Kiriman Dari Australia Dan New Zealand Dah Sampai | SITI.YANG.MENAIP

Kiriman Dari Australia Dan New Zealand Dah Sampai

/
16 Comments
May 28, 2021

Bayang nak dapat travel memang tak nampak lagi. Rasanya ambil masa tiga empat tahun juga baru nak mula pulih secara berperingkat. Kalau dah boleh travel pun aku rasa mesti requirements akan sangat banyak dan rumit. Haiiih.. Tak apalah memang tak dapat buat apa pun plus bagus juga sebab duit pun tak ada sangat lagi-lagi musim Covid19 pendapatan tak menentu. Jadi kita duduk diam dirumah sambil sambung menabung dan tingkatkan ibadah gituuu. Dunia pun makin tenat.. Ada tertulis rezeki ada jodoh lagi bolehlah travel semula. Dah tak boleh keluar merayau tak boleh shopping kat negara orang, kita bawa barang-barang dari luar masuk ke negara kita. Aku kirim snacks dari Australia from my friend yang tinggal di Melbourne. Terima kasih tolong beli pack dan post sampai depan pintu rumah. Parcel dari New Zealand pula aku order di Shopee - ada individu yang tinggal disana open order dan post ke Malaysia.

Thank you so much yang jauh jadi dekat..


Yang dah pernah ke Australia mesti faham perasaan best shopping di grocery shop disana seperti Coles, BigW dan K-Mart. Haiih !! Antara aktiviti yang aku rindu nak buat. Tu aku kirim beberapa items yang selalu borong di Coles. Sour Cream & Onion Chips tu favourite MamiZ. Irony sangat - chips tu diimport dari Malaysia. Hahahaha.. Di Australia aku geram betul sebab ada banyak M&Ms pelbagai perisa dan pilihan. Rambang mata nak buat pilihan semua rasa nak cuba. Aku pilih yang aku rasa tak masuk Malaysia atau aku tak pernah jumpa. Kadang-kadang pergi kedai runcit mahal ada juga choices yang jarang dilihat. Jangan risau sebab semua jelas terpampang logo Halal. KitKat dan Oreo pun sama.. kat sana banyak gila choices menarik. Semua bekalan ni nampak banyak tapi aku kongsi dengan keluarga juga. Jenuh makan benda manis banyak-banyak no no no. Beli snacks macam ni kadang tu sampai lima enam bulan ada lagi.

Okaylah sesekali kirim dari jauh..
Kalau selalu memang ranap poket..


Whittaker's L&P tu aku suka sangat !! Masa pergi NZ aku beli beberapa packets habis laju. Katanya ada dijual di Malaysia tapi setakat hari ni belum pernah jumpa. Cookies Mrs Higgins pula aku tak sempat rasa masa disana jadi bila ada orang open order aku belilah nak rasa. Ramai kata cookies Mrs Higgins lagi sedap dari cookies Cookie Time, tapi aku rasa cookies Cookie Time lagi sedap. Cookies orang putih ni selalunya soft cookies - aku suka juga tapi prefer yang crunchy. Baru puas nak makan kunyah ada bunyi.

Sesekali bolehlah nak order macam ni sebab harga shipping pun boleh tahan. Nak lepaskan kerinduan travel semata kita shopping macam inilah.. Semoga dunia kembali pulih cepat sembuh dan kita semua dapat kembali hidup normal bebas dan bahagia.




You may also like

16 comments:

  1. Oh banyak Siti borong. Makan sedikit-sedikit.
    Akak suka air LP. Air LP itu memang sedap. Haha. Akak pun ada pesan kerepek kentang pada adik kalau dia balik Malaysia. Lagi satu pesan juga apa-apa perisa coklat Whittaker's.

    ReplyDelete
  2. Jauh nya barang2 dia smp hehe.. Whittaker mmg sedap sgt

    ReplyDelete
  3. Ehh kalau tak lalu mkn boleh pass kt akak

    ReplyDelete
  4. wah laju je kiriman sampai ya dapatlah apa yg teringin

    ReplyDelete
  5. wahh banyaknyaaa.. nak buat camner sabar lah eh siti, insyaAllah doakan covid2 lenyap atas dunia ni

    ReplyDelete
  6. Hari tu akak gi Aeon big dengan adik, ajak dia guna self check out. Rasa macam kat Australia. Haha. Best tengok orang kat Melbourne tak payah pakai mask dah. Raya pun jauh lagi meriah dari kita. Rindu nak 'balik kampung '!!

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah sampai sudah

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap. Tak pernah makan .

    ReplyDelete
  9. Wow..sedap-sedap belaka ni..siti :)

    ReplyDelete
  10. perghhhh
    semua sedap-sedap
    bestnya

    ReplyDelete
  11. wah bestnya.. mama suka coklat Whittaker yg badam mmg fav.

    ReplyDelete
  12. Pergh!! m&m tu paing mengancam.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Wah bestnya....bestkan kalau pi mart dia. Macam-macam ada yang tiada di malaysia.

    ReplyDelete
  14. Tergoda tengok m&m tuh. Dah lama juga tak makan m&m. Langsung rasa kena pi beli kejap lagi ni

    ReplyDelete
  15. rasa mcm lama betul tak makan jajan puas2. lapar jadinya

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.