Trip Jeju Island South Korea 2018 : 5.0 Yongduam Rock (Dragon Head Rock), Yongyeon Pond, The Shilla Duty Free Jeju & Jeju Hyundai Hotel | SITI.YANG.MENAIP

Trip Jeju Island South Korea 2018 : 5.0 Yongduam Rock (Dragon Head Rock), Yongyeon Pond, The Shilla Duty Free Jeju & Jeju Hyundai Hotel

/
34 Comments
August 03, 2018
BATU BERKEPALA NAGA YONGDUAM ROCK 용두암, YONGYEON POND 용연, SHOPPING DI THE SHILLA DUTY FREE JEJU DAN JEJU HYUNDAI HOTEL

Entri sebelumnya diSINI.
19 January 2018 (Jumaat)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : BATU BERKEPALA NAGA YONGDUAM ROCK (DRAGON HEAD ROCK) 용두암, YONGYEON POND 용연, SHOPPING DI THE SHILLA DUTY FREE JEJU 신라면세점 - 제주점DAN JEJU HYUNDAI HOTEL. Hari kelima di Jeju adalah hari paling bosan. Trip bersama Jeju Muslim Travel dah sampai ke hujungnya. Sumpah bosan tapi semua salah diri sendiri sebab tak sempat nak habis study tempat-tempat menarik di Jeju yang boleh dilawati selain daripada yang dibawa oleh Jeju Muslim Travel. Sepatutnya kami dah boleh terus balik ke Malaysia tapi harga tiket sangatlah mahal. Lebih mahal daripada perbelanjaan extend tiga hari lagi di Jeju. Sabtu Ahad tak ada penerbangan ke Kuala Lumpur jadi kena tunggu Isnin. It was great actually tapi sebab aku tak habis research kelam kabut sikit. Awal pagi breakfast di Champion Hotel dan terus check out. Ada dua lagi destinasi di Jeju City yang kami nak pergi dengan Jeju Muslim Travel - Yongduam Rock dan Yongyeon Pond sebelum dihantar ke Jeju Hyundai Hotel yang aku dah tempah melalui Booking.com. Kedua-dua lokasi terletak di Jeju City jadi tak perlu travel jauh.

BATU BERKEPALA NAGA YONGDUAM ROCK 용두암

Batu berbentuk kepala naga yang terbentuk daripada hakisan laut dan angin yang kuat. Kena faham sikitlah masyarakat dedulu yang percaya kewujudan pelik-pelik jadi batu ini pun dianggap sacred. Banyaklah kisah dongeng terhasil kononnya ada seekor naga mencuba nak curi batu jade dari Gunung Halla tapi dipanah orang warriors. Naga jatuh di Yongduam dan kepala terdampar tepi laut terus jadi batu. Gituuu.. Ala-ala kisah Tanggang durhaka. Kawasan ini sangatlah dekat dengan Jeju International Airport. Memang jelas nampak setiap kapal terbang yang mendarat. Nice view kalau korang jenis macam aku yang suka tengok kapal terbang. Kat sini pun boleh tengok Ahjumma Ahjumma Haeneo menyelam tapi cuaca sejuk tak adalah diorang menyelam. Dari Jeju International Airport, naik bus ke Jeju-Si Jungang-Ro dan turun di Yongdam Rotary. Kemudian jalan sikit dah sampai. Jujurnya bagi aku biasa saja tempatnya typical kawasan tepi pantai nothing much yang special. If korang naik kenderaan sendiri okay kot tapi kalau naik bus tak payahlah bersusah payah. Nak skip pun tak apa..


Cari cepat kepala naga tersembunyi hihihi..




Ahjumma Ahjumma jual fresh seafood bawah sana.


Nampak seketul kapal terbang nak landing.

Oranges dimana-mana saja.



Disekitar kawasan Yongduam Rock ada jugalah beberapa kedai-kedai souvenirs. Disebabkan aku tak sempat nak rembat sehelai tshirt di Seongsan Ilchulbong, aku tak fikir dua kali terus beli sehelai disini berharga 10000WON (RM36.66 approx). Mahal sikitlah tapi lantaklah !! Hahaha.. Meronda di Jeju Dongmun Market pun tak jumpa kedai yang jual tshirt. Mungkin ada aku yang tak nampak. Maka teruslah beli jangan fikir banyak. Seterusnya kami gerak ke Yongyeon Pond. Dekat sangat dengan Yongduam Rock pakai seat belt sekejap dah buka balik.

YONGYEON POND 용연

Yongyeon Pond lebih cantik pada waktu malam penuh lampu. Nothing much juga hanyalah sungai eerm sungai ke eh.. Lagoon maybe bila sungai dan laut bakal bertemu. Air sangat jernih cantik rasa geram sekali lagi menjelma nak terjun berenang. Disini juga ada Yongyeon Cloud Bridge dan Yongyeon Pavilion. Kawasan parking sangat limited kena pandai-pandai cari. Yongyeon Pond ada kaitan juga dengan Yongduam Rock mengikut kepercayaan mitos dulu kala. Naga yang sama dipercayai suka bermain-main di kawasan Yongyeon Pond. Kalau korang terkejar-kejar tak payah singgah tak apa. Pergi tempat lain saja yang jauh lebih menarik. Masa buat research sikit-sikit excited benar nak singgah maklumlah kalau boleh setiap ceruk nak pergi tapi dah sampai rasa hambar.

Yongyeon Cloud Bridge.


Yongyeon Pavilion.

Selesai trip bersama Jeju Muslim Travel tapi kami tak terus balik Malaysia. Extend lagi beberapa hari di Jeju dan kena jalan sendirilah naik public transport dan explore. Tapi aku tak cukup masa nak prepare nak study semua benda. Ada lebih kurang plus minus tiga minggu saja untuk prepare ke Jeju lepas balik dari Jepun. Penat Jepun tak hilang lagi itulah sebab kenapa celaru sikit. Tapi gatal nak jalan lagi beginilah jadinya. Alhamdulillah ada package ground dari Jeju Muslim Travel. Tak adalah serabut sangat kepala nak fikir last minute. Hampir semua tempat-tempat menarik di Jeju kami cover. Untuk hari-hari seterusnya saja kena perah otak sikit mana nak pergi. Pihak Jeju Muslim Travel hantar kami ke hotel yang dah ditempah - Jeju Hyundai Hotel.

JEJU HYUNDAI HOTEL

Seksa juga nak cari location sebenar sebab tak sama langsung dengan location yang tertulis di Booking.com. Kami called hotel sebab pusing dan pusing tak jumpa juga. Double seksa sebab receptionist tak reti langsung speak English. Sesat entah kemana kesian pula tour guide kami akhirnya jumpa lepas tanya Ahjusshi polis. Dengan limited vocabulary bahasa Korea yang aku tahu, dapat jugalah kami communicate dengan receptionist. Bunyi ayam itik tak peduli janji dia faham message yang aku nak sampaikan. Miracles are everywhere magic kami faham each other. Tunjuk nombor booking dan selesaikan urusan nak check in. Dia tolong bawa luggage ke bilik. Banding dengan Champion Hotel memang jauh lebih selesa Champion Hotel tapi Jeju Hyundai Hotel adalah antara yang termurah dan dekat dengan station bus yang aku jumpa. Not bad jugalah Jeju Hyundai Hotel dengan harga yang ditawarkan. Tiga malam hanyalah 213000WON (RM780.20 approx) untuk lima orang. Plus minum RM150.00 saja seorang untuk tiga malam. Pening lalat nak cari location saja other than that aku rasa berbaloi. Toilet besar boleh muat lima enam orang agaknya sekali masuk. Ada meja makan fridge dressing table dan basic amenities. The best part adalah depan hotel dah ada bus stop jadi senang nak bergerak memandangkan hari-hari seterusnya kena berjalan sendiri. Kena fikir keselesaan MamiZ dan MNgah.

Katil memuatkan lima orang tidur. Ada extra tilam juga if nak tidur dibawah.

Petangnya kami pergi ke The Shilla Duty Free Jeju cuci mata tengok apa yang patut. Naik teksi pergi balik kena tambang dalam 6800WON (RM24.93 approx). Sampai Shilla Duty Free rasa macam krik.. krik.. semua boutique high end brands oookay !! Bukan biasa punya brands semua yang mencekik tercekik punya harga. Adalah few yang berani juga nak pegang tengok tapi majoriti memang yang super mahal. Kami meronda naik sampai tingkat atas adalah kedai jam Pandora dan Swarovski tapi tak minat nak beli. Dahlah tak dilayan langsung lagilah menyampah nak beli. Aku rasa Pandora sangat mahal di Korea convert ke RM lebih mahal dari yang terjual di negara kita. Satu lagi tak selesa sangat nak jalan sebab penuh tourists dari China yang memang sakan membeli-belah. Seriously kalau tengok cara diorang shopping macam berjuta-juta duit yang dibawa. Main pilih terus tak fikir dua tiga kali. Ambil terus campak dalam guni siap tagging berbungkus. Macam beli barang satu bangunan gayanya. Nanti di airport terus pick up masuk luggage. Pergh..

Disebabkan serabut dan tak selesa kami keluar dari The Shilla Duty Free dan jalan santai dari satu block ke satu block. Memang tak ada hala tuju dan masing-masing decided nak balik hotel semula. At night Jeju tak adalah meriah sangat. Tapi ada jugalah satu dua streets yang famous dengan pengunjung. Dah semangat nak keluar dengan Kak Sal tapi MamiZ tak kasi. Aiiiyark !! Aku mulalah nak muncung tak puas hati iyaaalah selalu kalau pergi jalan selagi tak malam tak balik. Kesian juga Kak Sal kena turut sama redha tak jadi keluar. Maaflah dan terima kasih kerana memahami. Dalam sendu tak dapat keluar golek-golek terus tertidur. Awal jugalah tumpas.. Bagus juga sebab esoknya nak guna tenaga banyak.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

34 comments:

  1. Cantiknya semua gambar-gambar dlm entry ni...teringin nak pergi..

    ReplyDelete
  2. Bagus juga tips perjalanan yang di kongsikan...😊

    ReplyDelete
  3. so lucky akk to be there..hope to travel one day just like you!
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah one day ada rezeki pasti sampai =D

      Delete
  4. Nice experience to be shared!! ^^ hopefully someday soon turn Hana pulak cerita pengalaman ke Jeju hahah >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh insyallah. kongsikan dengan kawan2 semoga ada manfaat =)

      Delete
  5. Pelancong China duit berkepuk, shopping giler2..






    ReplyDelete
    Replies
    1. overla diorang lepas tu langgar2 orang macam xdak sivik. hampeh tol..

      Delete
  6. I dulu tak singgah pun kawasan2 ni. avoid pantai sebab ada sorang tu allergie pantai.
    tapi kalau drive mmg best. seronok sangat. nikmati lah gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo allergic pantai tu jadi macam mana kak ? gatal2 ke kalo kena air laut ? takpeee boleh enjoy nature lain kan =)

      Delete
  7. Subhanallah cantik view dengan laut biru. Bestnya siti dapat travel sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki. mak topap sket hehe sebab trip mengejut hehe..

      Delete
  8. Uniknya Ahjumma tu ju seafood fresh kat area pantai tu.. View lawa sangat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. Ahjumma tu depa menyelam dapat seafood terus jual tepi pantai. fresh laaa kiranya gitu =D

      Delete
  9. mcm biasa, akak dtg baca-baca, siti.
    nak komen, tak reti. sebab lom sampai korea :) hi hi hi...
    nice view lah kat batu naga sacred tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeheh thank you kak sudi datang baca pun da besar makna =)

      Delete
  10. Replies
    1. seronok tapi kadang2 trdetik dalam seronok tu sebenarnya negara sendiri jauh lebih baik =)

      Delete
  11. Mkin smgt nak pi korea, ms msh jd kakangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah nanti ada masa tu boleh plan pergi =)

      Delete
  12. katil dia tu macam yang selalu dalam reality show korea :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tilam tu keras sket tapi slimut dia kaler pink tu ya rabbi fluffy nya !!

      Delete
  13. tak pe la hambar2 pun, dh jejak jeju..hehe..kalau k.fiezz pun, tak cari dulu tempat yg menarik ke apa..tau smpai je kat negara orang, nak explore semua tempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya memang study dulu siap2 dua tiga bulan sebelum kak. ni memang first time pergi dengan info tak berapa nak ada. tu kalut kat tempat orang tapi pape pun alhamdulillah selamat pegi balik =D

      Delete
  14. hotel dia simple. tp serius menarik! suka tngok

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup simple. ingatkan kecik biliknya rupanya okayla besar jugak. toilet tu boleh masuk 5 orang haha..

      Delete
  15. cantik pemandangan sana :)

    ReplyDelete
  16. baru tau flight dr Malaysia bkn setiap hari ada. hehe
    cantik airport dgn laut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. weekdays saja but skrng tataula kot2 dah hari2 hehe..

      Delete
  17. hahahahahah ramai tourist china? tu jg yg sy rs ms g taiwan...aduhhhh bengkekkkk je dgn perangai diorg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee !! jenis rempuh je bahu orang. taula nak shopping tapi prangai menyondol tu dimana2. eeee.. memanglaaa orang mainland ni sejenis betul..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.