2014 | SITI.YANG.MENAIP

CUTI-CUTI MALAYSIA / JALAN-JALAN KE KUCHING SARAWAK

Entri sebelumnya diSINI.

KUCHING SARAWAK : KAMPUNG BUDAYA SARAWAK + BAYARAN SAMAN TRAFFIK + KEK LAPIS SARAWAK + PENERBANGAN DELAYED. Baik !! Mari kita sambung lagi kisah pengembaraan aku dan Shu yang tertangguh di bumi Sarawak. Sebelum memori aku menjadi samar-samar baik aku cepat-cepat sambung cerita. Kang info semua kelaut sebab dah lupa. Lega lepas balik ke hotel and merehatkan diri. Kaki sakit lenguh sendi semualah lepas dengan yakinnya mendaki gua. Alhamdulillah lepas bangun tidur kurang sikit sakitnya. Biasalah travel kalau tak lenguh sana sini bukan travel namanya. Bangun pagi and siap sedia nak keluar dan terus check out. Hati kembali gundah gulana sebab itinerary terpaksa diubah secara drastik. Kami mencapai kata sepakat untuk selesaikan bayaran saman sebelum pulang ke Semenanjung. Boleh baca kisah kami disaman diSINI. Lepas check-out kami terus mencari jalan untuk ke Kampung Budaya Sarawak. Bersetuju untuk tidak sarapan sebab nak catch show kebudayaan yang paling awal. Perjalanan memakan masa selama 40 minit dari Kuching. Perjalanan smooth and hujan renyai sikit. Jalan tidak seteruk perjalanan nak ke Serikin. Lebar dan sekali lagi aku nak puji pemandu di Sarawak. Berhemah semuanya. Sampai di Kampung Budaya Sarawak dalam waktu yang dirancang. Pukul 9.30AM. Elok sangatlah tu sebab tempat tu baru nak beroperasi. Sebelum tu kami ada Google tentang tempat ni. Bayaran masuk adalah RM60 untuk seorang dewasa. Pada mulanya rasa macam membazir jugalah nak spend sebanyak itu sebab dah kena saman. Jadi macam tak nak buang duit lagi. Tapi orang kata wajib ke Kampung Budaya Sarawak ni kalau dah sampai ke Sarawak. Tak lengkap journey kalau tak singgah. Terletak di kaki Gunung Santubong menjadikan Kampung Budaya Sarawak ni lebih special. Cantik view Gunung Santubong. Kami ada ambil few pics jugak tapi tak berapa nak clear. Maklumlah camera memasing tak boleh nak tembak jejauh. 

Kalau bayar RM60 dapat passport boleh cop-cop bila kita dah jejak ke rumah-rumah tertentu. Jadi kami ingat bila dah bayar murah tak dapatlah passport. Tapi dia hulurkan juga satu buku passport. Kami ambil saja tanpa banyak soal. Kampung Budaya Sarawak ni tersangatlah luas. Tempat ni mengumpulkan rumah-rumah dari suku kaum yang ada di Sarawak. Ada lapan rumah kalau tak silap aku. Nak terjah satu-satu pun memakan masa. Jadi aku dengan Shu hanya jalan semampu kaki kami melangkah dan patah balik ke main building untuk tengok performance. Jujurnya aku tak larat sungguh nak pusing satu tempat ni. Kami hanya masuk empat rumah sahaja. 


















Ada perkhidmatan untuk sewa costume jugak. Kalau teringin nak bergambar and merasa pakai pakaian traditional bolehlah sewa. Tak adalah mahal sangat. Range dari RM10-RM30. Makcik tu siang-siang dah cakap size aku tak ada. Hampeh lah tempat ni. Diskriminasi. Mamat tadi pun reject bila aku suruh main gendang. Ni makcik sewa baju pula memadamkan keinginan aku. Aku pun tanak haih pakai. Seksi seksa semua ada. Kang balik Semenanjung mak aku hambat. Kawan aku pesan. Kalau masuk Kampung Budaya Sarawak kena cari Rumah Orang Penan sebab orangnya seksi and muncit cem pakcik di atas. Cute katanya sebab tutup tang tu saja. Lawak betul  bila kami sampai dan mengiyakan apa yang kawan aku cakap. Opppsie bukan part cute tapi part muncit. Tu yang kami tergedik-gedik nak cari pakcik ni dan bergambar. Sporting abes. Dia pun dah tak larat nak posing. Ramai benar nak bergambar dengan dia. Kat sini pun boleh menyumpit juga. Sumpit berat yang original tu. Bukan sumpit mainan manja-manja yang kami try di Rumah Orang Iban. Next kami ke rumah lain pula. Dah budget yang rumah tu maybe rumah yang last kami akan terjah. Waktu pun dah almost pukul 11.00 pagi. Masuk ke dalam rumah ni disambut oleh pekerja yang senyum sokmo. Ada penari-penari yang dah get ready. Comel-comel semuanya. Kat sini kitorang sempat join and tengok mini performance dari penari-penari yang memang ada. Kebetulan ada rombongan dari sekolah sains mana tah jadi suasana memang meriah. Bebudak tu semua pulak nenakal aje dok ngusik kakak-kakak comel yang dok menari jejoget. Lepas tu bolehlah uols nak bergambar ke apa ke dengan dancers tu semua.














Then dengan peluh yang semakin mencurah-curah kami menapak ke hall. Ramai dah orang yang berkumpul kat sana. Kami terpaksa beli air mineral sebab dah haus sangat-sangat. Cuaca tak adalah panas sangat. Mendung saja tapi bahangnya terasa sungguh. Bayangkan those people yang datang tengahari or petang. Dah duduk rilex kami terus masuk hall. Orang dah penuh but alhamdulillah ada seat untuk kami duduk. Agak strategik jugak seat yang kami dapat. Tak lama lepas duduk performance terus mula. Sebagai persembahan penutup semua penari naik ke pentas and jejoget lagu 1Malaysia yang versi rancak and omputih tu. Meriah and happening. Penonton pun dijemput naik untuk menari sekali. Ada ramai jugak penonton yang sporting. Sejujurnya persembahan memang tip top. Aku rasa macam aku melancong ke negara lain and kagum dengan persembahan etnik yang dipersembahkan. Itulah hakikat kita ni. Belum pun habis sebenarnya mengenali identiti negara sendiri. Aku cakap pasal diri aku ya. Nak sangat tengok tempat orang tapi yang ada kat negara sendiri belum khatam. Masih banyak yang perlu diexplore. Tengok negara orang wajib ditanam cita-cita itu sebab itu kepuasan lain. Toksah nak compare sangat bab tu. Tapi bila aku dah jejak kaki ke Sarawak aku sendiri terpegun dengan new experience yang aku dapat kat sana.

-MALAYSIA TRULY ASIA-

KAMPUNG BUDAYA SARAWAK
93050, Kuching, Sarawak

9.00 AM - 5.00 PM

HARGA TIKET
Dewasa : RM60
Kanak-kanak : RM30
Student Card : RM30

WAKTU PERSEMBAHAN
11.30 AM / 4.30 PM

Facebook Page - Kampung Budaya Sarawak

Persembahan ni lama juga. Almost one hour. Jadi kalau uols nak datang ke sini make sure tidak melepaskan peluang untuk tengok performance okay. Ada dua sesi persembahan dalam sehari. Lepas daripada show kami terus decide untuk keluar. Kami decided untuk balik ke Kuching and selesaikan urusan duniawi yang menghantui kami sejak tiba di bumi Sarawak. Before that kami cari tempat makan and tak ada kedai specific pun. Mana yang kitorang rasa sesuai nak makan kami just had our lunch there. Sedap juga and haruslah makan mee kolok kan.

BAYAR SAMAN TRAFIK DI KUCHING SARAWAK

Untuk bayar saman di Kuching Sarawak bukan kena pergi ke Balai Polis. Ada bangunan khas untuk bayaran saman saja jadi kenalah kesana. Dengan redha aku bayar saman malas nak question lagi. Kalau betul aku salah baiklah aku bayar kalau saja-saja pandai-pandailah tuhan balas. Redha dengan apa yang terjadi dan duit yang tiba-tiba melayang pergi, aku dengan Shu menapak keluar and duduk dalam kereta bertafakur seketika. Masing-masing merenung and terdiam. Ingatkan dapatlah merayu kat kaunter bayaran sebab kami memang tidak bersalah. Tak apalah jadikan pengajaran. Kena perhati betul-betul kalau nak parking di Sarawak. Tengok jam dah almost 3.00PM. Kami janji nak pulangkan kereta pukul. 5.30PM di kawasan airport. Walaupun masih ada few hours tapi tak boleh temenung lama-lama. Kami decide untuk ke Kampung Boyan sekali lagi untuk beli kek lapis. Dalam pada sayu duit melayang kena juga letak tepi and shopping kek lapis untuk mereka-mereka yang ada dirumah. Kali ni kami tak naik bot kami bawa kereta terus kesana senang nak angkut semua hasil tuaian. Masih berpandukan GPS and alhamdulillah sampai ke destinasi yang dituju.

KEK LAPIS DAYANG SALHAH DAN MIRA CAKE HOUSE DAN IKAN TERUBUK MASIN KAMPUNG BOYAN

Hari sebelumnya kami dah rasa puas-puas kek lapis di dua kedai yang famous iaitu Mira Cake House dan Dayang Salhah. Aku jujurnya lebih suka kek di Mira Cake House sebab lebih moist. Tapi ikut tekak dan selera masing-masing jugalah. Jadi aku beli ikut kemampuan dan terpaksa aku limitkan pembelian. Pada asalnya nak masukkan kek lapis sebagai hadiah untuk giveaway tapi terus jadi tak mampu. Rata-rata harga kek lapis adalah RM10 sebungkus tapi ada juga yang berharga RM20 dan kalau nak lagi besar RM60. Aku jatuh cinta abadi dengan Kek Insang Pari. Bukan kek lapis pun tapi kek buah. Dah memang peminat kek buah jadi dimana-mana pun tetap menjadi pujaan hati. Aku beli kek lapis untuk ahli-ahli keluarga di Bangi. Bila berbelanja banyak di Mira Cake House dapatlah kotak untuk membungkus kek-kek yang dibeli dan disusun dibalut dengan rapi. Senang nak bawa naik flight. Ditepi kedai Mira Cake House dah siap ada kedai ikan terubuk masin. Selain kek-kek lapis yang sedap, Sarawak juga terkenal dengan ikan terubuk masin. Kongsi dengan Shu kami ambil 10 ekor yang sederhana besar dengan harga RM50 sahaja. Asalnya seekor RM8 tapi dah diturunkan harga. Wajib jugalah beli sebab memang sedap. Kalau peminat ikan masin mesti suka. Aku tak ada mood nak ambil gambar sebab hati masih gloomy dengan pelaburan saman. Sebab tu tak ada gambar aku nak provide untuk korang. Jujurnya sampai ke hari ni masih tak goreng-goreng lagi ikan terubuk masin tu. Dok kepam dalam fridge kat rumah nenek. Apa makcik aku nak buat pun aku tak tahu. Selesai melabur di Kampung Boyan kami teruskan perjalanan ke airport. Pukul 5.00PM kami dah sampai di airport. Drop luggage dan aku pergi parking. Tunggu untuk Kak Fiza datang ambil kereta. Pada asalnya flight balik adalah pada pukul 7.30PM jadi elok sangatlah untuk drop luggage. Bila sampai di kaunter check-in tetiba staff Air Asia tak bagi drop luggage lagi. Katanya tunggu dulu. Kami pun berdirilah di one corner sampailah satu SMS masuk. Penerbangan ditunda ke pukul 8.10PM katanya. Jadi kaunter check-in untuk ke Kuala Lumpur dibuka pada pukul 7.10PM. Alamak rasa resah sangat sebab aku dahlah minta tolong kawan aku ambil di KLIA2. Kesianlah kawan aku kalau lambat esoknya dia kerja. Memang tak jadi apa nak buat macam mana kena tunggu jugalah. Kami melepak di surau alhamdulillah selesa. Selesai menguruskan urusan kereta dengan Kak Fiza dan kasi surat saman dan resit bayaran. 

Elok kami dah masuk ke departure hall aku dapat satu lagi SMS. Kali ini penerbangan ditunda lagi ke 8.45PM pula. Ya Rabbi dah kenapa macam ni. Aku terpaksa call sana sini nak inform macam-macam. Nak nangis dah rasa masa kat airport. Kalau boleh aku tak naklah susahkan orang ambil aku tengah malam. Duduk termenung di departure hall and perut mula lapar. Discuss dengan Shu nak makan apa and finally makan di Merry Brown. Elok duduk boleh pula dapat satu lagi SMS dari Air Asia. Penerbangan ditunda ke pukul 9.10PM pula. Serious aku memang dah bergenang air mata. Yup emotional sebab aku dah terpaksa call sana sini nak make sure ada orang boleh tolong ambil aku. Penerbangan dahlah makan masa dua jam nak sampai Kuala Lumpur. Call sepupu and they said boleh tolong ambilkan. Eventhough dah sedikit senang hati disitu tapi still rasa tak puas hati sebab dah kena susahkan orang. Makanlah suap bubur nasi pelan-pelan dengan tak ada seleranya tapi kebuluran. While makan kami dengar announcement yang passengers untuk penerbangan ke Kuala Lumpur sila ke gate untuk penerbangan segera. Waktu tu baru pukul 8.15PM jadi aku ingatkan adalah flight awal sikit untuk balik ke Kuala Lumpur. Tapau makanan and berlari-lari ke gate perlepasan. Orang dah ramai beratur. Aku ingat memang dah nak naik flight. Lepas tu one final announcement. Penerbangan ditunda lagi ke 9.45PM pula. Dah kenapa ni main-main dengan passengers ? Kita punyalah kelam kabut berlari. Dah naik mengantuk rasanya menunggu. Waktu dah melepasi pukul 9.45PM seperti yang dijanjikan tapi tiada sebarang pengumuman pun dibuat. Passengers yang lain dah nampak makin resah. Ada yang dah mula jalan kehulu kehilir. Aku dengan Shu muka dah sememeh redha and duduk menunggu. Menjelang 10.15PM akhirnya sebiji kapal terbang telah mendarat dengan jayanya. Orang lain dah mula berdiri tapi aku dengan Shu masih duduk dulu kasi passengers yang kat dalam tu keluar. Akhirnya lepas dah beratur dah bermasam muka mencuka around 10.45PM kami berlepas dari Kuching International Airport dan mendarat di KLIA2 dua jam berikutnya. Keadaan di KLIA2 dah macam zombiland. Tak ada selera rasanya nak singgah mana-mana kedai even just to buy a cup of coffee. Kak Ecah dah sedia menanti di luar and kami merempit pulang ke Putrajaya. Lepas dah sampai rumah Kak Ecah sepupu aku dah tunggu nearby Alamanda and kami konvoi pulang ke Bangi. Ramainya yang terpaksa aku susahkan. Lepas ni aku rasa nak pergi mana-mana tinggal sajalah kereta di airport bayar sikit daripada terpaksa macam ni. 

THANK YOU KUCHING.. I HAD FUN

Alhamdulillah selamat sampai ke Kuala Lumpur walaupun delayed berjam-jam lamanya. Adalah hikmah tersembunyi percaturan terbaik dari-Nya. Salah satu bucket list untuk tahun 2014 berjaya tercapai. Aku memang berhasrat nak menjejakkan kaki ke semua negeri yang ada di Malaysia. Syukur dengan izin-Nya aku dapat melawat Kuching.  Walaupun aku tak merantau setiap pelusuk negeri Sarawak, tapi adalah kiranya aku tinggalkan jejak dan memori di sesebuah tempat dan negeri yang aku dah pergi. Lepas ini tak adalah istilah 'negara sendiri belum habis pusing dah berangan nak pusing negara orang lain..' Dah berjaya mengelilingi Malaysia. I am a proud Malaysian gituuu.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

CUTI-CUTI MALAYSIA / JALAN-JALAN KE KUCHING SARAWAK

Entri sebelumnya diSINI.

KUCHING SARAWAK : MISI MENAWAN GUA + WIND CAVE + FAIRY CAVE + JONG'S CROCODILE FARM DAN MAKAN MALAM DI STATION 12 KUCHING. Perjalanan kami diteruskan. Sudah puas melaburkan duit shopping di Serikin. Walaupun hari mendung tapi bahang tetap terasa. Masih ada beberapa tempat-tempat menarik yang ingin kami terjah. Kami teruskan perjalanan mencari gua-gua yang famous di kawasan berdekatan. Katanya kalau datang ke Kuching harus terjah. Dah jatuh hukum wajib. Ada tiga gua yang berada di kawasan berdekatan dengan Serikin - Wind Cave, Fairy Cave dan satu lagi cave yang aku tak tahu nak kasi nama apa sebab tidak bernama. Aku menyuarakan keinginan untuk menerjah gua-gua yang berada berdekatan. Kawan aku cakap no problemo sebab nanti dia boleh bawakan.

GUA YANG TIDAK DIKETAHUI NAMANYA



Ada cerita funny disebalik trip pencarian gua kami. Hasil pencarian aku di Google ramai menyatakan bahawa gua yang tak bernama inilah Fairy Cave. Ramai juga yang share gambar dengan menunjukkan bentuk gua yang sebegini jadi aku pun ingat inilah Fairy Cave. Kawan aku pun cakap tangga Fairy Cave rendah saja senang nak panjat. Confident sangat kau. Haaa.. sebab dia pun ingat inilah Fairy Cave. Fairy sangat tau nak gelak teruk bila kami rupanya dah salah gua. Aku pun jadi excited kalau sungguh tangga rendah jadi bolehlah aku memanjat sama. Yang kami ni punyalah skema ayam pi turun and panjat tangga. Masuk tengok memang ada fairy. Seketul patung buddha dok menunggu. Terus lari keluar balik. Naik semput-semput bau asap dalam tu orang tengah memuja. Memanglah ramai yang singgah. Memasing nak yampreng yampreng dalam tu. Adoiyai. Tertipu. Jadi kawan-kawan semua. Ini bukan Fairy Cave. Tidak sama sekali !! Lepas dah posing seround dua kami patah balik sedikit untuk ke Wind Cave. Kita tinggalkan sekejap pencarian Fairy Cave yang penuh misteri itu. Dalam perjalanan dari Kuching - Serikin memang kami dah nampak papan tanda nak ke Wind Cave. Jadi kami teruskan perjalanan ke Serikin dulu nanti cadangnya patah balik ke Wind Cave.

WIND CAVE SARAWAK



Di sekitar Wind Cave ada banyak hut atau pondok-pondok seperti di dalam gambar untuk semua duduk-duduk and berehat. Kawasan ni luas yang amat. Kami tak explore lebih-lebih pun. Cukuplah setakat ambil gambar kat signage sebagai bukti dah jejak kaki di Wind Cave. Tempat ini sesuai kalau nak buat aktiviti camping atau aktiviti lasak yang lain. Ada banyak kawasan lapang and rasanya macam ada anak sungai jugak sebab ada bunyi air. Sebab dalam hati masih tertanya-tanya dimanakah Fairy Cave jadi tak berapa berminat nak explore tempat ni. Kembali meneruskan perjalanan mencari Fairy Cave. RA (kawan kepada kawan aku yang turut sama join trip kami) ada gave a call kat kawan dia di UNIMAS untuk tanya direction ke Fairy Cave. Kawannya tu dah sampai kesana before. Kawan aku belum pernah lagilah kalau dah dia ingat gua tak ada nama tu adalah Fairy Cave. Hampeh. Confident sungguh tak menahan hahaha. RA kata kena naik sikit lagi dari simpang nak masuk ke Serikin. Maknanya jangan belok kanan untuk ke Serikin tapi teruskan drive keatas. Maka kami pun bergerak ke direction yang telah dikenal pasti. Agak jauh juga drive tapi bayang signage ke Fairy Cave masih tidak kelihatan. Lastnya kawan aku tahan seorang makcik dan tanya direction. Ooops rupanya dah dekat. Mari !!

FAIRY CAVE SARAWAK

Alhamdulillah selamat tiba setelah pulun sakan gila nak cari gua ni. Mana boleh lepaskan peluang bergambar as bukti. Sebenarnya waktu sampai kami dah terasa sikit kejutan budaya. Anak tangga tinggi bukan memain. Sebab tu kami posing dulu sebab confirm kalau dah turun nanti mekap semua luntur and muka dah berminyak-minyak. Sementara tengah comel-comel baik kita bergambar. Untuk masuk dan sedekahkan diri ke gua ini kena bayar RM1 sahaja. Kalau agak-agak muka pan asian or pure minah salleh sediakan duit lebih sikit. Tak ingat dah berapa kena bayar. Hati dok berdebar memikirkan anak-anak tangga yang bakal dipanjat. Mampu atau tidak. Dahlah aku ni dengan slip disc jadi aku kena ambil extra caution. Kang ada yang balik semenanjung merangkak sebab sakit pinggang. Tapi aku gagahi juga sebab dah sampai. Panjatlah slow-slow. Biarkan kawan-kawan didepan. Yang sakit ni duduk belakang la sikit. Sedar diri hahaha..




Ini baru anak tangga biasa saja tau. Belum masuk gua lagi. Ini tangga lima tingkat punya siri jangan memain. Sampai atas saja dah tercungap-cungap. Semput and naik turun dada nak bernafas. Adoi cabaran boleh tahan. Baru nak mula. Then adalah tempat melepak sekejap kat atas tu. Boleh duduk-duduk. Faham kot orang yang panjat tangga bakal kesemputan. Dah naik tangga lima tingkat ada lagi tangga hoi. Memang main kasar gua ni. Dia main tangga banyak sungguh. Terkedu aku. Mulanya ingat nak tunggu saja kengkawan ni menapak masuk gua. Sebabnya dah terasa dah sengal-sengal kat pinggang aku. Tapi memikirkan kawasan surrounding nak tunggu pun menyeramkan aku cekalkan hati sajalah ikut masuk. Bermula dari atas tangga ni kawasan dah mula gelap. Totally gelap ya. Memang tak ada lampu langsung. Kami pun bersuluhkan lampu dari handphone sahaja. Memang mencabar dan eloklah kalau uols nak datang bawaklah torchlight. Preparation. Kami ni main redah saja and langsung tak ada idea rupa gua ni macam mana. Kena slow-slow mendaki. Kawasan yang gelap gelita tu singkat saja tapi mencabar. Jalannya steep dan anak tangganya sangat kecik. Kalau pijak tu suku kasut saja kot. Memang kena slow plus licin and berlumpur. Mana mai aku tatau. Eloklah kami turun memasing seluar jadi kotor. Perjalanan kami alhamdulillah okay walaupun berbekalkan lampu yang limited. Seorang jalan dulu then suluh and aku pun suluhkan lampu untuk kawan di belakang. Kenalah saling bekerjasama. Waktu ni dah terasa angin yang kuat. Nikmatnya walaupun dalam hati berdebar sebab gelap tak nampak apa.


Ini kat kawasan lapang yang kami sampai setelah berhempas pulas dalam gelap gelita. Nampak tak dalam gambar kawasan gelap tu. Haaaa dari situlah kami keluar. Bila dah sampai kat kawasan ni dah ada dah cahaya. Kawasan lapang and boleh nak duduk-duduk. Kalau rasa nak picnic pun boleh. Bentang tikar sekali. Itupun kalau bekalan makanan tak berterabur masa tengah mendaki. Angin kat sini memang superb. Memang sedap yang amat cepat aja peluh kering. Dah mendaki dengan baju dua lapis bercardigan bagai. Bayangkan sajalah peluh macam mana. Sebahagian daripada permandangan di dalam Fairy Cave. Ada lagi gambar tapi kat kawan aku. Sebab dia meneruskan perjalanan ke atas. Sikit saja lagi sebenarnya tapi aku dah sampai limit aku. Rasa pinggang macam kena cucuk ngan jarum dah. Baik aku duduk diam-diam and kasi muscle aku berehat. Kang diorang ni lagi parah kena dukung aku turun. Nanti bila dia dah kasi gambar aku update lagi. Katanya cantik. Macam dalam filem orang-orang putih dok shooting dalam gua. Cenggitulah bayangannya. Jadi kalau uols dah sampai ke atas ni tabahkanlah hati dan menapaklah sikit sahaja lagi. Jangan duduk bawah macam aku lepas tu rasa menyesal sebab tak tengok apa ada dekat atas sana. Lepas dah posing sana sini setiap ceruk dah bergambar kami pun mulakan misi nak turun dan keluar dari gua. Sekali lagi nak berdepan dengan laluan gelap gelita. Nak turun lagi mencabar. Kena grip bebetul pemegang ye kawan-kawan. Kalau tidak chances nak tersungkur memang besar. Macam aku cakap memula tadi, laluan adalah curam dan sempit. Kena pijak anak tangga dengan cara mengiring macam ketam jalan. Kalau straight jugak alamatnya buat stunt lah korang dalam gua tu. Time ni memang redha sajalah seluar dah kotor. Janji dapat keluar dengan selamatnya.

WARNING : Sila pakai kasut dan pakaian yang sesuai.

Lepas dah turun and memasing muka serabut dengan peluhnya hanya mampu ketawa dan tersengih-sengih. Memasing macam tak mampu nak berkata apa-apa tapi jauh disudut hati terasa kelakar. Sebab jauh sekali bayangan gua tidak bernama itu dengan Fairy Cave. Jadi sekarang aku dah tahu and mungkin akan berfikir tiga empat kali kalau nak memanjat sekali lagi. Apa-apa pun pengalaman. Sejak sakit aku tak ingat bilalah kali terakhir aku buat kerja lasak macam ni. Kalau dulu time nikmat sihat masih belum ditarik memang suka saja aku nak explore tempat macam ni. Sekarang tidak lagi. Sila beringat dan berwaspada. Itu sahaja. Alhamdulillah tak ada yang patah riuk tulang and sengal sendi while memanjat. Pinggang aku pun malam balik memanjat baru buat perangai balik. Elok dah sampai hotel and nak solat baru nauzubillah sakitnya. Tapi lepas dah tidur and ubat seround dua okay dah esoknya. Dah lali dah memang gitu perangainya. Lapan tahun dah sengsara sakit jadi tak hairan sangat.

JONG'S CROCODILE FARM

Destinasi seterusnya adalah terus ke Jong's Crocodile Farm. Tapi sebelum itu kami singgah ke Bau untuk cari masjid dan solat Zohor. Lepas solat memang kami decided untuk tidak makan tengahari dan terus bergerak ke Jong's Crocodile Farm yang terletak di Siburan. Sebabnya nak catch show buaya terbang pada pukul 3.00PM. Kalau berhenti makan memang tak sempat nak tengok show. Haruslah menyaksikan show buaya kalau dah ke Jong's Crocodile Farm. Dari Bau perjalanan lebih kurang satu jam perjalanan dan kami betul-betul merempit juga untuk sampai on time. Sampai saja terus parking. Kereta tak berapa banyak pun. Adalah dalam tujuh lapan buah. Berlari-lari ke kaunter untuk beli tiket sebab showtime bakal bermula dalam seminit dua lagi. Memang bagus kawan aku drive sampai on time. Yang seronoknya kawan aku yang berdua tu pun sama excited macam aku dengan Shu. Memasing tak sabar nak tengok buaya terbang sedangkan diorang dah beberapa kali datang. Mungkin sebab tengok kami excited diorang sama seronok. Dapat saja tiket terus meluru ke tempat show. Tak sempat dah nak singgah kandang binatang-binatang lain menjenguk. Agak jauh juga nak sampai ke tempat show maka termengah-mengah kami berlari. Akhirnya sampai and hoi ramai rupanya umat manusia yang dah ready kat situ. Maybe diorang tu datang naik bas kot. Terus cari spot baik punya sebab nak amek gambar. Buat muka tak malu menyelit celah orang-orang ramai.

Showtime hanya pada pukul 11:00AM dan 3:00PM.












Inilah kandangnya. Nampak tu buaya-buaya semua tengah berenang free style kat sana. The workers nanti duduk kat pondok kecil hijau tu then nanti diorang gantung ayam kat tali-tali yang ada. Mulalah nak mengumpan buaya-buaya tu semua. Yang mana tengah bersidai tepi kolam pelan-pelan gerak masuk air. Teruja bau ayam terus bangun tidur. Aku personally rasa show di Jong's Crocodile Farm ini mengagumkan. Bunyi yang terhasil bila buaya-buaya ni berjaya ngap ayam yang digantung memang dasyat. Kuat bunyinya.. Bukan kecil tau buaya-buaya ni semua besar. Bila ready nak ngap tu rasa seram semacam tengok lajunya buaya-buaya ni bergerak. Masa tengah show ni memang macam-macam reaksi yang penonton kasi. Paling cute bila audiences tepuk tangan once buaya-buaya ni dapat ngap. Show ni berlansung dalam 30-45 minit juga. Sebab nak goda buaya-buaya ni satu kerja juga. Kena target and buaya ni gerak macam malas. Slow tapi bila dah ngap tu laju. Iyelah diorang pun bosan hari-hari kena terbang.





Sumpah besar !!

Dekat sini ada kolam ikan Arapaima. Jap Arowana ke Arapaima entah aku tak ingat. Tak ingat sebab ikan-ikan tu katanya tidak menjelma pun orang-orang dah tunggu dekat setengah jam. Dah umpan macam-macam ikan tak mahu timbul. Tapi rezeki aku nak tengok ikan besar. Kat spot aku berdiri itu jugalah kebetulan ikan tu seekor tengah lalu. Besarnya bukan main. Seram aku dah dia lalu kat kaki. Tah kalau tergolek dalam kolam tak tau jadi apa. Selain tarikan utama yang ada iaitu buaya-buaya, ada juga binatang lain yang kita boleh tengok kat sini. Burung-burung dibiarkan bebas. Ada merak and few other types. Ada monyet ada landak ada beruang ada memerang dan banyak lagi. Since masa baru sampai tak sempat nak tengok binatang-binatang lain, lepas show baru dapat menjenguk. Dalam perjalanan keluar, tetiba kawan aku pi sua kepala kat salah satu bilik yang pintunya terbuka. Ada beberapa pekerja dalam bilik tu tengah buat kerja. Kami wonder juga apa yang diorang tu tengah buat. Rupanya diorang tengah nak alih salah seekor buaya yang ada dalam bilik tu untuk dialihkan ke kandang. Sedang bertungkus lumus nak ikat buaya tu. Adalah dalam lima enam pekerja tengah menguruskan buaya seekor tuh. Sempat pula abam-abam pekerja tu semua offer kat kami-kami yang ada disitu kalau nak pegang or bergambar dengan buaya ni. Tengok tu si Ra sorang saja berani nak pergi pegang. Bertuah punya budak. Aku tengok sajalah. No way nak pergi pegang and usap usap. Adalah few people yang bergambar. Kami cukuplah Ra seorang saja sebagai wakil. Yang tolong snap pun seram aje nak ke depan.






 Setelah berperang nak mengikat buaya akhirnya berjaya angkat keluar dari kandang. Ini buaya yang tak berapa nak besar sangat tu. Dah macam nak patah pinggang pekerja-pekerja ni aku tengok.


  Ditariknya buaya tu dipaksa untuk berjalan. Boleh terkeluar isi perut pekerja-pekerja ni kalau kena angkat. Nampak buaya keluar dari bilik tu kelam kabut kami lari.






Diorang tutup mata buaya. Katanya buaya lemah sikit kalau dia tak nampak. Kalau tidak dalam dok angkat tu mata dia meliar saja nampak pekerja-pekerja dok angkat dia. Mau dia jadi extra aggressive. Dah masuk dalam kandang. Baru buka ikatan mulut terus nak nganga buaya seekor ni. By the way buaya ni cacat sikit. Tak ada ekor jadi kalau dia terlepas pun taklah selalu buaya normal berjalan. Ekor kan membantu buaya bergerak. But still. Ini adalah seekor buaya walaupun cacat. Lepas habis meneroka dunia buaya kami gerak kembali ke Kuching. Sempat singgah di Giant yang berdekatan sebab kawan berdua kena solat. Aku dengan Shu dah jama' qasar siap-siap. Then kami singgah makan kat salah satu fast food restaurant makan ringan ringan sebab nak makan di Kuching. Cukuplah nak alas perut. Nanti extra kenyang pula rugilah space. 

At first rasa nak makan di Topspot dah ramai sangat yang suggest makan disana. Bila dah sampai pening kepala aku tengok orang sangat ramai dan sesak. Footcourt rupanya yang ada banyak-banyak kedai seafood and pilihlah apa jenis seafood nak makan. Okay kalau cemtu tak apalah. Aku bukan boleh nak makan sesak-sesak gitu. Plus bukan ada mood nak makan seafood secara pukal pun. Kalau gitu kat Penang pun hado. Aku boleh makan puas-puas. So kami beredar dari sana bila memasing dah setuju tak nak makan situ. Kawan aku pun ada kata. Orang yang duduk sana pun jarang pergi ke Topspot. Sedap tu memanglah tapi maybe kalau orang datang jalan baru angkut kesana. Sesaja memang tak pergi sebab ada banyak lagi spot seafood yang lagi sedap. Biasalah bila dah famous haruslah orang menyerbu kan. 

MAKAN MALAM DI STATION 12 KUCHING

Akhirnya kami ke Station 12. Kat mana kedai ni jangan tanya aku sebab aku dah too tired sampai tak berapa nak aware jalannya. Kat sini they have great and super delicious nasi ayam bakar. Sumpah sedap and menjilat jari sangat rasanya. Mee koloknya pun lebih sedap daripada banyak-banyak mee kolok yang kami dah makan sepanjang di Sarawak. Jadi kedai ni pun aku nak suggest kalau korang nak datang ke Sawarak. Tak ada gambar makanan sebab kami masing-masing kebulur tak fikir nak tangkap gambar dah. Kami makan set ayam penyet bakar dan pisang goreng cheese.


Comrade picture selepas makan. Just to capture the moment sudah seharian kami penat berjalan. Time to go home and rest. Lepas hantar kawan-kawan balik ke UNIMAS. Thank you Qori dan RA sudi jadi tour guide kami seharian suntuk, sama-sama berpenat lelah kehulu kehilir. I appreciate it a lot. Aku dengan Shu balik ke hotel and kembali terkebil-kebil memikirkan apalah kami nak buat dengan surat saman yang kami dapat. Mengatur-ngatur kembali itinerary yang sedikit terganggu untuk hari berikutnya sebab kami sepakat nak settlekan saman sebelum balik. Malas nak bawa balik ke semenanjung. Tak apalah pengajaran buat kami supaya lebih berhati-hati ketika parking. Balik hotel aku terus parking depan pintu hotel. Kena saman juga tak tahulah terang-terang situ parking area. Selesai kisah memanjat tangga menerja gua dan bermanja manja dengan buaya. Kita sambung lagi nanti cerita di Kampung Budaya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.