Dah Pandai Buat Kuey Teow Kungfu | SITI.YANG.MENAIP

Dah Pandai Buat Kuey Teow Kungfu

/
38 Comments
April 23, 2020

Aku bukan nak share recipe tapi saja nak tayang bukti seorang pemalas masak pemalas masuk dapur kini dah semakin rajin berkungfu. Berkat terperap dalam rumah sepanjang PKP. Aku minat masak-masak tapi sumpah tahap malas aku level diraja. Cuma bilaaa terbit aura rajin tuuu haaa.. terhasil jugalah macam-macam. Sepanjang PKP ni banyak juga menu baru aku try - lauk kuih dan kek. MamiZ pun kagum tengok anak dia dah semakin menjadi manusia. Hasil campak-campak bahan yang ada jadilah buat hilang kempunan. Buat sendiri boleh letak macam-macam bahan meriah jadinya. Nak kata sedap sangat tu tidaklah first time oookay aku buat Kuey Teow Kungfu sendiri tapi rasa tu luluslah nak masuk perut time lapar. Kena practice lagi biar nampak kemas dah lebih sedap.

Masuk bakul angkat sendiri.




You may also like

38 comments:

  1. looks yummeh ! yana yang makin malas sejak PKP nie hahaa .. adoii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha awat hang ? akak pun terbit rajin ni sesekali ja =P

      Delete
  2. Yeah... Tahniah kerana dah semakin rajin. Tapi LeYa pun dulu macam tu.. Start dah married, yg baru belajar memasak sebenarnya tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai cakap cemtu.. kalo da kawen nanti otometik jadi pandai masak hehe.. tengokla macam mana bayang nak kawen tak nampak ni =P

      Delete
  3. Rajinnya cuba resipi baru. Saya waktu PKP ni takde buat resipi baru. Waktu PKP malas gila.
    Rasanya sebab saya tak pergi pasaraya tau. Kalau pergi macam-macam idea keluar nak masak apa.
    Insya Allah sedap tu kalau tekak sendiri rasa sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebabnya kat kedai selalu order kuey teow kungfu.. mana boleh pi kedai haha kena buat sendiri gamaknya.

      Delete
  4. Wow..presentation tue yg mahai tieπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..❤❤..sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha buat yang pertama kali cuba masak.. okayla kot =P

      Delete
  6. Bila dah duduk umah saja semua masakan kita nk cuba hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. takot gak kang tak menjadi.. membaziaaq..

      Delete
  7. lama tak makan kueteow kungfu ni :) nampak sedap tu..

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap tu Siti. Keep it up :)

    ReplyDelete
  9. Salah satu hikmah di suruh duduk rumah...
    Kungfu faveret akk, tp sejak pkp nie tak merasa lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan.. menjadi rajin serta merta untuk memasak..
      sedap kan saya suka jugak tu gigih buat sendiri =P

      Delete
  10. kita sama laa..tapi sejak sy dah x bekerja dan anak2 dah besar panjang..diaorg la yg membuat sy memasak rela tanpa paksa..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dah ada children kan memang takleh buat apa.. saya xde tanggungjawab tu lagi so boleh ngelat. ehhe..

      Delete
  11. Memang maca RMO ni yang tak pandai masak, jadi pandai masak. Yang malas masak, jadi rajin masak! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahha betul2.. tetiba semua orang ada bakat memasak. hehe sedap dengan tak je bezanya kekeke..

      Delete
  12. Kan kan dari malas jadi rajin, dari tak pandai jadi pandai...dari tak makan jadi pemakan...acaner tu hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kita dari pemakan jadi lagi pemakan.. lagiiii dasat laa gitu. bahaya tol keje nak mengunyah ja.. hehe..

      Delete
  13. Waaa... nampak begitu menyelerakan laa.... itu katanya pemalas dah setara tu kalau rajin tu , tak tau laa mcm mana ... lagi meletup kebabommm..... Done follow Siti Yang Menaip... heheh. Happy blogging!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pemalas masak saya ni walaupun minat.. bolehla sikit2 tapi tunggang langgang jugakla hehe.. terima kasih =)

      Delete
  14. Wow! Meriah rencah2nya. Ok mak dtg nak test... boleh jadi menantu ke tak... Hehehe

    ReplyDelete
  15. perghhh bukan biasa-biasa menu dia ni..hahahahhah!

    kita pun sejak PKP ni macam2 pulak dicuba...masa tak PKP duduk rumah juga, tapi maybe sebab tak ramai yang ada kat rumah 24 jam, so takde teringin sangat nak cuba bagi orang makan macam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe da tringin jadilah begini haa..

      memang itula salah satu aktiviti nak mengisi kebosanan. takdak aktiviti lain nak buat so kita masak kita makan hehe..

      Delete
  16. Wah! Menarik sangat rupa kejadian kue teow kungfu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kita campak semua benda ada kat rumah..
      buat sendiri bahan boleh letak banyak..

      Delete
  17. tak dapat malas sebab anak-anak semua nak makan..aigoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi saya xdak anak2 lagi xpe boleh mengelat..
      kalo dah ada children memang kena standby food sentiasa..

      Delete
  18. Haha.. sama la tapi skrg idea nk.mask.ap pun dh kelaut

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula ramai kata.. soalan nak masak apa skrng ni
      membahayakn haha ramai stress =P

      Delete
  19. sedap tu..lama xmkn kuehtiaw kungfu..musim PKP ni mmg bole je masak apa yg tringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul2 tu kak terus jadi boleh pandai masak.. hehe..
      selalu tu alasan tak reti jee manjang..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.