Sotong Goreng Tepung Sedap Dan Rangup | SITI.YANG.MENAIP

Sotong Goreng Tepung Sedap Dan Rangup

/
55 Comments
September 23, 2018
SOTONG GORENG TEPUNG SEDAP DAN RANGUP


Selalu order di kedai seafood kadang-kadang dapat sedap kadang-kadang dapat versi cekodok tepung dalam ada sotong. Macam-macam. Dua tiga kali cuba goreng sendiri mungkin teknik salah tak cantik dan rangup. Pernah tepung tertanggal tinggal sotong togel tak ada sarung. Tapi sendiri yang nak makan tak kisah sangatlah. Aku selalu tengok Maangchi masak di Youtube. Satu hari dia kongsikan recipe ayam goreng tepung bersira. Tengok cara lebih kurang sama macam cara-cara nak buat sotong goreng tepung. Tapi kenapa ayam goreng jadi lawa elok crunchy. Ulang dua kali baru aku faham, Maangchi guna teknik double-frying. It is normal sebenarnya kalau nak goreng apa-apa nak kasi crunchy kita goreng dua kali. Sumpah baru tahu maklumlah 'rajin' masuk dapur. Kakak-kakak dan makcik-makcik yang pandai masak jangan kecam !! Baru belajar dan baru mencuba ni.. 

Akhirnya menjadi cantik elok sotong goreng tepung setelah beberapa kali mencuba. Potong sotong jangan kecil sangat sebab nanti mengecut. Nak goreng seekor terus pun boleh. Lumur dengan telur kemudian golek dalam tepung kemudian goreng. Aku guna Tepung Bestari. Oh !! Jangan tuang tepung dalam telur yang nak dilumur nanti jadi cekodok sotong. Tepung kena kering sebelum digoreng baru rangup. Sekejap saja dua tiga minit untuk gorengan pertama. Angkat dan tos kasi rehat seminit dua sampai minyak kering sikit. Get ready untuk gorengan kali kedua pula. Dah tos dan kering minyak jom goreng sekali lagi sampai garing. Agak-agaklah bila nak angkat. Tos sekali lagi dan sedia untuk dihidang.

Maka jadilah sotong goreng tepung cantik comel dan sedap seperti diatas.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

55 comments:

  1. Pergh! Menggoda sungguh. Lama tak makan haihhh... Nampak cantik je hasil gorengannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe rasa puas hati dapat buat jadi cemni. punyala rasa nak lompat =P

      Delete
  2. sotong kalau goreng tepung mmg dappp ahh!! guna tepung seri aji pun sedap. and pernah juga terbaca kalau nak goreng sotong kena keringkan betul2 supaya tak meletup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba guna tepung seri aji lepas ni. ooo yaka kena keringkan ? ngeh2 CT memang tatau la tips ni sangat. tapi yang buat ni rasa basah jugak sebab kena telur..

      Delete
  3. Sedap ..memang kesukaan sotong goreng tepung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ralit jee kalau makan. sedar sedar dah habis =)

      Delete
  4. Setuju..dulu PC pun tak tau nak rangupkan apa sahaja gorengan bersalut tepung..biasanya mula-mula je rangup,lepas sejuk yang ada jadi lembik atau liat..pergi kedai makan,tanya akak tukang masak tu..alhamdulillah dia tak kedekut ilmu..dia bagitau..goreng dua kali..yang pertama macam separuh masak...kali kedua sampai warna keemasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah sebab confuse kan kenapa kita goreng mula2 jadi lembik. tepung tu takmau lekat dekat sotong ke ayam ke. rupanya teknik salah. taaaakpe lepas ni dah tahu dah kan boleh buat lagi kalau rajin. kalo sotong renyah sikit sebab kecil2.. penat nak tunggu kat dapur kena goreng dua kali =D

      Delete
  5. uii sedapnya...ccl suka cicah dengan sos thai

    ReplyDelete
  6. Pakai tepung bistari mmg sedap.. Ya Allah, lapar tengok sotong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup tepung bestari tu dah sedap. tapi ritu CT tambah lagi sikit garam sebab macam tak cukup masin =P

      Delete
  7. uishhh hantar kat seremban sini sikit hahahahha. nampak mengancam ngattt!

    ReplyDelete
  8. Ugh baru tau u caranya 😁 tp tepung bestari tbaik lah, esp if goreng kulat dgn tepung tenpayaki mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheh macam tok CT laa akak ni. tok panggil cendawan kulat jugak comey je hahaha.. tepung tenpayaki ke takoyaki ?

      Delete
  9. Peerrgghh..nampak sedap tu. Malam2 time bw macam ni memang selalu lapar.

    ReplyDelete
  10. Wiiii sodapnya.. Nampak cam rangup jerk tu CT... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihik opcoz rangup. kena goreng dua kali =D

      Delete
  11. sedapnya...rangup tu yg best..

    ReplyDelete
  12. Yummy! nampak sotong goreng tepung tu
    Oh! macam tu ghupernya kena goreng dua kali.
    Terima kasih kongsi tip lain kali nak try juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila.. hehe CT pun banyak kali buat tak jadi. baru belajar jugak ni alhamdulillah menjadi =)

      Delete
  13. yg ni mcm best nak try kat umah. x jumpa sotong cendawan enoki pun boleh~

    Live Life to the Fullest!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuish sungguhla. dengan cendawan pun sodap jugak kan =D

      Delete
  14. oo..baru tahu pasal goreng dua kali ni..dulu2 time takde oven, goreng dua kali kalo ayam kfc yang dah masuk peti ais tu, esoknya nak makan..hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. woo CT ayam KFC kejung dalam fridge terus makan je hahaha xdak goreng2 balik. pun sodap (sbenarnya pemalas) =P

      Delete
  15. MN dah banyak kali buat sotong goreng tepung nie..tapi belum dapat lagi rangup yang MN nak tu..frust betul rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. MN cubalah double frying lepas ni. smoga menjadi sebab CT faham prasaan nya x jadi tu geram and kuciwa hehe.. all the best =D

      Delete
  16. Tepung favourite my family tu, tepung Bestari. Kalau pergi grocery stores, my sisters selalu melobi suruh beli tepung Bestari kalau rasa nak menggoreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib adeeeee dalam simpanan kat rumah. goreng semua benda sedap =D

      Delete
  17. k.fiezz tak baper gemor sotong goreng tepung..rasa makan tepung je kalau order kat kedai..betul la siti, kdg order kat kedai dpt yg sedap..sedap la..dpt yg tak sedap..nak abiskan sepinggan pun jenuh..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang kat kedai CT tanya.. sotong goreng tepung ke cekodok sotong ? haha tapi ni buat sendiri puas hati kak.. makan puas2..

      Delete
  18. Favourite saya ni tapi kalau guna sotong besar lagi yummy..selalu buat jugak kat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kalo yang besar2 tu puas hti makan tu =D

      Delete
  19. Ooooooooooooo... macam tu ke. Akak baru tau. Tq share info :)

    ReplyDelete
  20. Sotong, favorite LZ.. Masak apa pun sedap. Goreng tepung macam Siti buat ni lagi best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe samala kak !! cheq suka sotong jugak. sotong and udang. ketam kureng sikit sebab malas nak kekah kulit dia =P

      Delete
  21. Sotong mmg sedap goreng tepung..

    ReplyDelete
  22. Dugaan apakah ini. Hahahaha! Fav kita ni sotong goreng tepung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha apa lagi Nani ! pegi beli sotong cepat goreng =D

      Delete
  23. dah lama tak makan sotong celup tepung.. nak buat lah nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sila sila.. buat sendiri puas hati makan =D

      Delete
  24. kalau kt kedai tepung je lbh sotong hanyut😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahah kalo nasib x baik.. dapat cekodok sotong =P

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.