Siti Yang Menaip Year 2018 : Life Travel & Blogging Recap | SITI.YANG.MENAIP

Siti Yang Menaip Year 2018 : Life Travel & Blogging Recap

/
54 Comments
December 31, 2018

Cepat sangat masa berlalu pejam celik hari ini adalah hari terakhir muka buku tahun 2018. Syukur diberikan kesempatan olehNya menikmati rezeki dan rahmat yang tak pernah putus datang. Dalam kesempitan hadirnya pertolongan.. Dalam diuji hadirnya kekuatan. Jatuh bangun perjalanan menempuh tahun 2018 yang sememangnya ada naik ada turun. Biasalah adat kehidupan. Put aside all the hustles I went through throughout the year, lets only recall all the good ones. I had a blast year filled with wonderful experiences and I was given a great chance to meet with beautiful people. Well sometimes, nasib tak berapa baik jumpa juga yang tidak-tidak. But take it positively, everything happens for a reason. Tiada satu yang sia-sia.

LIFE - Aku masih single dan comel. I did not involve in any love line jadi tak adalah moment butterflies in my stomach and such. Kecuali cinta kepada KPOP Idol dan pelakon-pelakon Korea. Masih menerima soalan bila nak kahwin dan kerja dari golongan-golongan pembawang but take it positively sajalah. Diorang sayang kita and concern (walaupun dalam hati rasaaa kepochi sangat) Hahaha !! Masih jobless tapi alhamdulillah adalah income serba sedikit here and there. This part memang complicated nak kongsi jadi untuk tak peningkan kepala masing-masing dan tambah pressure, marilah kita skip. Berdoa sajalah yang terbaik. Syukur.. Kesihatan alhamdulillah juga demam sakit sikit tu adalah. Normal Allah SWT kasi ujian. Nothing serious yang penting kita kena selalu berdoa untuk kekal sihat.

BLOGGING - Alhamdulillah aku masih rajin (baca : kerajinan celup celup cap ayam) untuk update blog. Tahun kesepuluh sebenarnya aku berblogging. Teringat hari pertama decide nak buat blog back in March 2008, zaman tahun pertama di universiti. Aku terpaksa revert to draft kesemua entry zaman tok kaduk demi kesejahteraan hidup. Tak delete sebab kadang-kadang rasa rindu nak baca kebodohan diri sendiri zaman muda remaja. Dari situ boleh reflect kesilapan dan khilaf zaman dedulu untuk diubah jadi lebih baik. Sebelum re-branding nama blog ke SitiYangMenaip, namanya lain. Tak usah dikenang. Hahaha.. Jelas terpapar tahap mentaliti ketika itu. Masih berkira-kira sama ada nak beli domain sendiri atau tak - akhirnya masih tak beli. Rasa sayang pula sebab katanya kena apply Adsense semula. Tak apalah malas nak bersusah-susah. Bahagia dengan keadaan sekarang tapi esok lusa tak tahulah kalau berubah hati.

TRAVEL - Diberi kesempatan kembali ke Korea tapi kali ini ke Jeju saja. Done wishlist untuk ke Jeju. Next visit kalau ada rezeki kesana lagi, nak explore kawasan lain pula. Penghujung tahun pula dapat kembali ke Australia. Empat tahun berturut-turut pergi Australia dah kenapa ? Nak buat macam mana.. Hatiku tertinggal disana. Bercuti dalam negara, Penang semestinya (kalau dok Penang kira bercuti juga ke ?) Bercuuuti sebab aku pergi tidur hotel dan terjah tempat-tempat yang tak pernah aku pergi. JJCM ke Melaka, Terengganu dan Perlis. I had a wonderful time subhanallah dengan insan-insan tersayang.

 To celebrate this last page of 2018, I would love to bring all of you untuk sama-sama mengimbau kenangan aku dan SitiYangMenaip sepanjang tahun 2018. Saja niat nak berkongsi cerita. Separuh dah aku kongsikan.. separuh lagi masih pending.

JANUARY

Pembukaan tahun yang meriah. Minggu pertama diraikan dengan trip singkat 2H 1M ke Lexis Suites Penang. Sejengkal saja dari rumah aku di Nibong Tebal. Aku booked dari Matta Fair 2017. Dapatlah harga murah berbanding biasa. Dua minggu kemudian, aku, MamiZ, Kak Sal dan dua lagi ahli keluarga dapat ke Jeju, South Korea setelah dua hari saja berbincang. Ingatkan nak tunggu dulu sebulan dua rupanya terus jadi. Inilah yang dinamakan rezeki. Trip 5H 4M bersama Jeju Muslim Travel yang best. Cuma aku belajar sesuatu, disebabkan aku baru tiga minggu balik dari Hokkaido dan Kansai terus bersiap nak ke Jeju pula, aku rasa penat !! Tak sempat hilang lelah dan keterujaan menanti trip seterusnya tak terasa. Rasa seronok sudah semestinya. Berjalan tengok negara orang tapi itulah sesuatu yang aku rasa. Untuk frequent travellers mungkin normal kesana sini. Since then aku decide, kena ada juga gap at least beberapa bulan persediaan fizikal mental untuk trip seterusnya. Semestinya persediaan duit juga.


Untuk pembacaan lanjut mengenai trip aku ke Jeju, sila tekan SINI.

FEBRUARY   MARCH

Banyak dipenuhi dengan aktiviti memenuhi undangan perkahwinan kawan-kawan dan juga anak-anak kepada kawan MamiZ. Kenduri aku tak tahu bila hihihi.. For the first time aku ke Pulau Aman walaupun jarak dekat sangat dengan rumah. Bertahun membesar duduk di Penang tak pernah sekali kesana. Menarik juga petang-petang nak makan mee udang di restoran terapung. Tak sempat nak karang cerita. Masih tersimpan dalam draft. In March pula, we had a mini trip around Penang. This time dengan Kak Sal. Kami decided untuk jalan-jalan sambil berehat sebab santai saja. Aku pergi tempat-tempat yang aku sendiri tak pernah sampai. Kami ke Avatar Garden, Nasi Tujuh Benua, Empangan Teluk Bahang, makan di Nasi Kandar Deen Maju dan beberapa tempat lagi. Banyak sangat new attractions yang ada di Penang.



Untuk pembacaan lanjut sila tekan SINI untuk Percutian Budget Rendah dan Menyeronokkan ke Pulau Pinang.

MARCH   APRIL   MAY

I had to go to Kuala Berang, Terengganu for few months. Tuntutan kerja sementara membawa aku dan MamiZ kesana. Aku ke MRSM Kuala Berang jadi guru ganti untuk dua bulan lebih. Jauh kan ? Dari Pulau Pinang ke Terengganu semata-mata nak jadi guru ganti sekejap saja. Itulah namanya takdir dan rezeki. DIA sajalah tahu apa yang terbaik. Tak tahu nak explain dan kongsikan macam mana dan kenapa. Why until sekarang kerja aku jadi guru ganti saja. Ceritanya panjang dan bosan. But !! Throughout the journey in Terengganu, banyak kenangan manis. I met beautiful kids (read : students) new kakak-kakak insan-insan baik dan semestinya I ate a lot of Terengganu local delicacies. Yuuumms !! Latih students untuk Chain Story Telling Competition. They won third place in state level. Discovered that my housemate for that short period of time sebenarnya kongsi tarikh birthday yang sama dengan aku. What a small world. Had few blast birthday celebrations because semua orang nak belanja kami makan. Even though tak menang, but I competed in a swimming competition among teachers. I played netball after yeeears tak bermain. The shocking part was - I played GS. This short chubby bam bam played GS !! and I scored few. Okaylah. Tak pernah tahu ada bakat jadi shooter. What an achievement biarlah syok sendiri sekalipun. Went to Tasik Kenyir and Pulau Perhentian, meronda around Terengganu - Kemaman, Marang, Kuala Terengganu, Besut, Kerteh (I used to live in Kerteh for few years when I was a baby). It was hectic. Few months in Terengganu yang sangat busy.

We went to places we used to go with DediS,
reminiscing the good old days =')





Untuk pembacaan lanjut mengenai trip aku ke Pulau Perhentian, sila tekan SINI.

JUNE   JULY

Selamat Hari Raya !! We went back to Bangi to celebrate raya. Hari raya pertama saja pakai baju raya. Since DediS tak ada memang both of us, aku dan MamiZ biasa-biasa saja sambut raya. Tak terasa pun kemeriahan. Sambut tetap sambut tapi itulah.. sekadar sambut. I went to Melaka twice this year. In June with MamiZ, we covered few places - Menara Taming Sari, The Stadthuys, Ikan Bakar Parameswara Umbai, Melaka River Cruise, Coconut Shake Klebang. While in July with my kawan-kawan Geng Bulat, after kami ramai-ramai pergi kenduri kawan, we went to Jonker Street, Asam Pedas Claypot Kota Laksamana and tasted the famous Keria Gula Melaka. Both trips pergi tempat berbeza jadi pengalaman pun tak sama.



Untuk pembacaan lanjut mengenai trip ke Melaka, sila tekan SINI.

AUGUST  SEPTEMBER  OCTOBER  NOVEMBER

Gabung semua sekalilah. Sama saja routine yang dilalui. Alhamdulillah rezeki sekali lagi dapat jadi guru ganti. Again !! Aku pening nak kongsi kenapa dan bagaimana. Terima sajalah percaturan yang sudah diatur. Kali ni tak perlu pergi jauh sebab sekolah dekat dengan rumah. Jadi cikgu ni seronok kalau memang dalam hati ada jiwa nak mengajar. Aku memang dari kecil nak jadi cikgu. Belum sampai rezeki yang tetap. Berserah pada Allah SWT. Ikut saja flow. He knows best. Untuk tiga bulan aku mengajar dan macam-macam aktiviti aku buat. Ikut trip pelajar-pelajar pergi belajar buat Labu Sayong, berkesempatan ikut projek tanam pokok bakau dan beberapa lagi. Went to MRSM Parit to visit my students yang nak ambil SPM this year and in the middle of November, aku, MamiZ, Ain and Azie had a mini trip around Penang. Hahaha !! Iyeee.. Jalan-jalan pusing Penang lagi. Aku kena make sure kami selit tempat-tempat yang kami tak pernah visit lagi. We went to Laksa Tempurung Teluk Bayu, makan Rollney, cuba Chelor Chelor di Padang Brown dan beberapa lagi. Kenalah cari kelainan kalau tak mahu bosan. 



Untuk pembacaan lanjut mengenai trip JJCM Penang, sila tekan SINI.

DECEMBER

December memang synonym dengan musim berjalan bagi rakyat Malaysia tak kira di dalam negara atau keluar negara. Alhamdulillah this year dapat sekali lagi cop passport terbang keluar merangkap tanda trip penutup tahun 2018. Perancangan asal adalah nak ke New Zealand. Dari tengah tahun study dan susun perjalanan tapi akhirnya kena tukar destinasi. Syukur belum beli ticket flight. Akhirnya dengan salah seorang kawan Geng Bulat dan ibunya, aku dan MamiZ sama-sama kembali ke Perth, Western Australia. Kenapa pergi Perth lagi ? Ahaa.. Nantilah aku kongsikan dalam entry yang akan datang. Balik dari Perth duduk Bangi sekejap adalah keluar jalan-jalan dengan Ain dan Farah. Jumpa seorang kawan yang kenal dari Instagram. Outing makan Fish n CO, Zanmai Sushi dan Ice Bucket. Menutup tirai minggu terakhir bulan December pula, aku dan MamiZ lari sekejap ke Perlis. Saja jalan-jalan sambil ziarah saudara. Dah siapkan list tempat makan sedap yang nak diterjah. Dapatlah pergi beberapa lokasi makanan yang sedap di Perlis hasil recommendation dari seorang rakan. Perlis pun ada macam-macam hidangan sedap to offer. Later aku kongsi ya..




Dari January penuh jadual. Walaupun adalah sesak sikit here and there tapi syukur masih okay. Kadang-kadang tak faham mana datangnya kekuatan. Alhamdulillah another year has passed with joy and fun. Banyak kenangan pahit manis sepanjang tahun untuk dikenang. Yang baik dijadikan iktibar dan yang sebaliknya dijadikan pengajaran. Semoga tahun baru yang akan mendatang lebih cemerlang dunia akhirat dan membawa rezeki melimpah ruah kepada semua. Even though another year has passed, the love we share will always continue to last. Always spread good thoughts and vibes. Let us grow physically mentally and spiritually healthy and beautiful. Bermaaf-maafan sesama kita menasihati dan ubah semuanya menjadi positive. Cuci hati cuci jiwa rohani kearah kebaikan. Tak salah sebarkan dan berbuat kebaikan esok lusa yang baik akan datang pada kita semula. Hidup ini mencabar dan cabaran itu mematangkan. Hidup tak selamanya mudah dan yang susah pula tak selamanya kekal. Yakin pada janjiNya, disebalik segalanya ada hikmah. Semoga kita semua sama-sama membesar jiwa hati dan rohani ke arah yang positif. Dimurahkan rezeki dan diberi keafiatan kesihatan. Selamat tinggal 2018 yang penuh suka duka dan selamat datang 2019. Semoga tahun hadapan membawa lebih rezeki dan rahmat buat kita semua..

'There are far far better things ahead.. than any we leave behind..'

Terima kasih kerana sentiasa memeriahkan SitiYangMenaip.
Setiap kunjungan dan kasih sayang amatlah dihargai.
Semoga ukhwah fillah kita dirahmati dan berkekalan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

54 comments:

  1. Bestnya baca, macam baca journal lama tak buat macam ni, rasa macam tak ada apa yang menarik nak share plus lama tinggal blog jadi macam berkarat otak nak menulis hhahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak buat jugakla cenggini. bosan2 boleh baca balik kenangan sepanjang tahun. mesti ada event2 yang seronok dalam hidup tu.. catatkan jadikan entry. sebab lama sangat tak post entry tuuuu la berkarat da. lekas2 pi cuci karat tu =P

      Delete
  2. dan moga dipermudahkan urusan akak sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn ya rabb. semoga urusan kita semua dipermudahkan =)

      Delete
  3. Mmg byk tmpt jln2..mkn2 syok kan..lapar tgk gmbr makanan2 tu hehe..happy new year

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe keje makan je ye.. dats why dok bam bam jugak ni hahaha.. happy new year. semoga makin murah rezeki dah sihat sentiasa =)

      Delete
  4. Replies
    1. banyak yang adhoc tak dirancang dari awal. tapi syukur alhamdulillah untuk rezeki yang datang =)

      Delete
  5. Happy new year..moga tahun depan (esok) lebih gembira dan bersemangat hadapi hari-hari yg mendatang

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn ya rabb mudah-mudahan. happy new year too. semoga makin murah rezeki dah sihat sentiasa =)

      Delete
  6. full story utk tahun 2018..:)

    ReplyDelete
  7. Meriah dengan aktiviti dan trip untuk tahun 2018... 2019 pun mesti dah ada berderet senarai menunggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah meriah naik turun 2018. hihi 2019 ada perancangan tapi itula tu.. baru stage merancang =)

      Delete
  8. Bestnya berjalan sambil jalan2 cari makan. Selamat menyambut tahun baru 2019 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali jjcm tu.. lepas ni kena control makan balik. salam tahun baru juga yaa..

      Delete
  9. makannss dan jalannns.,

    ReplyDelete
  10. Wah, banyaknya tempat yang sudah dilawati sepanjang 2018. Selamat tahun baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. ada sikit2 rezeki sana sini. salam tahun baru. semoga makin murah rezeki kita semua sihat sentiasa =)

      Delete
  11. Great entry! Tak macam akak punya 2018 recap. Hahaha. Have a great new year Siti. Harap 2019 kita diberkati dan bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tahun baru Kak Sal. aamin semoga tahun 2019 kita lebih cemerlang. hihi thank you ni CT karang sminggu lepas. slowly taip hahaha..

      Delete
  12. Selamat tahun baru 2019 cik Siti. Tak sabar nk baca entri perlis. Dengar kata pasembor ketam kat restoren nelayan sedap.

    Kak Zainab KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru kak.. insyallah nanti CT kongsi pasal jjcm di Perlis tu. tapi tak pergi pun ke restoran nelayan. trip singkat saja ni..

      Delete
  13. Wahhh dah macam journal pulak.. Ceritera 2018.. Menarik sangat2. Selamat Tahun 2019 siti. semoga lebih baik dari sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru juga. aamin insyallah mudah2an. semoga tahun baru lebih meriah dan dimurahkan rezeki semua orang =)

      Delete
  14. Selamat tahun baru SYM..wah ramai dah buat recapped 2018 tapi sy masih tak publish lagi, mungkin esok kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru.. hihi tengah rajin dapatla menaip sikit. buatlaa jugak alaa x kisah bila nak upload tu =D

      Delete
  15. Selamat Tahun Baru Siti..
    Moga terus dimurahkan rezekinya untuk travel dan berkongsi semuanya di sini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn. itula semoga bertambah rezeki nak travel lagi.
      insyallah akan CT kongsi. terima kasih sudi bacaa =)

      Delete
  16. Macam-macam aksi akak membaca entri ni. Dari duduk baring, dari baring duduk balik. Moga tahun ni banyak peluang travel lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seminggu nak siapkan ni.. dengan malasnya slowly siapkan hihi.. baring paling selesa kak hahaha tapi jaga2 jangan sampai fon hempap muka.. aamin. semua masih di peringkat merancang.. semoga murah rezeki kita semua =D

      Delete
  17. bestnyaaa banyak gila jalan2 ke sana ke mari..tahun 2019 nak ke mana pulak tuuu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  24. Tu dia very happening 2018 sitting semoga bertambah lg do tahun 2019

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn ya rabb mudah2an. untuk kita semua CT doakan.. semoga dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa. kena happy2 =)

      Delete
  25. Banyak kenangan yang ditinggalkan naa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang manis dikenang.. yang kureng tu campak jauh2..

      Delete
  26. warna warni 2018... yg best tu rezeki yg xbest tu pn rezeki jg sbb tanpa yg x best tu maka x kn hadir yg best


    brape byk best daaa๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi betul. yang tak best tu kita ambil buat muhasabah. adalah tu dosa kat mana2 sebagai teguran. hehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.