January 2021 | SITI.YANG.MENAIP

 Hershey's Bar Limited Edition Baru Perisa Aiskrim Strawberry & Cookies 'N Mint

Oooi orang-orang kampung.. ini ada berita baik barang baru di pasaran nak dikongsikan. Haaa.. Hershey's buat hal pula kali ini dengan mengeluarkan tiga bars chocolate terbaru limited edition yang diilhamkan daripada perisa aiskrim popular seperti Strawberries 'N' Creme, Cookies 'N' Mint dan Birthday Cake Confetti. Aku tak pasti sama ada chocolate bars ini dijual dalam pasaran negara kita atau tidak sebab aku tengok iklan khabarnya macam hanya dijual di 7Eleven Singapore. Tapi.. semua benda boleh dibeli online sekarang jangan risau. Aku beli di Shopee saja dengan harga RM3.40 satu bar. Murah sangat harga untuk satu bar chocolate brand ternama bukan harga kayangan pun. Boleh check Shopee shop ini - Cocoa Valley. Ini aku dah share boleh beli dimana, nanti jangan tanya lagi mana nak cari. Antara Shopee shop pilihan aku kalau nak cari chocolate. Perisa Birthday Cake belum jumpa itu kemudian kita cari.

SEDAP ATAU TIDAK HERSHEY'S BARU ??

Ni aku nak bagitahu nanti jangan tanya lagi sedap atau tak.. Walaupun aku sangat suka makan chocolate, Hershey's bukanlah antara top 5 pilihan chocolate favourites aku tapi makan saja kalau dah ada. Lebih suka Hershey's Nuggets berbanding jenis lain. Berbalik pada rasa Hershey's Bar Limited Edition perisa Strawberries 'N' Creme dan Cookies 'N' Mint, rasanya sedap dan boleh diterima tekak. Rasa standard perisa strawberry dan mint tapi diakui lebih creamy dan seakan-akan kita tengah makan aiskrim. Aku prefer Cookies 'N' Mint berbanding Strawberries 'N' Creme sebab memang kurang suka apa-apa makanan perisa strawberry dan sedikit manis. Lebih menarik, dalam bar Strawberries 'N' Creme ada chunks dried strawberries sekali. Bila makan terasa chunks strawberries yang masam manis seimbang dengan rasa chocolate. Dalam Cookies 'N' Mint pula semestinya ada cebisan cookies yang sedap.

Soalan yang korang selalu tanya.. Sedap ke ??? 
Jawapan aku apa ??? S-E-D-A-P.. 

Packaging yang cantik.

Comel !! Ada bentuk aiskrim.


Bagi aku, dengan harga RM3.40 satu bar sangatlah berbaloi sebab Hershey's bukan chocolate cikai tapi antara chocolate yang boleh dikira premium. Size chocolate adalah nipis tak tebal sangat. Menarik jugalah. Nanti nak cari yang perisa Birthday Cake pula - selagi tak jumpa rasa tak puas hati. Kalau korang berminat, boleh cari di Shopee. Banyak sangat kedai chocolates yang jual pilih mana yang berkenan di hati. Tak perlu susah payah meronda ke kedai, nak check nak cari.. scroll saja handphone dan tunggu sampai depan rumah. Easy !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Bunga Matahari Dan Beriadah Di Taman Saujana Hijau Putrajaya

Selepas berbulan-bulan duduk rumah tak kemana-mana akhirnya ada juga aktiviti yang boleh dibuat selepas road blocks kawasan Putrajaya dimansuhkan. Nak hirup udara segar pula tengok keindahan alam sekeliling. Di sekitar Putrajaya ada banyak taman yang sesuai kalau nak beriadah santai bersama keluarga dan salah satu yang famous adalah Taman Saujana Hijau. Bagi warga Putrajaya dan sekitar, Taman Saujana Hijau adalah antara taman pilihan dan sentiasa ramai pengunjung. Tempat cantik dan kemas dan selalu juga jadi pilihan untuk pengantin photoshoot gambar kahwin. Fashion brands pun suka ke Taman Saujana Hijau untuk shooting gambar-gambar. Saja ajak MamiZ kesana jalan-jalan keluarkan peluh sikit. Bukan nak jogging sakan pun.. Kami menapak saja slowly. Kawasan Taman Saujana Hijau ni luas yang amat - sekitar 47 hectares dan nak cover semua kawasan memang rasa tak mampu. Dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti European Garden, Chinese Style Garden dan English Garden. Kawasan taman pula ada bahagian yang berbukit dan ada yang mendatar. Taman Saujana Hijau beroperasi bermula pukul 07:00AM sehingga 07:00PM setiap hari. Parking is free dan tiada charge bayaran masuk dikenakan. Nak picnic pun sesuai boleh bawa makanan dan duduk di gazebo yang disedikan. Nak bentang tikar pun boleh.. Cari spots yang redup bestnyaaa.. Niat sebenar kami kesana nak cari bunga matahari yang banyak ditanam disana. Cuci mata tengok bunga-bunga.


 

PERGI WAKTU PAGI LEBIH NYAMAN

Waktu pagi adalah waktu terbaik nak ke Taman Saujana Hijau Putrajaya. Rasa nyaman angin sejuk macam di Cameron Highlands. Menjelang pukul 10:00AM memang orang dah sangat ramai dan matahari mula terpacak atas kepala. Petang pun menarik juga sambil tunggu sunset. Jangan lupa bawa bekalan air dan simple snacks kalau nak jogging. Aku cepat pening kalau cuaca terlalu panas, jadi wajib untuk pakai topi. Memang seronok tengok ramai orang beriadah amalkan gaya hidup sihat. Ramai juga yang bawa anak-anak untuk bebas berlari sana sini. Sesekali aku rasa memang elok dan perlu untuk kita buat aktiviti macam ni.. Kalau di rumah memang kerja mengadap TV dan Internet. Aku dan MamiZ menapak jauh juga walaupun jalan slowly boleh tahan peluh yang keluar. Dah selesai satu pusingan baru kami ke kawasan yang banyak bunga matahari. Ralit memerhati membelek bunga matahari yang cantik mekar.

Jalan 10 langkah.. berhenti rehat 10 minit. Ihikkks..


Hilang penat rasa bila tengok bunga matahari yang cantik. Memang antara tarikan utama di Taman Saujana Hijau adalah deretan bunga-bunga matahari yang ditanam. MamiZ dah rancang nak tanam bunga matahari pula di tanah sejengkal depan rumah. Jatuh cinta dengan bunga matahari pula katanya.. Kita tengok nanti project tanaman bunga matahari MamiZ jadi macam mana.. Kalau betul nak tanam semoga tumbuh membesar elok hendaknya. Jeng.. Jeng..

TOLONG JAGA KEBERSIHAN TAMAN SAUJANA HIJAU

Bab kebersihan ni kadang-kadang aku pelik juga tengok attitude rakyat Malaysia. Tempat riadah orang dah buatkan, kita pandai guna dan apa salahnya kita jaga kebersihan juga. Tong sampah pun dah disediakan apa susah sangat nak buang sampah pada tempatnya. Sama-sama kita jaga kebersihan ubah perangai buruk apply semua yang baik belaka. Yang bawa makanan, bawa belon bawa confetti nak celebrate birthday ke apa ke.. tolong kutip semua sampah sendiri yang dibawa dan buang. Lebihan makanan bungkus elok-elok bukan buang dalam longkang. Sedih tengok ada sampah yang dibiarkan begitu saja. Memanglah ada pekerja-pekerja pembersihan tapi apa masalah kalau sendiri bawa sampah tu dan sendiri uruskan ?? Mungkin di entrance kena buat pemeriksaan beg untuk tengok barang-barang yang dibawa. Kenakan bayaran untuk yang nak celebrate birthday dan buat mini partyMalu dengan orang di negara-negara lain yang jauh lagi pembersih dari kita. Taman kita sama cantik juga dengan taman-taman di negara orang lain tapi sikap kita yang hodoh. Nak jadi contoh ikutan anak-anak tengok pun rasa tak lalu. Bila ke taman awam, memang macam-macam sikap manusia kita akan jumpa. Korang boleh nilai sendiri laaaa macam mana keadaan bila ada parents yang buang pampers anak dalam longkang. Obviously bukan anak tu sendiri yang buang tapi mak ayah dia.. Sedih !! Kemudian, kita akan jumpa species bodoh sombong ignorant yang merokok sana sini. Haaa.. Public area kot bukan private park milik keluarga kau. Orang pi taman nak sedut udara segar tapi yang dapat bau asap rokok berkepul-kepul. Apakah ?? Common sense entah kemana tak kan tak boleh fikir mana baik mana buruk. Kecewa sangat.  Jadi sama-sama kita jaga kebersihan taman-taman awam negara kita biar kekal cantik dan kemas. Bila orang luar datang tengok keadaan taman-taman di negara kita, biar diorang rasa sama kagum dan cantik macam taman-taman di negara diorang.

Haaa kan dah membebel jadinya.. Geram !! Hahaha..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

 Sumbangan Barang - Barang Keperluan Kepada Mangsa Banjir Di Pahang

Tirai tahun 2021 dibuka dengan ujian kepada penduduk-penduduk negeri Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan apabila banyak kawasan dinaiki air dan banjir kilat melanda. Sangat meruntun jiwa tengok keadaan di negeri-negeri yang terjejas. Rosak rumah dan jalan raya. Dalam keadaan pandemic Covid19 yang belum reda, pergerakan jadi terbatas banyak faktor kena fikir sebelum buat keputusan. Syukur sangat tengok ramai yang menghulurkan bantuan dan sumbangan. Banyak agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta individu tertentu yang turun padang. Kalau aku ada kudrat dan kuasa memang ada keinginan nak pergi bantu jadi aku cari solution.. apa yang aku boleh buat dari jauh untuk kurangkan beban mangsa-mangsa banjir disana.

SUMBANGAN KHAS UNTUK WANITA-WANITA MANGSA BANJIR

I came across satu post di account Instagram Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis ( WOMEN:girls ) yang meminta sumbangan khas untuk wanita-wanita yang menjadi mangsa banjir. Antara barang-barang yang diperlukan adalah tuala mandi, pakaian dalam, sanitary pads, sarung bantal, socks dan beberapa items lagi related to women. Tak perlu ke lokasi banjir, kita hantar barang-barang ke pusat pengumpulan nanti diorang yang hantar kesana. Bila fikir balik, selain dari makanan memamgn benda-benda yang diminta sangat penting untuk wanita. Terpanggil rasa nak derma tapi aku tak ada duit beribu berjuta. Aku up di Instagram minta sumbangan dari kawan-kawan lain yang berminat untuk sama-sama menyumbang. Aku guna duit terkumpul beli barang-barang baru untuk didermakan. Boleh saja nak derma barangan terpakai, tapi aku prefer beli baru. Alhamdulillah.. dalam masa dua hari aku dapat kumpul RM2000.00 - jumlah yang diamanahkan untuk aku beli barang-barang yang diperlukan !! Aku kongsikan di sini sebagai kenangan kerjasama semua pihak yang menyumbang. Teringat zaman belajar di universiti bila aku dan kawan-kawan agak aktif bergiat dalam kokurikulum berkaitan CSR. Seronok.. Mudah-mudahan ada bahagian kita disana kelak dengan bantuan-bantuan yang kita hulurkan.

Aku hanya focus pada sanitary pads, underwares, towels dan cleaning supplies.

Borong sanitary pads dan tuala mandi.

Ngam ngam boot kereta ihik.. Alhamdulillah dapat 40 packs.

Cleaning supplies untuk lokasi pasca banjir.
Borong di Tesco - kebetulan ada discount lagi banyak boleh dapat.

Ready to go !! Ayuh..

Di lokasi pusat pengumpulan. Ramai yang datang menderma..
Pemurah sangat hati rakyat Malaysia..

UNTUNG ORANG ISLAM YANG KAYA DAN PEMURAH

Alhamdulillah selesai hantar barang-barang yang dibeli untuk diagihkan. Semoga mudah urusan pihak NGO untuk edarkan dan agihkan kepada mereka yang memerlukan. Seronok buat kerja-kerja amal macam ni akan timbul sejenis perasaan yang tak boleh digambarkan. Beruntung bagi mereka (Muslims) yang dikurniakan rezeki melimpah ruah ada wang yang banyak dan diinfakkan pada jalan yang benar. Lagi-lagi pada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin dan anak-anak yatim. Beri sumbangan pada sekolah-sekolah tahfiz pun sangat digalakkan.. Taja mereka yang membaca ayat-ayat suci Al-Quran pastinya ada habuan untuk kita. Bila Allah SWT soal disana, kemana hartamu dibelanjakan - moga ada bahagian kita boleh jawab didermakan diinfakkan dan macam-macam lagi. Tengok Ustaz Ebit Lew sudah.. rezeki banyak boleh dikongsi dengan ramai orang. Sedikit pun tak berkira duit dibelanjakan macam air untuk tolong orang.. Subhanallah !! Seronok dan sebab itulah orang-orang Islam kena kaya, supaya foundation kita kuat untuk tolong satu sama lain. Makin dikongsi makin banyak rezeki sebab janji Allah SWT itu pasti, sedekah adalah salah satu pintu rezeki. Kita yang tak ada duit banyak macam Ustaz Ebit Lew macam mana ? Haaa.. Bersedekahlah mengikut kemampuan. Jangan sampai menzalimi diri sendiri, lain pula hukumnya. Janji sedekah tak kira nilai kecil atau besar semua diambil kira disisiNya. Hanya Allah SWT yang tahu niat hati kita.

Alone we can do so little..
Together we can do so much..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Aiskrim Baru Nestle KitKat Gold Yang Sedap Kini Dipasaran

Nestle telah mengeluarkan Nestle KitKat Gold versi aiskrim yang baru di pasaran seiring dengan sambutan hangat Nestle KitKat Gold fingers yang diperkenalkan tahun lepas. Sebelum ini aku dah kongsikan dengan korang tentang Aiskrim Nestle KitKat Dan Oreo, kali ini nak cerita tentang aiskrim baru Nestle KitKat Gold. Berharga hanya RM4.50 dan boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual aiskrim Nestle especially di 7Eleven, Family Mart dan Petronas. Tak terlalu mahal berbanding harga aiskrim premium mahal yang lain. Mampu milik. Makan sesekali bukan hari-hari. Aku selalu akan terjah Petronas dulu kalau tak jumpa baru cari di tempat lain.. Design packaging sama dengan aiskrim KitKat biasa hanya warna berbeza tapi masih sleek memberi vibe aiskrim mewah dan cantik. Isk.. jatuh cinta teruk !!

RASA AISKRIM PENUH KRIM DAN SALUTAN LUAR YANG RANGUP

Ya !! Berbanding Aiskrim KitKat biasa yang menggunakan aiskrim perisa vanilla, KitKat Gold pula menggunakan aiskrim perisa gabungan wafer KitKat dan white chocolate. No wonder rasa penuh krim dan smooth. Macam makan butter pun ada sebab tak terlalu manis just nice. The best is yet to come guys.. The best part and the winner is the coating - lapisan luar yang sumpah rangup gila dan sedap !! Dengan cebisan caramel keemasan yang sedap memang a perfect combo bila bergabung dengan aiskrim. Bagi aku.. siapa yang cipta recipe ni sangat genius.

Aku tak dibayar untuk tulis sebegini..
Aku memang hantu KitKat !! Lagi pun.. memang sedap.


The packaging is sooo pretty !!

Macam yang korang sedia maklum, aku memang hantu KitKat - semua jenis KitKat aku suka jadi semestinya aku akan berusaha sehabis baik nak cari aiskrim ni bila tahu Nestle dah keluarkan range yang baru. Beberapa hari sebelum PKP bermula lagi aku dah meronda dari saut Petronas ke Petronas yang lain menjenguk ke peti aiskrim tapi sayangnya belum rezeki. Setelah puas mencari jumpa juga akhirnya tapi hanya tinggal satu saja dalam peti. Nampak sangat tengah viral dan menjadi rebutan ramai orang. Barang baik memang laku keras..

Cepat korang dapatkan di pasaran dan rasa..
Insyallah tak menyesal dan kecewa.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

 Siapa ada penyakit macam ni angkat tangan please !!
Hampa setuju kan ? Selagi tak beli selagi tu dok terkenang..

Lotus Biscoff sebenarnya dah bertahun-tahun ada dalam pasaran tapi lately makin meningkat kegilaan dan demand terhadap Lotus Biscoff. Kalau dulu semua benda nak letak cheese, sekarang nak letak Lotus Biscoff pula. Nestle KitKat pun tak mahu lepaskan peluang untuk bergabung dengan Lotus Biscoff dan keluarkan KitKat Lotus Biscoff Limited Edition yang baru dipasaran. Mula dijual di Dubai  dan beberapa negara di Europe dan tak ada news kata dah masuk pasaran Malaysia. Mungkin sebab itu kita tak jumpa terjual di kedai-kedai negara kita.. Ini aku jumpa di Shopee dan kalau tak silap memang tak ada jual di pasaran kita. Korang kalau berminat pergi click saja senang Shopee dan tak payah pening nak cari beli dimana. Tunggu saja sampai depan rumah.. Sepeket Nestle KitKat with Lotus Biscoff ni ada 7 biji mini chunky KitKat aku beli dengan harga RM23.90 dari kedai Cocoa Valley (antara kedai chocolates favourite aku di Shopee). Mungkin sebab hanya dijual di luar negara, harga mahal sikit. KitKat Lotus Biscoff dijual dalam size Chunky bukan size jejari KitKat Fingers.


Bawah lapisan coklat terus ada Lotus Biscoff.

RASA COKLAT KITKAT DAN LOTUS BISCOFF YANG SEDAP

Kalau korang antara pembaca setia blog aku, for sure korang dah tahu aku memang hantu KitKat dan tak pernah aku kata KitKat tak sedap. Semua KitKat sedap di tekak aku termasuklah KitKat Lotus Biscoff yang baruuu ini.. Sumpah sedap gilaaa !! Lapisan Lotus Biscoff pun banyak antara layers KitKat wafers. Tak crumbly berderai just nice terletak elok in between the layers. Tak manis sangat ngam dengan rasa coklat KitKat yang biasa. Laju habis 7 biji tak tunggu lama. Untuk harga yang agak mahal aku beli sepeket KitKat Lotus Biscoff, aku tak rasa menyesal.

Sedap !!
Cepat pergi beli juga especially bagi peminat KitKat..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
01 January 2021 (Jumaat)

Aktiviti pertama di tahun baru 2021 - kami pergi memancing di Kolam Pancing RM3 Jugra. Hanya satu jam memandu dari Bangi untuk ke Banting ikut SKVE. MamiZ sangat suka memancing tapi sayang anaknya tak ada minat yang sama. Lama MamiZ sebut nak pergi memancing tapi asyik tak jadi. Entah macam mana aku teringat satu gambar yang dikongsikan oleh seorang teman di Instagram tentang Kolam Pancing RM3 Jugra - nampak kemas dan menarik. Terus tanya kawan extra info dan research sikit tengok posts di Facebook Page Kolam Pancing RM3 Jugra. Aku call tanya tentang umpan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. - ada tandas, cafe dan surau. Perkhidmatan siang ikan pun ada.. First time nak pergi tak tahu rupa tempat macam mana jadi tanya dulu untuk kepastian. Ramai bagi feedback yang positive jadi aku terus bagitahu MamiZ. Excited sangat mak akuuu nak pergi memancing siap check joran check tali dan tools lain yang diperlukan. Aku tak teruja sangat sebab tak minat tapi nak teman duduk tunggu dua tiga jam okay saja boleh sangat. Kalau bosan aku plan nak tidur dalam kereta. Hihihi..

Kolam Pancing RM3 Jugra beroperasi seawal 08:00AM sampai pukul 07:00PM setiap hari Isnin - Ahad. Selepas pukul 07:00PM pun buka juga tapi bayaran harga lain pula. Pukul 07:30AM kami gerak, singgah beli sarapan buat bekal di kolam pancing dan lebih kurang pukul 09:00AM sampai. Peeergh !! Dah ramai orang.. Ingatkan kami antara yang dah awal rupanya ramai lagi cepat sampai. Cuaca mendung kelam matahari segan nak keluar. Nyaman memancing suhu sejuk.



KOLAM PANCING RM3 JUGRA

Kenapa nama tempat ni Kolam Pancing RM3 ? Kenapa RM3 ? Murah sangat ni.. Memang murah dan sangat berbaloi. Selalu aku jumpa kolam pancing charge bayaran ikut jam tapi di Kolam Pancing RM3 Jugra ni.. kita bayar harga RM3 untuk setiap batang joran yang kita bawa. Umpan udang hidup dan ikan juga disediakan kalau tak sempat nak cari umpan sendiri. Yang lagi aku suka, ikan-ikan di Kolam Pancing RM3 Jugra semuanya ikan air masin seperti Siakap, Kaci (Siakap Merah), Jenahak dan Kerapu. Walaupun MamiZ suka memancing, kalau dapat ikan air tawar atau ikan sungai bukan makan pun.. Jadi elok pergi pancing ikan air masin atau ikan air laut. Baru puas hati dapat ikan dan boleh makan.

Lapor diri check suhu bayar harga joran dan beli umpan.

Tak cukup cash ? Online transfer pun boleh..

Jenis-jenis ikan yang available dan harga per kilo.. Siakap paling murah.

Cuaca tenang di pagi hari 01 January 2021. Pagi tahun baru..

Pukul 09:00AM manusia dah ramai..

MamiZ dan AbangR (sepupu) sedang get ready. Ni kolam ikan Kaci..

Brother baju biru tu dah dua ekor Kaci dia dapat.. Rezeki.

Setia menunggu umpan dimakan ikan..

Semestinya hanya berpura-pura saja memancing demi gambar..
Gaya kena ada..

TIADA REZEKI DI HARI PERTAMA TAHUN BARU 2021

Empat jam menunggu seekor ikan pun tak makan umpan yang MamiZ dan AbangR letak. Selepas dua jam aku surrender menunggu, memang duduk dalam kereta dengar lagu dan tidur. Bukan aku seorang yang tidur dalam kereta, ramai lagi isteri-isteri brothers yang memancing tunggu dalam kereta juga. Bosan sangat - joran pun ada dua saja. Habis aku interview brothers yang semua dapat ikan sambil tunggu MamiZ dan AbangR pula dapat. Itulah namanya rezeki adalah percaturan Allah SWT. Kalau Dia kata tak dapat.. Maka tak dapatlah ikan. Berlalu pulang dengan perasaan hampa tapi sebenarnya dapat banyak ilmu daripada pemancing-pemancing lain disana. Diorang ajar tips dan tricks untuk tackle ikan-ikan air masin. Ikut hati MamiZ memang nak tunggu sampai petang aku rasa.. tapi kami kena balik sebab nak tolong uruskan hal-hal majlis pernikahan sepupu aku esok harinya. Kami lari sekejap pergi memancing janji tengah hari akan balik rumah.

MamiZ tak puas hati balik dengan tangan kosong..
Katanya nak pergi lagi tapi tak sangka 'pergi lagi' tu adalah dua hari berikutnya..

TUKAR TALI JORAN DAN MATA KAIL BARU

Brothers yang ajar few tips dan tricks tu suruh tukar dari tali tangsi ke tali benang yang lebih kuat. Tali tangsi katanya cepat putus dan ikan-ikan air masin selalunya ganas jadi tak sesuai. Saiz mata kail pun kecil jadi kena tukar yang besar sikit.. Lepas majlis pernikahan dan kenduri belah pengantin perempuan, terus terjah kedai joran dan tukar apa patut. Aku cakap kat MamiZ, kalau nak aku teman lagi belikan aku joran sebatang walaupun aku tak reti memancing. Aku nak juga memancing kalau tak memang aku rasa nak mogok kebosanan. Tak perlu beli baru pun sebab ada banyak joran arwah Atok dalam store cuma kena baiki sikit touch up bagi feeling baru. All ready and set to go..

03 January 2021 (Ahad)

Trip kedua ke Kolam Pancing RM3 Jugra. Semangat kami berempat - kali ni pergi dengan orang lain pula (Aku, MamiZ, AcikB dan AbangH) pukul 08:30AM dah terpacak disana. Hujan renyai tak dihiraukan sebab matlamat kami jelas dan focus nak memancing. Gituuu.. Jangan risau kalau hujan pun sebab ada banyak pondok kecil dibina sesuai nak berteduh.

Jomlah kita pergi memancing..

Ikan Bulan !! My first ikan ever in history. Panic gila bila umpan mengena. First time memancing nak tarik ikan naik pun tak reti. Kelam kabut MamiZ tolong..

Kaci pertama dalam sejarah hidup. Tergeliat bahu sengal lepas bertarung nak tarik ikan naik atas. Masih terkial-kial nak handle joran.. Syukur tak terlepas.

Alhamdulillah !! Pengalaman pertama memancing yang manis.

AcikB pula dapat seekor lagi Kaci.

Kaci ketiga.. AbangH pula dapat.

Pindah ke kolam ikan siakap. Alhamdulillah rezeki dapat seekor siakap..

DAPAT IKAN BARU TIMBANG DAN BAYAR

Konsep ini pun aku suka - Dapat ikan baru timbang dan bayar ikut harga yang ditetapkan tapi kalau tak dapat tak adalah terkilan sangat sebab bayar pun RM3 kan.. Dah dapat ikan tak boleh lepaskan semula wajib ambil. Jadi kena decide betul-betul ikan apa yang kita nak pancing. Antara semua jenis ikan yang ada disana, aku paling suka Jenahak. Kalau dapat seekor pun jadilah dah puas hati tapi lama tunggu tak dapat juga. Sudahlah tu.. nanti kita cuba lagi. Sekilo ikan Kaci berharga RM35.00 dan RM17.00 untuk sekilo Siakap. Total untuk tiga ekor ikan Kaci dan seekor ikan Siakap adalah RM105.00 sekali dengan harga tolong bersihkan dan siang. Bagi aku harga sangat berbaloi dan murah. Plus, semua sangat fresh baru lepas dipancing. Ikan Bulan yang aku dapat adalah percuma, tak termasuk dalam senarai yang perlu ditimbang. Alhamdulillah rezeki !! Sebenarnya tak tahu pun ada wujud ikan Bulan.. Tibai sajalah..



Senyum sampai telinga masing-masing dengan hasil tangkapan. Untuk aku yang first time memancing, aku admit memancing rupanya sangat seronok !! Selama ni aku yang tak nak cuba jadi aku rasa memancing itu bosan. Dah happy teruja rasa excited perasaan dapat ikan, aku pula tak sabar nak tunggu our next trip pula. MamiZ masih tak puas hati sebab tak dapat ikan.. Belum ada rezeki nanti insyallah kita pergi lagi yaaa.. Sekarang ni masih belum selamat nak berjalan sakan jadi segala aktiviti agak terhad. Pergi mana-mana pun jangan lupa ikut SOP dan peraturan-peraturan yang dah ditetapkan oleh kerajaan. Jaga diri semua..

Apa aktiviti pertama korang di tahun baru ?
Meh share sikit..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.