Trip Holland Belgium : Kuala Lumpur Ke Amsterdam, Schiphol Airport Dan Novotel Rai Hotel | SITI.YANG.MENAIP

Trip Holland Belgium : Kuala Lumpur Ke Amsterdam, Schiphol Airport Dan Novotel Rai Hotel

/
41 Comments
October 25, 2012

Kuala Lumpur Ke Amsterdam, Schiphol Airport Dan Novotel Rai Hotel

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND - SCHIPHOL AIRPORT DAN NOVOTEL RAI HOTEL. Mari mulakan journey mengembara ke Holland dan Belgium. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah SWT berikan dapat aku menjejakkan kaki melihat keindahan ciptaan-Nya di negara orang. Jujurnya Holland dan Belgium bukanlah top countries yang ada dalam senarai negara yang aku teringin terjah. Itulah namanya percaturan Allah SWT dan rezeki. Kita tak pernah tahu dan dapat duga. Sekarang Holland dah jadi negara yang aku sentiasa ada rasa rindu nak pergi lagi dan terbayang-bayang kecantikannya. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Dah kenal terus gila bayang jadinya. Dalam siri perkongsian kali ini, aku akan kongsikan pengalaman aku selama berada disana - setiap perjalanan dan tempat-tempat menarik yang aku pergi. Ini adalah travelogue aku yang pertama jadi rasa excited terlebih nak ceritakan macam-macam. Semoga dapat membantu sedikit sebanyak kawan-kawan lain yang merancang perjalanan kesana. Pengalaman kita semua berbeza jadi yang baik diambil yang buruk mari kita campak jauh.



01 October 2012 Isnin

DARI KUALA LUMPUR KE AMSTERDAM AIRPORT SCHIPHOL

Aku tak pernah naik kapal terbang long distance journey thus it was my first time. Pengalaman pertama terbang beribu batu jauh dari Malaysia. MamiZ kata jelas sungguh muka aku pucat. Aku rasa DediS dan MamiZ pun susah hati juga sebenarnya nak lepas aku pergi jalan jauh. Tapi aku pergi dengan kakak sepupu, Kak Farah maka kuranglah kerisauan di hati mereka. Pertama kali menaiki Aerotrain di KLIA aku mengakui memang rasa jakun sungguh. Dalam hati walaupun tengah cuba cover rasa resah tapi diri sendiri rasa kelakar dengan tahap keterujaan yang ada. Pertama kali jejak kaki di Terminal M KLIA. Setiap pergerakan aku hantar update dekat DediS dan MamiZ yang dah dalam perjalanan balik ke Bangi. Maklumlah !! Semua first time..

PENGALAMAN PERTAMA TERBANG JAUH BERSAMA MALAYSIA AIRLINES

Perjalanan selama tiga belas jam pun bermula. Berlepas dengan jayanya dan they served us supper. Pilihan makanan appeared on the screen in front of us. Ada tiga or empat pilihan aku dah tak ingat. Both of us pilih different meals but Kak Farah tak habis makan pun jadi aku yang habiskan. Dia rela tidur sebab ada motion sickness. Jealous tengok Kak Farah sedap tidur sedangkan mata aku degil yang amat nak lena. Tak habis lagi nervous walaupun dah dekat dua tiga jam perjalanan. Sikit pun tak mengantuk. Tengok keliling passengers lain majoriti tidur. Bosan terasa aku godek tengok movie selection tapi tak ada yang menarik minat. Lastnya pilih untuk tengok Just For Laugh and gelak sakan pelan-pelan. After that tak sedar macam mana boleh terlena dan tersedar bila ada announcement dibuat and they wanted to serve makanan. Aku dah tak ambil tahu berapa lama dah terbang. Excited nak dapat makanan dan semestinya sedap. Lepas makan kami bersembang saja.

02 October 2012 Selasa

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Amsterdam Airport Schiphol. Waktu tempatan di Amsterdan adalah 6.30AM, lebih kurang pukul 2.30PM waktu Malaysia. Lepas mendarat lama juga kapal terbang gerak untuk ke terminal. Keluar saja dari kapal terbang aku terus on phone. Mula-mula mencari free wifi tapi tak dapat dikesan. Akhirnya roaming sekejap just to let my parents know yang aku dah sampai. Tak berani nak roaming lama nanti semput nak bayar. Amsterdam Airport Schiphol sangat besar ada lebih dari lima terminals kalau tak silap. Antara lapangan terbang yang terkenal dan tersibuk di dunia. Nak ke kawasan kutip bag pun agak semput berjalan jauh. Security system memang strict yang amat. Habis Kak Farah kena keluarkan semua document jemputan conference yang ada. Pegawai kastam pun muka kelat tak tahu nak senyum. Sampai giliran aku, pegawai tak tanya banyak terus cop passport. Lega..



DARI AMSTERDAM AIRPORT SCHIPHOL KE AMSTERDAM CENTRAL





Dari airport kami kena gerak ke Amsterdam Central sebab kemudahan nak naik tram semua dari sana. Airport macam outskirt sikit dari bandar. Kami pula akan menginap di Rai. Sedikit jauh dari bandar Amsterdam. We took the train and reached Amsterdam Central. Dalam 25 minit perjalanan dari airport. Harga train tiket dari Amsterdam Airport Schiphol ke Amsterdam Central adalah 4.50EU (RM20.30 approx). Kagum dengan binaan bangunan yang cantik di Amsterdam. Hati-hati dengan penunggang basikal. Sangat ramai dan laju-laju semuanya. Tram pun sangat comel dan kemas. Aku rasa semuanya sangat menarik. Maklumlah pertama kali jejak negara orang. Tak susah untuk mencari tram ke Rai. Cari saja jadual atau peta perjalanan tram dan kenal pasti tram yang melalui kawasan yang dituju. Aku ikut saja mana Kak Farah dan Acik Bos pergi. Aku memang clueless apa nak buat. Tak pernah travel before this, menonong saja ikut orang lain.

DARI AMSTERDAM CENTRAL KE RAI

Tiket tram boleh dibeli di dalam tram atau di kaunter jualan tiket di dalam bangunan Amsterdam Central. Tiket tram boleh didapati untuk tempoh 24 jam atau 12 jam perjalanan. Harga tiket tram untuk 24 jam adalah 7.50EU (RM30 approx). Kalau nak naik tram untuk jangka masa yang singkat beli saja tiket tram untuk satu-satu waktu tertentu. Ada juga dijual ikut jam. Kena rajin bersembang dengan orang yang jual tiket dalam tram. Korang boleh beli One Day Pass juga. Aku tak beli sebab aku sendiri tak tahu nak berjalan ke mana. Ikut Kak Farah datang bekerja jadi aku tak berani nak adjust anything.







Baca surat jemputan conference tengok alamat hotel.

Pakat cari laluan yang betul untuk ke hotel.



Rai Amsterdam.

NOVOTEL RAI AMSTERDAM

We reached Rai Station and from there kena cari lodging. Lodging Kak Farah tak sama dengan lodging Acik Bos. Company arrange asing-asing. Turun dari tram terus nampak conference centre. Mesti hotel ada di kawasan berdekatan saja. Siap keluarkan peta dan mencari arah. Aku duduk tunggu memang tak tahu nak menyampuk macam mana. Aku biarkan saja Kak Farah dan Acik Bos cari jalan. Rupa-rupanya kami dah naik tram yang betul tapi turun di station yang salah. Memang kat kawasan tu tak ada hotel yang berdekatan. Kami kena teruskan perjalanan hingga ke station yang terakhir di laluan Rai baru boleh nampak hotel. Daripada tunggu another tram untuk sampai baiklah kami menapak. Lenguh kaki menapak sambil usung luggage. Belum mula meronda lagi tapi dah semput. Selesai urusan check-in dan masuk ke bilik. Novotel Rai Amsterdam bertaraf empat bintang tapi biliknya kecil saja. Macam bilik standard tiga bintang di Malaysia. Tapi super kemas dan nampak mewah. Permandangan dari tingkap bilik biasa-biasa saja. Tak snap gambar pun sebab sangat penat. Mengadap jalan raya tapi bila waktu malam kami boleh nampak tingkat paling atas bangunan paling tinggi di Holland. Ada lampu berkelip-kelip jadi senang nak detect. Kemas-kemas barang dan mandi. Aku set jam phone ikut waktu sana. Around pukul 12.00PM kami keluar untuk mencari makanan. Naik tram dan inform Acik Bos awal-awal supaya adjust naik tram yang sama. Maka mulalah pencarian makanan di bandar Amsterdam.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Facebook Page | Youtube Channel |




You may also like

41 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah rezeki =)
      jom kita menabung jalan jalan ramai ramai..

      Delete
    2. CT bukan nak menabung utk ke Korea ke? Ramai abam KPop tengah tunggu ;)

      Delete
    3. yes Kak Farrah.. tabung ke Korea dah dibuka sebulan lebih dah..
      kena berjimat cermat skarang ni..

      Delete
  2. Replies
    1. hehehe sekali sekala.. tak boleh selalu..
      sakit poket =P

      Delete
    2. bolehla kak.. pengalaman jarang dapat =)

      Delete
  3. Replies
    1. ehehe tapi CT tetap sama..
      masih cute =P

      Delete
    2. Ya betollllll! Hihihiih CT tetap sama ;) tetap cute, comel,..manishhhh!

      Delete
    3. miahahaha eh mana Kak Farrah tau ni ? skodeng eh aaaaa..

      Delete
  4. Bestnyaaaaa Amsterdam!!! Dalam dalam wishlist saya dah, teringin nak ambil gambar depan I AMSTERDAM :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki boleh sampai =) sekarang banyak promo murah2..
      wajib tau amik gambar kat situ..

      Delete
    2. Itu memang favourite spot tu. Wajib snap photo kat situ :)

      Delete
    3. yes wajib ambil gambar disitu.. baru complete tour =)

      Delete
  5. seronoknyaaa jalan jaan luar negara :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki lebih.. Nani pun boleh insyallah..
      mari menabung mari.. CT pun lama x jalan2 ni..

      Delete
  6. p teman je ka.. untung leh merasa ke negara org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah teman saja. buat merasa pergi negara orang..
      tapi lepas tu gian nak pi jalan aja kerjanya..

      Delete
  7. fuhh..best gila dapat pegi jalan2 tu sis..hihihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. kebetulan dapat tunggakan pinjaman study..
      right on time =D

      Delete
  8. waaa...sonoknya dpt pi Holland...jeles kita ni wak

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaip namo jeles jeles.. hihi..
      ni cerita lama dah ni.. terpaksa publish balik..

      Delete
  9. Kagumnya sis still ada the feeling utk travelog update walaupun ni tahun 2012. :) Siap details lagi. Sy tak sampai Amsterdam lagi, InsyAllah spring tahun depan kot. Ameen. :)

    Sy pun ada habits update apa yg sy buat kat parents sy. Dah la tahun ni plan nak buat surprise balik tiba2 dah ada depan rumah. Tak tahu la camne hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooowh Hanis.. akak tak taip balik. tak sangguplah nak taip balik. boleh jem jari-jari ni. semua entry ada lagi just jadi draft dan gambar2 hilang. semua gambar jadi icon tanda seru tiga segi tu.

      so wut i did hanyalah masuk kan balik gambar. tak relaaa nak taip balik adik oi.. sampai beruban pun tak habis kerja dok menaip =P hehehe..

      spring ? bessstnya nanti dapat tengok tulips.. since Hanis dah ada kat area sana.. u should go n travel semampu boleh. dont miss the chance. oooit jangan nak suprise2 sangat..

      Delete
  10. wahhhh CT dh lepas ke sana ya...

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. ayuk ayuk.. tu Kak Farrahlah.. ayuuuuk..

      Delete
    2. Kihkihkih...akak tumpang gelak di sini :)

      Delete
    3. hehehe dah habis keliru dah =P

      Delete
  12. Serius best.. rasa nak pergi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaaaan.. ahahaha jom DP kita pergi lagi =)

      Delete
  13. Alhamdulillah , seronok makan angin luar negara SITI.. tq for sharing ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ada rezeki lebih time tu..
      dapatlah berjalan2 jenguk negara orang.. skarang poket
      kering.. duduk rumah diam2..

      Delete
  14. wah seronoknya..ct dapat pengalaman baru di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Kak Wana.. tapi sebenarnya dalam Malaysia pun kasi banyak
      pengalaman baru.. even lahir membesar semua kat sini..

      Delete
  15. Amsterdam ni masuk jugalah dalam list tempat yang saya nak pergi. Bila baca ni buat saya rasa lagi excited :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kalo europe tour harus tau masukkan dalam list =)

      Delete
  16. Sama la... First long flight ke EU destinasinya Amsterdam... tapi atas urusan kerja... Sakit pinggang teman di buatnya... itu yang malas nak fly jauh-jauh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti rasa attached kan ? tempat first pergi long flight. skrng tak pasti Malaysia Airlines masih kesana atau x..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.