2020 | SITI.YANG.MENAIP

Pejam celik akhirnya sampai ke muka surat akhir tahun penuh suka duka dan ujian - Tahun 2020. Siapa sangka, tahun 2020 yang begitu dinantikan menjadi satu mimpi ngeri buat semua. Satu dunia terkesan Siapa sangka, tahun 2020 yang begitu dibanggakan akan jadi satu titik tolak norma baru untuk setiap penduduk Bumi. Itulah kuasa Tuhan, sebijak manusia merancang sepandai manusia menyusun pun.. masih tak akan mampu menandingi takdir dan ketentuanNya. Aku pasti segala yang berlaku sepanjang tahun 2020 tak akan dilupakan. Dari setiap golongan dan lapisan masyarakat, sangat ramai yang terkesan - gaya hidup berubah terus dan macam-macam lagi. Ada yang terjatuh dan sedang cuba untuk bangkit. Ramai yang berusaha gigih demi yang menanti di rumah dan ramai juga yang kehilangan - hilang yang tiada pernah akan ada ganti. Tapi sebagai orang Islam, kita kena yakin dengan apa yang dah disuratkan dan percaya disebalik setiap satu ujian yang datang dariNya pasti ada hikmah. Rahsia disebalik ujian pandemic Covid19 ini, hanya Dia Yang Maha Tahu. Dalam duka masih ada banyak yang kita perlu bersyukur  dan hargai. Nikmat sihat nikmat bahagia dan segala nikmat yang Dia tak pernah putus beri pada kita semua. Masih punya rezeki makan dan minum.. Detik-detik masa terluang diisi dengan berada disamping ahli-ahli keluarga tercinta. Betapa kita beruntung masih punya mereka yang kasih dan sayang pada kita. Tak ramai yang punya peluang itu lagi.. Kesempatan ujian ini Dia beri tempoh kita merenung akan ingatan dan teguran yang Dia hadirkan untuk kita semua. Sedikit Dia jentik dengan ujian tengok betapa kita semua kerdil dan hina. Dia hanya kirimkan ingatan bahawa kita semua adalah hambaNya. Sepanjang tahun 2020, aku belajar banyak perkara. Cuba untuk improve demi masa depan diri sendiri. Aku antara yang terjatuh tapi belum jumpa jalannya nak berdiri semula. Sakit !! Tapi semua dah tak guna nak diratapi. Ada sesetengah perkara memang kita tak mampu nak ubah walau dah cuba segala daya. Jadi aku decide untuk hanya follow the flow jangan pening kepala dan terus berdoa. Aku serahkan semua padaNya.

Dia dengar doa kita dan Dia akan beri tiba masa yang sesuai. He knows best..


Tak mahu sedih dan murung sangat.. Pahit manis perjalanan hidup itu biasalah. Manis memanjang tak ada pahit pun tak boleh juga.. Nanti lalai. Aku ingat tahun 2020 aku sendu but it was not that bad actually. Macam-macam juga aku buat dan sememangnya tahun 2020 aku penuh perisa. Alhamdulillah.. syukur Ya Rabb for everything. Sebenarnya, dari tahun lepas aku dah rancang untuk tak kemana-mana luar dari Malaysia untuk setahun dua. Aku dah all out untuk trip ke New Zealand jadi perancangan untuk 2020 dan 2021 adalah untuk menabung semula. Tabung dah kosong tinggal coins jadi kena isi kasi penuh. Plan untuk meronda dalam Malaysia adalah sikit-sikit tapi banyak yang terbantut sebab PKP. Jomlah ikut aku recap perjalanan sepanjang tahun 2020..

JANUARY 2020

Tirai tahun 2020 dibuka dengan trip santai jalan-jalan makan-makan ke Melaka. Asalnya adalah untuk pergi tengok teater di Encore Melaka dan singgah makan di beberapa tempat makan best disana. Wajib cuba semestinya Coconut Shake Klebang, Mango Royale Float dan Ee Ji Ban Chicken Rice Ball. Melaka sebenarnya menarik juga dan memang antara spot favourite rakyat Malaysia nak pergi bercuti. Ada macam-macam tarikan ada saja aktiviti baru nak dibuat. In January juga, ahli-ahli Geng Bulat had a mini gathering sempena tahun baru di rumah Onni sempena new year.


FEBRUARY 2020

Haaa.. February kelam kabut sikit sebab kalut process pindah rumah dari Penang ke Selangor. Fuuuh !! Berdua dengan MamiZ uruskan semua memang rasa nak putus urat tenaga tak cukup lepas tu masing-masing pun dah berusia. Sangat penat tapi apa-apa pun alhamdulillah segala urusan jadi mudah dari process mengemas, angkat barang dan cuci rumah. Dua hari lepas trip pertama lori selesai hantar barang ke Selangor, kerajaan umum PKP satu negara. Panic terus sebab masih banyak barang di Penang. Syukur barang-barang penting nak survive ketika PKP dah diangkut dulu jadi tak adalah sehelai sepinggang atau tak cukup peralatan masa baru pindah. 

MARCH - JUNE 2020

Ini adalah tempoh bertenang rakyat Malaysia - tempoh PKP fasa pertama. Masa ni semua masih blur dan jakun apa itu PKP. Obviously tak kemana-mana selain ulang alik kedai runcit Acheh beli barang dapur. Hari-hari dipenuhi aktiviti memasak dan makan diseling-seli tidur sampai tengah hari dan tengok movie. Khatam habis segala KDrama dan cerita-cerita sampai rasa nak muntah tengok screen. Habis tempoh PKP fasa pertama, first outing aku dan MamiZ - pergi makan di The Chicken Rice Shop Alamanda. Perasaan masih takut untuk keluar dari rumah dan ke mall.

MAY 2020

Selamat masuk ke usia 30-an alhamdulillah syukur untuk kesempatan menikmati nikmat dunia. Celebrate birthday time puasa dan PKP adalah satu kenangan. MamiZ memang tak reti buat surprise ke celebration ke jangan expect apa-apa. Aku dah biasa memang setiap tahun macam ini. Tapi kasi duit untuk urus sendiri nak apa sempena birthday. Kalau orang baru kenal mesti kesian kat aku sebab buat semua sendiri untuk birthday sendiri. Hahaha.. mak aku !! Tapi sebenarnya dari kecil tak adalah celebration sangat pun.. Usually pergi makan saja jarang celebrate dengan cake. Bukan kebiasaan dala keluarga aku.. tapi dah PKP tak boleh keluar, kita bawa makanan ke rumah. Funny thing happened, ordered a cake then terlupa nak simpan dalam fridge. By the time nak potong cake lepas berbuka, meleleh habis semua krim dan topping cake dah tak ada rupa. Aku pandang hang.. hang pandang aku. Syukur rasa sedap dimakan tapi rupa memang dah hancur kelaut.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri paling penuh bersejarah namun masih diberi nikmat perayaan agung umat Islam sedunia. Solat Sunat Aidilfitri dan bacaan khutbah raya pertama kali dibuat dirumah dengan bilangan ahli-ahli keluarga yang sangat limited dibenarkan berkumpul. Antara raya yang syahdu sebab ramai tak dapat pulang ke kampung halaman dan antara yang sangat bermakna untuk kita lebih menghargai mereka yang tersayang. Sesuatu yang kita pasti tak akan lupa..

JUNE 2020

Kena serang sakit gigi dan suku daripada gigi geraham depan aku pecah tiba-tiba. Tak tahulah aku kunyah apa keras sangat sampai pecah. Had to go to the dentist dan buat rawatan Root Canal. Pergi ke private dental clinic sebab que Klinik Pergigian Kerajaan memang berbulan. Mana nak tahan gigi gusi semua dah sakit membengkak. Jadi sepanjang June - July aku ada three visits untuk selesaikan process rawatan. First visit lepas rawatan, sakit gusi seminggu dan terus demam. Yang kedua dan ketiga more to check-up. Dentist suruh buat crowning sekali tapi nanti-nantilah.. Itu kena kumpul duit lain pula. Harga semua bukan sikit-sikit, segedebuk terus kena bayar. Alhamdulillah gigi okay setakat ini janji rajin gosok dan jaga kebersihan selalu. Kali pertama buat rawatan Root Canal masa Tingkatan 4. Aku dan masalah gigi memang berpisah tiada. Huuurm..

JULY 2020

Setelah berbulan akhirnya dapat balik ke Penang dan sambung segala urusan pindah rumah yang tergendala. Satu lagi trip lori hantar barang ke Selangor. Aku dan MamiZ ambil kesempatan juga untuk pusing Penang for few days, pergi ke tempat-tempat favourite kami sekeluarga melepak sambil terkenangkan memories 30 tahun menjadi Penangites. Penang is always a home untuk aku walaupun tak pekat pure utara tapi darah Penang tetap ada dalam badan. Lepas ni kalau kesana lagi, mesti rasa awkward dan perasaan tak akan sama. Terima kasih Penang, untuk segala kenangan pahit manis yang mendewasakan.

In July juga sempat aku dan MamiZ naik Cameron Highlands buat day trip. Memang plan nak singgah few places saja tak bermalam pun. First place Baby (kereta aku) pergi masa baru dibeli adalah Cameron Highlands jadi bawa naik sekali lagi sempana usia 10 tahun perkhidmatan. Naik ikut Simpang Pulai dan turun ikut Tapah. Kali ni singgah ke Kea Farm dan The Sheep Sanctuary saja. Second gathering ahli-ahli Geng Bulat sempena tamat PKP fasa 1. Sempat kami terjah Ikea Cheras lepak makan-makan sambil berkongsi macam-macam cerita. Sepanjang PKP pun rajin buat video call bosan sangat dah duduk rumah.

AUGUST 2020

Birthday month MamiZ - aku plan mini celebration bawa makan ke Indus Putrajaya by Bora Ombak. Not bad juga makanan-makanan disana. First time tempah service birthday beli belon dan cake untuk surprise MamiZ. Sempena lepas PKP banyak benar offer hehehe.. Kita grab. Gathering ahli-ahli Geng Bulat lagi dan kali ni kami ke Aquaria KLCC. Beli discounted tickets dari website Wonderfly - first time aku kesana. Menarik dan puas hati tengok hidupan-hidupan laut.


SEPTEMBER & OCTOBER 2020

Bulan September dan October, dua kali aku buat trip ke Ipoh. Trip santai lepak-lepak sambil makan-makan. Bila dah makin berusia, aku notice yang diri tak adalah teruja sangat nak buat macam-macam aktiviti. Just nak spend quality time dengan kawan-kawan sembang catch up session dah memadai. Pergi jugalah ke Concubine Lane cari kedai bertemakan Harry Potter, makan dimsum sedap di Canning Dimsum, makan shellout, pergi Tasik Cermin dan beberapa lagi aktiviti-aktiviti. Early September, sempat berendam di Lubuk Timah, Simpang Pulai berkelah dengan kawan-kawan. Lega rasa dapat mandi air sungai. Orang tak ramai tak sesak nikmatnya berkelah macam tempat tu kita yang punya. In October ingat nak ke Lata Kekabu di Lenggong tapi sayangnya bila kami sampai, kawasan hutan lipur ditutup untuk sebarang aktiviti berkelah. Patah hati..

NOVEMBER 2020

Diserang sakit gigi lagi tapi bukan kawasan yang sama. Kali ni wisdom tooth pula buat perangai.. Nak buka mulut tak boleh dekat dua minggu. Aku pergi check di Klinik Pergigian Kerajaan dan sadly appointment yang boleh dibuat untuk buang wisdom tooth di Hospital Serdang paling cepat bulan February 2021. Gelak dulu sendirian bila fikir nak kena tunggu until next year. Ended up aku pergi contact dental clinic yang buat rawatan root canal few months ago tapi sebab tengah bengkak teruk apa pun tak boleh buat. Makan ubat selama dua minggu tup tup sakit pun hilang. Okay !! Tak jadi jumpa dentist. Hahaha.. Doa saja wisdom tooth tak buat perangai balik. Kalau sakit balik baru kita fikir nak buat apa - ya !! Aku takut.

Next, aku dan kawan-kawan dah siap book nak beriadah di Gopeng Glamping Park dan beberapa hari lepas tu Perak umumkan PKP seluruh negeri. Bayaran penuh semua dah dibuat dan tak boleh refund langsung. Cuma nanti boleh adjust semula tukar tarikh baru. Excited sangat kami berempat nak kesana sebab sangat susah nak cari masa nak berkumpul tapi adalah tuuu hikmah tersembunyi. Tak apa.. Nanti kita adjust semula tarikh yang sesuai. Kasi keadaan reda pulih kita pun rasa selamat nak berjalan-jalan insyallah nanti kita kesana.

DECEMBER 2020

Nothing much memang rasa banyak terperuk dirumah sepanjang December. Plan nak ke Pantai Timur terpaksa dibatalkan sebab tengok jumlah kes semakin meningkat sangat jadi kami decided untuk tak pergi berjalan. We did not want to take any risk.. Biarlah nanti pula jalan-jalan sabar dulu dan doa semoga semua kembali pulih. Jalan dekat-dekat kawasan sekitar adalah pergi makan pergi sightseeing sikit. Ohoo.. My cousin nak bernikah jadi aku tolong siapkan dulang hantaran untuk dia. Ada jugalah benda nak buat ada aktiviti nak isi masa lapang.


Haaa macam-macam juga aku buat sepanjang 2020 walaupun aku ingat macam sendu semacam saja. Apa-apa pun.. We are so done with 2020 dan segala ups and downs yang terjadi. Di hari terakhir tahun 2020 ini mari kita semua mensyukuri nikmat dan rahmat yang diberikan olehNya dan berdoa semoga hari-hari mendatang di tahun baru akan lebih baik lebih indah dan bahagia. Semoga cepat Allah SWT redakan segala ujian yang melanda dan kembali seperti sedia kala.

Jaga diri semua.. ikut SOP yang dah diarahkan oleh kerajaan.
Selamat tinggal 2020 - Terima kasih untuk segala kenangan dan pengajaran.

Remember the good times of 2020.. and get ready for the better times of 2021.
Jumpa lagi insyallah di tahun baru lembaran baru tahun 2021.

- SELAMAT TINGGAL 2020 -

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Korang memang awesome !! Terima kasih sangat kerana sentiasa memeriahkan blog SitiYangMenaip - selalu singgah drop comments dan support blog yang tak seberapa ini. Sokongan yang diberikan tak dapat dibalas dan aku sangat hargai setiap detik masa yang diluangkan di blog ini. Kali ini aku nak senaraikan 10 Top Commentators 2020 Blog SitiYangMenaip yang sangat aku hargai. Rakan-rakan lain yang tak tersenarai tapi sangat rajin singgah ke blog ini pun aku hargai. Ada yang sudah bertahun-tahun kenal di dunia maya dan masih kekal berhubungan sehingga hari ini. Ada persahabatan yang terjalin di platform ini dibawa ke reality dan berjumpa muka ke muka. Majoriti kita tak pernah bersua dan hanya melalui blogging kita bersahabat. Unik dan semestinya sangat special..

Terima kasih sekali lagi rakan-rakan semua.. Adanya korang, blog ini masih wujud sejak dari mula aku blogging dua belas tahun yang lalu (masa tu nama bukan SitiYangMenaip - tak mahu kenang zaman gelap entries entah apa-apa) dan alhamdulillah aku masih suka menaip walaupun ada pasang surut. Semoga aku kekal bersemangat dan rajin untuk menghidupkan SitiYangMenaip.



Inilah mereka yang rajin singgah blog SitiYangMenaip sepanjang tahun 2020..












Thank you so much kawan-kawan semua !! Memang nama-nama yang sentiasa akan jadi antara yang pertama muncul di Blog SitiYangMenaip sekiranya ada entry baru. Sangat rajin singgah tanya khabar tinggal comments walau ada kalanya aku yang kecundang hilang mood untuk blogging dan blogwalking. Nama-nama yang tidak tersenarai jangan kecil hati yaaa.. Aku sangat menghargai korang juga dan sayang sentiasa.. Semoga ukhwah yang kita bina di dunia maya ini kekal selamanya.

Untuk lebih menghargai kawan-kawan yang tersenarai.. aku nak kirim sedikit 'sesuatu' sebagai tanda token of appreciation. Minta jasa baik kawan-kawan yang tersenarai sebagai Top Commentators 2020 Blog SitiYangMenaip untuk email alamat surat-menyurat ke sitiyangmenaip@gmail.com atau tinggal comment diruangan comment dibawah (tak akan publish) untuk membolehkan urusan penghantaran parcel dilakukan. Tolong include contact number yang boleh dihubungi untuk mailing purposes dan kiriman tracking number.

Terima kasih untuk kenangan manis sepanjang tahun 2020.
Jumpa lagi insyallah di lembaran baru tahun 2021.
MELOVESYOUALL

Next round : Top Commentators January - March 2021 Blog SitiYangMenaip

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Suku terakhir untuk slot Top Commentators bulan October - December 2020 blog SitiYangMenaip. Mari kita tengok siapa yang kena..




Terima kasih daun keladi.. Boleh selalu datang singgah sini..
Terima kasih kerana selalu sudi menceriakan blog SitiYangMenaip.

Next : Top Commentators 2020 Blog SitiYangMenaip

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Trip New Zealand 2019 : Whakarewarewa The Living Maori Village

Day 7 [17122019 Tuesday]

Rotorua, South Island New Zealand.



Semalaman hujan lebat dan pagi ni reda tapi cuaca masih mendung dan sejuk angin bertiup. Susah hati juga sebab seharian aktiviti bakal berada di tempat terbuka. Apa-apa pun perjalanan mesti diteruskan tak boleh nak buat apa. Kalau hujan pun kena redah juga jadi kita standby baju hujan dan payung dalam beg siap-siap. Aktiviti hari ketujuh di New Zealand adalah antara yang aku looking forward juga iaitu ke perkampungan orang-orang Maori. Kalau dah sampai ke Rotorua memang wajib untuk singgah ke salah satu perkampungan orang-orang Maori. Suka tengok bila orang kongsikan their visit to these villages dapat belajar peradaban orang-orang Maori disana. Orang-orang Maori adalah orang-orang Polynesian yang telah berhijrah ke New Zealand menaiki canoe ratusan tahun dulu. Bayangan penghijrahan orang-orang Maori sikit sebanyak boleh kita faham melalui animasi Moana - tapi Moana bukan paparan orang Maori New Zealand yaaa.. lebih kurang saja sebab asal Polynesia juga.

Sempat MamiZ ambil gambar bunga-bunga gebu di depan bilik hotel.
Cuci mata sekejap..

Geram tengok bunga-bunga biru ni..

Subur merimbun bunganya.. Cantik.



Rotorua diberi nama sebagai Thermal Wonderland sebab sekitar kawasan bentuk muka bumi Rotorua adalah kawasan geothermal semula jadi seperti kolam air panas, geysers, bubbling mud pool dan pelbagai lagi activities lain. New Zealand terkenal dengan volcanoes jadi normal sekiranya ada tempat-tempat tertentu yang kaya dengan geothermal. Kenapa orang-orang Maori sangat terkenal di Rotorua dan sekiranya kita nak tahu atau belajar mengenai puak Maori, kita kena ke Rotorua ? Puak Maori dah berada di Rotorua sejak berkurun lamanya dan atas faktor geothermal jugalah, Rotorua dipilih untuk menjadi kawasan petempatan puak Maori. Ada air ada suhu yang panas dari wap geothermal, puak Maori menggunakan semua bahan semula jadi ini untuk kelangsungan hidup. Mandi.. makan.. masak air dan macam-macam lagilah. It is normal untuk nampak kabus atau wap sulphur ketika memandu di sekitar Rotorua. Cuma satu saja tak tahan.. Bau macam telur busuk !!

TIKET MURAH WHAKAREWAEREWA MELALUI BOOKME

Hampir semua entrance tickets aku beli melalui website Bookme. Sebelum beli kena compare dengan harga di official website dulu. Seronok tengok deals di Bookme tapi kena baca terms and conditions betul-betul sebelum beli. Harga di website adalah NZD35.00 (RM101.17 approx) untuk seorang dewasa tapi di Bookme aku dapat dengan harga NZD32.00 (RM92.50 approx). Tak jauh sangat beza dapat jimat sikit sebab.. untuk perkampungan Whakarewarewa The Living Moari, harga paling murah adalah untuk slot di sebelah petang dengan harga plus minus NZD23.50 (RM67.93 approx). Aku tak boleh beli yang itu sebab akan ganggu perjalanan itinerary yang dirancang. Jadi tak dapatlah nak rebut tickets harga paling murah. Tak apalah.. Janji dapat pergi ke Whakarewarewa The Living Maori Village. Aku tempah slot pukul 10:00AM dan tunggu sehingga waktu persembahan pada pukul 12:00PM.

KENAPA PILIH NAK KE WHAKAREWAREWA THE LIVING MAORI VILLAGE ?

Di Rotorua, ada banyak perkampungan yang boleh kita terjah nak experience dan belajar tentang peradaban orang Maori. Selain Whakarewarewa The Living Maori Village, ada juga Mitai Maori Village, Tamaki Maori Village dan Te Puia - New Zealand Mฤori Arts and Crafts Institute. Setiap Maori village ada keistimewaan masing-masing. Semua akan bagi pengalaman dengan lebih dekat untuk belajar tentang orang-orang Maori. Aku compare satu per satu apa kelebihan satu-satu Maori village sebelum aku buat keputusan. Reason utama aku pilih Whakarewarewa The Living Maori Village adalah atas faktor harga entrance tickets dan waktu cultural show adalah yang paling sesuai dengan itinerary yang aku rancang. Paling mahal adalah Tamaki Maori Village dengan harga NZD110.00 (RM317.98 approx) seorang. Sangat menarik tapi kalau kesana, ada banyak benda juga kami tak boleh cuba seperti hidangan Hangi (makanan Maori) dan beberapa aktiviti symbolic puak Maori yang aku macam ragu sikit hukumnya kalau kita join. Nampak macam aktiviti pemujaan pun ada juga.. Aku compare juga kawasan sekitar kampung, dan aku rasa Whakarewarewa The Living Maori Village paling kemas dan cantik. Tersusun elok bangunan-bangunan di dalam kampung. Kalau korang nak tengok geyser dengan jarak dekat, boleh ke Te Puia. Boleh tengok Pohutu Geyser depan mata terus. Menariknya di Te Puia, ada Kiwi Conservation Centre sekali - bernasib baik boleh nampak burung kiwi. In the end, korang kena buat research sendiri dan bandingkan apa aspects pengalaman yang dicari dalam perjalanan korang.

WHAKAREWAREWA THE LIVING MAORI VILLAGE

Kami sampai awal 30 minutes dan dah ada beberapa pengunjung sedang tunggu di meeting point untuk free tour sekitar Whakarewarewa The Living Maori Village. Kena pergi redeem tickets dulu di kaunter - hanya bagi booking number dari Bookme terus dapat tickets dan peta perkampungan. Sebelum meronda sendiri, kami ikut tour untuk dengar penerangan dan sejarah kampung. Free saja jadi apa salahnya join kan.. Kalau jalan sendiri kita tak boleh main suka-suka terjah bangunan-bangunan tertentu atau buat apa-apa tanpa kebenaran. Ini adalah perkampungan sebenar jadi masih ada sekitar 250 orang Maori yang menetap disana. Bila join tour, kita dibawa sekitar kampung dan dapat pendedahan tentang macam-macam aktiviti sebab ada tour guides bersama kita. Sedikit sejarah mengenai Whakarewarewa The Living Maori Village. Bertapak di perkampungan Whakarewarewa, seorang pahlawan bernama Wahiao telah mengumpulkan seangkatan tentera untuk berlawan dengan puak lain membalas dendam atas kematian ayahnya. Sebagai kenangan, namanya diambil sebagai nama kampung. Di pintu gerbang untuk masuk ke perkampungan juga telah diukir nama askar-askar yang berada bawah pimpinan Wahiao.


Tewhakarewarewatangaoteopetauaawahiao - the gathering place for the war parties of Wahiao.

Suku daripada ahli-ahli rombongan. Tepat pukul 10:00AM mula terus..

Memorial archway sebagai pintu gerbang utama ke Whakarewarewa The Living Maori Village.

Salah sebuah rumah penduduk.

Korotiotio - Grumpy Old Man. Kolam air panas yang menghasilkan air membuak-buak dan boleh mencecah 120 degree celcius.

Masalah orang pakai cermin mata..

Parekohuru / Murderous Ripples - Setiap 45 minutes ke satu jam, paras air akan menaik tinggi dan lepas tu menurun pula dan menghasilkan bubbles di permukaan.

Kawasan dapur atau dipanggil Steam Box Hangi / Cooking From The Earth.

Tour guide suruh masing-masing pegang tanah.. Terasa panas.

Kalau join free tour boleh tengok keadaan dalam tempat masak semula jadi.

Hangi - open air cooking pit. Makanan dimasak menggunakan wap asli bawah tanah.

Cultural performance area - awal lagi.. Kita pergi jalan-jalan dulu.

Salah satu cafe yang beroperasi.
Boleh beli Hangi meal juga kalau berminat..

Kedai menjual souvenirs. Orang-orang Maori berniaga..

Wahiao Meeting House - tempat meeting penduduk kampung untuk sebarang aktiviti pemujaan.

Tukiterangi Street.

POHUTU GEYSER DARI WHAKAREWAREWA THE LIVING MAORI VILLAGE

Pohutu Geyser adalah salah satu geyser yang famous di Rotorua. 'Pohutu' membawa maksud 'big splash' atau 'explotion' jadi boleh bayang letusan Pohutu Geyser agak besar dan tinggi. Nak tengok Pohutu Geyser dari jarak paling dekat kena pergi ke Te Puia tapi dari Whakarewarewa The Living Maori Village pun ada lookout point yang membolehkan kita nampak Pohutu Geyser. Tak ada jalan yang bersambung.. dua tempat berasingan. Geyser ni bukan sepanjang masa meletus dan kalau meletus pun bukan setiap masa tinggi dan besar. Ikut nasib juga tapi penduduk di sana boleh agak timing geyser nak meletus. Dah berkurun duduk sana.. dah boleh faham. Pohutu Geyser dianggarkan akan meletus average sekitar 20 kali sehari dan boleh mencecah ketinggian 30 meters. Both Te Puia dan Whakarewarewa The Living Maori Village berkongsi Pohutu Geyser sebab kedua-duanya terletak dalam kawasan Te Whakarewarewa Geothermal Valley.


Ini adalah Prince of Wales Geyser - sebelah Pohutu. Kecil sikit..

Setelah tunggu hampir 20 minutes.. Pohutu mula nak meletus.

Yeay !! Dapat juga tengok Pohutu Geyser meletus tinggi.

WHAKAREWAREWA THE LIVING MAORI VILLAGE WALKING TRACKS

Boleh refer SINI untuk Whakarewarewa The Living Maori Village Map dan tengok laluan tracks yang disediakan. Semua sekali ada 4 laluan tracks - Tuturu Track (Black : 5 Minutes), Werenga Track (Yellow : 10 Minutes), Tamaheke Track (Green : 15 Minutes) dan Kanapanapa Track (Red : 50 Minutes). Kami hanya terjah laluan Tamakehe Track saja sebab antara yang singkat dan nak kejar waktu untuk persembahan cultural pula. Ada laluan yang mesra wheelchair dan ada yang tak jadi kena check baik-baik. Di laluan Tamakehe Track kita akan lalu kolam air panas Te Roto A Tamaheke yang sentiasa berasap dan cantik. Kalau korang ada masa extra boleh terjah Kanapanapa Track sebab boleh ke Green Lake, Black Lake dan banyak mud pools. Syukur juga kami hanya ambil track yang singkat, hujan lebat turun mencurah-curah kelam kabut keluarkan payung dan berlari cari tempat berlindung.


Walking track yang kemas.

MAORI CULTURAL PERFORMANCE - KAPA HAKA

Dah pergi ke perkampungan orang-orang Maori kenalah tengok persembahan diorang juga. Dalam sehari ada beberapa kali diorang akan buat show jadi kita make sure timing kita kesana ngam dengan showtime. Dewan persembahan di Whakarewarewa The Living Maori Village tak adalah besar sangat tapi cukup nak memuatkan semua pengunjung dalam satu-satu masa. Kalau tak dapat tempat duduk kena berdiri.. Kena pergi cepat sebab nak pilih seat depan baru puas tengok diorang buat Kapa Haka. Kapa Haka adalah persembahan culture orang-orang Maori yang menggabungkan lagu dan Haka (dance) untuk menyampaikan message, syair atau apa-apa saja melalui cara yang lebih berseni. Selalunya persembahan Haka ni berkaitan dengan cerita sejarah nenek moyang (ancestors) jadi dalam seronok enjoy persembahan diorang, aku seram juga sebab tak faham diorang sebut apa. Kot-kot any rituals punya lines ke dahhh sudah. Selain daripada nyanyian dan tarian, diorang akan guna beberapa tools juga untuk jadikan persembahan lebih menarik seperti Patere (rhytmic chants), stick games (diorang main-main baling sticks sambil nyanyi), poi dancing (ada alat macam bebola gitu..) dan Haka challenge.

Haka - adalah persembahan atau ceremonial dance yang dipersembahkan dalam bentuk cabaran untuk menaikkan semangat satu-satu puak dan kadang-kadang digunakan untuk menakutkan pihak musuh. Movement agak ganas dan kasar dengan hentakan kaki yang kuat sambil menjerit-jerit sikit seakan-akan bersorak. Selalunya lelaki yang buat sebab nak menonjolkan side yang gagah perkasa. Kalau terlalu extreme seram jugalah sebab sambil buntang mata dan jelir-jelir lidah.





Bagi aku, wajib bagi sesiapa yang sampai ke Rotorua untuk singgah ke mana-mana Maori village yang available. Aku puas hati sangat dengan experience yang aku dapat di Whakarewarewa The Living Maori Village. Spend masa sikit untuk belajar peradaban diorang dan enjoy Haka show. Bukan pengalaman yang kita akan dapat rasa setiap hari.. Jadi dah alang-alang terbang jauh keluarkan duit yang banyak jangan ketinggalan untuk menyelusuri sejarah orang-orang Maori di bumi New Zealand. Sepanjang show sebenarnya hujan turun dengan sangat lebat. Lepas show.. singgah ke cafe sekejap beli minuman panas dan kembali ke car park. Plan asal nak lunch di tempat lain tapi semua kena cancel sebab hujan lebat. Makan dalam kereta saja. Pakej dengan angin kencang siap berbunyi lagi. Sekejap hujan lebat sekejap reda gitulahhh cuaca seharian membawa ke Taupo. Kami tak jadi singgah ke Government Garden nak tengok roses tapi ada lagi dua destinasi yang dituju sebelum gerak ke Taupo. Sambung lagi nanti..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.