Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 10.0 Osaka Amazing Pass, Osaka Castle Museum, Cruise Ship Santa Maria, Tempozan Giant Ferris Wheel & Makan Malam Di Halal Meitei Naritaya Osaka Minami Dan DotonboriAL MENTEI NARITAYA OSAKA MINAMI + DOTONBORI | SITI.YANG.MENAIP

Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 10.0 Osaka Amazing Pass, Osaka Castle Museum, Cruise Ship Santa Maria, Tempozan Giant Ferris Wheel & Makan Malam Di Halal Meitei Naritaya Osaka Minami Dan DotonboriAL MENTEI NARITAYA OSAKA MINAMI + DOTONBORI

/
20 Comments
February 15, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
13 December 2017 (Rabu)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : OSAKA AMAZING PASS 1 DAY + OSAKA CASTLE MUSEUM + CRUISE SHIP SANTA MARIA + TEMPOZAN GIANT FERRIS WHEEL +  MAKAN MALAM DI  HALAL MENTEI NARITAYA OSAKA MINAMI DAN DOTONBORI. Hari terakhir di bumi Jepun sebelum berangkat pulang ke Malaysia esok harinya dipenuhi dengan jadual meronda sekitar Osaka. Jujurnya aku dan Ain sangat penat. Perjalanan sepuluh hari di Jepun memerlukan tenaga dan stamina yang tinggi. Memandangkan hari ini kami hanya akan pusing sekitar Osaka saja, kami tak terkejar-kejar sangat nak keluar awal. We took our own sweet time bersiap. Ada beberapa tempat menarik sekitar Osaka yang kami target nak pergi dan beberapa tempat lain sekadar alternatives sekiranya terpaksa ubah perancangan asal.

OSAKA AMAZING PASS 1 DAY

Selain daripada membeli Kansai Wide Area Pass, kami beli Osaka Amazing Pass 1 Day untuk kegunaan satu hari. Ada juga option untuk dua hari. Rujuk SINI. Osaka Amazing Pass boleh dibeli secara online atau beli saja ketika mendarat di Kansai Airport Information Counter. Harga Osaka Amazing Pass 1 Day hanyalah 2500YEN (RM91.50 approx) tapi bila ditambah tolak harga entrance fee kesemua tempat yang kami pergi dan tambang subway nilainya lebih dari harga pass. Sangat-sangat berbaloi lebih-lebih lagi kalau kita akan berada lama di Osaka. Dengan menggunakan Osaka Amazing Pass, kita boleh naik Osaka Subway with unlimited rides. Apa benda Osaka Amazing Pass ni ? Seperti yang kita semua tahu, kat Jepun ada berpuluh-puluh jenis passes. Lain tempat lain kawasan lain passes yang digunakan jadi kenalah pilih betul-betul. Kami dah guna Kansai Wide Area Pass untuk cover perjalanan ke Himeji, Kobe, Nara dan Kyoto dan dengan menggunakan Osaka Amazing Pass, kami dapat cover lebih kurang tiga puluh tempat-tempat menarik (tourist attractions) sekitar Osaka dengan harga yang sangat menjimatkan. Nak cover semua dalam masa sehari memang tak sempat jadi kita pilih saja yang mana paling berbaloi. Satu pass saja diperlukan untuk kita access ke banyak tempat-tempat menarik sekitar Osaka. Well it is not practically free sebab kita dah bayar harga pass, tapi untung banyak sangat. Jimat dari pelbagai sudut. Bila kita beli Osaka Amazing Pass, kita akan dapat pass dan beberapa keping discount coupon. Menarik juga boleh digunakan untuk dapat potongan harga entrance fee di beberapa tempat-tempat menarik sekitar Osaka. Jangan lupa bawa discount coupon bersama pada hari Osaka Amazing Pass digunakan kalau tak memang sia-sia.

** Ketika entry ini ditulis, ada lebih banyak options tempat-tempat menarik sekitar Osaka yang boleh dilawati dengan hanya menggunakan Osaka Amazing Pass. Bersesuaian dengan musim. Rujuk SINI

OSAKA CASTLE MUSEUM

Destinasi pertama yang kami tuju adalah ke Osaka Castle Museum. Aku memang bukan orang minat sejarah seni bina dan yang seangkatan tapi tak tahulah tergerak hati nak pergi sana pula that day. Mungkin sebab tak masuk Himeji Castle jadi rasa kena juga masuk salah satu istana yang ada di Jepun. Osaka Castle dah diubah suai jadi museum dan ada observatory deck. Ada banyak station yang boleh access untuk ke Osaka Castle. Boleh naik bus juga. Dari tempat penginapan korang elok fikir station mana paling dekat. Semua station pun kena jalan banyak lebih kurang lima belas minit tapi cuaca sejuk jalan slowly okaylah not bad. Dari Shin-Osaka Station, kami naik JR Train Tokaido Sanyo Line ke Osaka Station dan tukar ke JR Train Osaka Loop dan turun di Morinomiya Station dan menapak ke Osaka Castle. We just followed which ever route suggested by Google Maps. Orang sangat ramai tourists dan juga lawatan-lawatan pelajar sekolah di Jepun. Bagus semuanya mengikut arahan tour guide. Kami berlegar-legar di perkarangan dulu sebelum masuk ke dalam Osaka Castle. Datang tadi kami naik JR Train menggunakan Kansai Wide Area Pass jadi Osaka Amazing Pass masih belum active. Nak masuk ke Osaka Castle kena scan dulu ticket barulah pekerja di counter ticket tanya untuk confirmkan penggunakan Osaka Amazing Pass 1 Day Pass. Tak perlu bayar apa-apa tapi kalau walk-in, entrance fee sebanyak 600YEN (RM21.96 approx) akan dikenakan.



Permandangan dari observatory deck Osaka Castle.




Masuk ke Osaka Castle terus dibawa naik lift ke tingkat atas. Tapi penggunaan lift adalah sangat limited. Boleh naik saja tak boleh turun. Jadi nak turun kena guna tangga. Ada few levels yang tak boleh langsung bergambar jadi sila ikut peraturan. Kami nak pergi observatory deck sebenarnya. Yang bab sejarah dan interactive videos semua tak berapa minat. Nak ke observatory deck kena naik tangga. Tabahlah memanjat tangga curam dan sempit. Tapi bagus sebab tangga naik dan turun diasingkan tak payah berebut bersesak-sesak. Kawasan meninjau pun sempit jadi kena bertolak ansur dengan orang lain. Paling bising off course pelancong-pelancong China pening kepala dengar suara macam guna mic. Orang lain pun nak bergambar nak bercuti tapi tak bising riuh. Dimana-mana pun sama saja perangai diorang. Lepas puas cuci mata kami gerak pula ke destinasi seterusnya. Singgah sekejap di kedai-kedai depan Osaka Castle mencari icecream green tea tapi terus tak jadi beli. Kami nampak penjual yang sama baru lepas pegang sausages goreng dan dia juga yang pegang cone sambil press mesin icecream. Oh no.. Dan ramai orang Islam (since they were wearing hijab) beli. Tekak rasa loya tak apalah tak dapat icecream pun. Kalau tak nampak tu memang kami pun dah selamat beli rasanya Allah nak lindung. Jadi kawan-kawan.. Please next time tengok betul-betul jangan meluru beli saja. So much kita rasa teruja nak membeli dan mencuba, yang basic jangan lupa.

CRUISE SHIP SANTA MARIA DAY CRUISE

Meninggalkan kawasan Osaka Castle kami terus ke kawasan Osaka Bay. Ada banyak tarikan menarik disini yang boleh kita terjah menggunakan Osaka Amazing Pass dan juga discount coupon yang diberikan. Kami patah balik ke Morinomiya Station dan terus ke Osakako Station menaiki Osaka Subway Chuo Line (Green). Guna Osaka Amazing Pass saja scan ticket. If not, tambang sehala saja sudah 280YEN (RM10.25 approx). Dari Osakako Station dah boleh nampak Tempozan Giant Ferris Wheel tapi itu kita tinggalkan sekejap. Kami nak kejar Cruise Ship Santa Maria dulu nak tengok departure time untuk next cruise. Rezeki kami elok sampai next trip akan berlepas. Terus scan beratur tunggu nak naik kapal. Dengan menggunakan Osaka Amazing Pass, kita hanya boleh pilih salah satu saja Santa Maria Cruise yang kita nak sama ada Day Cruise atau Twilight Cruise. Kena tengok tarikh dan waktu operasi juga. Rujuk SINI. Harga ticket walk-in adalah 1600YEN (RM58.56 approx) untuk Day Cruise dan 2100YEN (RM76.86 approx) untuk Twilight Cruise. Memang jimat banyak dengan menggunakan Osaka Amazing Pass. Syukur sempat beli Tuna Onigiri di Family Mart buat alas perut. Marilah kita naik Cruise Ship Santa Maria Day Cruise menyusuri Aji River.

Replica kapal Santa Maria yang digunakan.

Open deck kapal Santa Maria.

Ada restaurant toilet dan lower deck. Ada tempat duduk dan pameran sejarah.

Kapal cruise orang kaya dan Tempozan Giant Ferris Wheel.






Ini replica Christopher Columbus - Santa Maria adalah kapal pelayaran terbesar yang pernah digunakan oleh Christopher Columbus untuk belayar.

Lama jugalah bersiar-siar naik Santa Maria. Nampak roller coasters dan dengar jeritan-jeritan rupa-rupanya itulah Universal Studios Japan. Kami tak pergi sebab masing-masing bukan jenis yang minat theme parks. Tapi kalau ada masa lebih sampai juga rasanya. Hihihi.. Angin sangat kuat dan kencang plus sejuk. Semua sudut penuh orang jadi kami decide untuk ke lower deck. Orang tak ramai pun semua tertumpu bergambar di upper deck. Tanpa sedar akhirnya kami tertidur satu round sampailah kapal berhenti dan pengumuman dibuat. Baik punya pengsan tak tahu apa jadi diatas. Itu tandanya kami ni dah penat sangat sampai boleh tertidur. Macam lama tidur sebab terjaga rasa fresh. Buruk perangai.. Nak tidur make sure barang-barang berharga kepung baik-baik. Lena-lena pun berwaspada jugalah. On the way patah balik ke Tempozan Giant Ferris Wheel, kita akan lalu Osaka Aquarium Kaiyukan. Menarik sangat building ada replica ikan besar. Sekali tengok dari luar macam tak percaya itu aquarium tapi itulah sebenarnya aquarium lapan tingkat, antara yang terbesar didunia. Nak masuk boleh tapi tak tersenarai dalam list tempat-tempat menarik menggunakan Osaka Amazing Pass. Tapi kita boleh guna discount coupon yang diberikan. Dapatlah discount 100YEN seorang. Tambah tolak darab bahagi walaupun menggunakan discount coupon harga masih mahal sebanyak 2300YEN (RM84.18 approx). Disebabkan duit YEN makin menipis kami tak jadi masuk. Boleh rujuk entry INI kalau berminat nak masuk. Rasa menyesal pula tak masuk sebab seronok rupanya. Kalau ada rezeki kembali ke Osaka, memang aku nak masuk.

TEMPOZAN GIANT FERRIS WHEEL

Aku rasa semua orang pun tahu Tempozan Giant Ferris Wheel ini adalah famous di Osaka dan wajib naik sekiranya dah sampai ke Osaka. Kalau nak view lagi cantik datanglah senja in between hari masih cerah dan bertukar ke malam. Kami tak ada masa nak tunggu jadi terima saja waktu apa pun. Menggunakan Osaka Amazing Pass, kita scan tiket saja. Kalau walk-in harganya hanyalah 800YEN (RM29.28 approx). Ada dua options, nak naik gondola lantai kaca atau bertutup. Obviously yang lantai kaca panjang beratur berbanding yang bertutup. Satu pusingan penuh mengambil masa kira-kira lima belas ke dua puluh minit. Seronok dan tenang saja tak terasa pun berpusing. Cuma bila dah sampai di altitude yang tinggi kembang jugalah kaki sebab nampak bawah. Naik waktu siang ni advantage adalah nampak segala-galanya dengan jelas. Sejenis yang gayat memang penakut sikit. Permandangan Osaka Bay dan kawasan sekitar adalah sangat cantik. Nampak Akashi Kaikyo Bridge (lalu menaiki Cruise Santa Maria), Kansai Aiport dan beberapa lagilah attractions di Osaka.







Osaka Aquarium Kaiyukan dihujung sana.


Kembang kaki kalau tengok bawah.

Bangunan-bangunan sekitar Osaka Bay.

Dah nak sampai bawah semula. Bangunan sebelah adalah Tempozan Market Place.

Insyallah kukuh. Baca doa banyak-banyak.

Lega bila dah mendarat semula. Keluar dari Tempozan Giant Ferris Wheel kami masuk sekejap meronda dalam Tempozan Market Place. Cuci mata apa yang patut. Tak meriah sangat tapi okaylah kalau nak pusing-pusing. Singgah satu kedai jual Hello Kitty merchandises dan tiba-tiba jadi kanak-kanak semula. Dulu kecil tak dapat nak beli sekarang ada duit sikit baru boleh beli. Beli benda-benda comel saja senang nak bawa balik sebab luggage dah penuh dengan makanan. Alasan sangat padahal kalau boleh semua benda nak beli bawa balik. Katanya ada kedai makan halal di Tempozan Market Place tapi tak jumpa pun. Ingat kalau ada jumpa nak cross out kedai makan yang kami rancang nak pergi tapi tak jumpa. Janganlah kita buang masa marilah terus pergi cari makanan. Nak makan shabu-shabu halal yang famous diperkatakan tapi tak jadi. Nak pergi Matsuri pun ada dua sessions dah belum buka untuk session seterusnya. Ended up kami ke Halal Mentei Naritaya Osaka Minami. Yup.. Kedai Naritaya lagi sama macam the one we went in Kyoto.

MAKAN MALAM DI MENTEI NARITAYA OSAKA MINAMI

Dari Osaka Bay kami patah balik ke Osakako Station dan gerak ke Hommachi Station menaiki Osaka Subway Chuo Line (Green) dan tukar ke Midosuji Line (Red) dan turun di Shinsaibashi Station. Lepas tu on saja GPS key in nama kedai terus menapak. Selain turun di Shinsaibashi Station, boleh juga turun di Nagahoribari Station menaiki Osaka Subway Sakaisuji Line (Brown). Lebih dekat kurang dari sepuluh minit menapak. Lapar kemain kami berdua memang tak makan heavy meal dari pagi jadi inilah masa yang ditunggu-tunggu.

Kecil saja kedainya.

Mazesoba yang sedap pun turut ada disini.

Ruang dalam kedai. Tak ada surau disediakan disini.

Ain order Spicy Chicken Ramen.

Kami order Dumplings dan Croquette.

Aku masih setia dengan Beef Bowl. Memang favourite.

Chef tengah goreng Croquette.

Pelayan warganegara Indonesia. Mesra melayan dan bersembang.

Dumplings dan Croquette.

Spicy Chicken Ramen.

Beef Bowl.

Food was awesome. Sama sedap seperti di Kyoto. Sebenarnya kami nak ke Umeda Sky Building tapi cancel sebab dah kepenatan sangat. Sayang sebab tak kesana tapi tak apalah. Kalau korang berkesempatan, jangan lupa terjah Umeda Sky Building. Disebabkan that night was the last night di Jepun, kami decided untuk sekali lagi ke Dotonbori. This time betul-betul nak labur duit incase ada benda yang berkenan dihati untuk dibeli. Dari Mentei Naritaya kami jalan kaki saja ke Dotonbori. Dekat sangat-sangat.

TAKOYAKI DI DOTONBORI

Dalam entry lepas diSINI aku ada kongsikan tentang kedai Takoyaki yang kami singgah untuk beli takoyaki. Sebelahnya kedai yang sentiasa ramai orang. Disebabkan tak sanggup nak beratur, kami beli di kedai lain. This time bila kami ke Dotonbori, ingat nak cubalah takoyaki kedai ramai orang tu.. Mesti sedap sebab ramai sanggup beratur dan kebetulan aku dapat beratur depan sekali. Sambil aku beratur aku dapat tengok live pekerja sediakan takoyaki. Dari tuang batter hingga dah jadi bebola semua aku tengok dan excited. Yes !! Penantian berakhir juga bila dapat beli takoyaki. But semuanya meleset lebur dan kami bersyukur sangat dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri process penyediaan. Setelah semua takoyaki siap dimasak, pekerja itu menyembur alcohol sebelum dimasukkan kedalam bekas untuk dijual. Nauzubillah.. Syukur sangat kalau tak memang dah telan takoyaki tu semua. Kalau aku beratur belakang mana aku nampak apa jadi didepan. Hikmah sungguh Allah izin aku didepan sekali. Terus singgah kedai yang sebelumnya, masih tak ramai orang dan sekali lagi aku tanya untuk kepastian. Aku tunjukkan food card yang aku ada.. Senyum saja dia 'No beef only squid. No alcohol no sake no mirin. Muslims can eat these takoyaki.' Aku yakinlah sebab dari awal pun tengok dia masak tak ada benda meragukan. Ini peringatan juga untuk semua sebab sebelum berangkat ada ramai kawan-kawan pesan makan takoyaki di Dotonbori. Jadi inilah bukti tak semua benda nama 'Takoyaki' di Dotonbori adalah halal. Jangan main tibai beli saja.

Info mengenai Halal Food Card diSINI.

Kedai inilah yang sembur alcohol pada takoyaki.

Berkenan jacket disini tapi entahlah.. Kali kedua pergi tak mahu beli pula.

Nak icecream disini tapi tunggu pekerja tak muncul-muncul.

Pilihan flavours yang menggoda. Tapi sampai sudah pekerja tak muncul.




Are you lost kakak ?

Takoyaki lagi. Perhatikan betul-betul sebelum membeli.

Ramai sangat orang dalam kedai ni. Majoriti memborong kosmetik.


Ini bukan Captain America.. Ini adalah Kuidaore Taro - Most famous clown dan juga mascot Dotonbori. Banyak souvenirs dia dijual.

Menggunakan Osaka Amazing Pass, kita boleh naik cruise di Dotonbori juga.

How we gracefully ended our last night in Japan.

Alhamdulillah niat dihati nak makan icecream akhirnya tertunai bila kami singgah satu booth kecil saja jual icecream vanilla dan green tea matcha. Hanya ada beberapa flavours saja ada buat pilihan. Aku tunjuk food card dan reaction normal yang aku dapat haruslah muka pekerja yang berkerut-kerut. Ada tiga orang pekerja perempuan, muda-muda semuanya macam budak sekolah. Seorang dah pening kepala then dia tunjuk kat seorang lagi angguk-angguk saja. Diorang suruh kami tunggu sekejap lepas tu tiga-tiga hilang pergi belakang tak tahulah buat apa. Sekali keluar masing-masing bawa tepung bawa susu kotak bawa flavouring (aku yakin itu bahan utama dicampur nak buat icecream) dan belek depan kami. Satu-satu diorang perhatikan dah berbincang sebelum akhirnya dengan broken English salah seorang cuba jelaskan yang bahan-bahan digunakan semua selamat. Gigihnya usung semua bahan-bahan kedepan rasa nak gelak tak jadi terus rasa kagum. Comel pun ada juga beriya nak jelaskan. Lastnya kami belilah icecream dalam kesejukan makan. Dari Dotonbori walaupun baru pukul 7.30PM kami tak melencong mana-mana dah. Terus balik ke Shin-Osaka dan perjalanan tergendala sikit sebab ada train yang rosak. Akhirnya pukul 9.00PM juga sampai. Lepak sekejap bersihkan diri dan buat apa yang patut sebelum kemas barang. Ohh Ain kemas barang dulu sebab aku dah selamat pengsan tidur. Tapi at 1.00AM aku terjaga paksa diri kemas barang pula. Tak boleh tunggu esok sebab awal pagi dah nak gerak ke Kansai Airport.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

20 comments:

  1. Wowwwww..pix yg terakhirrr...tu mmg win. Tingginya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bertingkat2.. beli 1 je share berdua cukup dah..

      Delete
  2. fuhhh sikit lagi nak termakan takoyaki alkohol. bestnya tengok muzium kapal dia dengan ferris wheel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. first.. pegi tempat2 macam ni boleh baca doa semoga allah tunjuk antara yang batil dan benar. tak hafal pun just dua tiga kali ulang dalam hati. insyallah Dia akan tunjuk dan dorong yang terbaik ^^

      Delete
  3. kalu cuaca elok mmg sesuai naik ferris wheel tu... dpt tgk view menarikšŸ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup rasanya prefer naik waktu siang walaupun orang cakap malam lagi cantik view.. cheq suka siang terang nampak semua..

      Delete
  4. Rajin gila siap bawa ke depan. Nanti kak Siti bolehlah share card yang kak Siti buat tu. Ke dah pernah share eh? Kalau tak mahu share pun takpe. Bagi tips untuk buat card sendiri pun boleh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa sbenarnya ingat dah share dalam entries awal tapi belum. nanti akak share buat rujukan semua. untuk bahasa lain guna format sama okay kot. mintak pakcik Google tolong hehehe..

      Delete
  5. Masa g Fukuoka beli takoyaki yg jenama kat Shah Alam ade tuu..Boat ke ape tah...mmg katanya selamat la nak makan..hahaha...mmg ade sotong je..

    banyak gila jimat jugak kalau guna pass, tapi kalau fully utilized mmg berbaloi..kalau setakat satu dua kali guna rasa rugi kan beli pass..hihihi...

    glad you had fun walaupun dah hari terakhir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sbenarnya yang sehari tu pun kalau susun betul2 timing semua lebih banyak lagi tempat dapat nak cover. ni kami energy pun menipis sampai tido tido kena cancel few places. pkir balik bab takoyaki tu memang kena tanya dua tiga kali betul2.. then tawakal sajalah hihi..

      Delete
  6. Anonymous03 June, 2018

    Wah cantik2 gambar. Guna handphone atau camera apa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT guna camera fon / action cam dan juga camera digital biasa. edit sikit before masuk blog hehehe..

      Delete
    2. Anonymous04 June, 2018

      CT edit sket ke banyak? Contrast & brightness gambar scenery memang cum. Color saturation especially biru awan2 tu cantik, mcm guna polarizer. Digital camera apa brand you guna.

      Delete
    3. edit sikit dan banyak bergantung pada gambar. guna Canon G7X dengan Sony FDR X3000. kalau canon saturation tak perlu edit sangat dah terang nampak jelas semua. FDR kalau hari mendung kena edit sebab gambar pun sama mendung. untuk awan nampak kepul macam tu darken kan dan add backlight. try and error sampai dapat yang berkenan..

      Delete
    4. Anonymous04 June, 2018

      G7X kira high end compact. For Sony, color memang kurang. You cuba Fujifilm XA-3 (or better) tengok dia punya color cantik oo... Tak perlu edit lagi. Anyway, keep on posting great pics.

      Delete
    5. read bout good comments pasal Fujifilm tapi da canon. for now guna sampai hancus dulula hihi.. tu pun jenuh korek tabung. btw thank you. your comments r so inspiring..

      Delete
  7. jelesnya osaka castle dgn ferris wheel tu. kitorang pun beli osaka amazing pass tu tpi tk dpt naik sbb nak kejar masa n mak pun kaki tk berapa larat sangat :(

    bagus kan orang jepun ni, dia jujur je kalau makanan tu halal ke tak. saya ada beli takoyaki kt dontonbori jugak, nama stall dia creo ru. memang tengok review kat google orang kata halal tpi sebab nak kepastian, saya tanya jugak pekedai tu. nasib baik dorang kata no beef, no mirin :D salute betul dgn pekedai aiskrim tu siap bawak semua bahan2 tu tunjuk kat akak. rasa sedih betul sepanjang pegi jepun langsung tk makan aiskrim green tea dia sbb takut tk halal huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. osaka castle tu tak ada apa sangat jangan rasa terkilan. tak pegi pun x apa... tapi yang ferris wheel tu kena naik. habis tu sempat cover mana je dengan osaka pass tu ? xpela Mazni.. jalan dengan mami mami memang gitu. akak pun kalo jalan dengan mak kena santai jee tak boleh expect dia laju macam kita. kita pun sampai satu tahap lembik.. dats why cancel nak bawak mak pegi Tokyo ahaha tahu da tak larat menapak. unless dengan tour egen ehe..

      yup icecream pun kena check betul2. akak consider kesungguhan budak bertiga tu kerut2 muka check ingredients as kejujuran jadi bru beli. teringin nak makan eskrim dakwat sotong di Otaru tapi fikir balik takut ade alcohol bila flavor pelik2 ni.. hehe..

      Delete
  8. Hebat, dpt jalan2 berbagai tempat walaupun x blh ckp Jepun. Akak salute you gals!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cakap pakai bahasa isyarat pun jadi kak hehe.. diorang basic English boleh je..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.