MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 1.3 - ST. KILDA AND PENGUINS + LUNA PARK | SITI.YANG.MENAIP

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 1.3 - ST. KILDA AND PENGUINS + LUNA PARK

/
178 Comments
October 03, 2015
Entri sebelumnya di SINI.
14 September 2015

JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | AUSTRALIA MELBOURNE - ST. KILDA BEACH, PENGUINS DAN LUNA PARK. Walaupun kesenduan kerana kehilangan MYKI yang masih berbaki sebanyak 14AUD (RM44.50 approx), Kak Sal memang jiwa kental meneruskan juga perjalanan. She had to buy a new MYKI. Sedih. Banyak sangat drama yang terjadi. Kalau korang belum khatam episode lepas jangan lepaskan peluang untuk mengikut adegan-adegan terlajak over yang dibintangi oleh aku dan Kak Sal. Pergi ceruk mana mesti ada benda jadi. Di next destination pun ada juga nak berdrama. Parah weh parah. Hampir give up dipertengahan jalan tapi masih tabah berjuang.

BERIADAH GAYA MELBOURNIANS DI PANTAI ST. KILDA DAN MEMBURU PENGUINS ACAH-ACAH KEKWAT



Next destination adalah Pantai St. Kilda yang terletak agak jauh dari Melbourne City. Mengambil masa setengah jam nak sampai kalau menaiki tram dari Federation Square. Menaiki Tram No.16 dan turun di Stop-136 (St. Kilda Esplanade). Hasil pembacaan aku membuktikan, ada few stops di sepanjang Pantai St. Kilda dan agak mengelirukan untuk turun di stop yang mana. Aku sarankan korang untuk turun di Stop-136 (St. Kilda Esplanade) kalau korang berhajat untuk terus ke Pantai St.Kilda atau St. Kilda Pier. Kalau korang turun satu stop earlier atau stop selepas Stop-136, agak jauh untuk menapak. Kalau stamina tip top tak apa. Kalau dah acah-acah lemau macam kami, mohon jangan berlagak. Ada yang seret kaki nanti. Dah turun dari tram, silalah lintas jalan besar dan terbentang luas pantai St. Kilda di depan mata.

Umat manusia memang ramai. Melepak dengan kawan-kawan and majoriti kacak-kacak belaka. Ada yang bawa anak-anak beriadah bawa anjing-anjing bersiar yang berendam berkuak lentang dalam air pun ada. Kulit tenggiling gamaknya. Tak reti sejuk. Waktu ni suhu macam drop drastically. Aku dahlah pakai cardigan nipis kulit bawang, memang menggigil. Lindung belakang Kak Sal pun macam krik krik krik. Kak Sal dahlah 1/4 size aku. Ada hati nak nyorok belakang dia. Redha sajalah weh kena tiup angin nak melayang. Hari nak hujan pula tiba-tiba awan gelap mula bertandang. Tengah laut sana tengok gelap dan nampak hujan turun. Payung tak ada dan baju hujan tinggal kat rumah Cik Tia. Dalam hati jenuh berdoa semoga hujan tak sampai kat tepi pantai.


Niat utama kami ke St. Kilda adalah untuk hunt binatang kaki dua jalan kedek-kedek. Seharusnya nak menjejaki penguins. Antara binatang wajib tengok kalau dah sampai Australia adalah penguins. Selalunya orang akan beli tour ke Phillip Island dan tengok Penguin Parade di sana tapi emandangkan kami bercuti under strict budget yang tak berapa nak strict dan kami ke Phillip Island tak ikut tour, aku tak sanggup nak spend 24.50AUD (RM77.90 approx) hanya sekadar nak tengok penguins pulang petang. Plus, tak boleh ambil gambar. Hang bayar mahal tapi itu ini tak boleh. Memang kirim salam sajalah. Baik aku pergi Underwater World kat Langkawi sana tengok penguins. Tapi worry not kawan-kawan. Kat St. Kilda kita boleh tengok penguins dengan percuma. Free of charge. You read it right. Tapi hampa kena gigih menapak dan jangan give up. 

TENGOK PENGUINS DI MELBOURNE SECARA PERCUMA

Di hujung Pantai St. Kilda ada sebiji pier yang diberi nama St. Kilda Pier. Memang ada seketul saja pier kat situ. Semakin dekat dengan pier ada banyak batu-batu besar yang disusun sepanjang pantai. Aku ingat kat situlah tempat nak tengok penguins. Nampak pula ada couple standby camera baik punya. Serious ingat dia nak snap gambar penguins. Gigih aku lompat dari batu ke batu nak sampai kat couple ni. Aku nak tanya to make sure, betul ke ada penguins kat St. Kilda tapi kami sangat kecewa. Tak ada penguins di batu-batu yang banyak itu tapi di hujung pier sana. Melopong terus. Jauh weh nak menapak ke pier tu. Nampak macam dekat. Patutlah orang ramai menonong ke hujung jambatan. Dalam kesenduan kami menapak patah balik dan menuju ke pier dengan harapan penguins masih ada.

Sedang elok kami menapak, tiba-tiba kaki kanan aku cramp. Actually aku dah rasa sakit dari mula sampai lagi tapi aku buat tak tahu saja. Yokoyoko pula aku tertinggal dalam kereta MamiZ. Jadi tak ada any medication untuk muscle pain. Kalau layan sakit memang tak berjalanlah Melbourne. Perkara biasa sebenarnya bagi aku bila kaki cramp. Banyak jalan dengan keadaan pinggang yang tak berapa stabil. Kesian kat Kak Sal kena sama-sama duduk bertenggek tunggu aku relax sekejap. Hari pula makin gelap. Kak Sal ajak patah balik. Mana boleh patah balik pier dah kat depan mata. Sikit saja lagi nak sampai. Cannot. Kak Sal kata kaki dah sakit jangan paksa-paksa. No no no penguins dok tunggu. Maka aku gagahkan juga menapak. Akhirnya sampai juga. Tempat untuk tunggu Cik Guins pulang petang terletak di belakang pier. Ada pintu gate dan melangkahlah dengan yakin masuk ke kawasan jajahan penguins. 





Dah ramai orang tengah tunggu penguins.


Orang ramai dah mula ambil port. Aku dan Kak Sal kiranya antara yang lambat sampai dah ada drama tengah jalan. Cari port nak menempek nak ambil gambar. Kak Sal pula tunggu kat tempat lain. Mula-mula tengok ada belakang aku lepas tu hilang. Rupanya bertenggek kat atas membiarkan aku excited jakun seorang diri. Kawasan ni gelap. Ada lampu pun malap. Penguins super sensitive dengan cahaya. Jadi penggunaan flash camera adalah dilarang sama sekali. Tapi depa ingat manusia-manusia semua memang tak akan dengar cakap. Termasuk aku Nan hado yang mengikut arahan. Walaupun ada yang menjerit-jerit 'No flash' tapi semua pekak telinga saja. Penguins sensitive lampu flash yang berwarna putih / kuning. Tapi kalau lampu merah / biru okay saja. Since camera aku ada lampu merah, maka aku guna lampu itu sajalah untuk menyuluh. 

Lama kami tunggu dekat satu jam tapi tak muncul-muncul pun penguins. Naik rimas pula aku berdiri lama-lama menyelit sana sini tapi seekor pun tak nampak. Mujur sejuk jadi tak berpeluh. Ada few tourists yang mula argue. Aku pun macam nak give up tapi mujur tak jadi. Tiba-tiba bunyi mengepak-ngepak dalam air. Macam raaaaaamai saja gayanya penguins yang nak mendarat. Kalut riuh semualah orang yang ada kat situ. Aku yang super jakun pun sama naik. Standby dah camera. Aaaa memang comel dan katek. Berjemaah masing-masing panjat batu nak cari sangkar masing-masing. Aku serious ingat penguins di Australia besar macam dalam documentary or cartoon Happy Feet. Tinggi betis saja nak tengok yang besar, silalah ke Zoo Negara.cAku kerja snap gambar tapi seketul pun tak menjadi. Penguins jalan laju sangat. Ada seekor dua yang purposely berdiri atas batu dan posing kasi chance kami ambil gambar tapi itu pun gambar tak elok. Aku pun tak tahulah kenapa dengan camera aku. Jadi aku enjoy sajalah tengok penguins anak beranak balik. Kalau dapat pegang tu memang ranap kena picit.

Bila aku ingat balik, penguins muncul bila hari betul-betul dah gelap. When the sun dah completely terbenam baru nak balik sarang. Patutlah lama kami tunggu. Memang tengah senja. Means matahari masih ada. Manalah menghilang sepanjang hari bila malam tahu pula balik. Aku mengadu kat Kak Sal gambar tak jadi. Seekor penguins pun tak melekat. Kak Sal tarik aku pi kat satu sudut. Dia suruh aku suluh kat celah batu yang ada dekat situ sebab dia dengar bunyi bising. Aku pun suluh. Ada seekor penguins disitu. Cepat-cepat aku set camera dan flash dengan harapan gambar menjadi. Minta maaf siap-siap kat Cik Guins sebab nak guna flash.

Maaf terpaksa juga guna flash. Dapat pun gambar penguin.

Mentang-mentang aku ambil gambar guna flash riuh suara penguins aku dengar. Mesti tengah maki aku kaw-kaw punya sebab aku guna flash. Maafkanlah kakak dah terbang jauh nak mai tengok hang. Jangan kekwat sangat. Maka aku pun dengan hati yang gembira meninggalkan St. Kilda Pier. Dah dapat tengok penguins pulang petang dan dapat seketul gambar close up. Alhamdulillah tak sia-sia menapak jauh sampai cramp kaki. Alhamdulillah juga hari tak hujan walaupun awan mendung hitam berarak semua ada. Kami tinggalkan St. Kilda dan penguins untuk ke destinasi seterusnya. 

LUNA PARK MELBOURNE


Inilah dia Luna Park yang konon-kononnya terkenal. Memang aku terasa bagai seorang yang lunatic bila sampai depan entrance. Sendu yang amat. Memang kami sedia maklum Luna Park hanya beroperasi sehingga pukul 5.00PM saja tapi tak sangka bila tutup jadi seram macam ni. Terus tak ada selera nak berlama-lama. Kak Sal nak bergambar dekat pun aku tarik tak kasi dekat sangat. Jadi kalau korang nak datang Luna Park, silalah datang lebih awal. Menurut Cik Tia, Luna Park di Melbourne biasa-biasa saja. Tapi kalau dah sampai ke kawasan St. Kilda, teruskan saja cari Luna Park. Dah dekat sangat dah. Ambil gambar dengan mulut ternganga ni. Iconic. Depa kata iconic, ceq quote balik saja. Baik kita balik cepat Kak Sal sebelum ada yang mengikut sama menempek. Maka kami pun naik tram dan pulang semua ke Keppel Street. Sampai rumah Cik Tia hati sangat bunga-bunga. Acik Yati ada masak lebih untuk kami. Memang perut terjaga sungguh sepanjang di Melbourne. Tumpang kasih sayang Acik Yati. Dan akhirnya aku dapat contact Aimran setelah seharian aku seru nama dia sejak kaki cecah bumi Melbourne.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

178 comments:

  1. gigih betul siti menjejak cik Guins tu ye..
    Alhamdulillah dapat jua berjumpa dengan cik guins dan ada sekeping gambar buat kenangannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun dah tengok Cik Guins di Langkawi dan Zoo Negara..
      tapi dah sampai tempat orang katanya kena juga cari apa benda wajib buat.. tu yang terjah juga cari tempat Cik Guins..

      betul tu kak.. dah dapat sekeping memang puas hati sangat =)

      Delete
  2. Suka baca cerita siti walaupun penuh drama tapi ada unsur kelaka. Baru tau yg penguin ni rupanya sensitif pd cahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh terima kasih kak.. kadang kena serious.. kadang kena santai..
      tulaaa tapi kalo siang macam mana ? tak kan diorang nyorok dalam air..

      Delete
  3. igt td terslh blog igt blog sal ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehhe.. CT pinjam gambar Kak Sal..
      gambar itew tarak yang comel2 nak tepek kat blog..

      Delete
    2. hahaha...Ct pemalu plak

      Delete
    3. hehehe sebab gambar2 iols kat sini tak lawa.. hahaha..

      Delete
  4. comelnya....cik guins tu kalau bw blk malaysia ok x? hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleeeeh Anies boleh.. lepas tu awak jaga eh ? hahaha..
      kami tak tolong tau =D

      Delete
  5. strict budget tak berapa nak strict..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha yang went thru faham kan.. acah2 berjimat tapi boros hahaha =D

      Delete
    2. nampak makanan macam-macam terus lupa diri

      Delete
    3. ahaha part makan muka masing2 redha tak convert nilai dah.. janji nampak sedap..
      ngap terus kenyang padahal lepas tu nangis pikir harga.. hahaha..

      Delete
  6. disclaimer : gambar atas tu bukan muka penat, tapi tngh gigil menahan sejuk..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha.. okay Kak Sal dah buat pernyataan press okay.. jangan tuduh melulu dah =D

      Delete
  7. memang cik guins tu, akak dok layan perasaan tetibe berbunyi-bunyi...nak join sekali ler tu.rezeki Siti la dapat tangkap gambo dia walau terpaksa langgar peraturan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe akak ingat CT jerit minta maaf nak tekan flash.. lepas tu makin bising Cik Guins semua.. hahaha maki kita bakul2 tu kak hahaha..

      penat je CT tonggeng2 panjat penghadang tu.. rupanya ada yang lagi dekat..

      Delete
  8. cantik2 la gambar..puas hati tengok..penguins ni sebenarnya warna apa..macam biru2 pun ada..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe tatau la kak.. kelabu dark blue dengan hitam kot.. tapi kalau yang kat artic tu hitam kuning kot.. ni kecik cinonet je kak.. kalo pegang memang elok picit-picit haha..

      Delete
    2. tak nampak kak, sebab malam

      Delete
    3. tapi malam je kan diorang menjelma.. kalau siang tatau la menghilang ke mana..

      Delete
  9. Dah lama tak singgah blog ni :) dah lawa sekarang blog :D bestnyaaaa dapat pegi jalan3 kat sana. . Pernah tgk penguin dkt underwater world langkawi je ..hehe .. meh jemput datang rumah baru kita http ://kimchaa.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. awat dulu buruk eh ? okay memang la dulu sendiri tadak selera nak tengok =P
      insyallah eh nanti CT jenguk rumah KimChaa eh.. tunggu jap jap hehe..

      Delete
  10. Wahhhh..CP hanya mampu tengok Cik Guins di Underwaterworld langkawi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeeh CP !! percayalah.. Cik Guins kat Underwaterworld Langkawi lagi besar dan puas tengok.. ini kalau dah alang2 sampai ke Melbourne bolehla hunt..

      Delete
  11. wah dpt juga tengok penguin yg comel tu ...baru tahu di melbourne pun ada penguin ingatkan di artik saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Australia ada penguin kak tapi kedek2 je.. memang spesis yang kecik.. CT ingat penguin kat Australia besar macam tengok kat zoo.. laaahai comel sebenarnya..

      Delete
  12. best no pi tengok penguins ...kedek-kedek dia jalan .
    dulu2 akak ingat pengu ini besaq rupanya kemetot saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Guins kat Australia memang kedek2 kak.. ehehe.. samalah..
      ingat besaq tengok alaaahai.. minta kena penyek je hahaha..

      Delete
  13. comelnya penguins! rasa cam pelik pulak penguins tu tak duduk kat tempat yg sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe teringat kartun penguins Madagascar.. balik ke artic ketaq-ketaq haha..
      sejuk sini yang.. gigil2 kami.. ada spesis jugak kot Cik Guins ni..

      Delete
  14. bestnya!!!.... SYM kena beli kamera baruuu tu..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa ??? kena beli kamera baruuu ?? apaaaa ??? *pengsan

      Delete
    2. ehehe ada yang nak sponsor tak apa jugak Ahlam.. tengok poket sendiri boleh pedih mata =P

      Delete
  15. Replies
    1. terima kasih Uncle.. lagi gigih nak menulis dengan lebih baik ni =D

      Delete
  16. Replies
    1. memang comel.. rasa nak picit-picit hahaha..

      Delete
  17. Rupanya banyak tempat lagi yang PLM tak pergi...cuti pun sekejap sangat masa tu...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe PLM lompat2 negeri jadi sekejap saja masa kan.. tak apa.. ada alasan untuk repeat.. kalau CT pun ada kesempatan pergi lagi akan pergi.. banyak lagi tak tengok..

      Delete
  18. Apa ni kakak main flash2.. org xsuka laaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha jangan kekwat sangat laaa.. retis sangat tau tanak flash2 haha..

      Delete
  19. len kali kakak bawak kasut roda cepat skit sampai hujung tu.. kan dah cramp kaki.. tapi mental kena kuat baru badan kuat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha hang nak kata mental tak kuat ke ni Suida ?? haaaa Suida ?? hahaha..

      Delete
  20. I all tgk penguin kat underwater world ja.. dia xmarah pun guna flash..hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha Suida over !! tapi memang penguin kat Underwater World lagi besar-besar..
      cuma yang ni real experience la.. tengok diorang pulang petang dan masuk sarang..

      *modetakmaukalahdenganSuida..

      Delete
  21. kak sal buat muka ayu ka muka ngantok tu? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Kak Sal dah explain awal2 dah Suida.. tu muka tahan sejuk hahaha..

      Delete
  22. CT!!!!! lama nya x main-main kat sini...jap tinggal jejak dulu...pastu datang balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaaa tu la tu la.. lama dah tak jenguk blog itew..
      tapi ahkak kan bizi.. banyak peminat nak kena terjah jadi i is okay saja..

      Delete
  23. penguinnn.... arghh sgt jeles..dpt live penguin...


    ada sekor penguin kat saya buat tdo malam2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dapat gambar je ZF.. kalau dapat pegang baru layak nak jealous..
      ada orang jual tau daging penguin.. sanggop tak ? hewhew..

      Delete
  24. elok sgt la... sejuk2 menempek lindung belakang kak sal...hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahahaha tak ada gunanya berlindung belakang Kak Sal.. angin still menderu2..
      menggigil2 jugak hahaha..

      Delete
    2. berlindung belakang kak sal..macam berlindung belakang tiang je

      Delete
    3. hahaha rasa macam tak patut je duduk blakang akak.. tak sampai hati =P

      Delete
  25. day 1.3? mcm mana kira tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha tambah semua.. bahagi sama rata =D

      Delete
  26. Replies
    1. memang cantik Mummy.. kalau boleh nak duduk lama lagi.. tapi huhuhu..

      Delete
  27. hilang MyKI or or aa2 pun boleh terjadi semasa travel so BERTABAH lah...nasib baik si Sal tu x st sis JM..mesti menyesal x sudah dan x puas hati sbb kelalaian sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi macam akak cakap la.. ada banyak kemungkinan.. kena ada backup kan..
      hehehe Kak Sal stress tu tapi saja dia sorok.. dia buat buat cool je.. CT pun sama-sama stress bila kad dia ilang..

      Delete
    2. menyesal pun bukan boleh buat apa..hahaha.nangis meraung-raung bukan dapat simpati orang Australia

      Delete
    3. ahaha akak tak cuba pun meraung2.. tah2 ada orang banje MYKI baru =D

      Delete
  28. Stop-136 (St. Kilda Esplanade)? okey noted...penjelasan CT memudahkan sis JM preapare itie hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nak pergi tu.. nak ekot !! hahaha.. banyak lagi tak tengok..

      Delete
  29. sejuk ke? tgk kak Sal ko pakai blouse biasa je tu..x rasa sejuk ke dia tu...dah lah kurus x de lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk kak.. memula around 17-20 saja.. santai la kami masing-masing tak pakai jacket ke apa.. sekali petang tu drop sampai 7-8 hamek kau.. satu lagi sebab tepi laut kot.. angin memang over kuat.. gigil-gigil laaa baju nipis..

      Delete
    2. masa keluar rumah memang bawak jaket biasa je, dah dekat malam baru start sejuk..

      Delete
    3. sebab kita confident cuaca tak drop.. konon kan sunny dan warm hamek kau haha.. sebab kita belagak kulit tenggiling cem mat minah saleh kat sana.. ahahaha..

      Delete
  30. psst...CT! yang handsome tu kan..hurmmm x minta bergambar ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe gambar diorang ada je kami curi-curi ambil.. tapi ada jugak yang mintak nak bergambar dengan kami.. pakcik2 tuaaaa hahaha.. tapi still handsome =D

      Delete
  31. kalau mahal camtu just leh tgk je mmg x berbaloi..sis JM pun x nk lain lah kalau leh bergambar ngan peguin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak berbaloi.. tapi kalau dah beli pakej ke Phillip Island memang Penguin Parade masuk siap dah dalam pakej.. tapi kami tak beli tour tu.. kami pergi sendiri..

      Delete
  32. aduhai sejam menunggu nk dapat gambar cik guins tu kalau sis JM mmg dah fedup..lama kot..lagi pun dah pernah tgk penguin ni di Gold Coast..mmg puji lah kegigihan CT tu
    peguin tu jantan ke betina

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe tak terasa pun sebenarnya sebab orang ramai.. and ada sembang-sembang dengan tourist dari negara lain.. ada juga jumpa orang Malaysia jadi dalam dok sembang2 tu dah sejam.. tapi semua senyap bila bunyi ngepak2 tu.. xcited semua..

      akak !!! maacam mana nak cek >.<

      Delete
    2. kalau dah pernah tengok kat sea world, gold coast memang tak kisah sangat, kak JM..hihi.tengok show lagi

      Delete
    3. amboihlaaa dedua orang ni.. mentang2 da sampai GC huurm.. xpa xpa..
      nanti iols pulak pegi sana tapi adeh ceq tak berkenan main2 rides tu semua..

      Delete
  33. habis..kaki CT yg cramp tu mcm mana...balik sapu minyak x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cramp tu kejap je kak.. 10 mins macam tu.. normal sebab kalo jalan banyak memanglah..
      beli muscle pain 9AUD hahaha.. telan air liur laaaa tengok duit melayang hahaha..

      Delete
    2. muscle pain cream 9AUD, mahal tu yang terus hilang cramp..hihi

      Delete
    3. and that muscle pain cream tu ceq tinggal kat rumah Cik Tia.. lalalala.. habuan Cik Tia menyapu pain relief balik lab tengah malam ahahha..

      Delete
  34. assalamulaikum ct :-))
    comelnya peguin tu...subhanallah jernihnya air laut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun kalo tengok keadaan pantai tu cantik lagi pantai kat Penang.. tapi air dia jernih.. haaa kalo kat Penang keruh sikit la..

      Delete
  35. Kecil je penguinnya. Ingatkan penguinnya besar-besar dan gemuk-gemuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaaa.. akak pun ingat cem tu.. tinggi pinggang ke kan.. alahai kemetot..

      Delete
    2. amboi, kalau tinggi pinggang takut akak

      Delete
    3. ahahaha over imagination tapi actually memang harap tinggi2..
      macam dr. love dalam surf up tu ke.. gituuu =D

      eeh.. surf up ke happy feet ha.. tak ingat dah..

      Delete
  36. wah bestnya,kak.comel cik Guin tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe comel kan.. puas kalau dapat picit-picit skali..

      Delete
  37. hihihi...berjalan tu perkara biasa...kalau Sally ikut iti kak Nadia...mmg spesis berjalan 20 jam tanpa henti tanpa makan...kebal gila kan..kekekeke

    balik KL mendapat la kau

    ReplyDelete
    Replies
    1. huahua.. adus 20 jam tanpa henti ? adeeeeh.. kenot lah cemtu.. ni pun memang dah pack habis dah rasa walaupun pukul 10 wajib sampai rumah..

      Delete
    2. tau takpee! hahahaha...tapi kalau berjalan selalunya tak terasa sangat...dah nak dekat sampai rumah @ hostel tu...mulaaa laaaa penat tu jd melampauuu gilaaa

      Delete
    3. mula rasa nak seret kaki kan ? macam adeh jauhnyaaa rumah/hostel padahal dah dekat dah.. hahaha.. lepas tu balik terbungkang terus..

      Delete
  38. BESTNYA... i wish i berpeluang dan ada rezeki melancong ke AUSSIE, TURKEY, ITALY &SPAIN dalam 2 tahun lagi, insyaallah. Best tengok u pi aussie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin ya rabb.. moga murah rezeki.. consisten menabung itu penting walaupun perit tapi manisnya akan terasa jua =D

      Delete
  39. Ekekeke comel gila Cik Guins :). Dapat tangkap sekor bawak balik Mesia tu memang kena picit sampai kurus agaknya, hiks :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha kita gilir-gilir picit.. buli Cik Guins kan kan.. padan muka dia.. hahaha..
      geram betoi haih kedek-kedek haha..

      Delete
  40. cik [peng..omy so awesome..even tunggu lama bersempit dpt jmpa sekor pun
    sangai berbaloikan siti..maklumlah ngara kita mana la ada..
    best jalan2 dgn sal ya :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeh Sobri.. nama dia Cik Guins la.. isk dia tukar nama plak.. hewhew..
      syok gak bersempit2 tu ahaha.. jumpa macam2 orang.. yang marah2.. yang rilek cool semua ada.. nampak gak la prangai2 orang.. best dengan Kak Sal =)

      Delete
  41. Auch ! Cik Guins sangat comel.. memalu kucing gittew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak.. nanti Cik Guins keliru identiti awak.. dia Cik Guins ke dia kucing ? hahaha..

      Delete
  42. Subhanallah...canteknyer pemandangan..... dapat bayangkan macamane cik guins jalan terkedek2 ...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang kedek-kedek saja.. sebab diorang katek-katek..
      lagi geram rasa nak penyek diorang tu hahaha..

      Delete
  43. Cik CT syg...next time jgn lupa bawa Yokoyoko tau.. nasib baik cramp skjap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaaa itu memang bekalan wajib nak travel Cik Mimie..
      tapi dat day beli lambat so main pegang je ngan plastic tu yang tertinggal..

      Delete
    2. Benda nak jadi kan.. nasib baik tak teruk :)

      Delete
    3. ehehe kejap je dalam 15min.. memang kalo travel akan jadi sekali at least..

      Delete
  44. Eh, comelnya Penguin tu..hehehe.. tetiba teringat cerita kartun Pingu.. Pingu yang sepatah haram tak paham dialog dia..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha tak faham tapi ngekek2 gelak kalo tengok kan kan ? hahaha..

      Delete
    2. aah..kelakar tengok gelagat dia.. hehehe..berebut makanan lah..kena simbah dgn air lah..hahaha..

      Delete
    3. ahaha tu lagi lawak.. dalam tak faham tapi melekat depan TV kan..

      Delete
  45. Luna Park... mulut besar ternganga tu boleh jadi igauan ngeri dalam mimpi..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimpi ngeri kami berdua.. yang dapat pergi time bukak cantiklah kot tempatnya..

      Delete
    2. Next time pergi awal2... tengok ada apa dalam mulut yg ternganga tu..hihihi

      Delete
    3. ehehe macam funfair je Cik Mimie.. tapi dia punya games kat dalam tu seram2..

      Delete
  46. Alhamdulillah..bestnya..nak kena kompol pitis juga ni mana tau 10tahun lg dpt smpai sana gak..kena jual petai laa gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe tanam dulu petainya Kak Murni.. dah ada ladang petai mana tau boleh export keluar negara kan.. tokey petai terus you.. hehehe..

      Delete
  47. owh melbourne! rindu melbourne.... rasa nak repeat lagi trip ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaaaan !! kalau aku kayaaaa.. memang repeat lagilah..

      Delete
  48. Fuuhhh punya la mencabar nak dpt tengok sekor pun yer ct.. tapi puas hati la at last jumpa jugak..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cabaran sungguh.. kalau kata banyak duit kan kak.. pergi je lah join tour daripada susah-susah gini.. banyak ada gak tapi gambar sekeping je menjadi..

      Delete
  49. Wah best nya..hr tu tgk kt lkawi ja lah cik guins ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Langkawi tu 4x ganda besar daripada yang kat Melbourne kak.. CT tengok gak yang kat Langkawi tu and ingatkan samalah rupanya yang ni kedek-kedek..

      Delete
  50. aaaaaaa mesti comel yakmat sangat kannnnn... patut la dorg balik bila hari dah gelap. dorg kan tak suka cahaya. padanlahhhh. haishhhh nampaknya hanya mampu nengok si penguin ni dalam zoo negara aje laaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Zoo Negara tu lagi besaq kak dari yang kat Melbourne.. lagi puas hati tengok walaupun dalam kaca jer.. ini walaupun dekat tapi acah-acah tinggi betis pun tak sampai..

      Delete
  51. Alahai cutenyer Cik Guins tu... Rasa macam nak bela. Haha ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo boleh bela best kan ? hari2 boleh picit hahaha..

      Delete
  52. bestnya Melbourne..comel je cik guins tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak.. kalau ada duit memang repeat lagi..

      Delete
  53. Bestnya jumpa cik quins.. Hihi biasalah.. Memang akan frust kalau gambar tak jadi. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang geram sungguh tau Wardah.. syukur menjadi jugak seketoi..
      ada kenang-kenangan nak bawak balik..

      Delete
  54. kitaorang tak pergi pun st.kilda...macam x lengkap je pergi melben kalau x datang sini kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. okaay itu tandanya kena repeat lagi.. huhu..

      Delete
  55. seronok nye jumpa cikguin! jauh tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kalau tak dapat gambar memang rasa rugi sangat..
      dah datang dari jauh.. menapak pun jauh.. syukur dapat jugak seketoi..

      Delete
  56. Alahai..... Sempat pulak nak cramp...
    Errr kemain gigih ye tangkap gambar Cikgu Ins... Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha itulah KTC.. adeh kaki nak krem pulak..
      nasib Kak Sal sabar tunggu tau.. kenalah gigih yang.. jauh datang =)

      Delete
  57. wow... penguin :)
    hmmm pengalaman terbaik ni siti.
    view pun Allahu Akbar... perfect.
    berbaloi terbang jauh ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa.. CT baca kat blog Kak Kiah.. dia datang sini buru Cik Guins..
      jadi nak jimat tak perlu keluar duit kenalah tabah datang sini..

      Delete
  58. Bestnya. Gambar suma cantik². Dapat juga bertentang mata dengan cik guins ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe bertentang mata walaupun macam kena marah sebenarnya =P

      Delete
  59. wah...akhirnya berjaya juga dapat gambar penguin up close
    cantik ye view dia...tumpang tengok ka sini
    dan baca ajelah cite CT ni
    dapat juga berangan macam ke sana...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Kak YY mana tahu.. dok tengok2 haa ada rezeki sampai..
      amin.. okay.. akak mengembara dengan CT k.. jom sama2..

      Delete
  60. alahai cik penguin.. kalau ada salji lg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada salji memang best yang amat Nina..
      ada tapi kena pi kat gunung.. ada lagi sikit2 katanya waktu tu..

      Delete
    2. Ye ke ada.... rasanya x de... hihihi

      Delete
    3. time tu ada lagi kak.. ada kakak blogger sorang pergi lepas kami balik ada banyak lagi snow.. Mt. Buller pun ada lagi orang main ski sebab kami ada cek.. tapi tak pergi..

      Delete
  61. cantiknyeeee air dia....jernih jerrrr....mesti sejuk air dia kan???? kalau leh mandi kat situ bestnyerrrrrr......hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ada yang mandi time ni DM.. budak2 kecik ada beberapa orang yang berenang kat pantai tu.. entahla sejuk ke tidak tak try celup jari ehehe..

      Delete
  62. comel nyer cik guin tuhhhh.....rasa nk picit jerrrrrr.......eeeiiii...gerammmmmmm tengok dia....agak2 dia patuk x kalau kita tgkap dia??? hahhahaha...soklan tah pape

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha sbenarnya CT ada keinginan macam tu jugak.. nak pegang tapi takot.. yang dalam gambar tu paling dekat tu sebab tak zoom sangat.. tu pun Cik Guin da bising2..

      Delete
  63. Hai guin.... wait for me yeah.... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe are you going to hunt them ? gud luck kakak =)

      Delete
  64. Untong lah ko ada kak sal yg baek hati tu...
    Manja bkn main ye dak tecik ni... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ala kasi la chance.. itew tadak kakak.. Kak Sal melayan =D

      Delete
  65. netullah . klu dah nampak comel camtu , mesti rasa nak pegang dan picit . lagi ekstrim bawak masuk tido ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kalau dapat picit2 memang nak sangat picit2.. ehehe..

      Delete
  66. chptr 4- tak sia-sia menapak jauh ya..priceless tu pengalaman tgok penguin di habitat sndiri,tak sama macam yang di seaworld,zoo etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu kak.. alhamdulillah tak jadi patah balik..
      kalau tak mlepas pngalaman berharga =)

      Delete
  67. ok stop sini dulu bom hihihi maaf deh

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.