Seronok Memancing Ikan Di Kolam Pancing RM3 Jugra | SITI.YANG.MENAIP

Seronok Memancing Ikan Di Kolam Pancing RM3 Jugra

/
56 Comments
January 08, 2021
01 January 2021 (Jumaat)

Aktiviti pertama di tahun baru 2021 - kami pergi memancing di Kolam Pancing RM3 Jugra. Hanya satu jam memandu dari Bangi untuk ke Banting ikut SKVE. MamiZ sangat suka memancing tapi sayang anaknya tak ada minat yang sama. Lama MamiZ sebut nak pergi memancing tapi asyik tak jadi. Entah macam mana aku teringat satu gambar yang dikongsikan oleh seorang teman di Instagram tentang Kolam Pancing RM3 Jugra - nampak kemas dan menarik. Terus tanya kawan extra info dan research sikit tengok posts di Facebook Page Kolam Pancing RM3 Jugra. Aku call tanya tentang umpan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. - ada tandas, cafe dan surau. Perkhidmatan siang ikan pun ada.. First time nak pergi tak tahu rupa tempat macam mana jadi tanya dulu untuk kepastian. Ramai bagi feedback yang positive jadi aku terus bagitahu MamiZ. Excited sangat mak akuuu nak pergi memancing siap check joran check tali dan tools lain yang diperlukan. Aku tak teruja sangat sebab tak minat tapi nak teman duduk tunggu dua tiga jam okay saja boleh sangat. Kalau bosan aku plan nak tidur dalam kereta. Hihihi..

Kolam Pancing RM3 Jugra beroperasi seawal 08:00AM sampai pukul 07:00PM setiap hari Isnin - Ahad. Selepas pukul 07:00PM pun buka juga tapi bayaran harga lain pula. Pukul 07:30AM kami gerak, singgah beli sarapan buat bekal di kolam pancing dan lebih kurang pukul 09:00AM sampai. Peeergh !! Dah ramai orang.. Ingatkan kami antara yang dah awal rupanya ramai lagi cepat sampai. Cuaca mendung kelam matahari segan nak keluar. Nyaman memancing suhu sejuk.



KOLAM PANCING RM3 JUGRA

Kenapa nama tempat ni Kolam Pancing RM3 ? Kenapa RM3 ? Murah sangat ni.. Memang murah dan sangat berbaloi. Selalu aku jumpa kolam pancing charge bayaran ikut jam tapi di Kolam Pancing RM3 Jugra ni.. kita bayar harga RM3 untuk setiap batang joran yang kita bawa. Umpan udang hidup dan ikan juga disediakan kalau tak sempat nak cari umpan sendiri. Yang lagi aku suka, ikan-ikan di Kolam Pancing RM3 Jugra semuanya ikan air masin seperti Siakap, Kaci (Siakap Merah), Jenahak dan Kerapu. Walaupun MamiZ suka memancing, kalau dapat ikan air tawar atau ikan sungai bukan makan pun.. Jadi elok pergi pancing ikan air masin atau ikan air laut. Baru puas hati dapat ikan dan boleh makan.

Lapor diri check suhu bayar harga joran dan beli umpan.

Tak cukup cash ? Online transfer pun boleh..

Jenis-jenis ikan yang available dan harga per kilo.. Siakap paling murah.

Cuaca tenang di pagi hari 01 January 2021. Pagi tahun baru..

Pukul 09:00AM manusia dah ramai..

MamiZ dan AbangR (sepupu) sedang get ready. Ni kolam ikan Kaci..

Brother baju biru tu dah dua ekor Kaci dia dapat.. Rezeki.

Setia menunggu umpan dimakan ikan..

Semestinya hanya berpura-pura saja memancing demi gambar..
Gaya kena ada..

TIADA REZEKI DI HARI PERTAMA TAHUN BARU 2021

Empat jam menunggu seekor ikan pun tak makan umpan yang MamiZ dan AbangR letak. Selepas dua jam aku surrender menunggu, memang duduk dalam kereta dengar lagu dan tidur. Bukan aku seorang yang tidur dalam kereta, ramai lagi isteri-isteri brothers yang memancing tunggu dalam kereta juga. Bosan sangat - joran pun ada dua saja. Habis aku interview brothers yang semua dapat ikan sambil tunggu MamiZ dan AbangR pula dapat. Itulah namanya rezeki adalah percaturan Allah SWT. Kalau Dia kata tak dapat.. Maka tak dapatlah ikan. Berlalu pulang dengan perasaan hampa tapi sebenarnya dapat banyak ilmu daripada pemancing-pemancing lain disana. Diorang ajar tips dan tricks untuk tackle ikan-ikan air masin. Ikut hati MamiZ memang nak tunggu sampai petang aku rasa.. tapi kami kena balik sebab nak tolong uruskan hal-hal majlis pernikahan sepupu aku esok harinya. Kami lari sekejap pergi memancing janji tengah hari akan balik rumah.

MamiZ tak puas hati balik dengan tangan kosong..
Katanya nak pergi lagi tapi tak sangka 'pergi lagi' tu adalah dua hari berikutnya..

TUKAR TALI JORAN DAN MATA KAIL BARU

Brothers yang ajar few tips dan tricks tu suruh tukar dari tali tangsi ke tali benang yang lebih kuat. Tali tangsi katanya cepat putus dan ikan-ikan air masin selalunya ganas jadi tak sesuai. Saiz mata kail pun kecil jadi kena tukar yang besar sikit.. Lepas majlis pernikahan dan kenduri belah pengantin perempuan, terus terjah kedai joran dan tukar apa patut. Aku cakap kat MamiZ, kalau nak aku teman lagi belikan aku joran sebatang walaupun aku tak reti memancing. Aku nak juga memancing kalau tak memang aku rasa nak mogok kebosanan. Tak perlu beli baru pun sebab ada banyak joran arwah Atok dalam store cuma kena baiki sikit touch up bagi feeling baru. All ready and set to go..

03 January 2021 (Ahad)

Trip kedua ke Kolam Pancing RM3 Jugra. Semangat kami berempat - kali ni pergi dengan orang lain pula (Aku, MamiZ, AcikB dan AbangH) pukul 08:30AM dah terpacak disana. Hujan renyai tak dihiraukan sebab matlamat kami jelas dan focus nak memancing. Gituuu.. Jangan risau kalau hujan pun sebab ada banyak pondok kecil dibina sesuai nak berteduh.

Jomlah kita pergi memancing..

Ikan Bulan !! My first ikan ever in history. Panic gila bila umpan mengena. First time memancing nak tarik ikan naik pun tak reti. Kelam kabut MamiZ tolong..

Kaci pertama dalam sejarah hidup. Tergeliat bahu sengal lepas bertarung nak tarik ikan naik atas. Masih terkial-kial nak handle joran.. Syukur tak terlepas.

Alhamdulillah !! Pengalaman pertama memancing yang manis.

AcikB pula dapat seekor lagi Kaci.

Kaci ketiga.. AbangH pula dapat.

Pindah ke kolam ikan siakap. Alhamdulillah rezeki dapat seekor siakap..

DAPAT IKAN BARU TIMBANG DAN BAYAR

Konsep ini pun aku suka - Dapat ikan baru timbang dan bayar ikut harga yang ditetapkan tapi kalau tak dapat tak adalah terkilan sangat sebab bayar pun RM3 kan.. Dah dapat ikan tak boleh lepaskan semula wajib ambil. Jadi kena decide betul-betul ikan apa yang kita nak pancing. Antara semua jenis ikan yang ada disana, aku paling suka Jenahak. Kalau dapat seekor pun jadilah dah puas hati tapi lama tunggu tak dapat juga. Sudahlah tu.. nanti kita cuba lagi. Sekilo ikan Kaci berharga RM35.00 dan RM17.00 untuk sekilo Siakap. Total untuk tiga ekor ikan Kaci dan seekor ikan Siakap adalah RM105.00 sekali dengan harga tolong bersihkan dan siang. Bagi aku harga sangat berbaloi dan murah. Plus, semua sangat fresh baru lepas dipancing. Ikan Bulan yang aku dapat adalah percuma, tak termasuk dalam senarai yang perlu ditimbang. Alhamdulillah rezeki !! Sebenarnya tak tahu pun ada wujud ikan Bulan.. Tibai sajalah..



Senyum sampai telinga masing-masing dengan hasil tangkapan. Untuk aku yang first time memancing, aku admit memancing rupanya sangat seronok !! Selama ni aku yang tak nak cuba jadi aku rasa memancing itu bosan. Dah happy teruja rasa excited perasaan dapat ikan, aku pula tak sabar nak tunggu our next trip pula. MamiZ masih tak puas hati sebab tak dapat ikan.. Belum ada rezeki nanti insyallah kita pergi lagi yaaa.. Sekarang ni masih belum selamat nak berjalan sakan jadi segala aktiviti agak terhad. Pergi mana-mana pun jangan lupa ikut SOP dan peraturan-peraturan yang dah ditetapkan oleh kerajaan. Jaga diri semua..

Apa aktiviti pertama korang di tahun baru ?
Meh share sikit..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

56 comments:

  1. wah seronoknya pertama kali memancing terus dapat ikan. Akak pulak senang je memancing kat pasar gerenti dapat ikan....hehehehe dah sah le tak minat dan bosan menunggu lama. Memang melanguk le kalau cam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi itula saya selalu cakap kat mak.. pancing kat pasar sajalah tapi katanya perasaan tu lain bila dapat ikan pancing seendiri. memang bosan sebab kita tak minat kan.. itu yang saya mintak joran sebijik.. lepas tu layan tengok youtube sambil tunggu ikan..

      Delete
  2. best tgk gambar... husband sy pun suka memancing skrg suka bwk si abg tp xdelah pro sgt mancing suka2 je dpt udang kecil.. hihihi... sy so far x penah ikut... prefer dok umh layan netflix je cuti thn baru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya ada chance untuk tak ikut.. saya memang tak akan ikut. hahaha.. tapi sebab kena teman mak.. kenala ikut juga. kalau ada cousin lain pergi okay tak apa mak pergi ikut diorang. best jugak tu udang.. kalau dapat banyak puas hati tu..

      Delete
  3. seronok tu bawa pulang hasil mancing...husband suka juga mancing..kdg2 bawa blk ikan beso sgt rasa mcm takut nk mkn hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan.. scary juga tengok ikan2 bsar ni. seronok
      bila dapat tapi seramm.. nasib diorang tolong siang..

      Delete
  4. Wah first time tengok wanita yg memancing. Kagumnya! hehe.. best dpt ikan plak tu. Nak wallet free? Jemput join GA saya http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai sebenarnya prempuan yang kaki pancing..
      kat kolam tu pun ramai juga ladies.. makcik2 pun ada..

      Delete
  5. Rajin nya siti gi mancing.. tu lama nk update ye hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ada juga up entry sikit2.. curik2 cari masa..
      ikutkan tak rajin tapi teman mak pergi dia suka mancing..

      Delete
  6. yaya pernah singgh sini..rasanya la..hari tu..tp cuma lalu singgh benti jap je la..org tukang bwa tu nk tgok tmpt..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dah tinjau2 tempat tu nanti boleh pi mancing..
      seronok juga dan kawasan bersih kemas tu penting..

      Delete
  7. Hehe orang yang minat memancing tidak dapat ikan. Siti orang baru terus dapat ikan.
    Baguslah bro itu tidak kedekut ilmu beri tips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulaaa buat jadi excited pula sebab dapat kan.. mak kata bagus nanti boleh teman dia lagi sebab da rasa seronok memancing..

      Delete
  8. Well done Siti 👍
    Boleh jadi hobi baru ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya macam dah jadi hobi juga ni.. tapi hobi yang
      sesekali okayla takleh selalu. saya cepat bosan..

      Delete
  9. bak kata omputih, beginner's luck. First time mancing dah dapat ikan. Tu yang makcik geram tu. Hehehe. Amboi, dah seronok ye. Akak pun tak minat mancing ni. Ayah akak ye kaki pancing zaman muda dulu. Harga murah dan berbaloi jugak. Seronok la makan ikan fresh, dah siap siang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomlah KakSal bebila kita lepak kolam ni.. mana tahuuu dari tak minat jadi terminat kan macam saya ni.. sesekali okayla selalu tu tak kot cepat bosan. ehe mak memang geram dia dua kali pergi tak dapat ikan..

      Delete
  10. uiiii seronoknyaaaa... ni ryg rs nk trn mancing jugaaaaa tp apakan daya skrg kena self quarantine waaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. skarang ni dah PKP balik.. terhad aktiviti kita..
      bercucuk tanam depan rumah lah nampak gayanya..

      Delete
  11. Seronok memancing. murah juga fee dia. Tak pernah memancing kat kolam. Pernah dulu kecik kecik ikut ayah dan abang memancing ikan kat sungai. Seronok lain macam dapat ikan walaupun ikan kecik. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. bila dapat ikan tu excited kemain padahal nak angkat ikan pun tak reti. jakun gilaa rasa bila dapat ikan tu seloroh..

      Delete
    2. feel tu yang mahal tu. baru faham macamana perasaan orang suka mancing ni, kan? :)

      Delete
    3. betul.. Allah izin rezeki umpan mengena tu sbb nak kasi feeling tu la. lepas ni boleh teman mak lagi tanpa merungut hehe..

      Delete
  12. Staedy mummy.. kali ketiga mesti dapat punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah mudah2an.. mak dah adjust2 tu nak pergi lagi tapi kena PKP pula. tunggu dah reda tu kita pi attack lagii..

      Delete
  13. wow hebat siti besar ikan yg dipancing

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tergeliat bahu nak tarik ikan tu naik..
      saya dahla tak reti. seksa juga dua hari lenguh2..

      Delete
  14. Besar jugak ikan yang awak dapat tue, Alhamdulillah.. Akak tak minat sangat nak memancing sebab bukan jenis penyabar, hahaha... Penah ikut sekali dengan ex-husband, tak sampai setgah jam, ajak dia balik sebab bosan menunggu...hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal kita prempuan tak minat sangat.. tapi kat kolam tu ramai juga ladies yang ikut pancing sekali. ikut suami n ada yang sekeluarga. saya jenis tak sabar jugak hahaha.. saya senang je baik pancing kat pasar hahaha..

      Delete
  15. Wah steady la, walaupun blm ada pengalaman boleh juga dpt ikan ye, best pula tengok org memancing dpt hasil ni. Saya masa budak2 dulu adalah pi mancing kt sungai, tu pun pakai joran batang kayu je.,hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. mak kata bagus dapat so saya rasa seronok nanti saya boleh pergi lagi teman dia haha.. oklah aktiviti sihat cuma penat tunggu..

      Delete
  16. bestnya dapat memancing sebelum PKP :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe awal pagi tahun baru dah terjah lelaju..
      bosan dah duduk rumah..

      Delete
  17. wahhh tak sangka sis berbakat memancing hehe

    ReplyDelete
  18. Murahnya RM3! Ikan besar pulak tu dapat. Akak pi first and last dulu RM10, dahla tak dapat ikan..pastu insaf tanak pi dah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM3 untuk joran saja.. kalau dapat ikan kena timbang tuuu takut juga tengok harga hehehe.. yaaa pernah teman mak kat kolam mahal ikan tak dapat pun. kami pun tak pergi situ dah sebab bayar ikut jam..

      Delete
  19. Waa..seronok laa kalo cmni. Patut la laki Sisyat suka p mancing. Nanti nak ajak die p sini la. Bw anak2 sma..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe orang lelaki depa sangat penyabar tunggu.. kita ni duduk skejap rasa tak sabar dah dok pi kacau2 joran tu. best juga kalau sekeluarga p.. aktiviti sehat ni..

      Delete
  20. Wah! mesti excitedkan bila memancing tu dapat.
    Baharu tahu ada ikan Kaci dah masak ke masak apa sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa cakap Kaci tu masak asam pedas sedap sbb dia ada minyak nanti keluar bila kita masak buat lauk jadi extra ngamhoo..

      Delete
  21. Tak cuba tak tahu kan Siti.. Bila dah cuba terus jatuh cina.. ye tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itula selama ni monyok kalau kena teman..
      now kita pun dah boleh pancing sekali..

      Delete
  22. Memang rezeki betul tu, pertama kali memancing terus dapat ikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak jadi punca lepas ni minat memancing.. mak happy je..
      dia dok aim dah nanti nak pi lagi..

      Delete
  23. Saat yang paling indah bila umpan mengena!
    Rasakan betapa seronoknya menarik pancing bawa ikan naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. saya dahla first time terjerit2 kat kolam tu..
      malu pulak bila fikir balik hahaha..

      Delete
  24. seronoknya memancing. feeling tu bila umpan mengena perghhh gila best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe festime rasa happy memancing..
      bila nak rentap naik tu perrghhh layan..

      Delete
  25. alhamdulillah rezeki.. ikan best tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tapi tak pernah makan Kaci dan Bulan..
      festime hehe..

      Delete
  26. Wah hebat.. besar gak.ikan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe besar ikan tu puas hati bila dapat..

      Delete
  27. Wah bestnya Siti pergi memancing. KSarie teringin nak bawa budak-budak cuba aktiviti memancing ini. Boleh la pertimbangkan kolam memancing ni nanti sebab tak beberapa jauh dari rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe budak2 lelaki mesti suka aktiviti cemni kak.. lagipun saya rasa ni aktiviti sihat yang budak2 boleh buat isi masa lapang. cubala nanti bawa anak2 akak..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.