Turkey 2019 : 6.0 Sekitar Cappadocia - Pigeon Valley, Evil Eye, Kilang Carpet, The Fairy Chimneys Dan Whirling Dervishes Ceremony | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 6.0 Sekitar Cappadocia - Pigeon Valley, Evil Eye, Kilang Carpet, The Fairy Chimneys Dan Whirling Dervishes Ceremony

/
14 Comments
October 26, 2019

22 APRIL 2019

TRIP TURKEY : SEKITAR CAPPADOCIA - PIGEON VALLEY KILANG CARPET FAIRY CHIMNEYS DAN WHIRLING DERVISHES CEREMONY | Hari keenam di Turkey dan hari pertama tour kami di Cappadocia. Disebabkan cuaca yang kurang memuaskan dua hari sebelum kami sampai di Cappadocia, segala aktiviti belon panas telah dibatalkan. Terkilan rasa tapi masih tetap berdoa semoga cuaca esok semakin baik dan semua belon diizinkan terbang esok. Apa-apa pun jom kita teruskan perjalanan sekitar Cappadocia. Kami akan melawat beberapa tempat menarik di Cappadocia seperti Pigeon Valley, Kilang Carpet dan Porcelain, The Fairy Chimneys dan menonton upacara Whirling Dervishes yang terkenal di Turkey. Suhu sangat sejuk dan aku sangat berterima kasih kepada AuntyS sebab pinjamkan bubble. Hari ini dijangkakan salji akan turun sedikit.

CAPPADOCIA

Cappadocia adalah sebuah daerah bersejarah di Turkey yang menggabungkan beberapa Provinces seperti Nevsehir, Kayseri, Kirsehir, Aksaray dan Nigde. Menurut Herodotus - ahli Sejarah zaman Greek (teringat buku teks Sejarah hihihi..) Kawasan Cappadocia dicatatkan dalam sejarah merangkumi kawasan Mount Taurus sehingga ke Laut Hitam. Nama 'Cappadocia' memang telah digunakan sejak berkurun lamanya sehingga ke hari ini dan juga diiktiraf sebagai tapak warisan dan natural wonders. Cappadocia pada hari ini sangat terkenal dengan sebagai satu lokasi yang hebat dikelilingi lembah dan pembentukan batu-batu yang pelbagai rupa. Kebanyakkan pelancong akan memilih untuk bermalam atau berpusat di Goreme - heart of Cappadocia. Cappadocia terbentuk daripada letusan gunung berapi ribuan tahun dulu lagi dan seperti yang dicatat dalam sejarah, Mount Erciyes, Mount Hasan dan Mount Melendiz adalah antara yang bertanggungjawab ke atas pembentukan bentuk muka bumi Cappadocia. Berkurun tahun kehadapan, hasil daripada hakisan, terhasilkan begitu banyak pinnacles of rock yang kita boleh nampak hampir di setiap pelusuk Cappadocia. Batu-batu ini juga dijadikan tempat tinggal dan masih ada yang tinggal di dalam batu-batu ini sehingga ke hari ini.

Salji di musim bunga.


PIGEON VALLEY

Destinasi pertama dituju adalah ke Pigeon Valley yang terletak diantara Goreme dan Uchisar. Mendapat nama daripada ratusan rumah-rumah burung merpati yang dibina di dalam celah-celah batu hasil letupan gunung berapi. Pigeons telah digunakan di Cappadocia secara meluas sebagai sumber makanan dan juga sebagai baja untuk menyuburkan kawasan tanaman yang kurang subur. Walaupun hari ini fungsi pigeons telah dilupakan tapi peninggalan kawasan rumah-rumah burung masih kekal dan kita boleh nampak disetiap bumbung rumah-rumah penduduk mesti ada rumah-rumah burung merpati. Tapi.. bilangan pigeons di Pigeon Valley adalah paling banyak - dah memang tempat burung-burung berkumpul. Itulah jadi daya penarik di Pigeon Valley.


Jumpa Faraa lagi. Hihihi..

Pigeons berterbangan.

Lubang-lubang tu semua adalah rumah-rumah pigeons.

Bagi aku scenery di Pigeon Valley adalah cantik cuma terlalu padat dengan manusia. Burung-burung merpati pun tak takut dengan manusia dah biasa agaknya. Kena hati-hati juga takut burung-burung poopoo kat tudung nayaaa.. Di kawasan Pigeon Valley ada juga kedai souvenirs dah barangan yang dijual harganya agak murah. Aku sempat jugalah membeli beberapa keping fridge magnet 'Cappadocia' dengan harga hanya 3TL sebiji. Choices pun banyak jadi seronok nak memilih. Ada banyak jugalah benda yang dijual tapi yang lain tak ada kepentingan untuk dibeli.

Disini juga ada pokok yang dipenuhi dengan Evil Eye.
Apa pula Evil Eye ni..

EVIL EYE - LAGENDA DAN SUMPAHAN KEPERCAYAAN RAKYAT TURKEY

Melayu pun penuh dengan kepercayaan jadi orang-orang Turkey pun ada juga dan yang paling famous serata dunia tahu adalah tentang lagenda dan sumpahan kepercayaan 'Evil Eye' atau 'Nazar Boncu─ču' yang bermaksud pandangan atau perhatian. Rakyat Turkey percaya sekiranya Evil Eye ini digantung di rumah atau dijadikan perhiasan, petanda-petanda baik akan datang dan jauh daripada segala jenis keburukan dalam hidup. Bahasa mudah kononnya macam tangkal. Pening jugalah sebab negara Islam tapi ada kepercayaan macam ni pulaaa dan kita memang boleh nampak Evil Eye ni dimerata-rata sekitar Turkey - dalam masjid saja tak ada agaknya. Souvenirs dan corak-corak pada kain dan carpet pun menggunakan motif Evil Eye. Di Cappadocia ada dua lokasi utama untuk tengok Evil Eye Tree dan salah satunya adalah di Pigeon Valley. Evil Eye adalah sumpahan yang diberikan hanya dengan pandangan mata kepada seseorang ketika individu itu tak alert dengan situasi. Dalam concept Islam, kita ada 'Ain iaitu penyakit hanya dari pandangan mata. Dengan hanya memandang saja kita dah boleh convey aura negative terhadap seseorang. Iyaaalah.. Pandangan penuh kemarahan kedengkian dan kebencian. Semuanya negative dan tak baik. Jadi orang-orang Turkey ingat dengan gantung Evil Eye, semua ini dapat dihindarkan

Pokok Evil Eye yang terkenal di Cappadocia ada di Pigeon Valley.



Aku jujurnya tak tahu apa hukum kalau kita beli Evil Eye ni sebagai souvenirs atau perhiasan. Sebabnya kita dah tahu function Evil Eye digunakan sebagai apa jadi bila kita bawa balik dan letak jadikan perhiasan sedikit sebanyak akan terfikir juga tentang kepercayaan orang-orang Turkey. Bukan bermaksud kita sama-sama percaya.. tapi takut terfikir-fikir. Jadi jalan selamat adalah tak payah beli. Ada yang tak kisah sebab sebenarnya cantik-cantik souvenirs yang gunakan Evil Eye sebagai motif tapi aku memang takut nak beli.

Ada beli alas meja untuk makcik..
Dihujung setiap bucu ada Evil Eye.. terus aku gunting.

Selesai di Pigeon Valley, kami ke kilang membuat carpet dan porcelain. Di showroom gudang carpet tak dibenarkan ambil gambar. Design yang exclusive jadi tak boleh expose melainkan kalau korang dah beli. Semua carpet adalah handmade bukan buatan mesin. Untuk menyiapkan sekeping carpet yang sederhana besar mengambil masa kira-kira lima hingga enam bulan. Sangat halus seninya dan cantik-cantik belaka. Dah serumit itu confirm harga pun tinggi melambung. Paling murah adalah carpet yang bersaiz sejadah mini dengan harga lebih kurang 300TL. Kalau korang nak beli yang besar diorang akan shipping ke Malaysia janji hulur saja duitnya. Ohooohoi memang lebar senyum boss kilang carpet tengok pakcik makcik shopping. Aku tengok sajalah mengagumi corak dan warna-warna yang digunakan. Setiap design ada cerita dan warna-warna yang digunakan dipengaruhi oleh region si pembuat carpet. Majoriti tukang buat carpet adalah wanita - inisiatif kerajaan Turkey untuk membasmi kemiskinan dengan mengajar wanita-wanita buat carpet. Selain itu kami ke showroom porcelain juga. Ini memang kilang yang high class jadi harga memang tinggi. Kalau rakyat jelata kelas bawahan macam aku ni layak beli yang dijual di kedai-kedai tepi jalan saja.


Kami ke kilang Turquoise Stone yang terkenal di Turkey. Aku masuk tinjau tengok harga saja terus keluar balik tunggu dalam bus. Memang tak adalah nak membeli tak mampu. Kalau nak beli juga belilah yang low quality sikit di Grand Bazaar nanti. Lepas habis tunggu pakcik makcik shopping beli barang kami pergi ke satu kawasan ni atas bukit macam tempat melepak jugalah untuk minum tea. Okay !! Sini aku suka sebab tak ada orang - hanya ahli rombongan kami. Sedap tea yang disediakan dan permandangan pun menarik.

Dah minum tea..
Kita pergi lunch sekali. Perut pun dah bergendang..

Permandangan sekitar Cappadocia memang begini.

Testing saja. Nak beli tapi adik aku tak kasi. Huuurm..

Saki baki salji selepas ribut salji tiga hari lepas.

Dede Efendi Kaya Restaurant.


Tengah kitorang sedap makan boleh pula blackout !! Dalam kegelapan tu menggagau makan sebab lama jugalah nak ada electric balik. Restaurant ni bawah tanah dalam batu jadi seram sangat bila tetiba jadi macam tu. Mujur ramai dan pakat keluarkan lampu handphone masing-masing.

FAIRY CHIMNEY CAPPADOCIA

Dalam banyak-banyak tempat menarik di Cappadocia, yang berada dalam top list adalah Fairy Chimney. Formation batu-batu yang ada di kawasan Fairy Chimney menjadikan Cappadocia antara tourist spots yang wajib dikunjungi sebab sangat unik dan cantik. Aku suggest datang waktu petang sikit ketika sunset sebab batu-batu akan nampak seolah-olah bertukar warna hasil pantulan cahaya matahari. Selepas kejadian letusan gunung berapi ribuan tahun dulu, ada kawasan yang dilitupi dengan debu dan lama-kelamaan, debu-debu mendap dan akhirnya mengeras sehingga menjadi batu. Jangan risau nak pijak sebab memang dah keras solid jadinya. Akibat daripada natural forces seperti angin dan air, debu-debu yang kecil telah diterbangkan dan yang tinggal daripada hasil hakisan adalah sisa-sisa yang besar. Ada yang setinggi 130 kaki ke udara tingginya. Masa ni energy aku dah zero jadi aku biarkan Idiq saja bersiar-siar memanjat kawasan sekitar Fairy Chimney. Aku tunggu dibawah layan perasaan ditiup angin petang yang sejuk.

Ketika zaman pemerintahan Roman, ramai yang melarikan diri ke Cappadocia dan diorang jadikan batu-batu di sekitar Cappadocia sebagai rumah. Gua buatan tangan dibina, gereja dan juga kedai-kedai. Disebabkan batu-batu hasil letusan gunung berani ni lembut jadi senanglah diorang nak korek nak bentuk jadikan bilik-bilik untuk didiami. Ada beberapa ruangan di kawasan Fairy Chimney yang jelas kelihatan kesan-kesan peninggalan dahulu kala


Nak beli tapi ditunda-tunda. Akhirnya tak beli dan menyesal.


Nak kejar masa sebab kami akan pergi tengok ceremony whirling dervishes. Siapa yang nak tengok saja akan diturunkan di lokasi ceremony dan dikenakan bayaran tambahan sebanyak 280TL. Aku saja yang join sebab macam curious sangat rasa nak tahu tentang ceremony whirling dervishes. Idiq tak berminat dia nak berehat dan plan sendiri pergi explore jalan-jalan di Goreme. Sepanjang ceremony kita tak dibenarkan bercakap ketawa langsung tak boleh sebagai tanda hormat. Langsung tak dibenarkan merakam apa-apa juga. Tapi jangan risau, selepas habis ceremony boleh nak rakam atau ambil gambar. Ada session khas dilakukan untuk kita bergambar atau record. Buatlah apa nak buat.

WHIRLING DERVISHES DI CAPPADOCIA

Whirling Dervishes Ceremony ada kaitan dengan ahli sufi terkenal Turkey - Mevlana Rumi. Ini adalah tarian khas para ahli sufi yang terkenal dan sambil menari berpusing-pusing diorang akan nyanyikan syair dan puisi yang indah-indah bahasanya. Whirling dervishes juga adalah salah satu bentuk meditasi yang dipraktikkan oleh ahli-ahli sufi pada masa dahulu untuk mencari ketenangan. Dengan melalukan aktiviti whirling ini, nafsu keegoan dan keinginan peribadi akan ditolak tepi dan hanya pengabdian kepada Tuhan yang menjadi focus utama. Sebab tu masa diorang berpusing kita hairan tak pening ke berpusing tak berhenti - bila dah terlalu focus.. dikatakan sampai lupa segala-galanya tentang dunia jadi tak sempat nak pening (ni analogi bahasa nak bagi mudah faham). Mevlana Rumi adalah antara ahli sufi yang sering melalukan whirling dervishes dan menjadi ikutan walaupun sudah tiada. Ketika berpusing, individu hanya akan menyebut perkara yang baik-baik saja seperti kebahagian dan kegembiraan.

Bagi aku pertunjukkan whirling dervishes ni biasa saja tak ada wow factor sangat. Kalau korang berminat dengan aktiviti yang dekat dengan etnic local jadi bolehlah join sekali. Untuk aku personally cukuplah sekali aku dah merasai dan lain kali kalau orang ajak pun tak apalah. I'll pass. Aku rasa harga yang dikenakan agak mahal juga jika dibandingkan dengan experience yang kita dapat tapi again.. Whirling dervishes adalah aktiviti culture jadi okay tak apalah aku bayar untuk ilmu yang aku dapat. Cuma aku rasa pertunjukkan akan lebih menarik sekiranya kita ada idea sikit tentang apa yang diorang baca atau nyanyi ketika persembahan. Mungkin boleh edar lirik sekali dengan translation sebab purely in their language. Aku pun tak sure sama ada syair yang dibacakan in Turkish atau Persian.


Sampai awal boleh duduk depan.


Lain pula ceritanya apa adik aku buat.. Sakan dia meronda sekitar Goreme pergi tangkap gambar pergi panjat bukit dan explore segenap pelusuk Goreme. Elok juga Idiq pergi meronda, dia jumpa macam-macam kedai jadi bila aku dah balik hotel aku suruh dia bawa aku pergi meronda pula. Mana boleh dia saja yang meronda.. Kami singgah kedai Baklava lagi untuk top up bekalan Baklava untuk dibawa pulang sambil beli untuk buat kunyah-kunyah. Kelakar sangat sebab orang kedai tak faham langsung English even simple English pun dia tercengangSyukur ada orang Turkey tolong jadi translator untuk kami order Baklava. Dah borong Baklava, kami pergi groceries mart depan hotel pula. Nak beli jajan lagi tambah koleksi yang sedia ada hasil borong di Kusadasi. Kami minta kotak kosong juga dan berhubung menggunakan Google Translate. Aku sebut 'box' pun diorang tak faham.. Haru sungguh. Syukur ada internet boleh juga pakai apps. Pelik juga sebab Cappadocia tu tempat tarikan pelancong kot tapi peniaga-peniaga sukar nak communicate in English.

Hotel yang kami duduk - Tassaray Hotel.

Kawasan sibuk dan ramai pelancong.

Tengah musim nak pilihanraya.

Hotel-hotel exclusive di dalam gua.

Bucket list aku juga ni nak tidur di hotel dalam gua. Belum rezeki..

Sampai ke masjid budak ni menapak..


Lepas kitorang meronda sekejap patah balik ke hotel semula untuk dinner. Banyak barang kami borong penuh tangan siap dengan kotak lagi. Ya Allah !! Gembira sangat rasa sampai hotel nampak Ali di lobby tengah tunggu kami berdua rupanya untuk confirmkan sama ada nak naik hot air balloon ke tak.. Gilaaa tak nak ? Hahaha memang itulah main reason aku ke Turkey. Ali kata esok hari cuaca diramal baik dan ada permit untuk terbang. Jadi kami kena bayar siap-siap untuk booking. Kalau esok tiba-tiba cancel duit akan refund semula. Bayaran dibuat dalam USD dan seorang dikenakan sebanyak USD230.00 (RM930.00 approx). Memang berbunga sangat rasa hati sebab yang dihajati dah hampir tercapai. Semoga esok semua berjalan lancar cuaca baik dan selamat untuk kami terbang. Tidur awal pukul empat pagi dah kena bangun..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

14 comments:

  1. ok tak sabar nak tunggu entry naik belon panas! Fairy chimney ngan Gerome tu cantik betul. Boleh habis memori dok tangkap gambar. Whirling dervishes tu akak ingatkan tarian, rupanya sejenis ceremony. patutlah dok ulang-ulang pusingje takde step lain. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi dah standby extra memori card akak. memang takleh cukup kalau 1 ja. batery pun kena ada spare baru nak jalan pun rasa senang hati.

      a ah ceremony tapi more to dancing pun ya. slowly santai2 pusing2.

      Delete
  2. cantiknya gambar. turkey ni one of my wishlist. teringin nk pergi sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak gambar adik spupu yang ambil. kita tumpang saja.
      insyallah ada rezeki nanti untuk kesana =)

      Delete
  3. Dapat tengok gambat dengan pemandangan yang indah ni pun dah besar nikmat sangat-sangat...apatah lagi bila dapat tengok depan mata terus..subhanaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nikmat mata dapat tengok alhamdulillah. saya bawa balik kenangan disana dengan niat berkongsi buat semua. mudah2an rezeki kalian juga dapat kesana =)

      Delete
  4. scenery mmg superb! tak dinafikan... kalau musim lain netah mcm mn agaknya cantiknya kawasan tu...

    evil eye tu penah bc kt komik. dia ckp, kalau bw blk nnt rroh2 dlm rumah tu tak tenteram hehee x tau betul ke x

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim lain pun batu2 ni still macam ni gersang hehe cuma time salji la kot memutih je nampak. walaupun spring tapi bunga2 tak kembang mekar lagi. ada penah tengok orang share Cappadocia masa spring perghh lawa.

      evil eye tu cantik comel tapi tula..
      takot dah tersalah konsep.

      Delete
  5. Biar menyesal beli daripada menyesal tak beli. Cantik keychain tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaaa !! tidak tak mau ingat terkilan rasaaaa itu..

      Delete
  6. banyak local souvenirs..cantik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. saya tragak2 nak beli.
      menyesal tak beli !!

      Delete
  7. ya Allah comelnyaaa keychain hot air balloon tu!! awat la tak beliii..kena pergi lagi ni atau kirim kat orang..hahahah

    serius la hotel dalam gua tu ekslusif? haa, memang ct kena pergi lagi sekali...boleh baca dari pengalaman ct je nanti..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaaa awak !! janganlaa cakap begituu awak. hatiku sayuu mengenangkan hot air ballooon itu. itula niat memang nak kirim pada sesiapa yang pergi. teringat2..

      haaa betul hotel tu exclusive. kena book awal beberapa bulan sbb ramai yang nak dok situ. insyallah ada rezeki nak pergi lagi bawa mak. mudah2an ada rezeki kembali..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.