Ikan Bakar Sedap Di Pak Teh Ikan Bakar Seri Iskandar | SITI.YANG.MENAIP

Ikan Bakar Sedap Di Pak Teh Ikan Bakar Seri Iskandar

/
58 Comments
January 28, 2019
IKAN BAKAR SEDAP DI PAK TEH IKAN BAKAR SERI ISKANDAR. Kalau korang antara pembaca yang rajin singgah di SitiYangMenaip, mesti dah tahu aku memang peminat hidangan ikan bakar. Banyak juga hidangan ikan bakar di beberapa restaurant yang aku dah recommend. Kalau ada yang bagitau ikan bakar disini disana sedap, mesti nak singgah. Samalah macam di Seri Iskandar, Perak ni.. Selama setahun setengah menetap di kawasan sana, adalah beberapa kali singgah makan ikan bakar yang sedap di Pak Teh Ikan Bakar Seri Iskandar. Usually aku hantar Whatsapp untuk tempah makanan dan booking meja. Setiap kali pergi tak pernah lagi kecewa dengan menu-menu pilihan yang dihidangkan.


HIDANGAN MAKANAN DI PAK TEH IKAN BAKAR SERI ISKANDAR

Menu di Pak Teh Ikan Bakar Seri Iskandar
Ini gambar pertama kali pergi, tahun 2016.

Ikan Jenahak Bakar, Sotong Goreng Tepung, Tomyam dan Kailan Ikan Masin.

Udang Butter sedap di Seri Iskandar Pak Teh Ikan Bakar
Pernah sekali order Udang Butter.

Ikan Bakar sedap di Seri Iskandar Pak Teh Ikan Bakar
Jenahak Bakar lagi. Memang favourite yang ini..

Senarai Tempat Makan Sedap di Perak

Selalunya aku akan order Siakap Bakar atau Jenahak Bakar, tapi di Pak Teh Ikan Bakar aku suka order Jenahak Bakar. Bagi aku, simple sangat kalau nak nilai ikan bakar di satu-satu kedai tu sedap atau tidak, bergantung kepada sambal yang digunakan. Setuju tak ? Kalau sambal sedap, mesti sedap dan sebaliknya. Di Pak Teh Ikan Bakar Seri Iskandar, sambal yang digunakan sedap dan lulus ujian anak tekak aku. Itulah jadinya asyik pergi makan disana. Harga wise normal standard kedai-kedai yang jual hidangan ikan bakar. Tak adalah terlalu mahal just nice. Kalau korang berada disana, tak tahu nak makan dimana, singgahlah ke Pak Teh Ikan Bakar Seri Iskandar. Sekarang dah pindah semula ke Pulau Pinang, rindu nak makan ikan bakar disana. Happy eating !!

SITI YANG MENAIP


You may also like

58 comments:

  1. Allah terliurnya tengok siakap bakar T_T

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum CT...wah !! nampak sedapnya...kalau ke sana boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah menggugat sungguh ikan bakar tu..
    Nanti kalau ke negeri sana bolehlah singgah sini makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT pun lama x makan kat sana so rasa teringin pulak.. tapi jauh =P

      Delete
  4. sdapnya jenahak bakar tu..yummy..:)

    ReplyDelete
  5. Menarik betul ikan bakar dia..

    ReplyDelete
  6. baru nak ajak bawak g sana lagi sekali...hahaha...gigih tak...tak pernah lagi makan jenahak bakar...selalu masak berkuah je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha jauhnyaa awak.. dari Penang pun jauh. tapi kot2 la terlajak ke Seri Iskandar kan mana tahu =D

      Delete
  7. Akak dah pernah singgah sini .sambil melawat anak di utp sambil jamu perut...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. woo aha dekat dah tu UTP dengan kawasan ikan bakar ni =D

      Delete
  8. La...ct pernah tinggal di seri iskandar ke..kalu tak boleh pekena ikan bakar sama2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheh a ah kak dalam setahun stengah jugalah disana. skrang dah pindah balik Penang balik dah..

      Delete
  9. Blog akak sekarang mmg ada masalah.nak masuk kena klok byk kali baru dpt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula nak singgah je error. agak da ni ada problem.
      tu biar dulu tak singgah lagi =P

      Delete
  10. Tq ct rajin singgah ke blog akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome kak.. akak pun rajin singgah sini. thank yiuu =D

      Delete
  11. Besar gila ikan bakar dia :O Kenapa ikan bakar dekat restaurants lain tak besar macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha makin besar ikan makin mahal harganya. haaa da terhasil hypothesis haha..

      Delete
  12. hermmm... macam pernah pergi... tapi lepas tengok gambar ni rasa macam memang kena pergi lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi akak dekat jugak tu kalo nak pergi. cheq ni jauhh..

      Delete
  13. Mailah belah Perlis.Try ikan bakaq kola pula. Tapi mmg nampak sedap sangat hidangan ikan bakar kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan bakar kuala insyallah soon dalam list.. last time CT cuba di ApiAPi not bad jugak. heheh.. nanti pegi Perlis lagi nak JJCM ^^

      Delete
  14. Cuba tengok. Berjaya masuk ke tidak.

    ReplyDelete
  15. mmg nampak sgt mengiurkan ikan bakar tuh pun... alahai lapo rasa perut nih

    ReplyDelete
  16. Tak pernah tak menggoda kalau baca post tentang makanan dari Siti. Sokmo mouth watering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kite sukaaa makan cengginila jadinya =D

      Delete
  17. tgk gmbr je dah sedap kalu CT belanja lg sedap kot eh ehhh ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kalo orang belanja air sirap pun sodap. mailaaa jalan Penang. brapa kaliii nak habaqq ni ? haha mai jangan dendiam macam mana nak banja..

      Delete
  18. Sedapnya ikan bakar. Kalau ke arah sana, bolehlah singgah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar. kalo terlajak sana silala singgah =)

      Delete
  19. Nampak sedap tu..kalo ct cakap sedap, memang boleh percaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeh2.. kena pi rasa dulu takut selera tak sama =)

      Delete
  20. Hi dak kecik

    selamat tahun baru ....

    hahahaha walau dah nak masuk februari

    ReplyDelete
  21. bila nak belanja akak?

    ReplyDelete
  22. Mata terus ke sotong goreng tepung... oh nooo ! dugaan apakah memalam niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. sotong goreng tepung sini sedap !! CT pun tingin nak pi sini balik tapi tatau bila nak ke sananya. jauh sangat =D

      Delete
  23. ya ampun terliur tgk,dh la dlm pantang ni.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. ampun !! hihi sabar na lepas pantang boleh attack =)

      Delete
  24. aduh kecur tgk jenahak bakar tu, rabu depan nak beli la sekor. bakar sendiri hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..!! jangan lupa share kat blog tau..!!

      Delete
  25. Biasa ikan bakar memang sedap kalau kena dengan sosnya...ikan memang sedap kalau ikan baru naik kan..mahal pun takpe asal puas hati makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo sos KO memang putus selera makan.. penah jugak pegi kedai lain pastu sos dia krik krik seksa nak habiskan. betul.. makanan sedap mahal xpa..

      Delete
  26. Wow..sedapnya nampak ikan dengan udang tu..

    ReplyDelete
  27. Betul !! Ikan bakar ni kalau sampalnya sedap memang sedaplah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kadang2 tu memang sambal out. terus turn off nak makan..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.