Bunga Matahari Dan Beriadah Di Taman Saujana Hijau Putrajaya | SITI.YANG.MENAIP

Bunga Matahari Dan Beriadah Di Taman Saujana Hijau Putrajaya

/
19 Comments
January 28, 2021

Bunga Matahari Dan Beriadah Di Taman Saujana Hijau Putrajaya

Selepas berbulan-bulan duduk rumah tak kemana-mana akhirnya ada juga aktiviti yang boleh dibuat selepas road blocks kawasan Putrajaya dimansuhkan. Nak hirup udara segar pula tengok keindahan alam sekeliling. Di sekitar Putrajaya ada banyak taman yang sesuai kalau nak beriadah santai bersama keluarga dan salah satu yang famous adalah Taman Saujana Hijau. Bagi warga Putrajaya dan sekitar, Taman Saujana Hijau adalah antara taman pilihan dan sentiasa ramai pengunjung. Tempat cantik dan kemas dan selalu juga jadi pilihan untuk pengantin photoshoot gambar kahwin. Fashion brands pun suka ke Taman Saujana Hijau untuk shooting gambar-gambar. Saja ajak MamiZ kesana jalan-jalan keluarkan peluh sikit. Bukan nak jogging sakan pun.. Kami menapak saja slowly. Kawasan Taman Saujana Hijau ni luas yang amat - sekitar 47 hectares dan nak cover semua kawasan memang rasa tak mampu. Dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti European Garden, Chinese Style Garden dan English Garden. Kawasan taman pula ada bahagian yang berbukit dan ada yang mendatar. Taman Saujana Hijau beroperasi bermula pukul 07:00AM sehingga 07:00PM setiap hari. Parking is free dan tiada charge bayaran masuk dikenakan. Nak picnic pun sesuai boleh bawa makanan dan duduk di gazebo yang disedikan. Nak bentang tikar pun boleh.. Cari spots yang redup bestnyaaa.. Niat sebenar kami kesana nak cari bunga matahari yang banyak ditanam disana. Cuci mata tengok bunga-bunga.


 

PERGI WAKTU PAGI LEBIH NYAMAN

Waktu pagi adalah waktu terbaik nak ke Taman Saujana Hijau Putrajaya. Rasa nyaman angin sejuk macam di Cameron Highlands. Menjelang pukul 10:00AM memang orang dah sangat ramai dan matahari mula terpacak atas kepala. Petang pun menarik juga sambil tunggu sunset. Jangan lupa bawa bekalan air dan simple snacks kalau nak jogging. Aku cepat pening kalau cuaca terlalu panas, jadi wajib untuk pakai topi. Memang seronok tengok ramai orang beriadah amalkan gaya hidup sihat. Ramai juga yang bawa anak-anak untuk bebas berlari sana sini. Sesekali aku rasa memang elok dan perlu untuk kita buat aktiviti macam ni.. Kalau di rumah memang kerja mengadap TV dan Internet. Aku dan MamiZ menapak jauh juga walaupun jalan slowly boleh tahan peluh yang keluar. Dah selesai satu pusingan baru kami ke kawasan yang banyak bunga matahari. Ralit memerhati membelek bunga matahari yang cantik mekar.

Jalan 10 langkah.. berhenti rehat 10 minit. Ihikkks..


Hilang penat rasa bila tengok bunga matahari yang cantik. Memang antara tarikan utama di Taman Saujana Hijau adalah deretan bunga-bunga matahari yang ditanam. MamiZ dah rancang nak tanam bunga matahari pula di tanah sejengkal depan rumah. Jatuh cinta dengan bunga matahari pula katanya.. Kita tengok nanti project tanaman bunga matahari MamiZ jadi macam mana.. Kalau betul nak tanam semoga tumbuh membesar elok hendaknya. Jeng.. Jeng..

TOLONG JAGA KEBERSIHAN TAMAN SAUJANA HIJAU

Bab kebersihan ni kadang-kadang aku pelik juga tengok attitude rakyat Malaysia. Tempat riadah orang dah buatkan, kita pandai guna dan apa salahnya kita jaga kebersihan juga. Tong sampah pun dah disediakan apa susah sangat nak buang sampah pada tempatnya. Sama-sama kita jaga kebersihan ubah perangai buruk apply semua yang baik belaka. Yang bawa makanan, bawa belon bawa confetti nak celebrate birthday ke apa ke.. tolong kutip semua sampah sendiri yang dibawa dan buang. Lebihan makanan bungkus elok-elok bukan buang dalam longkang. Sedih tengok ada sampah yang dibiarkan begitu saja. Memanglah ada pekerja-pekerja pembersihan tapi apa masalah kalau sendiri bawa sampah tu dan sendiri uruskan ?? Mungkin di entrance kena buat pemeriksaan beg untuk tengok barang-barang yang dibawa. Kenakan bayaran untuk yang nak celebrate birthday dan buat mini partyMalu dengan orang di negara-negara lain yang jauh lagi pembersih dari kita. Taman kita sama cantik juga dengan taman-taman di negara orang lain tapi sikap kita yang hodoh. Nak jadi contoh ikutan anak-anak tengok pun rasa tak lalu. Bila ke taman awam, memang macam-macam sikap manusia kita akan jumpa. Korang boleh nilai sendiri laaaa macam mana keadaan bila ada parents yang buang pampers anak dalam longkang. Obviously bukan anak tu sendiri yang buang tapi mak ayah dia.. Sedih !! Kemudian, kita akan jumpa species bodoh sombong ignorant yang merokok sana sini. Haaa.. Public area kot bukan private park milik keluarga kau. Orang pi taman nak sedut udara segar tapi yang dapat bau asap rokok berkepul-kepul. Apakah ?? Common sense entah kemana tak kan tak boleh fikir mana baik mana buruk. Kecewa sangat.  Jadi sama-sama kita jaga kebersihan taman-taman awam negara kita biar kekal cantik dan kemas. Bila orang luar datang tengok keadaan taman-taman di negara kita, biar diorang rasa sama kagum dan cantik macam taman-taman di negara diorang.

Haaa kan dah membebel jadinya.. Geram !! Hahaha..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

19 comments:

  1. Jalan perlahan-lahan tengok pemandangan dan bunga matahari pun boleh jadi terapi dan buat rasa gembira.
    Betul, kita kena jaga kebersihan tempat awam bukan ada anggapan orang lain yang akan bersihkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya tak la nak jogging nak berlari.. jalan2 gitu okaylah hehehe.. biar orang lain je berlari wakaka.. berjalan pun bakar calori jugak. betul.. kena jaga kebersihan. maluu je tengok kotor..

      Delete
  2. Saya dah lama tak ke sini. Masa hari tu waktu lax sikit, tiap-tiap minggu jugalah pergi. Gigih nak tengok bunga matahari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe selain p jogging mmg ramai nak p tngk bunga matahari tu sebenarnya kan hehehe.. okla pusing2 taman jalan kaki sikit keluar peluh jugak..

      Delete
  3. Aduhaiiiii akak kerja je kat putrajaya tapi taman dia pun tak habis pusing...aiyakkk. Pi sini pun pick up anak buah yang habis konvo dia buat photoshot kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee slalu mmg gitu kak.. yang dekat memang tak pegi..
      yang jauh selalu singgah hahaha..

      Delete
  4. ok set, lepas pkp ni boleh lah try trek kat sana plak

    ReplyDelete
  5. Cantiknyaa! Besar2 bunga tu

    ReplyDelete
  6. Wahhh lama tak ke sini,. Kali terakhir ke sini masa 2019. Photoshoot perkahwinan adik. Ada lagi pasangan2 lain buat photoshoot wedding sana. Banyak port yg best untuk ambil gambar

    ReplyDelete
  7. tak pernah jemu tgk bunga matahari..

    ReplyDelete
  8. Ada bunga matahari pula ye. Cantik Taman Saujana hijau ni. Suka style pagar kayu tu. Dulu ingat nak photoshoot pre wedding kat sini. Sudahnya ke Pullman Lakeside. Rupanya luas betul taman ni ye. Puas hati jalan jalan sambil tengok view mahal ni. 10 langkah, 10 minit rehat tu betul. posing sakanlah kan :) nice place untuk riadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ahhh luas yang amat tamannya tak sanggup nak pusing semua. cari taman yang mana mendatar je jalan2 santai. memang selalu kan orang shoot kat sini. masa kesana pun ada few couples tngh bergambar..

      Delete
  9. wahhhh bestnya, jalan2 sambil menghayatii bunga matahari tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali beriadah tapi banyak jalan2 manja je..
      memang nak pi cari bunga2 ni..

      Delete
  10. Aduhhh....kena masukkan dalam list tempat untuk bergambar sakan selepas dibenarkan merentas negeri 1 hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar kak.. best pegi nak bergambar ni bukan nak jogging..
      ehehe itu saya belum rajin lagi..

      Delete
  11. Adoi.. cantiknya bila dia tanam bunga matahari camtu..
    Perangai rakyat Malaysia ni memamnglah.. Apalah salahnya buang dalam tong sampahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula yang sukar nak diubah dan dididik.. tak fikir akan kemudahan yang orang dah sediakan. benda mudah saja kan.. tapi susah nak ikut..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.