Trip Cameron Highlands 2013 | Bharat Plantations Tea House, Butterfly Farm & Makan Malam Di Brinchang | SITI.YANG.MENAIP

Trip Cameron Highlands 2013 | Bharat Plantations Tea House, Butterfly Farm & Makan Malam Di Brinchang

/
38 Comments
January 06, 2013

JALAN-JALAN DAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

CUTI-CUTI MALAYSIA | CAMERON HIGHLANDS - BHARAT PLANTATIONS TEA HOUSE, BUTTERFLY FARM DAN MAKAN MALAM DI PEKAN BRINCHANG  | Cameron Highlands merupakan salah satu tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Antara tempat yang tidak pernah putus menerima kedatangan pelancong. Cameron Highlands menawarkan pemandangan yang indah dengan bentangan ladang-ladang teh atau tea plantations yang luas serta banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Memang mendamaikan jiwa. Boleh dikatakan setiap tahun aku akan ke Cameron Highlands. Cameron Highlands adalah antara tempat favourite DediS dan MamiZ untuk bercuti. Sebagai anak haruslah aku ikut saja mana mereka pergi. Aku sendiri suka ke tempat yang sejuk. Di Cameron Highlands bolehlah juga berangan berada di luar negara. Hembus nafas keluar asap dan pakai baju tebal. Laluan untuk ke Cameron Highlands dah semakin cantik dan mudah. Dulu hanya ada satu saja pilihan. Itulah jalan naik itulah jalan turun. Sekarang dah ada banyak pilihan untuk memudahkan perjalanan. Kita hanya perlu merancang saja pergerakan dengan sebaik mungkin.

LALUAN UNTUK KE CAMERON HIGHLANDS

(1) Lebuhraya Utara-Selatan - Exit Tapah - Cameron Highlands
(2) Lebuhraya Utara-Selatan - Exit Simpang Pulai - Cameron Highlands
(3) Gua Musang - Kampung Raja - Cameron Highlands

Laluan kedua adalah yang terbaik untuk digunakan ke Cameron Highlands sekiranya korang dari arah utara. Bagi mereka yang datang dari arah selatan, laluan pertama adalah yang terbaik. Aku tetap suka laluan Simpang Pulai kerana lebih selesa dan perjalanan lebih kemas. Aku sarankan untuk guna laluan ini berbanding laluan lain. Dari Gua Musang pun akan akhirnya bertembung dengan laluan yang sama untuk naik ke Cameron Highlands. Kali ini aku ke Cameron Highlands lagi tapi bukan dengan DediS dan MamiZ. Dengan PakSu dan MakSu yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka beberapa bulan lalu. Pulak dah aku menyebuk trip orang baru berkahwin. PakSu akulah yang gigih mengajak aku dan RaihanF bersama-sama. Katanya 'the more the merrier' Orang baru kahwin selalunya nak privacy. Rupa-rupanya PakSu nak aku jadi tour guide sepanjang di Cameron Highlands. RaihanF pula ditugaskan untuk mengambil gambar. Tangan dia lebih berseni kalau nak dibandingan dengan tangan aku. Selesai booking bilik melalui Agoda. Dulu tak tahu macam mana nak buat online booking, sejak dua tiga menjak saja baru pandai. Mulalah aku rancang perjalanan. Kena fikirkan kesesuaian orang baru kahwin. Keinginan aku dan RaihanF tak penting sangat. Kami kena make sure kehadiran kami actually tidak mengganggu newlyweds.

DAY 1 (2 JANUARY 2013)

DARI PULAU PINANG KE CAMERON HIGHLANDS SINGGAH DI TEA PLANTATION BHARAT TEA

Bertolak pada pukul 09:00AM dari Nibong Tebal dan sampai di Bharat Plantations Tea House pada pukul 11:30AM. Kami hanya boleh check-in pada pukul 15:00PM jadi kami mengambil keputusan untuk melepak santai saja tanpa terburu-buru. Wajib untuk singgah di Bharat Tea Plantation - salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Cameron Highlands, pekena air teh tarik satu dua round sebelum meneruskan perjalanan. Duduk dulu sembang-sembang. Orang tak ramai pun. Adalah dua tiga keluarga. Mungkin sebab cuti sekolah baru habis jadi semua sudah pulang ke lubuk masing-masing. Lama kami melepak di Bharat Plantations Tea House. Sambil minum sambil cuci mata tengok keindahan alam tanpa sedar masa yang berlalu. Memang niat untuk kill time sebelum check-in. Boleh khayal duduk melepak kat sini. Tea House Bharat Tea ada tea stop di dua-dua jalan utama ke Cameron Highlands. Mereka yang dari Simpang Pulai boleh singgah di Tea Shop Bharat Tea dan mereka yang dari Tapah juga boleh singgah di Tea Shop Bharat Tea dari arah sana. Fair enough untuk pelancong. Tak adalah kena jalan jauh semata-mata nak melepak kat sini. Makanan dan minuman boleh tahan mahal. Tapi dah namanya bercuti haruslah tak berkira. 



Kami teruskan perjalanan. Dah tak guna aircond buka tingkap pula. Nyamannya angin yang masuk. Sejuk yang tak terlalu sejuk. Sampai di Equatorial Hotel Cameron Highlands. Hotel favourite kami sekeluarga kalau ke Cameron Highlands. Hotel ini luas dan cantik. Parking pun senang. Tak perlu nak berebut dengan pengunjung lain. Siap angkut luggage dan terus ke lobby tapi receptionist kata bilik belum habis kemas. Masih belum boleh masuk. Hurmm.. Aku memanglah dah senaraikan tempat-tempat menarik yang boleh pergi tapi aku ingat nak mulakan lawatan lepas masing-masing dah masuk bilik dan solat. Apa boleh buat. Jadi aku grab peta mini Cameron Highlands yang ada di kaunter dan bermesyuarat seketika dengan yang lain. Akhirnya kami bersetuju untuk ke Butterfly Farm yang berada berdekatan dengan hotel. Aku dah senaraikan dalam list antara tempat-tempat menarik di Cameron Highlands yang akan kami terjah. Entrance untuk ke Cameron Highlands Butterfly Farm memang bersebelahan saja dengan jalan masuk ke hotel. Bila bilik dah ready senang untuk kami balik ke hotel. Tak perlu jalan jauh. Walking distance juga jaraknya dari hotel yang kami duduk tapi aku sarankan untuk naik kenderaan. Lebih selesa.

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands,

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands,

Lama juga kami di Cameron Highlands Butterfly Farm. Bayaran masuk murah saja. Kebanyakan tempat-tempat menarik di Cameron Highlands semuanya murah-murah. Selama beberapa kali ke Cameron Highlands tak pernah pula aku teringin nak masuk ke Cameron Highlands Butterfly Farm. Jadi elok sangatlah pergi menjenguk bila dah ada kesempatan. Seronok juga sebenarnya. Dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti rumah rama-rama yang menempatkan lebih daripada empat puluh spesis rama-rama, pameran serangga, binatang-binatang reptilia dan amfibia, taman bunga, kedai souvenirs dan cafe. Rama-rama ada pelbagai jenis. Yang besar yang kecil yang colourful yang hitam putih semua ada. Yang dah mati kena pijak pun ada. Jadi sila jaga langkah kaki masing-masing. Nak menapak kena buka mata luas-luas tengok sekeliling. Kesian nanti kalau ada yang jadi arwah. Bukan setakat ada rama-rama saja. Ada juga binatang lain untuk kita tengok. Binatang-binatang reptiles ada banyak juga disini. Seram sejuk aku tengok. Tak berkenan sangat. Sesuai untuk bawa anak-anak datang. Boleh kenalkan anak-anak dengan jenis-jenis binatang reptiles.

CAMERON HIGHLANDS BUTTERFLY FARM

Adult - RM5
Children - RM3


Tengah sedap-sedap cuci mata tengok rama-rama pihak hotel call dan inform yang bilik dah siap kemas. Bolehlah kalau nak masuk. Syukur. Aku memang kepenatan sebab aku yang memandu. I need to lay down sekejap. Jadi beransurlah kami ke hotel dan menguruskan urusan check-in. Aku lupa nak snap gambar bilik tapi memang superb. Rasanya tak pernah lagi aku dapat bilik yang seluas itu. Ada satu katil besar dan ruang bilik yang luas. Macam boleh muat around lima atau enam orang. Memang puas kalau nak berguling-guling.

MAKAN MALAM DI PEKAN BRINCHANG CAMERON HIGHLANDS

Waktu petang kami hanya spend time dalam bilik sebab masing-masing kepenatan. Dah puas berehat sure perut pun lapar. Bersiap lepas solat and ready for dinner. Kami ke Pekan Brinchang which is around 15-20 minutes saja dari hotel. Memang orang akan cari makanan di Brinchang. Ada banyak kedai makan. But this time, kawasan Brinchang agak sunyi dan orang tak terlalu ramai. Kedai juga tak banyak yang buka dan tak semeriah selalu. Pusing punya pusing akhirnya ternampak satu kedai makan yang beroperasi. Sebelum kedai makan tu pula yang tutup haruslah kami cepat singgah dan order makanan. Alhamdulillah makanan sedap dan harga pun berbaloi. Lebih kurang saja dengan harga di kedai makan lain. So we enjoyed our food and lepas tu kami terus balik semula ke hotel. Masing-masing layan perasaan. Memang tak banyak pun aktiviti yang aku rancang untuk hari pertama. Kita balik hotel dan recharge energy diri dan apa yang patut. Lena tidur aku dan RaihanF. Seronok dibuai-buai angin nyaman Cameron Highlands. Selamat malam.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

38 comments:

  1. bila la nk g brcuti d sini..g cameron dulu time sek je..heheh..dh lama sgt tu..dok g genting je ms sblm kwen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous23 July, 2014

      skarang cameron dah tak sesejuk macam dulu. skarang sejuk tapi suam suam hahahaks..
      banyak pembangunan sangat dah.. CT dua kali je pergi genting. mak ayah tak berkenan so maksudnya memang tak akan pergi selalu lah..

      Delete
  2. bestnye..lama tak gi cameron highland

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous23 July, 2014

      hihiks.. kalau nak pergi elak time cuti sekolah.. terseksa.
      bukan bercuti namanya. atas tu boleh dok jem..

      Delete
  3. waaa bestnyaa jalan2 tempat sezukkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous23 July, 2014

      hahahaks.. ala sejuk mana sangat cameron ni :P
      awok jalan europe hahahahks..

      Delete
  4. wow... besttt tu pi cameron... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best.. memang tempat fav parents akak suka pegi..

      Delete
  5. rasa nak pergi sekali lagi pulak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi jom Scha kita jalan-jalan.. tapi tunggu jalan nak pi okay balik..

      Delete
  6. uik nape gambar x leh tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah boleh kan skarang T.T huwaaa ada masalah teknikal..

      Delete
  7. aikkk tahun 2013? I usha2 dulu.. Nanti i bawak bom tangan.... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaaa CT dah tak faham dah nape entri jadi tunggang langgang T.T
      kena cek balik satu per satu..

      Delete
  8. Cameron Highlands... tempat percutian favourite PLM sekeluarga ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi samalah PLM.. mak ayah pun suka pi sana =D

      Delete
  9. CH blom pernah smp lg. Teringin nk p tp blom ada rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi skrang dah banyak sangat pembangunan atas sana Kak Sue..
      but its still nice.. boleh plan jalan-jalan ngan family..

      Delete
  10. CT tak cakap nak pegi CH awal tahun hari tuu. kalau tahuu boleh jumpaa. heheheh. rumah ibu dengan abah dekat pahang jugak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani huwaaaa.. ni entry dua tahun lepas T.T
      ada masalah sikit dengan entry CT jadi semua tunggang langgang..

      Delete
    2. ok fineeee baru perasan. ehek. pasal apa jadi gituu. bertabah ye CT ^^

      Delete
    3. memang sedang menabahkan diri T.T

      Delete
  11. lamanya tak g cameron..:)

    ReplyDelete
  12. dah 2 kali sampai ke sana.. best, udara sejuk.. suka lepak kat ladang teh

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan.. nak rasa udara nyaman lari pi cameron ehehe..

      Delete
  13. Dah lama tak berjalan sini. Dulu time study kolej kerap juga dating kononnya dekat sejengkal. Hehe. Mesti nyaman kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. woaaah dating kat cameron.. rare ni. mesti dah lagi hafal selok belok..

      Delete
  14. kenapa gambar k header dan icon2 semua tak keluar ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaaa T.T masalah teknikal..
      skarang dah ada kan kan.. pelan pelan nak betulkan..

      Delete
  15. Last pergi CH masa anak sulung 3 thn la dia dah 14thn harus repeat ke sini nmpak gayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuiyooo lama sangat dah tu Kak Sofu.. boleh repeat lagi hehehe..

      Delete
  16. memang best la kan dapat pegi cameron..sejuk tu yang paling best..tetiba nak pegi kudasang pula..huhu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wwwoh Kak Wana.. kundasang best best.. tak puas rasa pergi dulu.
      ikut trip memang terkejar2.. kena pergi sendiri lepas ni..

      Delete
  17. Cameron highland tak pernah tak menarik. Kalau lama tak pergi mesti nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. penah sekali.. dalam setahun mesti kena pergi. hehe.. tapi skrang katanya makin panas. huurm..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.