April 2016 | SITI.YANG.MENAIP

BERKELAH DI LUBUK TIMAH SIMPANG PULAI | Ada banyak tempat berkelah menarik yang terkenal sekitar negeri Perak dan salah satunya adalah Air Terjun Lubuk Timah yang terletak di Simpang Pulai. Air Terjun Lubuk Timah sebenarnya dah lama wujud tapi sejak kebelakangan ini saja baru terkenal. Aku baru tahu ada tempat nama Lubuk Timah itupun sebab ternampak signage ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands. Buat research sikit dan akhirnya tertarik untuk meninjau kawasan. Alang-alang ajak kawan berkelah sekali aktiviti hujung minggu. Senang sangat nak cari jalan ke Lubuk Timah. Jalan yang sama menghala ke Cameron Highlands menggunakan laluan Simpang Pulai. Lepas saja kilang kuari terus masuk simpang ke kiri. Kena bayar sikit untuk masuk ke kawasan Lubuk Timah. Tak adalah mahal sangat hanya RM5 sekepala, Berbaloi dengan semua kemudahan-kemudahan yang disediakan. Kami pergi waktu Malaysia mengalami suhu panas melampau. Air terjun pun kering. Syukur masih ada air yang mengalir. Dapat juga berendam. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan adalah parking area yang luas, pondok yang boleh disewa dengan hanya RM10.00, surau, kolam air panas dan tempat salin baju. 

LOKASI LUBUK TIMAH, SIMPANG PULAI



Kawasan air terjun / waterfall. Sepatutnya ada air yang membuak-buak dari kawasan empangan. Panas sangat sampai air pun kering. 

Kawasan pilihan kami untuk berkelah. Datanglah awal sebelum orang makin ramai. Boleh pilih territory area yang berkenan.

Menu yang kami tapau dari rumah. Ain rajin tolong masakkan Maggi Goreng, Aku just sediakan bahan untuk sandwich telur agar-agar dan air mangga. 


Kadar sewa pondok hanyalah RM10.00 seunit. Besar dan selesa. Dekat dengan kawasan air terjun juga. Senang nak pantau barang-barang.


Memang seronok berkelah di Lubuk Timah. Recommended untuk semua lapisan masyarakat. Lama kami berendam tak sedar masa berjalan. Dari orang tak ramai sehinggalah kawasan penuh dengan manusia. Elok datang awal pagi kalau korang jenis tak suka keadaan sesak. Nak pilih pondok pun tak perlu berebut. Menjelang tengah hari memang merenyut. Bila manusia dah makin ramai kami pun beransur pulang. Bilik salin baju agak jauh dari tempat kami sewa pondok. Banyak kemudahan-kemudahan yang disediakan. Ada surau, tandas, aktiviti menunggang kuda, kolam air panas, cafe dan macam-macam lagi. Ada juga penginapan kalau minat nak bermalam. Tak pasti pula tentang harga. Tak pergi survey. Puas hati juga beriadah hujung minggu di Air Terjun Lubuk Timah. Bolehlah korang pula merancang untuk bawa keluarga pula. Selamat berkelah.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
WINTER TRIP KOREA | JALAN-JALAN KE KOREA | TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KOREA | PERBELANJAAN DAN BUDGET KE KOREA | TEMPAT MAKAN HALAL DI KOREA. Entry terakhir kisah perjalanan aku sepanjang di Korea selama sepuluh hari. Lama sudah terperam cerita di Korea akhirnya dapat juga habiskan. Aku akan senaraikan semua entries yang aku dah kongsikan sebelum ini. Senang untuk korang buat rujukan. Dari senarai tempat-tempat menarik untuk dilawati dan cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan. Aku juga ada cuba beberapa hidangan halal. Dah sampai tempat orang harus juga selit sekali dua makan makanan dan masakan tempatan. Pengalaman setiap dari kita adalah berbeza dan cara juga berbeza. Ikut keselesaan dan kesesuaian diri masing-masing. Ambil yang positif dan baik-baik saja. Semoga segala perkongsian dapat dijadikan panduan untuk merancang perjalanan ke Korea.







It was a blast journey I swear memang sangat seronok dan bersyukur dengan pengalaman sepanjang di Korea. Sekurang-kurangnya dipihak aku memang jujurnya I had so much fun. Totally. Thanks a trillion untuk Akak JM sudi travel bersama. Sorry for any inconveniences sepanjang journey. Thank you for the days spent and lets treasure the memories bersama. Semoga kita semua diberi kesihatan dan kesenangan untuk travel lebih jauh menjelajah bumi ciptaan-Nya. Do not stop exploring. Masih banyak tempat-tempat menarik di Korea yang masih belum diterjah. Tak sempat nak cover semua. Kalau ada rezeki for sure I want to go there again and will explore more. Terjah tempat-tempat yang lain pula. Harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama dan membantu rakan-rakan semua merancang perjalanan. Untuk maklumat lanjut kalau ada apa-apa yang tak faham boleh terus email dan akan aku cuba balas secepat mungkin. Mana yang dapat tolong akan ditolong.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
BUDGET DAN PERBELANJAAN KE KOREA 2016 | Selesai cerita perjalanan selama sepuluh hari di Korea Selatan. Pengembaraan yang seronok dan pelbagai pengalaman baru yang dapat aku belajar. This time aku akan kongsikan budget dan perbelanjaan aku sepanjang aku berada di Korea Selatan. Aku jot down every detail. First time aku kira dan tulis semua benda pengaliran duit keluar dan perbelanjaan. Aku memang tak berjimat. Awal-awal aku dah pesan. No tips untuk berjimat disini. Tiada juga niat dihati untuk menunjuk-nunjuk. Tiada tiada tiada. Perkongsian kali ini harapnya dapat membantu korang yang sedang merancang kesana.


*Tukaran mata wang RM : Korean WON = RM3.87 : 1 000WON

Tiket Air Asia X Kuala Lumpur - Busan = RM253.00
Tiket Air Asia X Seoul - Kuala Lumpur = RM359.77
Luggage 25KG Kuala Lumpur - Busan = RM146.07 / 2 = RM73.04
Luggage 30KG Seoul - Kuala Lumpur = RM179.56 
In-Flight Food Kuala Lumpur - Busan = RM27.00
In-Flight Food Seoul - Kuala Lumpur = RM59.38
Tukaran Wang RM - WON = 1 500 000WON = RM5805

TOTAL = RM951.75


DAY 1 (15 January 2016)

Top Up T-Money = 20000WON
Banana Uyu & Strawberry Uyu = 2600WON
Welcome Busan Guesthouse (1 Night) = 20000WON
Roti Ikan Red Bean = 1000WON
Fridge Magnet Gamcheon Culture Village = 2000WON
Sweat Shirt = 40000WON
Periuk Pinggan Mangkuk = 10000WON
Fridge Magnet Busan = 13000WON
Dinner (Jagalchi Market) = 50000WON / 2 = 25000WON
Strawberry = 10000WON

TOTAL = 143600WON

DAY 2 (16 January 2016)

Ship Cruise Oryukdo = 10000WON
T-Shirt = 4900WON
Mineral Water = 1000WON
Bus Ticket Busan - Sokcho = 46000WON
Dinner (Lotteria) = 6600WON

TOTAL = 68500WON

DAY 3 (17 January 2016)

Mount Sorak Entrance Fee = 3500WON
Cable Car = 10000WON
Snack = 2000WON
Fridge Magnet Mount Sorak = 4000WON
Kimbab Banana Uyu = 2100WON
The House Hostel Sokcho (1 Night) = 17500WON
Bus Ticket Sokcho - Dong Seoul Bus Terminal (Seoul) = 17300WON
Strawberry = 8000WON
Dinner (Jungang Fish Market) = 30000WON / 2 = 15000WON

TOTAL = 79400WON

DAY 4 (18 January 2016)

Top Up T-Money = 10000WON
Gatbae Boat = 200WON
Lunch (Abai Village) = 10000WON / 2 = 5000WON
Gatbae Boat = 200WON
Seluar Tidur = 5000WON
Itaewon Inn (6 Nights) = 120000WON
Sweat Shirt = 10000WON
Dinner (Ommoni's Jib Myeongdong) = 30000WON / 2 = 15000WON
Winter Boots = 15000WON

TOTAL = 180400WON

DAY 5 (19 January 2016)

Bus Ticket Dong Seoul Bus Terminal - Hyoegge = 14500WON
Taxi Fare Hyoegge - Yongpyong Ski Resort = 9000WON / 2 = 4500WON
Bus Ticket Yongpyong Ski Resort - Myeongdong = 17000WON
Locker = 1500WON
Snow Slope = 5000WON
Banana Uyu = 1300WON
Dinner (Yoogane Myeongdong) = 13000WON / 2 = 6500WON
Socks = 2000WON
Egg Bun = 4000WON

TOTAL = 56300WON

DAY 6 (20 January 2016)

Lotteria (Prawn Nuggets) = 4000WON
Bus Ticket Dong Seoul Bus Terminal - Hwacheon = 13900WON
Bus Ticket Hwacheon - Dong Seoul Bus Terminal = 13900WON
Ice Sculptures Illumination = 3000WON (2000WON)
Kuih Ikan Red Bean = 2000WON
Hwacheon Festival Game = 5000WON (4000WON)
Sledding = 5000WON 
Dinner (Eid Restaurant Itaewon) = 12000WON

TOTAL = 56800WON


DAY 7 (21 January 2016)

Top Up T-Money = 3000WON
Taxi Fare Gabyeong - Namiseom = 3600WON / 2 = 1800WON
Namiseom Entrance Fee = 8000WON
Souvenirs Namiseom = 15000WON
Lunch (Asian Cuisine) = 9000WON
Steam Bun = 1000WON
Taxi Fare Namiseom - Gabyeong = 3000WON / 2 = 1500WON
Dinner (Jegi-Dong Jukkumi) = 22000WON / 2 = 11000WON
Kebab Ankara Itaewon = 6000WON
Buah-Buahan Epal Oren = 8000WON / 2 = 4000WON

TOTAL = 60300WON

DAY 8 (22 January 2016)

Bus Ticket Dong Seoul Bus Terminal - Icheon = 4700WON
Snack (Jisan Forest Ski Resort) = 7000WON
Bus Ticket Icheon - Dong Seoul Bus Terminal = 4700WON
Top Up T-Money = 3000WON
Buah Pisang Kaki = 5000WON
Face Mask Nature Republic = 19000WON
Postcard = 4000WON
Sweat Shirt = 20000WON
Egg Bun = 2000WON
Butter Squid = 5000WON
Top Up T-Money = 2000WON

TOTAL = 76400WON

DAY 9 (23 January 2016)

Top Up T-Money = 2000WON
Brooch Namdaemun = 30000WON
Souvenirs Namdaemun = 60000WON
Souvenirs Namdaemun = 3000WON
Beads Bracelet = 9000WON
Sweat Shirt = 10000WON
Dried Persimmon = 10000WON
Seaweed & Tea = 30000WON
Seaweed & Market O Brownie = 12000WON
Face Towel = 5000WON
Face Mask = 2500WON
Pomegranate Juice = 5000WON
Dinner (Ommoni's Jib Myeongdong) = 17500WON
Aloe Vera Gel = 4000WON
Nature Republic = 30350WON
Innisfree = 30000WON
Skin Food = 4700WON

TOTAL = 265050WON

DAY 10 (24 January 2016)

Taxi Fare Itaewon - Incheon International Airport = 16600WON
Tipping Luggage = 3000WON
Loteria = 7000WON

TOTAL = 26600WON

Jumlah perbelanjaan sepanjang di Busan dan Seoul termasuk tiket penerbangan = 143600 + 68500 + 79400 + 180400 + 56300 + 56800 + 60300 + 76400 + 265050 + 26600
= 1 013 350WON = RM3921.66 + RM951.75
= RM4872.75

Baki perbelanjaan sepanjang di Busan dan Seoul termasuk penginapan dan pengangkutan
= RM5805 - RM3921.66
= RM1883.34

Alhamdulillah tak semua duit yang aku bawa habis disana. Rasanya ini memang semua perbelanjaan aku sepanjang berada di Korea sebab walaupun hanya 1000WON pun aku tetap jot down. Aku memang bawa lebih dan banyak sebab aku tak ada credit card. Solution yang ada adalah dengan bawa extra cash. Diri sendiri pula memang jenis boros. Eloklah bawa lebih. Inipun memang dengan tahap shopping yang tak dikawal. Daripada nanti terkulat-kulat tak dapat membeli ada baiknya kita beli. Budget adalah ikut kemampuan. Ini adalah sekadar perkongsian untuk memberi bayangan kepada kawan-kawan yang akan ke Korea. Semoga dapat membantu. Happy travelling.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
24 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN KOREA - SELAMAT TINGGAL KOREA DAN SOUVENIRS. Sekejap sangat rasa masa berlalu. Macam semalam baru sampai sekelip mata sudah tiba masa untuk pulang. Tak terasa lama pun walaupun hakikatnya sudah sepuluh hari berada di Korea. Nampak sangat berat hati berdrama tak nak balik. Masih banyak tempat-tempat menarik yang belum diterjah tapi panggilan tanah air dah memanggil kepulangan. Tak apalah.. Insyallah ada rezeki kita datang lagi. Pagi sebelum bergerak ke airport kami sudah siap packing dari malam sebelumnya lagi. Syukur aku dapat top up berat luggage dengan bantuan Kak Dayana dari Malaysia. Memang mampat habis bag aku. Kena tekan duduk atas luggage baru dapat zip. Masa check-out kami terserempak dengan sekumpulan adik-adik manis dari Malaysia. Nampak macam nak check-out juga tapi sebahagian barangan ditinggalkan di kaunter. Rupa-rupanya nak ke Busan beberapa hari kemudian akan kembali ke Seoul. Before that katanya nak ke Incheon International Airport dulu menghantar salah seorang rakan nak balik ke Malaysia sebab tak dapat cuti panjang. Alaaahai sedihnya.. Mesti lagi berat hati sebab kena berpisah tengah-tengah bercuti. Kami cakap tak perlulah hantar kawan ke airport gerak sekali terus dengan kami. Alang-alang memang nak ke airport dan flight waktu penerbangan semua sama. Cantik sangat dah kalau terus ikut.

Rancangan asal nak tunggu bas airport transfer di Itaewon. Sampai awal jadi kena tunggu dalam 30 minit sebelum bas seterusnya datang. Tapi sejuknyaaa rasa memang terkulat-kulat muka tahan sejuk. Ada taxi datang berhenti depan kami. Katanya boleh hantar ke airport sama harga dengan airport transfer. Lepas bincang kami bertiga setuju untuk naik taxi. Jenuh Ahjusshi sumbat bag-bag kami dalam kereta. Mujur muat semuanya gigil-gigil dia angkat. Jomlah kita ke airport. Lagi awal lagi bagus.. Nak timbang bag dan wrap sekali. Rupa-rupanya di Incheon International Airport tak ada perkhidmatan wrapping bag. Ada perkhidmatan ikat kotak kalau ada nak bawa balik kotak banyak-banyak. Kalau ikutkan tak perlu guna pun tak apa tapi saja gatal nak habiskan duit. Cuba jugalah. Rasa kelakar sendiri bila tengok keadaan luggage yang entah apa.

Postcards untuk kesayangan-kesayangan di Malaysia. Rasanya dah selamat sampai.

Alhamdulillah tak terlebih muatan dan syukur top up before ke airport. Tak tahulah nak jadi apa atau berapa kena denda extra berat.

Inilah rupanya entah apa kaedahnya. Saja nak tunjuk juga kat semua.

Makan dulu before masuk departure hall.

Dah ready semua.. Jom kita ke Departure Hall. Jauh lagi perjalanan kat dalam sana.

Sampai di Departure Hall dah nampak orang ramai beratur. Ingatkan kami antara yang awal rupanya dah standby beratur. Lambat juga rupanya. Memang bukan calang-calang jauhnya journey kat dalam airport. Kalah KLIA2 weh.. Serious kalah. Jadi silalah masuk lebih awal supaya tak termengah-mengah menapak terkejar-kejar macam kami. Nak kena naik aerotrain lagi. Kalau terlepas jenuh nak tunggu the next ride walaupun hanya selang lima minit. Manusia memang padat. I was wondering juga kenapa macam kalut semacam. Rupa-rupanya ada beberapa penerbangan ke Jeju dan Jepun yang terpaksa dibatalkan. Heavy snow di lapangan terbang jadi tak boleh mendarat. Ya rabbi.. Macam-macam dugaan. Patut manusia ramai sangat.


Seronok berada di international airport negara orang. Dapat tengok kapal terbang negara lain yang jarang dapat dilihat di negara kita.

T'Way Airlines yang kecil. Airlines from Korea macam Peach dan Jin Air.

SELAMAT TINGGAL KOREA SELATAN

Right on time terus terbang. Cuaca di Seoul sangat baik. Alhamdulillah tak terganggu seperti ke destinasi-destinasi lain. Kami bertiga terpisah sebab dapat tempat duduk berasingan. Aku dapat seat di Quiet Zone dan sememangnya sangat syahdu sunyinya. Rasa terus nak terlelap sebab sangat sepi dibuai-dibuai. Nasiblah that day captain agak mesra. Before he made a turn dia dah suruh standby jenguk ke luar tingkap. Katanya kami baru melepasi Daegu dan sedang heavy snow. Subhanallah. Memang sangat terpukau aku tengok dari atas.




Lepas makan sumpah aku tak ingat apa. Yang aku tahu letak kepala aku terus pengsan. Aku tak tahulah aku konsert atau tak. Kalau konsert pun lantaklah. Aku dah hanyut dalam lena. Sedar pun like an hour before landing. Memang tidur yang sangat berkualiti. Usually bila nak landing telinga aku akan berdengung. Itulah sebabnya senang nak terjaga. My journey to Korea has come to its end. Sepuluh hari yang menyeronokkan di Korea. Ikutkan hati memang nak duduk lagi lama tak nak balik. Menantu untuk MamiZ dan DediS pun tak terjumpa lagi di sana. Tapi apakan daya.. Kena pulang juga. Insyallah ada rezeki kita pergi lagi.

CADANGAN SOUVENIRS DARI KOREA UNTUK DIBAWA PULANG

Ini adalah antara barang yang sesuai untuk dibeli dan dibawa pulang buat buah tangan. Kita janganlah berkira sangat especially untuk families dan members rapat. Usually untuk families dan members aku suka beli makanan. Ahli-ahli keluarga aku ramai, jadi nak belikan masing-masing souvenirs seorang satu memang tak mampu. Itulah aku selalu beli makanan. Rasa puas hati bila tengok semua dapat merasa makanan dari negara lain. Aku sempat snap few pictures saja. Teringat nak snap pun bila dah distribute jadi tinggalkan sikit saja lagi buat contoh. Jadilah untuk membantu korang dapatkan bayangan.

Ini wajib. Fridge magnets dan keychains. Ikutlah designs mana yang berkenan. Borong sakan di Namdaemun Market dan ada juga yang dibeli di Busan.

Yang kecil sesuai diberikan pada kanak-kanak. Yang besar untuk orang dewasa simpan make up atau anythinglah. Jahitan kemas dan colour yang vibrant.

Fridge magnets Busan yang dibeli di Gukje Market.

Since aku adalah peminat totes jadi kalau ada terjual totes yang tulis nama sesuatu tempat dan dijual dengan harga yang berpatutan memang aku akan beli.

Set sudu garfu dan chopticks Korea yang terkenal. Ramai yang suka souvenirs ni. Boleh juga beli periuk mangkuk yang selalu digunakan untuk masak ramen. Harga lebih murah di Gukje Market Busan berbanding di Seoul. Fridge magnets dari Mount Sorak dan Gamcheon Culture Village. 

Real Brownie Market O, Dried Persimmon dan Pomegranate Drink. Dried Persimmon yang sangat sedap. Now aku faham kenapa Ahjumma-Ahjumma di Korea suka sangat makan Dried Persimmon.

Ini saja yang sempat aku snap. Ada banyak lagi sebenarnya benda yang aku beli disana. Skin care  - Aku borong lotion dalam packaging comel-comel, maskers dan face masks terutamanya. Nak beli cleanser atau moisturizer takut tak kena dengan kulit individu jadi play safe jangan beli. T-Shirt pelbagai warna, seaweed dan beberapa jenis makanan lain lagi. I bought face towel juga. Ada bendera Korea on it. Aku rasa sangat berbaloi beli and sesuai untuk dijadikan souvenirs. Brooches dan accessories untuk ladies dan macam-macam lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
23 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN SEOUL - NAMDAEMUN MARKET DAN MYEONGDONG. Hari terakhir di bumi Korea memang kami sudah sepakat untuk dipenuhi dengan aktiviti membeli-belah. Marilah kita habiskan saki baki duit yang masih ada untuk shopping dan borong apa yang patut nak bawa balik. Esoknya adalah hari perjalanan untuk pulang jadi tak mahu singgah mana-mana dah. Destinasi pertama kami di awal pagi adalah Namdaemun Market. Naik subway dan turun di Hoehyeon Station Exit 5. Keluar dari station kita dah dijamu dengan gerai-gerai menjual pakaian yang murah-murah. Lets not talk about quality sebab its not fair. Tapi mengikut penilaian aku, the clothes bukan cikai atau low quality sangat tau. Jahitan kemas and bersesuaian sangat dengan harga. Tapi jalanlah dulu jangan terus beli. Banyak lagi pilihan yang menanti.

NAMDAEMUN MARKET - PUSAT MEMBORONG BROOCH, SOUVENIRS DAN AKSESORI WANITA

Kami terus meluru masuk market. Suhu sangat sejuk that day jadi nak berlindung. Sepanjang berada di Korea rasanya that day was the worst. Memang paling kering paling sejuk dan paling kejung. Syukur dapat berlindung dalam bangunan. Namdaemun Market adalah tempat penjualan barang-barangan tradisional, buah tangan dan keperluan seharian seperti souvenirs, alatan dapur, permainan, pakaian, makanan dan perhiasan diri. Disebabkan terkenal dengan penjualan barangan dengan harga yang murah, lama-lama Namdaemun Market pun jadi famous dalam kalangan tourists. Dah lama target nak borong brooches yang comel-comel dan murah di Namdaemun Market. Pinar mata tengok kiri kanan. Rasa nak beli semua. Ramai suggest beli dengan seorang Ahjumma yang sedia dengan sikap pemurah. Cari juga kedai Ahjumma dan yes.. Memang murah dan Ahjumma sangat rajin melayan. Tak henti dia bercakap. Gigih juga nak cuba berkomunikasi.

Most kedai dalam Namdaemun Market jual barangan dengan harga yang lebih kurang sama. Extra credit untuk Ahjumma sebab pandai ambil hati pembeli. Mungkin sebab aku dah borong banyak dengan Ahjumma yang pertama, Ahjumma-Ahjumma lain dah alert. Selesai bayar terus tangan aku ditarik pergi kedai Ahjumma lain. Boleh tahan brutal. Pujuk suruh beli juga dengan harga yang sama macam Ahjumma yang pertama. Design memang berbeza jadi apalah salahnya kita laburkan sedikit lagi duit yang ada. Dasar perempuan.

Awal pagi lagi dah siap sedia packing barang-barang.








Sudahlah. Kalau terlebih mampu memang nak borong semua. Cukuplah ala kadar dan sedarlah banyak benda tak beli lagi. Jom pergi next section pula. Keluar dari bahagian barangan perhiasan diri masuk pula ke bahagian souvenirs. Huuuurm.. Sekali lagi tergoda nak beli itu ini. Jumpa this one kedai jual souvenirs harga yang cantik sikitlah dari kedai-kedai lain. Malas fikir panjang terus saja beli macam-macam kat kedai Ahjusshi dan anaknya. Allah izin nak tunjuk betapa kecil sebenarnya bumi ni, boleh terjumpa Acik Siti Hamin (kawan MamiZ) di Namdaemun Market. MamiZ told me earlier memang Acik Siti Hamin ke Korea tapi memang tak sangka rezeki nak berjumpa. Aku noticed winter coat yang Acik Siti Hamin pakai. Warna pink sama macam dalam gambar yang MamiZ share. Aku jalan perlahan sikit nak make sure betul ke tidak orangnya. It turned out to be yes.. Memang Acik Siti Hamin.

Sukanya tengok deco yang vintage macam ni.

Kalau DediS masih ada sure aku belikan model kereta yang macam-macam jenis tu..


Bersama Ahjusshi dan anaknya. Lot kedai seperti yang tertera dalam gambar.

What a small world kan.. Kawan MamiZ masa sekolah.

Selesai memborong macam-macam di dalam bangunan Namdaemun Market kami menapak keluar. Beg sandang dah mula berat. Suhu masih sejuk yang amat dan aku rasa bertambah-tambah sejuknya. Redah jugalah nak buat macam mana. Mana ada masa lain nak shopping dah kena juga redah. Kedai-kedai di luar bangunan Namdaemun Market banyak menjual pakaian-pakaian dan makanan-makanan tradisional. Kalau nak cari seaweed, jajan snack dan cookies memang kena meronda extra sikit tapi berbaloi. Terpulanglah pada minat masing-masing. Aku jenis suka bawa balik makanan so I would put extra effort sikit untuk cari benda yang halal dimakan dan boleh bawa balik untuk ahli keluarga. Senang nak memilih kalau ingredients ditulis in English. Kalau 100% in Hangul eloklah bertanya sepuas-puas hatinya pada tuan kedai untuk kepastian. 




Singgah kedai Ahjumma beli teh delima dan seaweed. Depan kedai ada logo halal.

T-SHIRT SOUVENIRS KOREA DENGAN HARGA MURAH DI NAMDAEMUN MARKET

Di Namdaemun Market juga boleh beli t-shirt Korea dengan harga murah. Tak perlu risau nak warna apa. Semua warna boleh campur. Ada juga terbaca harga murah kalau beli yang warna putih saja. Tak. Ada beberapa kedai di Namdaemun Market yang tak mengamalkan perniagaan yang macam tu. Boleh beli dengan senang hati. Nak warna apa tunjuk saja semua ada. Tak ada proper kedai pun just Ahjumma yang meniaga atas cart. Tak ada gambar sebab tak sanggup nak pegang camera. Sejuk sangat jadi tangan sentiasa dalam poket. Korang rajin-rajin pusing jauh sikit mesti akan jumpa punya. Dekat dengan barisan kedai-kedai jual CD KPOP. Lepas dah memborong di Namdaemun Market cadangnya nak pergi Namsam Tower. Tapi haaa.. Jujurnya memang tak ada mood sebab sejuk sangat and beg sangat berat. Cancel ke Namsan Tower. Tak adalah terkilan sangat sebab rasa dah sampai sebenarnya bila baca entries kawan-kawan lain yang dah sampai. Jadi tak apalah ada rezeki lain kali kita pergi. Mood shopping lebih tinggi daripada mood nak ke Namsam Tower. Dari Namdaemun Market kami jalan kaki saja terus sambung ke Myeongdong. Haaa.. Ini dah masuk kali keempat pergi sana. Pergi lagi untuk makan dan borong barang-barang make up yang berkenan dihati. Sungguh nak habiskan duit yang ada. Rembat apa saja yang berkenan.





BELI MAKE UP DAN SKINCARE DI DAN MAKAN SAMGYETANG DI MYEONGDONG

Macam-macam skincare products kami beli. From one shop to another kami masuk. Aku banyak beli benda yang kecil dan senang nak bawa balik nak bagi orang especially sepupu sepapat. Tapi ada juga yang besar-besar. Harga memang jauh lagi murah dari di Malaysia. Haruslah begitu kan.. Sedap membeli tak terfikir pun ruang dalam bag ada lagi atau tak. Padahal bag macam dah nak meletop. Aku banyak beli barangan Skin Food. Suka dan antara products yang aku guna. Packaging sangat cantik dan bau usually memang wangi. Sakan membeli punya pasal, bahu pun dah kebas-kebas galas bag. Semua pun mahu sumbat dalam bag galas. Dahlah tu.. Mari kita pergi makan pula. Alang-alang berada di Myeongdong kami sekali lagi pergi makan di kedai Ahjumma Asam Pedas Myeongdong. This time nekad nak order juga Samgyetang. Nak cuba apa rasa makanan favourite Kim Joong Kook. Sedap sangat ke sampai each time orang Korea makan Samgyetang macam over sangat reaction. Jadi marilah kita cuba.. 

Side dishes diberikan percuma. Boleh kalau nak minta tambah.


Steamed egg diatas berharga 10000WON sebekas. Sama harga dengan sehelai baju. Tibailah weh nak merasa punya pasal.

Tofu stew. Sedap juga tapi sedap yang biasa-biasa saja.

Inilah dia Samgyetang yang terkenal tu. Memang makanan sihat sungguh garam sebutir pun tak ada. Tak tahu nak describe macam mana.

Dinner that night sangatlah banyak sebab memang main order saja apa yang terfikir nak makan. Bukan hari-hari dapat makan di Myeongdong jadi apa salahnya sesekali. Masa dah order Samgyetang baru terfikir status kehalalan ayam yang dimasak. Memanglah ada logo halal depan kedai tapi still ragu-ragu. Aku tanya Ahjumma kedai dan dia gigih nak meyakinkan kami semua makanan di kedai itu adalah halal. Siap keluarkan resit pembelian ayam halal di Itaewon dan lesen perniagaan makanan halal yang diiktiraf. Baaaiklah Ahjumma.. Lepas makan terus balik ke hotel. Tak lewat sangat kami balik sebab nak golek-golek dalam bilik juga. Menikmati malam terakhir di Korea sambil mula packing. Aku memang dah susah hati. Sepatutnya share berat luggage dengan JM tapi sumpah aku jamin memang tak cukup. So aku decided untuk beli tambah berat luggage aku asing. Luckily Kak Dayana tolong top up dari Malaysia and claim duit later kalau tak memang tak lena tidurku. Syukur gelabah awal and top up juga extra. Ada hikmahnya setiap sesuatu. Tuhan saja yang tahu betapa beratnya beg aku.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.