November 2019 | SITI.YANG.MENAIP

Oreo Red Velvet Limited Edition yang baru dipasaran !!

Update : Bukan hanya di 7E. Aku dah nampak di merata kedai dah hihi..


Peminat Oreo sila angkat tangan !! Sep sikit kita geng !!

Sambil menaip entry balas comment dan blogwalking sikit boleh ngunyah biskut Oreo Red Velvet Limited Edition yang baru dipasaran.

S - E - D - A - P

Ikut cita rasa anak tekak aku memang sedap tapi tak boleh makan sekali banyak. Manis melecaih dari Oreo biasa tapi setiap gigitan dan kunyahan penuh nikmat. Aku makan dua ketul saja lepas tu kena surrender sekejap kena berhenti. Sulam minum plain water pulak. Aku macam terbaca Oreo Red Velvet ni hanya ada dijual di 7Eleven tapi tak pastilah kalau dikedai-kedai lain pun ada dijual juga. But.. 7E is everywhere jadi senang nak dapatkan. Harga pun hanya RM3.70 (tolooong jangan kata mahal puuurlis puuurrrrlis jangan kata mahal, kalau ini pun mahal aku tatauuu nak cakap apa dah) habis affordable dah harga tu untuk sebungkus cookies yang sedap.. Kalau hampa kata mahal juga kena makan biskut timbang ada icing warna warni tu sajalah - itu pun dekat RM5.00 sekilo. Pfffttt.. !!

Aku kasi 4.5 / 5 sebab krim sikit tak macam normal Oreo.

Sementara stock masih ada. Cepat pergi beli.


Magnum Macadamia Salted Caramel


Lepas tengok perkongsian seorang rakan di Instagram terus rasa nak cuba. Pengaruh media sangat kan.. Alhamdulillah lepas sebulan mencari.

Khas buat penggemar aiskrim perisa salted caramel.
This is made for us !!

S-E-D-A-P

Image result for talk to me not about me

Sembang apa tuuu pasal saya ?? Acah sangat.


Kemain eeh..
Ejen Ali pun dah ada kapal terbang sendiri.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Lama betul cerita ni tersimpan tapi belum basi sebab Starbucks Batu Ferringhi adalah antara hot spot pilihan ramai sekiranya ke Batu Ferringhi, especially yang hantu kopi. Aku jarang minum kopi sebab bukan peminat kopi, tapi sesekali tekak aku yang mengada ni meminta-minta juga. Kita layankan saja.. Nak lepak santai minum kopi mahal sambil menikmati permandangan tepian pantai yang cantik, inilah tempatnya - Starbuck Batu Ferringhi. Bila dah beli kopi jangan terus balik.. Ronda sekejap di kawasan sekeliling sebab ada banyak tempat duduk open space yang santai disediakan. Ada access area kepantai dan juga kawasan tinjau. Waktu petang senja hari mesti lagi seronok. Kami pergi tengah hari matahari mencanak atas kepala terik tapi puas hati sebab jelas nampak pantai. Minum kopi sambil mendengar deruan air laut. Perrgh !! Sesiapa yang sedang bercuti di Penang boleh lajak sikit ke Batu Ferringhi dan lepak di Starbucks. Dekat sini pun menarik juga. Parking spaces limited sikit tapi okay saja kalau bukan peak hours. Those yang tinggal di hotel-hotel berdekatan boleh jalan kaki saja.



Ada pengumpul tumbler Starbucks disini ? Sila angkat tangan. Aku tak..

Lepak area. Banyak kerusi disediakan.


Terus nampak pantai.


Dengan adik-adik - Yana dan Timm.

Seronok layan view cantik sambil minum kopi mahal. Aku rasa sini pun Instagrammable juga kalau nak OOTD atau apa-apa sajalah.
Featuring muka yang hampir hangus kepanasan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Dekat sangat dengan rumah tapi baru first time pergi. Dalam 20 minit dari Nibong Tebal dah sampai ke Simpang Ampat. Kawasan tersorok sikit diantara beberapa kilang lain tapi guna GPS insyallah tak sesat. Menarik sebab dapat tengok pekerja-pekerja process buah-buahan sebelum dijadikan jeruk melalui tingkap. Tak pasti boleh atau tidak kalau nak buat lawatan ke dalam kawasan pemprosesan. Kalau dapat masuk mesti lagi seronok. Dari sinilah semua jeruk dihantar ke seluruh Malaysia. Kawasan luas dan bersih. Walaupun kedai Jeruk Madu Pak Ali dah ada di merata ceruk negara, orang ramai masih lagi suka memborong di Pulau Pinang. Baru dapat feeling sebenar membeli jeruk katanya.. Ingatkan ada harga special sikit kalau beli terus di kilang tapi tak ada maknanya.. Sama saja dengan yang dijual di kedai.




Tengah process buah jambu batu.





Pilih jangan tak pilih..



Korang suka makan jeruk tak ? Aku suka tapi tak bolehlah makan banyak sangat. Sesekali bolehlah dilayan tekak yang mengada ni. Favourite aku adalah mangga kuning, kedondong, betik dan sengkuang. Bila makan jeruk sengkuang rasa tak berdosa sangat sebab konon makan sayur. Uuuuish makan tu mak mertua lalu pun tak pandang. Kadang-kadang selalu juga top up bekalan jeruk biar ada dalam fridge. Bila rasa teringin terus makan sejuk-sejuk. Nikmat !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Antara port pilihan tempat makan yang best dan sedap masa kerap ke Kuala Kangsar dulu. Diajak ke Gate Cafe memang tak akan menolak sebab semua makanan yang disediakan sedap belaka. Hari-hari pergi pun tak apa sebab nak cuba menu berlainan. Puas hati makan sebab portion besar mengenyangkan dan harga pun berpatutan. Nak makan Western Selections ada, masakan panas dan desert pun ada. Pilih saja.. Suka order air gelas besar minum sampai penuh perut. Pilihan favourite adalah Grilled Chicken dan Carbonara. Yummy !!

Those yang dah biasa dengan Kuala Kangsar mesti dah familiar dengan Gate Cafe. Yang baru first time nak cari location tricky sikit tapi guna Google Maps mesti sampai. Kalau park berdekatan dengan main road Gate Cafe akan jadi di tingkat dua dan kena lalu tangga naik keatas. Kalau park di belakang bangunan tak perlu panjat tangga. Tak faham kan ? Nanti dah pergi baru tahu macam mana kedudukan sebenar Gate Cafe.



Grilled Chicken


Set Nasi Lemak

Mixed Grill



Seafood Carbonara

Haihhh.. tengok gambar rasa terliur. Lama tak kesana.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.