Nestle KitKat Lotus Biscoff Limited Edition Baru Sedap !! | SITI.YANG.MENAIP

Nestle KitKat Lotus Biscoff Limited Edition Baru Sedap !!

/
49 Comments
January 13, 2021

Lotus Biscoff sebenarnya dah bertahun-tahun ada dalam pasaran tapi lately makin meningkat kegilaan dan demand terhadap Lotus Biscoff. Kalau dulu semua benda nak letak cheese, sekarang nak letak Lotus Biscoff pula. Nestle KitKat pun tak mahu lepaskan peluang untuk bergabung dengan Lotus Biscoff dan keluarkan KitKat Lotus Biscoff Limited Edition yang baru dipasaran. Mula dijual di Dubai  dan beberapa negara di Europe dan tak ada news kata dah masuk pasaran Malaysia. Mungkin sebab itu kita tak jumpa terjual di kedai-kedai negara kita.. Ini aku jumpa di Shopee dan kalau tak silap memang tak ada jual di pasaran kita. Korang kalau berminat pergi click saja senang Shopee dan tak payah pening nak cari beli dimana. Tunggu saja sampai depan rumah.. Sepeket Nestle KitKat with Lotus Biscoff ni ada 7 biji mini chunky KitKat aku beli dengan harga RM23.90 dari kedai Cocoa Valley (antara kedai chocolates favourite aku di Shopee). Mungkin sebab hanya dijual di luar negara, harga mahal sikit. KitKat Lotus Biscoff dijual dalam size Chunky bukan size jejari KitKat Fingers.


Bawah lapisan coklat terus ada Lotus Biscoff.

RASA COKLAT KITKAT DAN LOTUS BISCOFF YANG SEDAP

Kalau korang antara pembaca setia blog aku, for sure korang dah tahu aku memang hantu KitKat dan tak pernah aku kata KitKat tak sedap. Semua KitKat sedap di tekak aku termasuklah KitKat Lotus Biscoff yang baruuu ini.. Sumpah sedap gilaaa !! Lapisan Lotus Biscoff pun banyak antara layers KitKat wafers. Tak crumbly berderai just nice terletak elok in between the layers. Tak manis sangat ngam dengan rasa coklat KitKat yang biasa. Laju habis 7 biji tak tunggu lama. Untuk harga yang agak mahal aku beli sepeket KitKat Lotus Biscoff, aku tak rasa menyesal.

Sedap !!
Cepat pergi beli juga especially bagi peminat KitKat..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

49 comments:

  1. nak kene cari jugak ni... sebab limited je kan, lambat tak merasa nanti

    ReplyDelete
  2. Nak juga.. tak jumpa lagi kat sini.. nak kena terjah pasaraya nie.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terjah pun belum tentu jumpa kak.. sebab tak masuk
      market kita. beli kat Shopee k.. saya kasi link dah tu..

      Delete
    2. Hahaha.. Okay.. Okay.. masuk cart dulu.. Target next gaji nie..

      Delete
  3. Dah nama pun hantu kitkat patutlah tahu aje mana nak cari stok kitkat rare ya hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KitKat memang fav saya.. kasila macam mana pun
      takan tolak.. suka choc ada wafers =D

      Delete
  4. oh kena beli online je ek....nmpk sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ahh sebab saya cari news kata masuk Malaysia xdak pun.. semua kata EU dan Dubai so saya rasa ni depa bawa dari sana jual kat Shopee..

      Delete
  5. aduuu akak minat kitkat gak! nak kena belek shopee lah ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau minat wajib beli !!
      lekaih2 benda tengah viral..

      Delete
  6. Ambil Lotus Biscoff yang popular ketika ini letak dalam KitKat. Pasti dapat sambutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalau susah sngt amek KitKat biasa celup
      dalam Biscoff spread.. lagi layann..

      Delete
  7. aritu minta alamat sbb ct nk pos cekelat ni kan? kan?����

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha akak ni.. tidak tidak jangan gitu..
      saya insyallah post benda lain hehe..

      Delete
    2. jgn ngelatttt...tabaekkk hahahaha

      Delete
    3. maaflah terpaksa awal mengecewakan akak hahhaa..
      tapi harapnya sukala nanti dgn parcel saya..

      Delete
  8. Wahhh, nak jugaklah cari kat shopee, tq share

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yup cari lekaih..
      barang baik ni di Shopee..

      Delete
  9. hmm..nampak sedap...boleh cuba cari nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap.. kalau suka Kitkat dan Biscoff
      wajib cuba ni tak rugi..

      Delete
  10. berehat sebentar bersama kit kat.....aummmm sodapnya

    ReplyDelete
  11. Kit kat memang sedap. Collab plak dengan lotus. Ni kalau ada kat kedai pun kejap je habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. benda si Lotus Biscoff ni dala tengah in..
      kemain colab pulak tu lagi meletop la..

      Delete
  12. Belum jumpa lagi yang ini. Kalau ada mesti nak rembat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan jumpa di kedai.. rasanya tak masuk Malaysia..
      beli di Shopee yaa link saya da kasi tu..

      Delete
  13. wah wah wah..dia melawan ek nak juga letak lotus biscoff. Mahuuu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha melawan !! depa lagi currrlass sekali
      dengan KitKat dia collab hehe..

      Delete
  14. adoi CT udah nak kena cari pulak dahhhh... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha xyah cari susah2.. semua ada di Shopee..
      kat atas tu link pun saya dah kasi.. tekan2 saja..

      Delete
  15. ui sedap nya..cokelat fevret kiterrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup yup antara my fav tooo !! KitKat osem..

      Delete
  16. walaupon dah popular biskut ni, tp saya x pernah rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe biskut ni wujud lama dah.. lately je jadi
      kegilaan yang amat.. cepat la pi try pulak..

      Delete
  17. X jumpa lg edition biscoff ni.. mst sedappp

    ReplyDelete
  18. tertinggal kapal hahahaa
    popular ya skrg? nda pasti pula ada ka dijual dekat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure tengah viral ke tidak.. tak dijual di pasaran Malaysia buat masa ni.. saya tulis dah ada di Dubai dan Europe tapi blh beli di Shopee. esok lusa tak tahula kot masuk kedai2 Malaysia..

      Delete
  19. mesti sedap betoi ni.. dh masuk dlm list shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Nina.. rasa sedap combo dengan choc KitKat..
      jangan lupa beli k..

      Delete
  20. Nampak menyelerakan laaa. nak try jugak nanti.. hehe.. kita kasik save dulu infoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli di Shopee yaa..
      tak dijual di Malaysia lagi..

      Delete
  21. Tetiba terasa nk makan coklat la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi silakan Mama.. bila da terasa rasa
      tu kena makan cari coklat cecepat..

      Delete
  22. Langsung ngences huhuhuhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.