fairy cave ni tak ada masalah kalau tak fit pun. akak ni bleh lepas sampai atas.. mesti Farah pun hoookay.

      Delete
  16. Alhamdullilah. Scha pulak yg berdebor baca ct menulis. phewww. pengalamann tuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdebar tunggu entry buaya ke ? tapi sebenarnya berdebar gak masa tengah panjat tangga kat tempat gelap gelita dalam gua tu..

      Delete
  17. Penat aku gelak part fairy cave ada sikit je tangga tu. memang kenangan sangat dah tu tengok patung budha jadi fairy XD

    Tak tangkap gambaq tangga ka CT? Hehe. Nampak x soalan aku. Haritu mintak gambaq member CT yg UNIMAS tu. skg mintak gambaq tangga pulak ^.^"

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kelakar. confident benar bunyinye kan. fairy sangat lah tu dengan buddha boncitnua dua. asapnye memang bikin semput.

      hihi nanti untuk Budak CT haplod lagi k.. hehehks

      Delete
  18. Saya yang diam kat Kuching ni tak pernah jejak kaki ke semua gua2 ni hehehehe lenkali nak pg la jenguk semua gua ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaip kena pergi haha. tapi kuching best makanan sedap. makin gemok la CT kalau duduk sana lagi lama.. kerja nak makan saja.

      Delete
  19. Wah, gua..Cik Mimie xde lagi pengalaman masuk gua bagai ni..nak try jgk nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try Cik Mimie. dulu time tak sakit tak adalah rajin tapi pernahlah buat activity cemni. a good experience tau..

      Delete
  20. perghh..anis panjat gunung ledang suku je pon dh sesak nafas..hahah... aikk buaya real? kat mane la tu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hookay lagi naik gunung ledang suku. akak sampai situ lepak kat bawah bawah tu saja tau. tak menapak naik pun. jalan kejap buat syarat dah sampai da situ hahah..

      buaya betol yang.. nanti nak hapdet citernye hehe.

      Delete
  21. Alhamdulillah...semua selamat..akak tak sampai sini
    Hanya ke Kg Budaya Sarawak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. sebenarnya seronok kak bila dikenang balik. just masa kat situ akak terkejut sebab tak jangka kan cemtu rupanya.. kalau dah tahu sure preparation lagi okay kot.

      Delete
  22. main kasar gua nih, banyaakk tanggaa!!!. hehe
    but, i think i love it, shad suka aktiviti lasak.. selalu hiking je, masuk gua tak pernah lagi, ingat nk try gua tempurung dulu kot, hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa sesuaila ni untuk those who love activity lasak. memang sesuai hehe.. CT rasa hiking lagi best dari masuk gua. panas tau..

      Delete
  23. Seram plak tengok fairy cave tu. Fairy la sangat...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha fairy la sangat. itulah kata-kata kami pun. tapi diakui yang bila da sampai atas tu angin memang terbaik ^^

      Delete
  24. Fairy cave tu memang tak friendly betul! Akak tgk gambar tangga je dah semput ni hah...
    Sure sakit segala sendi & urat lepas visit gua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun tidak. dengan tak ada lampunya. macam macam boleh jadi kan.. gelap gelap bahaya. tapi sangat windy jadi CT maafkan tangga2 tu semua

      Delete
    2. Dapat macam akak yang sungguh 'adventurous' ni, confirm Hi Hi Bye Bye je kat gua tuh :)

      Delete
    3. heheh sbenarnya CT pun 'adventurous' jugak tapi main bedal saja. selalunya panjat memanjat ni not my thing la. gatai nak masuk gua kan. katanya sebab da sampai tempat orang..

      Delete
  25. Assalam Ct,
    oohooiiiiii...gua2 memang tak leh masok dlm list visit akak he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak masuk gak tapi apakan daya. katanya kena masuk dalam list baru lengkap pakejnya ke sarawak hehe..

      Delete
  26. Adehh...penat nak menapak kat tangga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi kak.. semput haha..

      Delete
  27. Replies
    1. yup.. memang banyak dibina kat kawasan tu kak..

      Delete
  28. Replies
    1. Nazeck jadi sponsor ke

      Delete
    2. tak dan nak tengok. bukak laptop pun tidak huwaaa..

      Delete
    3. thank you kak shikin menjemput :D

      Delete
  29. ohh..bukan Fairy Cave eh.gua x bernama tu letak je nama gua Budha :-) kalau camtu x perlu pergi lah gua x bernama tu

    Tabik spring tau kat CT boleh panjat..eh panjat ke..boleh daki anak tangga ke gua tu...ishh seram pulak masuk gua gelap tu risau ular ke kala jengking ke..sib baik x de bintang berbisa yg datang menyapa time tu ye CT

    akak tgk cam x de org je yg daki time korang pegi ni..ke ramai tapi x masuk gambar:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sedih tau gua tu tapi cantiklah sebab ada tangga bagai senang nak naik. just patung buddha tu ajelah yang spoil.

      haaa itula kak. syukur.. bila dah naik kereta baru cakap balik kat kawan. mujur tak ada semua semua tu sebab memang gelap gelita. bergantung ngan lampu henpon. actually kagum gak ngan diri sendiri. rasanya lama dah tinggal semua semua ni.

      tak berapa ramai tapi adelah yang sama sama naik. bukan serentah tapi masa kami nak naik ade yang baru turun. then kami da turun ade omputih plak nak naik. sebab view kat atas actually cantik.

      Delete
  30. Replies
    1. memang saaaangat hahaha. balik hotel lenguh segala sendi huhu..

      Delete
    2. kalau saya naik tu mau hilang segala.berat tu

      Delete
    3. bagus la macam tu.. tapi CT panjat tak adanya kurang berat hahaha..

      ps : naik baru skali da kecoh kan :p

      Delete
  31. Cer bygkan naek fairy cave tu dgn bergaya.m kasutt tumit tinggi dgn mekup ala2 che ta.. fuhhh trun mau jd mak lampir.. tp klau ayu dah surender la awal2 cmni.. tgk pon dah twlan ayaq liur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kalau gitu kami dah jadi mak lampir la. sebab tu amek gambar before panjat. kalo lepas panjat rasanya kronik gambar kami hehehe.. syukur tak pakai foundation ke moisturizer ke.. kalau tak sure lagi hancus.

      Delete
  32. hahaha. padan la nama dia Fairy Cave ye.. macam best juga nak naik tangga sampai ke atas sana tu.. fufufuf... nak try la kalau g sana...

    memang kompem la x pakai melawa. x sanggup den. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Amy kena try naik dulu baru faham best ke tidak. naik tangga tu tak best tapi dah masuk dalam gua best lah..

      please la jangan pakai cardigan haha. cari penyakit..

      Delete
  33. Mungkin itulah Gua Ahmad Albab kot... Ding Ding Ding...

    ReplyDelete
    Replies
    1. patung buddha aje dok nunggu SS ooi heheh..

      Delete
  34. masuk gua ka, kalau pakai segak gak tapi hati xbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaha inila salah tulisnyaa ya.. blogwalking time ngantok kekeke..

      Delete
  35. ehh silap komen...sbb mngantuk... adohai..
    nk tulis.. kalau pakai segak sgt pon.. bukan nmpk pon.. dh dlm gua ja.. then nk daki bagai nnt comot2 gak heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah bahananya kalu berkomen dalam selimut... Melalut ke laut... Gurau je... He he he...

      Delete
    2. ingatkan gua manje aje anak tangga sikit ke.. manalah tahu sampai lenguh sendi kaki semua bagai. habis peluh and busuk bebaju cantik hahaha..

      Delete
    3. bhahaha tula komen lagi time ngantok huhu..

      Delete
  36. Akak pun dah lama xbuat aktiviti keluar masuk gua ni. Since habis sekolah, semua aktiviti lasak dipandang sepi. Sekarang ni baru dah start balik. Tapi best ah main terjah gitu, so boleh trytest stamina diri. Fit lagi ke x. Ok lagi tu CT. Kaki masih boleh guna, tenaga masih kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe CT suka gak aktiviti macam ni tapi state kesihatan tak mengizinkan sangat. kena pada pada juga bukan boleh main hentam saja. kang balik semenanjung terkedang hehe.. CT tak fit haih kak.. semput lenguh mengah sana sini memanjat. tapi main terjah terjah tu best sebab memasing tak pernah sampai.

      Delete
  37. ct.... tabahnya mendaki dgn keaddan disc slip begitu. mak akak pn kena disc slip jga. mula2 kena tak tahu tp smpa xleh jalan hmpir smgu.. memg nk menangis tengok time tu..huhu... take care ct.. wlpun nk berlasak bagai kesihatan diutamakan
    bab pulun mencari gua tu memang berbaloi.. puas hati kan dpt buat smua bnda sendri =)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah biasa melasak kak jadi susah nak duduk diam. tapi yes insyallah CT tahu limit hehe thanks for being nice and caring. panjat tangga saja lepas tu tak mampu nak teruskan journey. kawan-kawan yang naik hehehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.