Aiskrim Baru Nestle KitKat Gold Yang Sedap Kini Dipasaran | SITI.YANG.MENAIP

Aiskrim Baru Nestle KitKat Gold Yang Sedap Kini Dipasaran

/
46 Comments
January 20, 2021

Aiskrim Baru Nestle KitKat Gold Yang Sedap Kini Dipasaran

Nestle telah mengeluarkan Nestle KitKat Gold versi aiskrim yang baru di pasaran seiring dengan sambutan hangat Nestle KitKat Gold fingers yang diperkenalkan tahun lepas. Sebelum ini aku dah kongsikan dengan korang tentang Aiskrim Nestle KitKat Dan Oreo, kali ini nak cerita tentang aiskrim baru Nestle KitKat Gold. Berharga hanya RM4.50 dan boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual aiskrim Nestle especially di 7Eleven, Family Mart dan Petronas. Tak terlalu mahal berbanding harga aiskrim premium mahal yang lain. Mampu milik. Makan sesekali bukan hari-hari. Aku selalu akan terjah Petronas dulu kalau tak jumpa baru cari di tempat lain.. Design packaging sama dengan aiskrim KitKat biasa hanya warna berbeza tapi masih sleek memberi vibe aiskrim mewah dan cantik. Isk.. jatuh cinta teruk !!

RASA AISKRIM PENUH KRIM DAN SALUTAN LUAR YANG RANGUP

Ya !! Berbanding Aiskrim KitKat biasa yang menggunakan aiskrim perisa vanilla, KitKat Gold pula menggunakan aiskrim perisa gabungan wafer KitKat dan white chocolate. No wonder rasa penuh krim dan smooth. Macam makan butter pun ada sebab tak terlalu manis just nice. The best is yet to come guys.. The best part and the winner is the coating - lapisan luar yang sumpah rangup gila dan sedap !! Dengan cebisan caramel keemasan yang sedap memang a perfect combo bila bergabung dengan aiskrim. Bagi aku.. siapa yang cipta recipe ni sangat genius.

Aku tak dibayar untuk tulis sebegini..
Aku memang hantu KitKat !! Lagi pun.. memang sedap.


The packaging is sooo pretty !!

Macam yang korang sedia maklum, aku memang hantu KitKat - semua jenis KitKat aku suka jadi semestinya aku akan berusaha sehabis baik nak cari aiskrim ni bila tahu Nestle dah keluarkan range yang baru. Beberapa hari sebelum PKP bermula lagi aku dah meronda dari saut Petronas ke Petronas yang lain menjenguk ke peti aiskrim tapi sayangnya belum rezeki. Setelah puas mencari jumpa juga akhirnya tapi hanya tinggal satu saja dalam peti. Nampak sangat tengah viral dan menjadi rebutan ramai orang. Barang baik memang laku keras..

Cepat korang dapatkan di pasaran dan rasa..
Insyallah tak menyesal dan kecewa.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

46 comments:

  1. nampak sedap ni. boleh cuba ni :)

    ReplyDelete
  2. Aduhaiiiiiii sungguh mengoda perasaan sungguh Adik manis ni. kena carik ni mana leh tahan hehehehe

    ReplyDelete
  3. makan musim musim pkp dan panas...tambah pula perisa kit kat...memang berehat sebentar la jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe berehat la sebentar dari semua kekalutan PKP ni..
      we deserve a break.. eat KitKat..

      Delete
  4. uishh nak kena cuba jugak ni!

    ReplyDelete
  5. yg aiksrim kitkat biasa pn tk pernh try lg..ni ada yg gold plak..nmpk menarik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa yang tu sedap jugak tu.. dedua la sedap..
      ini sebab baru lebih excited rasa nak mencuba..

      Delete
  6. ramai yang kata sedap... terliur menengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapp.. just nice combination rasa eskrim tu..

      Delete
  7. Lama CH tak mkn ais krim, tengok menarik aiskrim KitKat gold ni siti 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi inila masanya nak makan eskrim..
      sesekali kan apa salahnya..

      Delete
  8. fuh rupa paras dia tempting betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilaaa namanya dari mata turun ke hati..
      sedappp..

      Delete
  9. Siti boleh jadi duta KitKat.
    Gabungan lemak, tekstur rangup, masin dan manis kesimpulan akak boleh buat untuk aiskrim ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bilala diorang nk amek saya jadi duta KitKat ni..
      dok promote freee jaaa hehe..

      Delete
  10. Replies
    1. bhahaha makan sensorang ja.. dah
      habis pun..

      Delete
  11. Samalah... hantu kitkat juga hehehehee.
    Harap dapatlah merasa juga aiskrim baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalau hantu KitKat jugak
      kena pi cari lekaihhh xleh ketinggalan hehe..

      Delete
  12. Belanja kite bole tak? Hehehe

    ReplyDelete
  13. Woweeee..bersinar sinar tengok packaging dia tu. Saje je tau dia ni. Dapat bayangkan kerangupan coating wafer dengan aiskrim white chocolate tu. wah wah wah..Boleh jadi duta kitkat ni..peminat setia kitkat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan nama pun Gold tu yang bersinar berkilau tu..
      bila la KitKat nak hire jadi duta ni ? isk.. haha..

      Delete
  14. Adeh cantiknya kejadiannya.. confirm sedap ni

    ReplyDelete
  15. Uiihhh kena try ni mengancam sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe tngk pun dah mengncam kan..
      rasa dia pun pastinya mengancam juga..

      Delete
  16. Tengok pun dah tergoda. Ramai cakap sedap. Nak kena try juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kena try. cari di kedai2 berdekatan..

      Delete
  17. Aduhai, tengok rupa paras dah tergoda. Baca entri ni dua tiga kali tergoda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalau dah tergoda tu kena pi cari lekaih tau..

      Delete
  18. kena try ni..yg coklat dah try..

    ReplyDelete
  19. Suka baca blog Siti sebab Siti rajin share food terbaru di pasaran. KSarie selalu tau pasal food baru di blog Siti. Thanks tau Siti. Lepas ni pergi kedai boleh cari aiskrim ini pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi jenis suka cuba juga benda2 baru ni kak.. yang mana kena dengan tekak saya je masuk blog untuk saya kongsi. kalau tak okay tak share. hehe..

      Delete
  20. Replies
    1. yup betul.. not bad rasa dia..
      sedapp juga..

      Delete
  21. Wah kena cuba nanti ni...

    ReplyDelete
  22. Memang sedap dan susah nak jumpa..
    Sha suka sangat coating dia tak terlalu manis..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.