Trip New Zealand 2019 : Blue Spring Putaruru & Hujan Lebat Di Rotorua | SITI.YANG.MENAIP

Trip New Zealand 2019 : Blue Spring Putaruru & Hujan Lebat Di Rotorua

/
26 Comments
July 28, 2020

 Trip New Zealand 2019 : Blue Spring Putaruru

Day 6 [16122019 Monday]

Dari Matamata kami meneruskan perjalanan ke Rotorua lebih kurang satu jam pemanduan. Ada beberapa activities dah dirancang untuk dilalukan di Rotorua sebelum check-in sebab hari masih awal lagi. Hari mendung hujan renyai dan angin agak kuat bertiup sepanjang perjalanan. Memandu kereta kecil rasa juga dibuang angin kena alert sepanjang masa. Alhamdulillah kereta tak banyak sangat dan hanya sesekali berselisih dengan lori besar. Sebelum sampai ke Rotorua, kami detour sekejap ke Putaruru untuk ke Blue Spring. Kalau korang nak cepat dan ada benda lain lagi penting nak dibuat, tak payah singgah pun tak apa. Tempat ni aku jumpa dalam salah satu forum berkaitan New Zealand yang aku baca masa buat research. Tengok location macam tak kacau sangat perjalanan itinerary yang aku rancang jadi apa salahnya kita singgah sekejap. Menghampiri Blue Spring Putaruru, coverage memang langsung tiada. Aku dah set lebih awal GPS secara offline untuk digunakan cari laluan kesana.


BLUE SPRING PUTARURU

Kawasan Blue Spring Putaruru ni termasuk dalam kawasan Waihoi River mengalir dari Mamaku Plateau (kawasan tanah tinggi sikit) dan mengambil masa lebih kurang 100 tahun untuk mengalami process penapisan semula jadi. Punyalah jernih dan bersih air yang mengalir sehinggakan diiktiraf sebagai antara penyumbang utama industri air minum di New Zealand. Di sepanjang sungai ada disediakan track untuk berjalan sambil cuci mata tengok keindahan alam ciptaanNya. Kalau korang berminat nak buat walking activity, kena spend lebih kurang empat jam pergi dan balik sekiranya bermula dari Whites Road (State Highway 28) tapi.. kalau dari Leslie Road, hanya 30 minutes saja pergi balik. Semestinya aku pilih untuk gerak dari Leslie Road. Water temperature adalah consistent lebih kurang 11 degree celcius sepanjang tahun. Rasa segar bila bayang tempatnya tapi kita tak dibenarkan berenang disana yaaa.. Memang tak boleh jangan sengaja cari pasal. Kawasan parking disediakan percuma,  tak ada pengawal atau orang yang jaga. Park at your own risk. Masa kami disana seram juga sebab hanya ada sebiji kereta saja tapi tak lama lepas tu ada beberapa kereta lagi sampai. Iyaaalah dah nak masuk hutan sikit ni takut jugalah kalau kami berdua saja. Kena menapak sikit sebelum nampak signage Blue Spring tapi dari jauh dah kedengaran bunyi air mengalir.


Perjalanan dari Matamata ke Rotorua.

Bebiri gemuk ada dimana-dimana. Geram !!

Lembu pun sama sihat.. Hihihi..

Siap pakai baju hujan.

Baju hujan pink beli di kedai Eco.

Subhanallah !! Memang jernih membiru airnya.



Ingat !! Jangan cuba-cuba berenang.

Itik-itik sedang berenang.

Jernih membiru..



Memang rasa tergoda nak terjun masuk berenang. Air jernih sejuk.. Seronok kalau dapat berkuak lentang dalam tu.. Tapi jangan ya.. Nak cuba celup jari pun aku tak berani sebab tebing tinggi. Takut jatuh tergolek dalam air tuuu.. Tempatnya memang cantik nampak alam semula jadi yang tak bersentuh pun. Dijaga elok bersih kemas dan segar sangat. Dalam hujan renyai tu kami ignore saja sebab cantik sangat view dah tak kisah dah. Perlu ke singgah ? Seperti yang aku dah beritahu tadi, kalau tak ada masa tak apa skip pun boleh. Lagipun tak ada aktiviti apa sangat pun disini hanya tengok sungai. Tapi kalau ada extra time, apa salahnya singgah.

HUJAN LEBAT SEPANJANG HARI DI ROTORUA

Dalam perjalanan ke Rotorua dari Blue Spring Putaruru, kepala tengah pening memikirkan macam mana nak adjust itinerary yang nampaknya memang akan tergendala sebab hujan macam tak mahu berhenti. Makin lama makin lebat sampai agak terjejas pandangan nak memandu. Slow habis aku drive sebab takut.. Ikut plan asal kami nak ke Government Gardens, Lake Rotorua Kuirau Park - Mud Pool, Sulphur Point dan bersiar-siar di bandar Rotorua cari souvenirs sebelum check-in. Sebelah malam pula kami rancang nak ke Redwoods Forest. Walaupun hari masih awal tapi langit kian gelap. Susah hati sebab dah nampak bayangan tak boleh nak terjah semua tempat-tempat yang dirancang. Nak buat macam mana.. Hukum alam bukan kita yang kawal. Jadi kami terus check-in dan decided untuk susun balik itinerary untuk keesokan harinya walaupun jadual dah sangat pack. Kita cuba..

PENGINAPAN DI ROTORUA : THE BACKYARD INN (LAUNDRY DAY)

Di Rotorua kami bermalam di The Backyard Inn dengan harga RM316.14 satu malam. Seperti biasa memang tak ada gambar bilik yaaa.. Memang habit aku tak suka ambil gambar bilik. Korang Google sendiri yaaa.. The Backyard Inn is recommended sangat kalau korang nak stay sini. Ada cheaper rooms tapi shared bathroom pula jadi kami tak mahu. Aku request untuk bilik ground floor dan alhamdulillah dapat senanglah nak angkat barang. Siap boleh park depan pintu terus. Bilik kali ni tak ada stove top jadi kena masak di kitchen yang disediakan. Tapi menu kami simple saja panaskan lauk instant tak perlulah nak ke dapur. Guna rice cooker saja settle.. Dah masuk hari keenam di New Zealand, haruslah baju busuk pun menimbun. Kami bawa outfit untuk rotate jadi kita kena basuh batch pertama baju yang dah dipakai. Aku dah siap atur hari-hari yang kami akan buat laundry sepanjang berada disana dan make sure lodging yang kami pilih ada service laundry. Sabun aku bawa siap dari Malaysia, aku beli yang packaging kecil senang nak usung dan estimate sesiap berapa kali basuhan. Satu peket untuk sekali cuci. Kalau tak mahu bawa pun tak apa, beli saja disana atau pun beli di hotel yang kita duduk. Majoriti disana semua ada sediakan mesin basuh dan dryer jadi no need to worry. Campak dalam mesin selesai semua - NZD3.00 (RM8.57 approx) untuk cucian dan NZD4.00 (RM11.42 approx) untuk keringkan baju-baju. 

Hujan oooh hujan.. Sampai ke malam lebat tak ada tanda nak berhenti. Tak ada rezeki meronda ke Redwoods Forest waktu malam. Lepak dalam bilik saja berehat sambil tengok TV dan melayan perasaan mendengar deruan hujan.

Semoga cuaca esok hari lebih cerah.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

26 comments:

  1. Subhanallah.. cantik dan indah ciptaan Allah.. bagaikan lukisan diatas kanvas

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar kak.. memang rasa seperti lukisan. tempat semula jadi
      tak bersentuh bersih dan jernih..

      Delete
  2. Subhanallah... cantiknya!! mcm dlm lukisan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sendiri tngk rasa macam dalam lukisan..
      warna warna alam yang tak bersentuh..

      Delete
  3. MasyaAllah cantik nyer๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete
  4. cantiknyaa view!! semoga murah rezeki sy untuk sampai kesana..inshaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. didoakan semoga ada rezeki untuk ke NZ..
      menikmati cantiknya dunia ciptaanNya disana..

      Delete
  5. Sungai tu sekali tengok macam lukisan. Cantik sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungai tu memanggil2 jee rasa nk terjun berendam..
      cantik sangat jernihnya..

      Delete
  6. SUBHANALLAH INDAHNYA ALAM BAGAI DLM LUKISAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Kak PI.. cantik amat..
      tapi lukisan pun xleh lawan ni cantik semula jadi..

      Delete
  7. ya allah cantiknyaa..suka tengok biru jernih airnya..moga suatu hari dapat sampai kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. air itu memang menggoda jernihnya..
      insyallah.. didoakan semoga AD pun dapat kesana nanti..

      Delete
  8. Integral parts of travelling to me also includes the preparations and the journeys to the locations. Thank you for sharing both.
    Saya pun geram tengok biri-biri gemok tu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ada orang suka baca ada yang tak.. but for me because i like it too so i have to include the journey dalam my writing. amek sekoq buat panggang sedap..

      Delete
  9. masyallahhhhh.. cantik nyaaaa.. mcm best boleh celup2 kaki lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula kak plan asalnya nak celup kaki jadila..
      tebing tinggi takut nak cuba.. takut jatuh terus dalam tu..

      Delete
  10. Allahu cantiknya view kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cntik Allah izin.. damai mata memandang..

      Delete
  11. Masya Allah. Cantik alam ciptaan Illahi. Terpesonaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. cantik x dapat nak ditafsirkan..
      ambil gambar pun rasa macam tak adil nak terjemahkan suasana..

      Delete
  12. Frust betul kalau hujan tapi nak buat cmane, dah memang kehendak Dia, maybe ada hikmahnya. Nasib baik singgah Blue Spring kalau tak rasa ralat jugak sepanjang hari hanya tengok hujan. Geram tengok biri-biri gemuk tu. Amik sekor buat kari jap gi kang taula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. kacau agenda tapi iyalah cuaca kan bukan kita control. ada few places mmg x dapat pergi and enjoy kena skip dah tapi yang penting tetap dapat buat hehe.. hujan pun redah sajalah..

      Delete
  13. Ya Allah macam lukisan air sungai.
    Bertabahlah jalan dalam hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. tapi lukisan pun kalah dengan reality depan
      mata sendiri.. mmg redah jela hujan tau xleh buat apa..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.