August 2018 | SITI.YANG.MENAIP

Singapore tersenarai sebagai salah satu destinasi pilihan rakyat Malaysia disebabkan lokasi yang sangat dekat dengan Malaysia. Tambang tiket penerbangan pun boleh dapat dengan harga murah. Kalau korang nak bercuti tapi malas nak pergi berjalan jauh – Singapore adalah destinasi pilihan yang terbaik. Terus tempah tiket dan fly ke Singapora. Aku ada juga merancang untuk ke Singapore bersama kawan-kawan tapi atas faktor cuti menjadi halangan. Walaupun lami belum berjaya jumpa pilihan tarikh yang bersesuaian apa salahnya kalau aku kongsikan dengan semua apa yang ada di Singapore dan kenapa kita semua patut fly ke Singapore.


Paling penting bila ada perancangan nak ke Singapore kenalah rajin survey harga tiket. Kita boleh book tiket dari laman web Traveloka yang ada macam-macam pilihan budget yang menarik dari harga serendah RM150. Kalau rezeki extra murah dengan harga serendah RM100 pun dah boleh dapat macam-macam deals. Belum sembang segala deals lagi-lagi kalau tiba musim promosi. Memang jimat habis. Nak ke Singapore ada banyak cara dari Malaysia. Boleh naik bus atau drive sendiri. Tapi bagi aku yang paling selesa adalah dengan menaiki kapal terbang. Aku dari Penang tak sanggup nak lemau duduk dalam bus menempuh perjalanan yang jauh. Macam-macam options airlines ada dari Malaysia ke Singapore. Nak naik Air Asia boleh.. Malindo boleh.. Malaysia Airlines dan banyak lagilah pilihan syarikat penerbangan yang ada. Yang penting destinasi yang dituju adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Changi (International Changi Airport). Perjalanan hanyak sekitar 01 jam 15 minit saja. Tak sempat nak lenguh pinggang dah sampai. Menarik kan ?

Dah ada tarikh pilihan dan tiket penerbangan, barulah kita boleh susun dan rancang itinerary dan cari tempat-tempat yang best di Singapore. Kenalah mula study selok belok sesuatu tempat yang dituju dari awal. Aku ada senaraikan banyak tempat-tempat menarik di Singapore sebagai rujukan diri sendiri sekiranya tiba-tiba menjadi trip kesana. Banyak info aku kutip dari hasil perkongsian kawan-kawan Bloggers yang lain. Untuk travel sekitar Singapore juga tak susah. You just need a Singapore Tourist Pass dan boleh access kepada unlimited MRT rides. Busses juga kecuali Express Sentosa. They have really good MRT system. Bagi aku, untuk yang pertama kali ke Singapore, ada beberapa tempat yang wajib untuk diterjah. Kiranya tak lengkap trip ke Singapore kalau tak jejak kaki.

1. Marina Bay Sands dan Gardens by The Bay – Ini memang wajib especially untuk first timer. Hanya perlu turun di MRT Bayfront ikut signage dah sampai. Ramai yang bagi review kawasan Gardens by The Bay lagi cantik pada waktu malam dengan pertunjukan lampu yang menarik. Gardens by The Bay telah dibina oleh kerajaan Singapore dengan usaha untuk transform Singapore dari ‘Garden City’ kepada ‘City in a Garden’. Tarikan utama haruslah ‘the Supertree Groove’ yang cantic. Marina Bay Sands pula adalah resort mewah yang dibina di Marina Bay. Selain terkenal dengan casino, daya tarikan unik adalah infinity swimming pool dan jambatan yang menghubungkan tiga bangunan utama. Nak masuk menjenguk ke Kawasan Marina Bay Sands adalah percuma tapi nak naik jambatan kenalah bayar. Next, kita wajib ke 2. The Merlion – Terletak di kawasan Marina Bay, sangat tak lengkap trip ke Singapore kalau tak singgah. Wajib bergambar dengan The Merlion, statue berkepala singa dan berbadankan ikan duyung (mermaid). Gunakan gaya kretiviti yang ada dan jangan lupa untuk posing sakan snap gambar-gambar unik di The Merlion. Nganga mulut sebesar mungkin untuk dapatkan shot yang menarik. Nak masuk ke The Merlion dikenakan bayaran sebanyak SGD18 (RM54.29 approx) untuk seorang dewasa dan SGD15 (RM45.33 approx) untuk kanak-kanak. Jenis yang kaki shopping kena bawa duit extra sebab kita bakal pergi shopping di 3. Orchard Road. Lokasi wajib singgah untuk kaki shopping dan laburlah duit yang ada. Hanya perlu menaiki MRT dan turun di MRT Orchard. Ada banyak tempat membeli belah terkenal dan kedai-kedai menarik untuk kita semua cuci mata, sambal membeli. Kenapa kawasan mewah seakan-akan Bukit Bintang ni namanya Orchard Road ? Once upon a time, kawasan Orchard Road adalah kawasan penanaman rempah ratus dan buah-buahan yang besar di Singapore. Semakin maju semakin berkembang lama-lama terus berubah menjadi Orchard Road yang gempak seperti sekarang. Tapi sejarah jangan dilupakan maka nama ‘Orchard’ dikekalkan. Nak beli souvenirs murah-murah untuk family member dan kawan-kawan boleh ke 4. Chinatown. Dah berjalan mesti kena beli souvenirs. Ada banyak sangat pilihan souvenirs dari keychains, fridge magnets, tshirts dan bags untuk dipilih. Harga juga adalah berpatutan tapi korang boleh cuba untuk tawar-menawar. Mana tahu rezeki boleh dapat discount.


Sebagai pencinta binatang, usually kemana-mana pun aku suka singgah ke zoo. Jadi 5. Singapore Zoo, Jurong Bird Park, Singapore Night dan River Safari turut tersenarai dalam list tempat wajib singgah. Boleh beli tiket combo ataupun single tiket. Kalau kena pilih salah satu, aku akan pilih Singapore Zoo. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak SGD35 (RM105.76 approx) untuk seorang dewasa dan SGD23 (RM69.50 approx) untuk kanak-kanak. Walaupun harga sedikit off budget tapi aku yakin trip ke zoo tak pernah mengecewakan. Antara lokasi-lokasi lain yang terkenal adalah Singapore Flyer, Helix Bridge, Clarke Quay, Little India, Singapore ArtScience Museum, Singapore Esplanade Theatre dan Singapore Crocodile Farm.

Sekiranya ada masa yang lama dan peruntukan yang lebih, ada juga beberapa lokasi best di Singapore yang boleh dilawati di Sentosa Island. Memang tak cukup nak pusing Singapore dalam waktu yang singkat walaupun Singapore adalah negara yang kecil. Extra time is needed sekiranya kita nak enjoy dan have fun di kawasan Sentosa Island. Disinilah terletaknya pelbagai tarikan menarik yang gempak dan best. Aku adalah peminat 6. Madame Tussauds wax museum dan bercita-cita untuk terjah semua Madame Tussauds museums yang ada di seluruh dunia. Semestinya tak mahu lepaskan peluang untuk ke Madame Tussauds Singapore. Kita boleh meneroka sambil bergambar dengan patung lilin artis-artis terkenal antarabangsa seperti Michael Jackson, Taylor Swift, Bruce Lee dan ramai lagi. Posing semahunya dan selfie sepuas hati penuhkan Instagram dengan gambar-gambar terbaik bersama patung artis-artis terkenal. Jadilah jumpa patung lilin pun dari taka da langsung. Bayaran tiket memang sedikit mencekik tapi kalau dah Namanya minat, aku sanggup spend SGD49 (RM148.07 approx). Boleh beli tiket online dan dapatkan discount potongan harga. Bolehlah berjimat sikit. Selain itu, kita boleh bersuka ria di 7. Universal Studio Singapore atau lebih dikenali sebagai USS. Wajiblah untuk bergambar dengan globe besi yang famous dan itulah tandanya dah berjaya jejak kaki sampai ke USS. Aku jujurnya not a fan of theme parks tapi dah sampai kenalah pergi. Mudah-mudahan ada keberanian nak cuba bermacam-macam rides yang famous seperti Revenge of the Mummy roller coaster ride, Sesame Street Spaghetti Space Chase, the 3D Transformer ride, Enchanted Airways mini roller coaster, Madagascar : A Crate Adventure, Jurassic Park Rapids Adventure dan macam-macam lagilah. I would definitely give at least of them a try. Rugilah dah sampai tapi tak cuba. Entrance tiket boleh dibeli secara online dan selalunya lebih murah. Ada One-Day Ticket dan Two-Day Ticket. Manalah tahu tak puas bermain-main seharian, esoknya boleh sambung lagi.


Di Sentosa Island juga ada tarikan-tarikan lain seperti Underwater World, Resorts World Sentosa, Wings of Time dan Butterfly Park & Insect Kingdom. Masih ragu-ragu nak teroka Singapore ? Jangan pening kepala sangat. Cepat book tiket ke Singapore dan tak perlu risau. Dengan budget yang ciput pun kita dah boleh pergi Singapore. Carilah tiket penerbangan korang ke Singapore menggunakan Traveloka. Traveloka akan tolong search harga ticket flight yang murah untuk ke Singapore. Book awal dan dapatkan harga yang murah dan mampu milik. Setakat ini, carian harga tiket penerbangan ke Singapore menggunakan Traveloka adalah serendah RM89.06 dan dapat 10KG cabin luggage. Sekadar trip singkat tiga hari dua malam tak payah nak add-on luggage sangatlah. Daripada lemau duduk dalam bus sebab perjalanan yang jauh eloklah naik kapal terbang. Apa lagi nak tunggu book saja tiket untuk ke fly from Kuala Lumpur to Singapore di SINI sebab Traveloka sentiasa ada untuk merealisasikan impian kita semua untuk keluar mengembara. Happy travelling !!

Credits :
https://www.luxurytraveldiary.com 
https://www.marketing-interactive.com
https://www.lokopoko.travel/product/singapore-attraction-ticket-gardens-by-the-bay/
https://weltenbummlerin.net/20-dinge-ueber-singapur/
https://www.pinterest.com/pin/285063851386877741/?lp=true
http://cavinteo.blogspot.com/2015/02/singapore-chinatown-festive-street.html
https://insideretail.sg
http://www.travelcoconut.com/things-to-do-in-chinatown-singapore/
https://www.tribaeast.com/product/sentosa-merlion/
http://flysingaporetrip.com/madame-tussauds-singapore/
https://www.tribaeast.com/universal-studios-singapore/
https://www.mapsofworld.com/travel/destinations/singapore/underwater-world-singapore
BELI SUSU PISANG MELON DAN STRAWBERRY BINGGRAE SEDAP KOREA DARI LAZADA

Not sponsored !!


Sempena minggu shopping online sakan yang ada sale sana sini.. aku shopping juga. Beli air susu pisang melon dan strawberry Binggrae yang famous  dan sedap dari Korea di Lazada. Saja scroll Lazada eeh eeh !! murah pula. Sekotak hanyalah RM3.49. Tak kisah pun dalam kotak atau botol. Sama saja rasanya. Maka kita boronglah banyak-banyak walaupun tak berapa minat minum susu. Gatal nak beli. Sedap jugalah kalau minat minum susu. Yang paling famous flavour pisang tapi favourite aku adalah yang melon. Pi beli cepat !!

Korang shopping apa ?

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
MATTA FAIR KUALA LUMPUR 7-9 SEPTEMBER 2018


Dia datang lagi !! Dia datang lagi !! Matta Fair Kuala Lumpur akan bermula pada 07-09 September 2018 di PWTC Kuala Lumpur. Mulalah kaki dengan tangan ni nak tergedik-gedik. Tak ada perancangan nak beli apa-apa tapi saja nak gedik juga !! Last year aku banyak beli hotel deals di Malaysia. Puas hati dapat atur hotel hopping untuk setahun dengan harga yang sangat berpatutan. Bab tiket flight aku rasa sama saja harganya dengan yang di website jadi tak payahlah nak seksa diri beratur panjang. Kena bayar extra RM20 lagi untuk processing fee. Errrm.. Tak tahulah kalau ada tricks lain untuk dapatkan extra discount. Holiday packages memang banyak sangat rambang mata nak pilih. Sesuai untuk yang suka travel tanpa pening susun itinerary sendiri. Tapi sila compare harga dan service yang ditawarkan. Duit kena bawa secukupnya biarlah usung cash kehulur hilir daripada tak cukup seksa nak cari ATM pula. Normal bila kadang-kadang kita beli package yang kita tak plan pun. Floor plan dah available di website Matta Fair di SINI. Senang nak aim booth mana nak terjah dulu. Selamat memburu.

Tapi tahun ni tak dapat nak pergi. Pfffft !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN MUSIM SEJUK 8 HARI DI JEJU

TRIP JEJU SOUTH KOREA : ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN MUSIM SEJUK 8 HARI DI JEJU. Alhamdulillah selesai perkongsian trip lapan hari ke Jeju. Banyak juga tempat-tempat menarik di Jeju yang kami berjaya pergi, kiranya yang wajib singgah dah checked. Dalam post kali ini, aku akan kongsikan itinerary dan budget perbelanjaan perjalanan kami selama berada di Jeju. Untuk budget, aku senaraikan yang penting saja bukan segalanya. Harga barang-barang yang dibeli dan gambaran harga souvenirs dan tambang pengangkutan semua aku dah kongsikan dalam entries lepas. Terlalu banyak kalau nak aku senaraikan jadi aku hanya pilih few things yang selalu ditanya - tambang flight dan penginapan. Idea perkongsian kali ini hanya untuk bagi gambaran saja bukan niat negatif sebaliknya. Apa yang akan aku kongsikan adalah yang bersesuaian dan telah dipersetujui oleh kelima-lima orang yang turut serta sekali ke Jeju. Tak suruh ikut bulat-bulat tak kata inilah yang terbaik dan sebagainya. Buat timbang tara dan judgement sendiri. Yang baik bolehlah korang cedok dan yang mana tak sesuai jangan ikut.


PERBELANJAAN UMUM BUDGET KE JEJU ISLAND KOREA MUSIM SEJUK

Currency Exchange
1000WON : RM3.58

Air Asia X Kuala Lumpur - Jeju - Kuala Lumpur [60KG Luggage + Seats + Meals]
= RM4929.24 / 5 = RM985.85 pax

Jeju Muslim Travel 5H 4M Ground Package [Hotel + Transportation + Entrance Fee + Meals]
= RM9600.00 / 5 = RM1920.00 pax

Takaful Etiqa Travel Insurance = RM60.19 pax

Duit ground [Hotel + Food + TMoney + Entrance Fee]
= 500 000WON / 5 = 100 000WON pax / RM358.00 pax

Pocket money [Optional : Ikutlah budget masing-masing]
= 400 000WON / 2 = 200 000WON pax / RM716.00 pax

TOTAL : RM985.85 + RM1920.00 + RM60.19 + RM358.00 + RM716.00
= RM4040.04 (plus minus)

Total perbelanjaan adalah sebanyak RM4040.04 plus minus seorang selama lapan hari. Budget mungkin bertambah atau berkurang bergantung pada 'pocket money' masing-masing. Bawa lebih maka bertambahlah belanja dan sebaliknya. Itu adalah amount yang aku bawa untuk diri aku sendiri. Aku kutip setiap seorang 100000WON (RM358.00 approx) seorang untuk digunakan sebagai perbelanjaan ground kami bersama selama 4H 3M selepas selesai tour bersama Jeju Muslim Travel. Cukup untuk bayar duit penginapan, travel expenses : TMoney, bus dan teksi, entrance fee dan juga makanan. Alhamdulillah cukup dan kami berjaya merancang perjalanan dengan baik supaya tak over budget. Untuk perbelanjaan shopping pula asing dan itu ikutlah budget masing-masing. Untuk aku dan MamiZ, kami bawa 400000WON (RM1432.00 approx) dan dari duit inilah kami beli souvenirs dan benda-benda lain yang nak dibeli. Dibawah adalah pecahan perbelanjaan kami selama lapan hari di Jeju.

Total amount : 500000WON [Perbelanjaan untuk lima orang]

Jeju Hyundai Tourist Hotel : 4H 3M
= 213000WON / 5 = 42600WON pax

TMoney Card
=2500WON x 5 = 12500WON

TMoney Top Up 
= 50000WON / 5 = 10000WON pax

Taxi Fare
= 2900WON + 3900WON + 10000WON = 16800WON

Jeongbang Waterfall Entrance Fee
= 2000WON x 5 = 10000WON

Eco Land Theme Park Entrance Fee
= 12000WON x 5 = 60000WON

Food + Yellow Café Binggrae
= 13500WON + 60000WON = 73500WON

Miscellaneous [Banana Uyu + Strawberry + Tea Coffee + Ice Cream etc]
= 6500WON + 15000WON + 13500WON + 5000WON + 5300WON
= 45300WON

TOTAL : 213000WON + 12500WON + 50000WON + 16800WON
+ 10000WON + 60000WON + 73500WON + 45300WON
= 481100WON

Bagi aku jujurnya agak berpuas hati dengan perbelanjaan kami. Shopping banyak juga dan we did not restrain ourselves kalau nak makan atau beli apa-apa. Cuma selections tempat-tempat menarik untuk diterjah kenalah tapis dan pilih yang mana sesuai dengan budget. Apa-apa pun most places yang wajib singgah di Jeju kami dah pergi dengan Jeju Muslim Travel. 

ITINERARY MUSIM SEJUK 8 HARI DI JEJU

Selama lapan hari di Jeju, lima hari yang pertama diuruskan oleh pihak Jeju Muslim Travel dan tiga hari berikutnya kami jalan sendiri. Kami hanya ikut saja itinerary yang telah ditetapkan malas nak fikir panjang. Aku berpuas hari dengan service dari Jeju Muslim Travel. Disebabkan kami naik kereta, aku tak alert sangat soal public transportation. My observation, it is not hard to travel in Jeju dengan public transportation cuma kena rancang perjalanan dengan teliti dan allocate extra time untuk perjalanan. Aku akan kongsikan tempat-tempat yang kami pergi.


Day 1


ü Depart dari KLIA2 ke Jeju International Airport
ü Check-in Hotel [Champion Hotel]
ü Mount Halla / 1100 Road / 1100 Altitude Wetland Nature Discovery Trail - Sledding
ü Dinner

Wajib ke Hallasan kalau dah sampai ke Jeju. Aktiviti berbeza mengikut musim. Aktiviti di Hallasan ketika musim sejuk adalah sledding dan hiking mengikut trail yang ditetapkan. Kalau tak silap boleh saja nak hiking sepanjang tahun selagi laluan tak ditutup atas faktor keselamatan.


Day 2

ü Saebyeol Oreum 새별오름
ü Jeolmul Forest 제주절물자연휴양
ü Jeju Mysterious Road 
ü Jeju Dongmun Traditional Market 동문재래시장
 Jeju Jungang Underground Shopping Center 제주 중앙지하상가


Waktu terbaik untuk ke Saebyeol Oreum adalah ketika musim luruh. Musim lain biasa saja permandangan. Kalau ada extra time tak terkejar-kejar bolehlah singgah because genuinely nothing much disana. Jeolmul Forest is okay just nice tapi kalau nak cepat tak perlu singgah pun tak apa. Mysterious Road pun tak adalah gempak sangat. Souvenirs yang dijual di Jeju Dongmun Traditional Market lebih murah daripada ceruk Jeju yang lain. Allocate more time untuk shopping because markets in Korea are always fun dan sekejap tak cukup nak explore.


Day 3

ü Jusangjeolli Cliff 주상절리대 대포동지삿개
ü Cheonjeyeon Falls 천제연 폭포
ü Ladang Hallabong Orange di Seogwipo
ü Yongmeori Coast 용머리해안
ü Osulloc Green Tea Farm Cafe
ü Innisfree House

Jusangjeolli Cliff wajib !! Kena pergi kalau dah sampai ke Jeju. Cheonjeyeon Falls for me biasa saja. There is another falls – Cheonjiyeon Falls. Nama nak sama tapi view completely different. Pengalaman ke ladang oranges yang sangat awesome. Singgahlah ladang oranges di Jeju. Since I love orchards jadi I enjoyed the visit so much. The best place ever adalah Yongmeori Coast. Cantik sangat-sangat. I think Osulloc Green Tea Farm Café dan Innisfree House kalau tak sempat pergi pun tak apa. Walaupun tersenarai dalam senarai tempat menarik wajib singgah, aku rasa biasa saja.


Day 4

ü Gimnyeong Seonsegi Beach 김녕 성세기 해변
ü Woljeongri Beach 월정리해수욕장
ü Seongsan Ilchulbong 성산일출봉
ü Seongeup Folk Village 성읍민속마을
ü Seopjikoji Lighthouse 섭지코지


Hari keempat aku rasa paling best walaupun mendung sepanjang hari sebab pergi tempat-tempat menarik. Semua best dan seronok. There are many beaches in Jeju dan kami pergi dua saja : Gimnyeong Seonsegi dan Woljeongri. Both are nice dan kalau kena pilh satu saja, I would recommend Woljeongri sebab lebih famous dan meriah. Kalau ada banyak masa singgahlah Gimnyeong Seonsegi juga. Air jernih menghijau rasa nak terjun mandi !! Walaupun tak minat aktiviti hiking, tapi dah sampai wajiblah kena mendaki Seongsan Ilchulbong. Slowly pun tak apa janji panjat. Seopjikoji is beautiful as well especially the coastal line yang Nampak dari atas. Superb view.. Kalau minat sejarah masukkan sekali Seongeup Folk Village.



Day 5

ü Check-out Champion Hotel
ü Yongduam Rock 용두암
ü Yongyeon Pond 용연
ü Check-in Jeju Hyundai Tourist Hotel
ü The Shilla Duty Free Jeju 신라면세점 - 제주점

Hari terakhir tour bersama Jeju Muslim Travel. Kami transfer ke hotel lain yang lebih dekat dengan Jeju International Airport. Sempat singgah Yongduam Rock dan Yongyeon Pond. Bagi aku, Yongduam Rock okay not bad sebab view cantik boleh tengok kapal terbang landing tapi Yongyeon Pond biasa saja. Kalau tak singgah pun tak apa. Hari kelima aku sikit terkilan sebab tak rancang perjalanan dengan elok. Kami ke The Shilla Duty Free Jeju konon nak shopping tapi hampeh tak seronok dan penuh dengan tourist dari China. Balik hotel melepak sampai malam tak buat apa-apa.


Day 6

ü Jeongbang Waterfall 정방폭포
ü Jeju World Cup Stadium 제주월드컵경기장
ü Yellow Cafe Binggrae
ü Play K-POP 플레이케이팝
ü Teddy Bear Museum 제주 테디베어뮤지엄
ü Ripley’s Believe It or Not Museum 믿거나 말거나 박물관


Hari keenam kami hanya pergi tempat-tempat sepanjang laluan Bus Airport Limousine 600. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh pergi. Tambang mahal sikit sebab bus exclusive. Sekitar Jungmun ada few places yang walking distance saja tapi kena bayar entrance fee. Rasanya seharian cukup nak cover tempat-tempat menarik sepanjang laluan Airport Limousine 600. Bus pun punctual tak perlu tunggu lama boleh rely tengok Google Maps.


Day 7

ü Eco Land Theme Park Jeju 에코랜드테마파크
ü Jeju Dongmun Traditional Market 동문재래시장

Ada juga plan nak ke Udo Island tapi perjalanan sedikit jauh untuk MamiZ dan MNgah. Akhirnya kami pilih ke Eco Land Theme Park saja. Menarik juga untuk pencinta alam sekitar. Tapi bila pergi musim sejuk banyak yang kering mungkin sesuai pergi musim lain. Sekali lagi ke Jeju Dongmun Traditional Market untuk borong barang-barang nak dibawa pulang. Before balik sesuailah beli oranges dan strawberry pack nicely dan masuk dalam luggage.


Day 8

ü Check-out Jeju Hyundai Tourist Hotel
ü Jeju International Airport

Hari terakhir memang terus saja check-out dan gerak ke Jeju International Airport naik teksi saja sebab hotel dekat. Departure Hall sangat bosan tak ada benda yang menarik jadi kalau sampai awal mungkin boleh meronda sekitar airport dulu before masuk ke boarding hall. Airport ada 4 Level dan ada Lotteria boleh makan Shrimp Burger. Souvenirs di airport berganda-ganda mahal jadi jangan membazir. Prayer hall juga disediakan bolehlah perform solat before boarding.



Alhamdulillah selesai satu siri yang lama terperam. Lama betul ambil mana nak siapkan tapi yes !! Dah berjaya siapkan. Penuh pengalaman suka duka dan penuh makna. Rasanya semua dah dikongsikan yang mana patut. Mana baik rasa korang rasa sesuai boleh jadikan panduan. Yang tak okay tak sesuai buang jauh. After all, it is your journey jadi rancanglah rancanglah perjalanan korang sebaik mungkin supaya berbaloi setiap langkah menapak dan setiap sen yang telah dibelanjakan. Tak ada istilah trip aku terbaik trip aku terhebat dan trip aku yang paling betul. Semuanya kena tepuk dada tanya selera minat kita semua tak sama. Any confusion atau soalan boleh terus email dan insyallah akan cuba dibantu secepat mungkin mana termampu.  It is a big world out there lets go and explore. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
BALIK KE MALAYSIA BYE JEJU DAN BARANGAN SOUVENIRS YANG DIBELI DI JEJU ISLAND

Entri sebelumnya diSINI.
22 January 2018 (Isnin)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : BALIK KE MALAYSIA BYE JEJU DAN BARANGAN SOUVENIRS YANG DIBELI DI JEJU ISLAND. Setelah seminggu berada di Jeju hari kelapan adalah hari perjalanan pulang ke Malaysia. Tak ada melencong kemana-kemana terus bersiap pergi airport dah ready nak terbang balik. Cukuplah seminggu di Jeju sampai dah tak tahu nak kemana lagi. Bukan tak ada tempat-tempat menarik lagi untuk diterjah tapi dah tak ada mood. Flight balik adalah pada pukul 01.15PM jadi that morning kami masih bermalas-malasan. Luggage dah siap kemas cuma perlu simpan barang sikit saja. Lagipun perjalanan dari Jeju Hyundai Tourist Hotel ke Jeju International Airport hanyalah lebih kurang sepuluh minit saja. Memang nak tahan teksi depan hotel malas nak naik Airport Limousine. Around 10.30AM kami check-out dan bid goodbye pada Ahjusshi hotel. Sampai ke pintu dia hantar kami. Walaupun terseksa mencuba nak cakap in English untuk berkomunikasi dengan kami, he was so nice memastikan kami selesa sepanjang berada di hotel. Apa-apa pun kamsahamnida Ahjusshi !!






Kami tahan dua teksi untuk ke Jeju International Airport. Tambang yang dikenakan adalah sebanyak 9500WON (RM34.93 approx) untuk dua teksi. Walaupun aku rasa kami dah gerak awal tapi panjang gila line di kaunter Air Asia. Smooth tak adalah lama sangat kena beratur tapi kelakar pula ingatkan kami antara yang terawal rupanya lagi ramai yang lagi awal. Aku dah online check-in tapi tak tahulah kenapa macam kena check-in sekali lagi. Terima sajalah janji dapat balik Malaysia. Di Jeju International Airport ada Lotteria di 2F dan 4F tapi aku tak sempat nak pergi. Kalau tak boleh tapau Shrimp Burger yang sedap tuuu bagi yang lain rasa. Tapi dah menonong masuk ke Departure Hall. Sumpah bosan suasana di Departure Hall nak kill the time tunggu boarding pun tak tahu nak buat apa sebab tak ada benda yang menarik. Ada kedai dan tempat pick up barang-barang shopping duty free. Itu sajalah. Memang melangut menunggu duduk saja. Bagusnya Departure Hall di Jeju International Airport adalah disediakan prayer room untuk kita solat. Tak ada disediakan telekung seperti di Jepun tapi cukup selesa dan kemas untuk solat dengan tenang.

Alhamdulillah flight tak delay on time take off meninggalkan Jeju. Cuaca pun cantik cerah perjalanan lancar. Lepas makan mulalah lali nak tidur. Sembang punya sembang hanyut dalam mimpi. Terjaga dan sembang dan sembang lagi. Annyeong Jeju !! We had so much fun.




Beg-beg yang penuh barangan duty free hasil shopping tourists dari China.


Flight baru sampai.


Kemas Wiyo make sure charger dan wire semua ada sebelum dipulangkan.

 Selamat tinggal beautiful Jeju.

BARANGAN SOUVENIRS YANG DIBELI DI JEJU ISLAND : TEH ORANGE, CHOCOLATES, KEYCHAIN FRIDGE MAGNET DAN TSHIRT JEJU ISLAND


Ini adalah sebagai rujukan semata-mata benda-benda dan makanan yang boleh dibeli di Jeju untuk dibawa balik sebagai souvenirs. Kami tak adalah borong banyak benda sangat sebab bawa duit pun cukup-cukup saja tapi berpuas hati dengan hasil tuaian di sana. Majoriti yang dibawa balik adalah makanan. Senang bawa balik makanan semua orang boleh rasa. Teh Hallabong Oranges, Teh Limau Mandarin, Jem Hallabong, Chocolates pelbagai jenis, oranges dan seaweed. Beli jugalah keychain dan fridge magnets buat kenangan. Aku beli tshirt sehelai dan sekeping map Jeju. Cadangnya nak pin di board tapi board tak beli lagi. Peram dululah nampak gayanya..

Teh Hallabong yang boleh digunakan juga sebagai jem. Range harga adalah 5000WON - 12000WON (RM18.38 - RM44.12 approx) mengikut brand dan size. Sedap dan tak terlalu manis. Terasa orange dan ada pulp sekali. Selain Hallabong Oranges ada banyak lagi jenis pilihan dan rasa. Since Jeju sangat terkenal dengan Hallabong, kami beli Hallabong. Aku rasa lebih sedap dimakan sebagai jem daripada buat air. Nak dapatkan satu jug air kena guna dan bancuh banyak solution lebih kurang separuh jar. Sedar dah habis begitu saja. Kami borong tiga jenis chocolates saja dan jujurnya semua sedap tak menyesal kami beli. Ini baru tiga jenis saja kat Jeju ada macam-macam jenis lagi. Range adalah between 5000WON - 15000WON (RM18.38 - RM55.15 approx). Selalunya dijual combo sekali tiga atau lima kotak. Okaylah not bad tiga kotak chocolates lebih kurang RM20 saja. Lebih jimat daripada beli sekotak. Kali pertama ke Jeju Dongmun Traditional Market, kami tak membeli apa sangat. Ahjumma sangat murah hati kasi sample chocolates banyak sangat. Penuh jugalah plastic bila dah lalu each kedai dapat segenggam. Kenyang makan chocolates free. Marketing tau.. Bila kami makan sample kami rasa sedap dan decide yang mana nak dibawa balik. Sangat sesuai dibeli dijadikan souvenirs sebab didalam setiap kotak ada individual packaging. Beli ni then letak di office untuk kawan-kawan selesai masalah. Yang geramnya.. Kotak besar kemain isinya tak adalah banyak sangat. Geram sebab nak bawa balik kotak habis makan ruang. Kalau tak bawa balik kotak macam tak feel pula. Nasiblah semua aku sumbat aku tekan saja alhamdulillah tak rosak.

Paling sedap adalah yang kotak orange paling besar tu.. Nyuums !!

Tiga-tiga jenis sedap. The best would be yang bentuk cube comel. Tolong beli banyak-banyak oookay tak cukup sekotak dua. They just melt in your mouth.


Tshirt, map Jeju, fridge magnets dan keychains Jeju. Ini wajib kenalah beli tak kira pergi mana sekalipun. Di Jeju Dongmun Traditional Market ada jual fridge magnet dan keychain jadi tak perlu nak susah-susah cari kat tempat lain. Keychain boleh dapat serendah 1000WON (RM3.68 approx) dan fridge magnet pula around 3000WON - 5000WON (RM11.03 - RM18.38 approx) ikut design dan jenis. Boleh juga dapat murah ada yang tiga ketul untuk 10000WON (RM36.77 approx). Souvenirs Korea yang famous macam chopsticks, sudu dan nail clippers yang selalu orang beli tu agak mahal di Jeju. Kalau korang akan travel ke Busan atau Seoul, lebih baik beli souvenirs Korea disana sebab jauh lebih murah. Hanya borong Tapi kami tak jumpa tshirt di Jeju Dongmun Traditional Market. Tshirt yang tulis Jeju. The one I bought aku beli di kawasan Dragon Rock berharga 12000WON (RM44.12 approx). Banyak sangat pilihan di kawasan Seongsan Ilchulbong jadi kalau kesana jangan lepaskan peluang beli tshirt. Belilah sehelai kalau tak nanti teringat-ingat.

Yup selesai !! Pengalaman pahit manis suka duka selama lapan hari disana rasanya semua dah dikongsikan. Tinggal nak kongsikan itinerary dan perbelanjaan sepanjang disana saja sebagai rujukan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
ECO LAND THEME PARK 에코랜드테마파크 DAN JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장

Entri sebelumnya diSINI.
21 January 2018 (Ahad)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : ECO LAND THEME PARK 에코랜드테마파크 DAN JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장. Hari ketujuh di Jeju adalah hari free and easy setelah beberapa hari menggunakan khidmat ground package dari Jeju Muslim Travel. Sebenarnya jiwa masing-masing dah meronta nak balik Malaysia tapi apakan daya kena extend tinggal di Jeju. Jadi marilah kita isi hari ketujuh dengan lawatan ke beberapa lagi tempat menarik di Jeju. Ini optional tak jatuh wajib singgah. Unless korang pun sama macam kami ada banyak masa extra di Jeju. Niat asal adalah untuk ke Udo Island tapi macam tak sesuai untuk veterans. Bila tengok gambar menarik juga Udo Island tapi jauh perjalanan yang terpaksa ditempuh. Muda remaja sesuailah jadi setelah dibincang semula kami memilih untuk ke Eco Land Theme Park dan sekali lagi ke Jeju Dongmun Traditional Market untuk shopping. 

ECO LAND THEME PARK 에코랜드테마파크

Namanya 'theme park' tapi bukan ada roller coaster rides pening kepala semua tu. Ada train chut chut comel bawa keliling taman. Nama pun 'eco land' jadi lebih kepada nature. Kawasan luas yang dijaga rapi dalam kawasan Hutan Gotjawal. Bila pergi ketika musim sejuk, redha sajalah banyak pokok yang kering. Cara untuk ke Eco Land Theme Park menaiki public transport pun senang saja. Untung duduk di Jeju Hyundai Tourist Hotel sebab bus stop depan bangunan saja. Terus ambil bus ke Jeju Bus Terminal dan naik bus No. 730 ke Jeju Hannamri dan turun di Lee Gipung Missionary Memorial Hall. Kemudian kena menapak sikit. Untuk kepastian boleh pergi tanya staff di information counter. Sangat membantu.

Jeju Bus Terminal.

Laluan utama bus di Jeju. Ada tiga lines mengikut warna.

Bus line biru muda.

Bus warna merah usually lebih exclusive - Airport Limousine.

Di tiang-tiang sudah siap bertampal platform dan nombor bus.

Tak lama pun perjalanan dari Jeju Bus Terminal nak ke Eco Land Theme Park. Tak sempat nak tidur dah sampai. Walaupun aku dah bagitau Ahjusshi aku nak turun dimana, aku masih on Google Maps dan tengok route sama ada betul atau tak. Dah nak dekat tempat yang sepatutnya ada orang tekan loceng. Memang bus stop di Lee Gipung Missionary Memorial Hall tepi jalan sendu kereta pun tak lalu lalang sangat. Celah mana ada memorial hall pun aku tak pasti. Tapi jangan risau.. memang itulah tempat yang sepatutnya kita turun dari bus sebab bertentang dengan bus stop ada signage besar tulis 'ECOLAND'. Ikutlah anak panah yang disediakan untuk ke entrance. Surprisingly, pengunjung sangat ramai especially Koreans. Most of them yang sudah berkeluarga bawa anak-anak jalan-jalan agaknya. Kereta penuh dan ada banyak juga bus pelancong. Ingatkan sendu tak ada orang sangat tapi rupanya nampak sangat meriah. Entrance fee adalah sebanyak 12000WON (RM44.20 approx) untuk seorang dewasa dan 8000WON (RM29.47 approx) untuk seorang kanak-kanak.


Signage Ecoland di seberang jalan.

Kena menapak sikit.


Mari kita beli tiket dulu.

Tiket dah dapat. Jom kita explore Eco Land Theme Park Jeju.

Peta kawasan.

Kena naik train untuk ke next platform. Tak boleh jalan kaki.

Kuda berhibernasi. Hilang entah kemana..

Inilah 'the seven Baldwin train look-alike ' atau Lincoln Train yang digunakan sebagai medium pengangkutan utama di dalam Eco Land Theme Park Jeju.

Station pertama : Eco Bridge.

Pokok-pokok yang kekeringan.






Boleh jalan terus ke station seterusnya atau patah balik untuk naik train.

Station kedua : Lake side.

Sepatutnya ada 'Bumpy Boat' tapi during winter ditutup.







Di Station Lake Side ada trail untuk meneroka sikit kawasan Hutan Gotjawal. Laluan elok cantik bukan semak samun tapi masuk hutan jugalah sekejap. Ada trail pendek dan panjang untuk dipilih. While MamiZ dan MNgah duduk melepak santai, kami pergi jenguk laluan trail yang disediakan. Lain feeling dengan perasaan masuk hutan di Malaysia. Tak sama langsung jadi menarik jugalah pengalaman yang kami dapat. Tanah di kawasan Hutan Gotjawal berwarna merah. Pokok-pokok kering kiri kanan. Obviously kami pilih trail yang pendek tak kuasa nak jalan menapak jauh sangat. But !! Kagum gila tengok ada beberapa orang Haraboeji Harameoni gigih berjalan tak guna tongkat apa pun. Malu jugalah rasa tapi kami tetap memilih trail yang pendek. Tarikan di trail yang panjang, ada hotspring boleh duduk celup kaki tengah-tengah hutan.

Trail pendek dan trail panjang.


Berhati-hati sentiasa.



Tengok ni Harameoni gigih menapak. Yang guna wheelchair pun sama-sama menapak. Tersentap rasa bila tengok kegigihan Koreans beriadah.


Sini cantik. Batu-batu penuh lumut.


Errm.. seram jugalah tengah hutan ada buaian gini.

 Small animals pun ada hotel khas.


Running Man pun pernah shooting di Eco Land Theme Park.

Train chut chut..

Train ni dah penuh. Kena tunggu the next one.


Mari kita balik hotel.

Siapa minat replica Train chut chut boleh beli..

Comel tapi MamiZ tak kasi beli. Haaaish !!


Yang wall decoration ni unik dan cantik juga.

Fridge magnet Eco Land Theme Park.

Dah habis pusing hutan kami patah balik ke station untuk tunggu train. Dah nak balik sebab ada few places yang tak beroperasi during winter. Rugi jugalah sebab tempat-tempat yang ditutup aku rasa menarik. Secara jujurnya aku suka trip kami ke Eco Land Theme Park Jeju. Ada jugalah hikmah tak teruskan dengan idea nak ke Udo Island. Lebih tenang dan santai tak hectic sangat. Lagipun bukan selalu kita semua rajin nak mendekatkan diri dengan nature sesekali apa salahnya. Aku suka sebab kita boleh jalan sendiri ikut pace sendiri tak perlu rushing. Tempat duduk santai melepak juga banyak disediakan jadi kalau penat boleh rehat. Nak tapau makanan juga boleh dan picnic. Dah keluar singgah sekejap ke souvenirs shop rembat seketul dua souvenirs. Harga boleh tahan jugalah tapi signature souvenirs mana ada kat tempat lain. Pejam mata dan bayar.

Kami balik ke hotel rehat sekejap sebelum aku, Kak Sal dan Kak Husna keluar semula ke Jeju Dongmun Traditional Market untuk shopping lagi. MamiZ dan MNgah tak mahu ikut. Tak larat katanya. Dari hotel kami sekali lagi ke Jeju Bus Terminal, withdraw duit sikit di ATM di Jeju Bus Terminal dan terus gerak pergi shopping. ATM di Korea sangat senang nak faham ada arahan in English. Either Mastercard atau Visa both types boleh guna. Banyak sangat bus yang boleh dinaiki kalau nak ke Jeju Dongmun Traditional Market tak perlu risau. Memang kawasan hot spot ramai pelancong pergi jadi banyaklah bus lalu sana. Kali kedua ke Jeju Dongmun Traditional Market kami nak beli fruits, seaweed, souvenirs yang mana tak cukup lagi dan beberapa benda lagi nak dibawa balik. Mission nak habiskan duit yang dibawa.



  
JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장

Hari cerah clear jadi tak ada tanda nak hujan. Berjalan-jalan di Jeju Dongmun Traditional Market rasa lebih selesa berbanding kali pertama kesana. Kami turun betul-betul di entrance lorong menjual buah. Kami jalan meronda dulu nak cari kawasan jual ikan. Aku dah rasa pengalaman pergi fish market di Korea di Busan dan Sokcho jadi this time aku nak Kak Sal dan Kak Husna pula rasa pengalaman itu. Menarik sangat keadaan di fish market di Korea jadi korang pun kenalah rasai juga. Ikan dan seafood yang bermacam-macam jenis tak pernah kita jumpa di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk jenguk ke fish market di Korea. Jeju Dongmun Traditional Market ada banyak sangat pintu masuk aku pun tak pasti pintu berapa yang terus menghala ke fish market. Yang aku ingat.. Celah-celah kedai jual oranges aku nampak tangki-tangki ikan. Terus kami menyelit kesana. Kalaulah korang nak cuba boleh minta Ahjumma Ahjusshi steam seafood yang dipilih. Boleh makan di kedai tapi pastikan kedai tu tak jual pork. At least the kitchen utensils yang digunakan tak meragukan. If nak masak, belilah disini juga sebab harga jauh lebih murah dari tempat lain.



Sashimi ikan dan sotong.

Ikan kering.

Sotong sebakul hanya 10 000WON (RM36.81 approx). Besar !!

Sotong kurita.

Abalone sepinggan 20 000WON (RM73.61 approx). Abalone dimana-mana pun memang mahal tapi aku rasa disini harganya lebih murah.

Ahjumma tengah korek abalone.


Ikan-ikan di fish market Korea.

Ahjumma tengah siapkan Yangnyeom Gejang 양념게장 (spicy raw crab). Ini antara hidangan favourite Koreans.



Pelbagai jenis seaweed.







Periuk emas nak masak ramen.

Fish market sangat lively dan menarik. Kiri kanan tengok orang bargain untuk dapat harga yang paling murah. Ahjumma Ahjusshi jerit panggil customer dan bersaing cara sihat nak jual makanan. Kami berhenti tengok dan ambil gambar Ahjumma potong abalone dan prepare spicy raw crab pun tak kena marah. Ada yang sudi nak melambai bila nampak camera dan senyum. Dah habis labur duit di Jeju Dongmun Traditional Market marilah kita balik ke hotel. Nak patah bahu galas beg berat dan usung plastic sana sini. Borong saja apa nak beli lepas tu fikir takut tak muat luggage. Sudah sudah tu marilah kita balik. Kami singgah kedai seafood belakang hotel tapau makanan untuk dinner. Order lebih sikit maklumlah dah nak balik. Hihihi..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.