Trip New Zealand 2019 : Perkampungan Orang Maori Whakarewarewa The Living Maori Village | SITI.YANG.MENAIP

Trip New Zealand 2019 : Perkampungan Orang Maori Whakarewarewa The Living Maori Village

/
38 Comments
December 28, 2020

Trip New Zealand 2019 : Whakarewarewa The Living Maori Village

Day 7 [17122019 Tuesday]

Rotorua, South Island New Zealand.



Semalaman hujan lebat dan pagi ni reda tapi cuaca masih mendung dan sejuk angin bertiup. Susah hati juga sebab seharian aktiviti bakal berada di tempat terbuka. Apa-apa pun perjalanan mesti diteruskan tak boleh nak buat apa. Kalau hujan pun kena redah juga jadi kita standby baju hujan dan payung dalam beg siap-siap. Aktiviti hari ketujuh di New Zealand adalah antara yang aku looking forward juga iaitu ke perkampungan orang-orang Maori. Kalau dah sampai ke Rotorua memang wajib untuk singgah ke salah satu perkampungan orang-orang Maori. Suka tengok bila orang kongsikan their visit to these villages dapat belajar peradaban orang-orang Maori disana. Orang-orang Maori adalah orang-orang Polynesian yang telah berhijrah ke New Zealand menaiki canoe ratusan tahun dulu. Bayangan penghijrahan orang-orang Maori sikit sebanyak boleh kita faham melalui animasi Moana - tapi Moana bukan paparan orang Maori New Zealand yaaa.. lebih kurang saja sebab asal Polynesia juga.

Sempat MamiZ ambil gambar bunga-bunga gebu di depan bilik hotel.
Cuci mata sekejap..

Geram tengok bunga-bunga biru ni..

Subur merimbun bunganya.. Cantik.



Rotorua diberi nama sebagai Thermal Wonderland sebab sekitar kawasan bentuk muka bumi Rotorua adalah kawasan geothermal semula jadi seperti kolam air panas, geysers, bubbling mud pool dan pelbagai lagi activities lain. New Zealand terkenal dengan volcanoes jadi normal sekiranya ada tempat-tempat tertentu yang kaya dengan geothermal. Kenapa orang-orang Maori sangat terkenal di Rotorua dan sekiranya kita nak tahu atau belajar mengenai puak Maori, kita kena ke Rotorua ? Puak Maori dah berada di Rotorua sejak berkurun lamanya dan atas faktor geothermal jugalah, Rotorua dipilih untuk menjadi kawasan petempatan puak Maori. Ada air ada suhu yang panas dari wap geothermal, puak Maori menggunakan semua bahan semula jadi ini untuk kelangsungan hidup. Mandi.. makan.. masak air dan macam-macam lagilah. It is normal untuk nampak kabus atau wap sulphur ketika memandu di sekitar Rotorua. Cuma satu saja tak tahan.. Bau macam telur busuk !!

TIKET MURAH WHAKAREWAEREWA MELALUI BOOKME

Hampir semua entrance tickets aku beli melalui website Bookme. Sebelum beli kena compare dengan harga di official website dulu. Seronok tengok deals di Bookme tapi kena baca terms and conditions betul-betul sebelum beli. Harga di website adalah NZD35.00 (RM101.17 approx) untuk seorang dewasa tapi di Bookme aku dapat dengan harga NZD32.00 (RM92.50 approx). Tak jauh sangat beza dapat jimat sikit sebab.. untuk perkampungan Whakarewarewa The Living Moari, harga paling murah adalah untuk slot di sebelah petang dengan harga plus minus NZD23.50 (RM67.93 approx). Aku tak boleh beli yang itu sebab akan ganggu perjalanan itinerary yang dirancang. Jadi tak dapatlah nak rebut tickets harga paling murah. Tak apalah.. Janji dapat pergi ke Whakarewarewa The Living Maori Village. Aku tempah slot pukul 10:00AM dan tunggu sehingga waktu persembahan pada pukul 12:00PM.

KENAPA PILIH NAK KE WHAKAREWAREWA THE LIVING MAORI VILLAGE ?

Di Rotorua, ada banyak perkampungan yang boleh kita terjah nak experience dan belajar tentang peradaban orang Maori. Selain Whakarewarewa The Living Maori Village, ada juga Mitai Maori Village, Tamaki Maori Village dan Te Puia - New Zealand Māori Arts and Crafts Institute. Setiap Maori village ada keistimewaan masing-masing. Semua akan bagi pengalaman dengan lebih dekat untuk belajar tentang orang-orang Maori. Aku compare satu per satu apa kelebihan satu-satu Maori village sebelum aku buat keputusan. Reason utama aku pilih Whakarewarewa The Living Maori Village adalah atas faktor harga entrance tickets dan waktu cultural show adalah yang paling sesuai dengan itinerary yang aku rancang. Paling mahal adalah Tamaki Maori Village dengan harga NZD110.00 (RM317.98 approx) seorang. Sangat menarik tapi kalau kesana, ada banyak benda juga kami tak boleh cuba seperti hidangan Hangi (makanan Maori) dan beberapa aktiviti symbolic puak Maori yang aku macam ragu sikit hukumnya kalau kita join. Nampak macam aktiviti pemujaan pun ada juga.. Aku compare juga kawasan sekitar kampung, dan aku rasa Whakarewarewa The Living Maori Village paling kemas dan cantik. Tersusun elok bangunan-bangunan di dalam kampung. Kalau korang nak tengok geyser dengan jarak dekat, boleh ke Te Puia. Boleh tengok Pohutu Geyser depan mata terus. Menariknya di Te Puia, ada Kiwi Conservation Centre sekali - bernasib baik boleh nampak burung kiwi. In the end, korang kena buat research sendiri dan bandingkan apa aspects pengalaman yang dicari dalam perjalanan korang.

WHAKAREWAREWA THE LIVING MAORI VILLAGE

Kami sampai awal 30 minutes dan dah ada beberapa pengunjung sedang tunggu di meeting point untuk free tour sekitar Whakarewarewa The Living Maori Village. Kena pergi redeem tickets dulu di kaunter - hanya bagi booking number dari Bookme terus dapat tickets dan peta perkampungan. Sebelum meronda sendiri, kami ikut tour untuk dengar penerangan dan sejarah kampung. Free saja jadi apa salahnya join kan.. Kalau jalan sendiri kita tak boleh main suka-suka terjah bangunan-bangunan tertentu atau buat apa-apa tanpa kebenaran. Ini adalah perkampungan sebenar jadi masih ada sekitar 250 orang Maori yang menetap disana. Bila join tour, kita dibawa sekitar kampung dan dapat pendedahan tentang macam-macam aktiviti sebab ada tour guides bersama kita. Sedikit sejarah mengenai Whakarewarewa The Living Maori Village. Bertapak di perkampungan Whakarewarewa, seorang pahlawan bernama Wahiao telah mengumpulkan seangkatan tentera untuk berlawan dengan puak lain membalas dendam atas kematian ayahnya. Sebagai kenangan, namanya diambil sebagai nama kampung. Di pintu gerbang untuk masuk ke perkampungan juga telah diukir nama askar-askar yang berada bawah pimpinan Wahiao.


Tewhakarewarewatangaoteopetauaawahiao - the gathering place for the war parties of Wahiao.

Suku daripada ahli-ahli rombongan. Tepat pukul 10:00AM mula terus..

Memorial archway sebagai pintu gerbang utama ke Whakarewarewa The Living Maori Village.

Salah sebuah rumah penduduk.

Korotiotio - Grumpy Old Man. Kolam air panas yang menghasilkan air membuak-buak dan boleh mencecah 120 degree celcius.

Masalah orang pakai cermin mata..

Parekohuru / Murderous Ripples - Setiap 45 minutes ke satu jam, paras air akan menaik tinggi dan lepas tu menurun pula dan menghasilkan bubbles di permukaan.

Kawasan dapur atau dipanggil Steam Box Hangi / Cooking From The Earth.

Tour guide suruh masing-masing pegang tanah.. Terasa panas.

Kalau join free tour boleh tengok keadaan dalam tempat masak semula jadi.

Hangi - open air cooking pit. Makanan dimasak menggunakan wap asli bawah tanah.

Cultural performance area - awal lagi.. Kita pergi jalan-jalan dulu.

Salah satu cafe yang beroperasi.
Boleh beli Hangi meal juga kalau berminat..

Kedai menjual souvenirs. Orang-orang Maori berniaga..

Wahiao Meeting House - tempat meeting penduduk kampung untuk sebarang aktiviti pemujaan.

Tukiterangi Street.

POHUTU GEYSER DARI WHAKAREWAREWA THE LIVING MAORI VILLAGE

Pohutu Geyser adalah salah satu geyser yang famous di Rotorua. 'Pohutu' membawa maksud 'big splash' atau 'explotion' jadi boleh bayang letusan Pohutu Geyser agak besar dan tinggi. Nak tengok Pohutu Geyser dari jarak paling dekat kena pergi ke Te Puia tapi dari Whakarewarewa The Living Maori Village pun ada lookout point yang membolehkan kita nampak Pohutu Geyser. Tak ada jalan yang bersambung.. dua tempat berasingan. Geyser ni bukan sepanjang masa meletus dan kalau meletus pun bukan setiap masa tinggi dan besar. Ikut nasib juga tapi penduduk di sana boleh agak timing geyser nak meletus. Dah berkurun duduk sana.. dah boleh faham. Pohutu Geyser dianggarkan akan meletus average sekitar 20 kali sehari dan boleh mencecah ketinggian 30 meters. Both Te Puia dan Whakarewarewa The Living Maori Village berkongsi Pohutu Geyser sebab kedua-duanya terletak dalam kawasan Te Whakarewarewa Geothermal Valley.


Ini adalah Prince of Wales Geyser - sebelah Pohutu. Kecil sikit..

Setelah tunggu hampir 20 minutes.. Pohutu mula nak meletus.

Yeay !! Dapat juga tengok Pohutu Geyser meletus tinggi.

WHAKAREWAREWA THE LIVING MAORI VILLAGE WALKING TRACKS

Boleh refer SINI untuk Whakarewarewa The Living Maori Village Map dan tengok laluan tracks yang disediakan. Semua sekali ada 4 laluan tracks - Tuturu Track (Black : 5 Minutes), Werenga Track (Yellow : 10 Minutes), Tamaheke Track (Green : 15 Minutes) dan Kanapanapa Track (Red : 50 Minutes). Kami hanya terjah laluan Tamakehe Track saja sebab antara yang singkat dan nak kejar waktu untuk persembahan cultural pula. Ada laluan yang mesra wheelchair dan ada yang tak jadi kena check baik-baik. Di laluan Tamakehe Track kita akan lalu kolam air panas Te Roto A Tamaheke yang sentiasa berasap dan cantik. Kalau korang ada masa extra boleh terjah Kanapanapa Track sebab boleh ke Green Lake, Black Lake dan banyak mud pools. Syukur juga kami hanya ambil track yang singkat, hujan lebat turun mencurah-curah kelam kabut keluarkan payung dan berlari cari tempat berlindung.


Walking track yang kemas.

MAORI CULTURAL PERFORMANCE - KAPA HAKA

Dah pergi ke perkampungan orang-orang Maori kenalah tengok persembahan diorang juga. Dalam sehari ada beberapa kali diorang akan buat show jadi kita make sure timing kita kesana ngam dengan showtime. Dewan persembahan di Whakarewarewa The Living Maori Village tak adalah besar sangat tapi cukup nak memuatkan semua pengunjung dalam satu-satu masa. Kalau tak dapat tempat duduk kena berdiri.. Kena pergi cepat sebab nak pilih seat depan baru puas tengok diorang buat Kapa Haka. Kapa Haka adalah persembahan culture orang-orang Maori yang menggabungkan lagu dan Haka (dance) untuk menyampaikan message, syair atau apa-apa saja melalui cara yang lebih berseni. Selalunya persembahan Haka ni berkaitan dengan cerita sejarah nenek moyang (ancestors) jadi dalam seronok enjoy persembahan diorang, aku seram juga sebab tak faham diorang sebut apa. Kot-kot any rituals punya lines ke dahhh sudah. Selain daripada nyanyian dan tarian, diorang akan guna beberapa tools juga untuk jadikan persembahan lebih menarik seperti Patere (rhytmic chants), stick games (diorang main-main baling sticks sambil nyanyi), poi dancing (ada alat macam bebola gitu..) dan Haka challenge.

Haka - adalah persembahan atau ceremonial dance yang dipersembahkan dalam bentuk cabaran untuk menaikkan semangat satu-satu puak dan kadang-kadang digunakan untuk menakutkan pihak musuh. Movement agak ganas dan kasar dengan hentakan kaki yang kuat sambil menjerit-jerit sikit seakan-akan bersorak. Selalunya lelaki yang buat sebab nak menonjolkan side yang gagah perkasa. Kalau terlalu extreme seram jugalah sebab sambil buntang mata dan jelir-jelir lidah.





Bagi aku, wajib bagi sesiapa yang sampai ke Rotorua untuk singgah ke mana-mana Maori village yang available. Aku puas hati sangat dengan experience yang aku dapat di Whakarewarewa The Living Maori Village. Spend masa sikit untuk belajar peradaban diorang dan enjoy Haka show. Bukan pengalaman yang kita akan dapat rasa setiap hari.. Jadi dah alang-alang terbang jauh keluarkan duit yang banyak jangan ketinggalan untuk menyelusuri sejarah orang-orang Maori di bumi New Zealand. Sepanjang show sebenarnya hujan turun dengan sangat lebat. Lepas show.. singgah ke cafe sekejap beli minuman panas dan kembali ke car park. Plan asal nak lunch di tempat lain tapi semua kena cancel sebab hujan lebat. Makan dalam kereta saja. Pakej dengan angin kencang siap berbunyi lagi. Sekejap hujan lebat sekejap reda gitulahhh cuaca seharian membawa ke Taupo. Kami tak jadi singgah ke Government Garden nak tengok roses tapi ada lagi dua destinasi yang dituju sebelum gerak ke Taupo. Sambung lagi nanti..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

38 comments:

  1. uniknya tempat dan budaya mereka ni... best SYM byk tgk tempat orang.. kalo x pandemik ni entah negara mana pulak dh SYM jelajah thn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk tahun 2020 mmg sy tak ada prancangan untuk kemana2.. mmg tahun untuk kumpul duit balik jana economy.. smoga ada rezeki jalan2 lagi..

      Delete
  2. Memang suasana berkabus sahaja.
    Menarik tengok budaya orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkabus sebab geothermal.. busuk juga bau telur busuk..
      bab budaya tu menarik.. belajar benda baru =)

      Delete
  3. Apa yg saya dapat kata..cantik sangat2 pemandangan di sana tu, nampak best sangat2..nak pergi tapi takde duit, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan cakap xdak duit.. nanti jadi doa. sebut insyallah ada rezeki kesana nanti.. semoga Allah datangkan rezeki tu.. saya dah saksikan ramai kawan2 yang dari tak pernah kemana2 dengan izinNya sangat bertuah dapat berjalan2..

      Delete
  4. Subahanallah cantiknya tempat ni.. geram iena tengok bunga dia tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga2 disana memang gebu belaka.. saya yang bukan antoo bunga pun rasa terpegun tengok gemok2.. geram..

      Delete
  5. menarik kampung ni. sy mmg suka pergi tempat2 macam ni kalau dapat peluang melancong ke luar negara. klu dpt pergi NZ satu hari nnt akan singgah sini, insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik kan tempat2 macam ni ? saya plih juga location.. yang mana saya rasa wajib tu baru singgah. hehe.. saja2 kurang minat tngk culture juga..

      Delete
  6. bestnya! pengalaman manis!

    ReplyDelete
  7. wah... kagum dgn penceritaan.
    bergambar = aida suka tgk setiap satu, siti.
    NZ adalah satu negara yg aida sgt nak jejaki one day.
    ada sorang kawan, abis PhD terus stay sana.
    next 2 weeks, dia pindah christchurch.
    dok share tentang NZ. aduhai! memang ohsem lah NZ ni.
    indah. tu yg menarik perhatian aida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sebab saya cuba include dedua.. bercerita dan gambar2 juga sebab pembaca ni lain2 minatnya. ada yang suka baca ada suka tngk gmbr hehe.. rezeki dia dapat duduk sana terus.. kalau ada peluang tu grab cecepat sebab rasa memang seronok..

      Delete
  8. Panjang nama kampung tu, habis nafas nak ulang-ulang. Pengalaman menarik, sebab selain scenery, seronok tengok culture kaum lain. Orang Maori memang menarik, sado lak tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha part sado tu mak tak kenan betoi sbb seksi depa pakai gitu2 saja pastu dok nari2 hahaha.. nak buek cem mano kan..

      Delete
  9. Seronok kn dapat tengok sendiri budaya mereka. Bila travel or berjalan kemana2 then hujan mmg bikin spoil kita punya plan kan 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kita boleh belajar lagi tentang budaya diorang..
      itula hujan tapi nak buat macam mana bukan kita control..

      Delete
  10. Perghhh tinggi sungguh orang maori tu. Bunga cik bedah banyak sungguh gemuk-gemuk pulak tu bunganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe depa yang lelaki tinggi2 kak.. yang prempuan tu rendang2 macam orang kita saja. yang tinggi tak ramai pun..

      Delete
  11. Syabas SYM sebab berkongsi cerita di NZ. Suka sangat tengok pengalaman orang di negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca perkongsian saya =)

      Delete
  12. Tenang melihat kehijauan warna alam.
    Budayanya pun unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budaya sana memang unik.. lain dari tempat kita tentunya. itu yang kena pegi juga experience macam mana..

      Delete
  13. Menariknya tempat-tempat ni :) shida pun suka melancong ke tempat2 cmnni..Jika berpeluang pasti pergi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ke tempat orang yang budaya unik lain dari tempat kita memang best dapat belajar benda baru experience tuuu.. insyallah akan datang rezeki kesana nanti..

      Delete
  14. Menariknya Perkampungan Orang Maori Whakarewarewa The Living Maori Village ni. Kabus dan asap sulphur dimana mana ada. Kalau saya mesti enjoy juga tengok Haka Show. Lain macam semangat dorang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wap sulphur tu memang dimana2 ada dan bau telur.. tahla macam mana penduduk situ tahan sebab kena bau hari2.. da terbiasa kot.. memang semangat sungguh kalau time Haka.. takut pun ada sebab nampak macam brutal sikit..

      Delete
  15. Cantiknya bunga2 depan hotel. Besar2 tu. Wangi Tak? Seronok mama tgk gambar2 yg Siti ambil semua cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wangi tu tak sure sebab mak yang ambil gambar2 tu.. tapi rasanya di negara kita pun ada bunga tu kalau tak silap. tumbuh subur disana..

      Delete
  16. org maori memang unik dan nampak gagah walaupun tak pakai baju.. huhu
    sure tempat ni senang nk tau sebab berkepul2 asap.

    pandai mami snap gambaq semua nampak lawa tp beware watermark kalau kecik2 memang senang org nk curi gambaq dan crop

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah sebab tak pakai baju tu nampak gagah tu.. habis semua nampak. skrang ni nampak asap kepul2 orang bakar sampah pun tingat kat Rotorua haha..

      thanks for the reminder. ada juga penah terfikir tapi tula.. tu yang letak noise kat gambar kasi blur. sayang nak tepek watermark besar kadang2 rasa ganggu.

      Delete
  17. rasa tenang je... kalau laa kg saya kat sini hahahahah tp bkn penduduk Maori ek... cuma nak kg mcm ni boleh tak? hahahaha serius cantik lg mendamaikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tamau jadi orang Maori eh.. tapi nak kampung comel macam diorang kan ? kemas jee dan tersusun. tapi tamau di Rotorua juga sebab nanti bau sulphur hari2..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.