July 2021 | SITI.YANG.MENAIP

 


Alhamdulillah selesai post parcel kawan-kawan semua yang menang NZ Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip. Baru dapat post hari ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan beberapa hari lepas. Terima kasih banyak-banyak kerana sabar menanti dan masih setia support SitiYangMenaip. Alhamdulillah tak ada yang serang ingat aku scammer tipu nak kasi hadiah. Terima kasih yang amat juga kerana memahami segala kekangan yang wujud lagi-lagi musim PKP ni.

Mucha gracias !!

Tunggu ya hadiah sampai rumah.. Ini parcel pink penuh kasih sayang tau..
Bukan gelang pink..

 


Hi semua !! First of all aku nak minta maaf sangat-sangat sebab lewat benar post hadiah kepada pemenang-pemenang. Setakat hari ini masih ada seorang yang belum bagi alamat jadi aku decide untuk tak nak tunggu dah dan terus saja proceed dengan process untuk hantar hadiah-hadiah kepada pemenang. Kekangan kedua.. kawasan sekitar ada banyak sangat roadblock lately saja ni berkurang dan macam ada kelonggaran sikit boleh pergi nak beli barang-barang jadi baru dapat nak bergerak. Jarak post office dari rumah aku melebihi 10KM jadi aku agak takut nak pergi post sebenarnya. Paling dekat adalah lebih kurang 17KM okay.. tapi dah habis PKPD ni rasanya dah boleh rentas nak pergi pejabat post. Insyallah.. by hari Rabu depan aku akan pergi post semua souvenirs korang.

In order untuk menebus kelewatan menghantar hadiah..
aku ada tambah sikit sesuatu dalam parcel korang. Tunggu ya..

Aku akan update lagi sekali bila dah post parcel.
Terima kasih banyak-banyak diatas kesabaran semua pemenang.

Take care =)

UPDATE :

Semua hadiah dah siap dibalut tinggal untuk post. Tapi sayangnya masih ada tiga pemenang yang masih belum beri alamat jadi melambatkan process penghantaran. Dah message banyak kali even PM di Instagram juga tapi masih tak diberikan alamat. Seen saja.. Aku kalau boleh tak mahu ulang alik ke PO banyak kali. Aku pula tinggal di kawasan red zone kes tinggi tiap-tiap hari. Sekarang ni PKPD pulak dah seluruh Selangor tapi ada PO within 10km jadi tak ada masalah !!

Jadi aku tunggu lagi beberapa hari semoga pemenang-pemenang yang berkenaan tolong mudahkan juga urusan aku. Kalau masih tak terima alamat.. rasanya kita cabut pemenang lain la ya.. Kalau boleh tak mahulah sebab dah menang ni dah jadi hak pemenang tapi itula.. Penat juga tunggu huhuhu.. Bukan merungut apa ya kawan-kawan.. Aku seronok buat GA dan cuma aku terasa sedih sebab aku dah make an effort nak contact pihak berkenaan.

Nak bagi hadiah.. bukan aku minta duit hehe.. Tataula..

----------------------------------------------------------------------------------------

Yaass !! Finally tibalah masanya untuk aku umumkan pemenang-pemenang NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip. Maaflah lewat sikit umum ada banyak urusan pula datang tiba-tiba.

Aku guna khidmat Pickerwheel.com untuk buat cabutan pemenang. 
Tahniah diucapkan kepada semua yang terpilih.

  1. Sila tinggalkan Nama penuh, Alamat Surat Menyurat YANG LENGKAP dan No Telefon untuk urusan penghantaran hadiah di ruangan comment.
  2. Jangan risau - aku tak publish. Hanya untuk rujukan sendiri.
  3. Aku akan post hadiah setelah tamat tempoh lockdown jadi sila expect delay yaaa..
Sebagai menghargai jasa dua rakan bloggers yang join giveaway paling awal untuk each category.. Aku juga akan kirimkan sesuatu untuk korang.

Jadi kepada :

  1. https://www.shikinrazali.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  2. https://anakomak6.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
Sila tinggalkan details di ruangan comment juga.

Terima kasih kepada semua yang sudi luang masa join NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip. Penyertaan korang sangat dihargai. Insyallah nanti ada rezeki kita buat lagi.

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.