Trip New Zealand 2019 : Hamilton Gardens, Grocery Shopping & Mill Lodge Hamilton | SITI.YANG.MENAIP

Trip New Zealand 2019 : Hamilton Gardens, Grocery Shopping & Mill Lodge Hamilton

/
36 Comments
July 24, 2020
Trip New Zealand 2019 : Hamilton Gardens,
Grocery Shopping & Mill Lodge Hamilton



Day 4 [14122019 Saturday]

Lepas melepak di Piha Black Sand Beach, ayuh gerak ke Hamilton. Perjalanan dari Piha ke Hamilton lebih kurang dua jam setengah melalui State Highway 1. Tak ada toll langsung. Langit membiru cantik sepanjang perjalanan dan permandangan kiri kanan pun cantik. Dah keluar dari kawasan CBD tak ada bangunan-bangunan tinggi. Dah mula nampak bukit-bukit menghijau dan ladang-ladang lembu. Boleh tahan jauh perjalanan tapi itulah dia.. Jarak dari satu tempat ke tempat yang lain memang jauh. Plan asal nak singgah Onehunga makan kebab di Kebabs On Queen dan solat di Onehunga Islamic Centre tapi sebab masih kenyang dan setelah ditambah tolak waktu sempat rasanya nak solat di hotel jadi kita teruskan perjalanan. Memandu di New Zealand tak perlu risau pemandu-pemandu yang menakutkan sebab semua sopan tapi sesekali drive tepi lori-lori besar rasa juga seram. Semua patuh peraturan dan speed limit paling laju pun 100km/h saja. Lepas sejam lebih mata rasa berat kuyu mengantuk. Tak boleh jadi kena berhenti sekejap rehat jadi singgahlah ke kawasan rehat. Macam kawasan rawat rehat kitalah.. Rasanya ada dalam 40 minutes terlelap tidur.




Yeay !! Dah nak sampai Hamilton.

Asalnya nak juga lajak ke Cathedral Cove - tempat pengambaran Narnia tapi memikirkan kena hiking aku cancel. Rasa tak sesuai pula nak pergi dengan MamiZ walaupun memang antara bucket list nak kesana. Ada service water taxi yang akan ambil penumpang di Hahei Beach bawa ke Cathedral Cove tapi tak boleh book awal semua kena walk in saja. Dibuatnya pagi tu tak ada trip ke Cathedral Cove tak ke penat yang dapat. Jauh juga tau nak sampai.. Tak apalah kita terus ke Hamilton saja.

HAMILTON GARDENS - WAJIB SINGGAH

Dah alang-alang road trip tu wajib masukkan Hamilton Gardens dalam list tempat menarik di New Zealand untuk dituju. Hamilton Gardens adalah taman awam yang dikendalikan oleh Hamilton City Council dan merupakan taman yang menerima pengunjung paling ramai setiap tahun. Masuk adalah percuma dan kawasan parking pun luas tak perlu risau. Dengan keluasan sebesar 54-hectare, kena spend at least 2 hours untuk meronda sekitar Hamilton Gardens sampai puas hati. Boleh download dan print siap peta Hamilton Gardens takut sesat sebab peta free tak disediakan nak peta kena bayar. Kalau nak jejak kaki saja nanti rasa terkilan pula tak dapat cover semua kawasan sebab ada banyak tema taman-taman disana. Kami tak adalah lepak lama sangat tapi puas terasa tengok pokok-pokok bunga yang cantik belaka. Tak cover semua taman pun sebab penat.. Tema taman-taman di Hamilton Garden : Indian Char Bagh GardenItalian Renaissance GardenJapanese Garden of ContemplationChinese Scholars' GardenEnglish Flower Garden dan Modernist Garden.

Semua taman-taman berlainan tema beri vibe yang berbeza. Kemas dan cantik semuanya. Selain daripada taman-taman yang bertema, ada juga taman lain seperti Rose Garden. MamiZ paling gembira dapat tengok roses yang gemuk.

Warning !! Banyak gambar nak dikongsikan.
Tabahlah..



First thing first.. Kami terjah ke Rogers Rose Garden.

Besar dan wangi !! Geram..



My favourite !! Yellow Roses. Suka roses kelopak kecil..

Segugus terus bunganya..

English Flower Garden.

Indian Char Bagh Garden.

Italian Renaissance Garden.

Chinese Scholars' Garden.



Memang puas hati sangat tengok roses setiap sudut rasa nak bergambar. Ada pelbagai jenis bentuk dan warna so colourful meriah. Musim panas ni pun memang antara musim sedang elok semua bunga berbunga kembang. Jadi kalau korang peminat bunga, silalah ke Hamilton Garden. Tak akan menyesal.. Rasa tak nak balik adalah. On the way nak keluar baru kami singgah sekejap ke taman-taman yang bertema. Kami singgah laju sikit sebab orang sangat ramai.. Memang main attraction adalah taman-taman ni jadi logic ramai pengunjung.

PENGINAPAN DI HAMILTON : MILL LODGE HAMILTON

Lepas dah penat meronda lenguh kaki terasa memang terus decide nak check-in di Mill Lodge Hamilton dengan harga RM285.69 satu malam. Booking melalui Agoda. Baru pukul 5:00PM dan memang plan nak check-in awal supaya dapat rehat lebih lama. Tak jauh pun hanya 10 minutes memandu dari Hamilton Gardens. Aku suka sangat hotel ni dan very recommended. Aku tak ambil gambar memang habit selalu lupa ambil gambar tempat tinggal plus kurang berkenan nak share. Korang Google sendiri yaaa.. Besar kemas dan very comfy. Aku suka lodging macam lodge atau motel sebab boleh terus park kereta depan pintu masuk. Singgah PAK'nSAVE sekejap dekat saja sebelah hotel untuk beli barang-barang nak masak. First round nak beli groceries sebab baru mula nak memasak. Belilah sayur, telur, buah dan apa-apa yang perlu. Jajan jangan lupa.. Bekalan untuk kekal segar ketika memandu. Perangai aku kalau pergi jalan aku suka beli pan sebab malas bawa dari Malaysia. Cari yang murah saja..

Seronoknya shopping groceries kat negara orang..

Antara makanan ready to eat yang dibawa by Sharifah Food dan Ezee Food.

Jajan yang diborong..


Cookie Time sangat sedap !! Beli sikit dulu nak rasa before beli untuk bawa balik. Aduh teringat-ingat rasa biskut chocolate chip tu.. Ramai yang suggest aku cuba Puhoi dan aku pun belilah. Disebabkan aku bukan peminat minuman bersusu, aku tak reti nak menghargai rasa nikmat minum Puhoi. Tapi sedaplah not bad dan wajib cuba. Aku beli yang kecil saja sebab tahu kalau beli yang besar nanti lambat habis. Chocolate bars Whittaker's terus rembat dua ketul sebab buy 1 for NZD2.50 tapi buy 2 for NZD4.00 hahaha.. Makanlah chocolate sampai muak. Aku suka perisa ada honey comb dan creamy milk biasa. Yang kacang pun suka juga tapi tak ada offer. Sekejap saja habis tu.. sambil memandu mengunyah tahu-tahu licin.

Okay.. Kita sambung lagi nanti. See yaaa..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

36 comments:

  1. Seronok cuci-cuci mata di taman. Puas jalan keliling.
    Ada juga cuba susu Puhoi. Boleh tahan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. memang cuci mata sungguh cantik belaka..
      sapa yang suka susu memang sukala Puhoi tu.. saya biasa je..

      Delete
  2. Siapa peminat bunga mesti tak nak keluar dari sini kot hahahaa...
    Roses aje dah macam-macam jenis ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. saya yang biasa2 je suka bunga pun teruja..
      kalau yang betul minat tu mesti lagi excited..

      Delete
  3. Subhanallah cantiknya roses tu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. cantik sangat. puas mata memandang..

      Delete
  4. TERBAIKLAH N3 SITI SUBHANALLAH CANTIKNYA ROS PELBAGAI BENTUK N WARNA NZ INDAH SEKALI VIEW

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh kak.. Allah ciptakan bumi NZ indah belaka..

      Delete
  5. Subahanallah! Terpegun dengan keindahan suasana di NZ. Segala puji hanya bagimu ya Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah.. tak lekang mulut memuji..
      tengok cantiknyaa ciptaanNya.. kerdil rasa diri..

      Delete
  6. agak2 kalau terpetik bunga dekat taman tu kena marah tak? tak pun kena tangkap or kena denda? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa disana tak nampak pula pengawal ke yang jaga.. tapi tak dibuat orang tengok kanak2 pun tak petik apa2.. cuma depa main2 lari celah pokok adala pijak2 pokok yang rendah2 tu. kesiann pokok hehe..

      Delete
  7. Cantiknya semua roses yang ada kat sini. Rambang mata ksarie tengok gambar. Kalau real life harus lagi rambang mata sampai tak tau nak bergambar kat rose yang mana dulu. Bestnya Siti. New Zealand ni setakat ni tak berjodoh dengan KSarie. Pernah dah plan nak pergi tahun 2014 dengan member sekali dia accident plak. Jadinya rancangan New Zealand terbengkalai sampai sekarang. Baca semua post Siti pasal New Zealand mengundang rasa nak ke sana juga suatu hari nanti. In sya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya berangan nak ke NZ pun bertahun kak.. banyak kali tak jadi. tapi tahun lepas saya betul2 nekad sebab sendiri rasa tahun 2020 tanak travel jadi kena pegi juga. bila Covid melanda saya tak terkilan tak dapat travel sbb memang da niat begitu. syukur Allah izinkan kaki jejak ke NZ juga. insyallah kak.. ada rezeki pasti sampai. lambat cepat tu percaturanNya tapi mesti yang terbaik juaa buat kita..

      Delete
  8. Puas hati layan mata tengok bunga-bunga tu! so colorful and beautiful!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes indeed.. saya bukan pencinta bunga sngt.. biasa saja..
      tapi tewas tengok cantiknya bunga2 tengah mekar..

      Delete
  9. Seronoknya dapat jalan2 kat NZ ni. Lagi best bila tengok kebun rose tu. Tetiba berangan nak ada kebun ros macamamtu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Malaysia pun bunga roses tumbuh subur juga kan..
      boleh tanam cantik2 macam ni juga. jadikan taman..

      Delete
  10. roses..menarik Hamilton Garden..

    ReplyDelete
  11. waduh bunga rose banyaknya. Sukanya tenguk bunge berkembang. Besar-besar pulak tu. Pergh coklat wittakers sedapnya. Ya Allah mudahan akak ada rezeki jejak sana. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah kak.. ada rezeki pasti smpai..
      saya skarng lowkey la sikit mmg tabong pun da semput..
      semoga ada rezeki jejak kaki jalan2 lagi..

      Delete
  12. Cantiknya taman-taman tu!!! Semua dihiasi bunga yang indah! Terutama bunga ros tu. Besar dan cantik!!!

    Mula2 tadi baca perkataan Hamilton ingatkan pasal Lewis Hamilton... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. itula mmg niat ke Rose Garden sebab mak sngt suka roses..
      seronok tngk dia pi belek2 bunga2 tu semua.

      eehh Lewis Hamilton segak gak.. segak lain ihik..

      Delete
  13. Seriously suka tengok keindahan bumi NZ. Dia punya nature tu memang cantik sangat. Terjaga. Banyak betul garden yang ada tu. Memang wajib singgah lah kalau dah pergi sini kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. Allah izin bumi NZ kaya dengan keindahan alam semula jadi.. kiri kanan cantik.. buat kita berfikir.. kerdilnya diri..

      Delete
  14. SubhanaAllah.. Cantiknya bunga-bungaan itu.. Puas hati ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. plus roses ni selalunya tumbuh elok
      musim apa pun so sentiasa blh kekal cantik..

      Delete
  15. nak nangis tau belek entri ni sebab rindu gila nak travel..da la tak pernah sampai NZ lagi 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangannnn gitu !! kita kenang kenangan manis2 time travel k..
      buat semangat nanti baru boleh travel..

      Delete
  16. Subhanallah! Geramnya tengok bunga-bunga tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe rasa nak picit2 kan.. geram sangat hehe..

      Delete
  17. mak aiiii cantiknyaaa tempat ni. kalau nina duduk berjam2 selfie tak habis2

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaa benar.. memang tak puas sekejap kena spend masa
      lama kat sini baru berbaloi cuci mata..

      Delete
  18. Roses garden tu macam dalam fairytale. Cantiknya kalau kak Sal sampai sini tak nak balik. Paradise garden tu pun cantik. By the way you had me at tempat shooting Narnia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam bucket list nak kesana tapi tengok review.. kena panjat bukit curam la track mcam tak sesuai untuk bawa mak jadi cancel sajala. insyallah ada rezeki kembali kita pegi lagi hehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.