Hershey's Bar Limited Edition Baru Perisa Aiskrim Strawberries Creme & Cookies 'N Mint | SITI.YANG.MENAIP

Hershey's Bar Limited Edition Baru Perisa Aiskrim Strawberries Creme & Cookies 'N Mint

/
45 Comments
January 28, 2021

 Hershey's Bar Limited Edition Baru Perisa Aiskrim Strawberry & Cookies 'N Mint

Oooi orang-orang kampung.. ini ada berita baik barang baru di pasaran nak dikongsikan. Haaa.. Hershey's buat hal pula kali ini dengan mengeluarkan tiga bars chocolate terbaru limited edition yang diilhamkan daripada perisa aiskrim popular seperti Strawberries 'N' Creme, Cookies 'N' Mint dan Birthday Cake Confetti. Aku tak pasti sama ada chocolate bars ini dijual dalam pasaran negara kita atau tidak sebab aku tengok iklan khabarnya macam hanya dijual di 7Eleven Singapore. Tapi.. semua benda boleh dibeli online sekarang jangan risau. Aku beli di Shopee saja dengan harga RM3.40 satu bar. Murah sangat harga untuk satu bar chocolate brand ternama bukan harga kayangan pun. Boleh check Shopee shop ini - Cocoa Valley. Ini aku dah share boleh beli dimana, nanti jangan tanya lagi mana nak cari. Antara Shopee shop pilihan aku kalau nak cari chocolate. Perisa Birthday Cake belum jumpa itu kemudian kita cari.

SEDAP ATAU TIDAK HERSHEY'S BARU ??

Ni aku nak bagitahu nanti jangan tanya lagi sedap atau tak.. Walaupun aku sangat suka makan chocolate, Hershey's bukanlah antara top 5 pilihan chocolate favourites aku tapi makan saja kalau dah ada. Lebih suka Hershey's Nuggets berbanding jenis lain. Berbalik pada rasa Hershey's Bar Limited Edition perisa Strawberries 'N' Creme dan Cookies 'N' Mint, rasanya sedap dan boleh diterima tekak. Rasa standard perisa strawberry dan mint tapi diakui lebih creamy dan seakan-akan kita tengah makan aiskrim. Aku prefer Cookies 'N' Mint berbanding Strawberries 'N' Creme sebab memang kurang suka apa-apa makanan perisa strawberry dan sedikit manis. Lebih menarik, dalam bar Strawberries 'N' Creme ada chunks dried strawberries sekali. Bila makan terasa chunks strawberries yang masam manis seimbang dengan rasa chocolate. Dalam Cookies 'N' Mint pula semestinya ada cebisan cookies yang sedap.

Soalan yang korang selalu tanya.. Sedap ke ??? 
Jawapan aku apa ??? S-E-D-A-P.. 

Packaging yang cantik.

Comel !! Ada bentuk aiskrim.


Bagi aku, dengan harga RM3.40 satu bar sangatlah berbaloi sebab Hershey's bukan chocolate cikai tapi antara chocolate yang boleh dikira premium. Size chocolate adalah nipis tak tebal sangat. Menarik jugalah. Nanti nak cari yang perisa Birthday Cake pula - selagi tak jumpa rasa tak puas hati. Kalau korang berminat, boleh cari di Shopee. Banyak sangat kedai chocolates yang jual pilih mana yang berkenan di hati. Tak perlu susah payah meronda ke kedai, nak check nak cari.. scroll saja handphone dan tunggu sampai depan rumah. Easy !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

45 comments:

  1. Cantik rekabentuk coklat. Warna pun menarik.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap. Kalau saya, rasanya akan suka yang mint tu juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mint tu mmg lagi sedap.. yang suka rasa buah
      sesuai la yang stroberi tu hehe..

      Delete
  3. Aduhaiiiiii adik manis....pagi-pagi buat orang tergoda tau. Yeh orang kampung jom pi beli jangan tak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe barang baik kena kongsi.. ayuh orang kampung..
      mari kita borong di Shopee..

      Delete
  4. Menggodanya coklat-coklat ni. Heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kena cari lekaih laa da tergoda tu..

      Delete
  5. kira berbaloi la dgn harganya tu..

    ReplyDelete
  6. sipbaik harga tak kayangan sangat hehehe

    ReplyDelete
  7. aiskrim kayangan ni bg saya, pasal saya kalu makan aiskrim makan aiskrim potong jer, beli kat speedmart, rm1 jer... herhehr

    ReplyDelete
  8. eherm.. terpaksa pegi cari kat kedai cani..

    ReplyDelete
  9. wahhh warna dia tuuu menggoda betul lah

    ReplyDelete
  10. teringin gak nak beli coklat kat shopee..macam kitkat lotus biscoff yg ct share tu..tapi takut cair pulak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cair haih.. depa tau balut elok2..
      stakat ni xdela cair..

      Delete
  11. Saya suka cookies n mint tu..ada satu lg white coklat sprinkle...cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa yang tu yang tak jumpa lagi tu.. dok cari jugak..

      Delete
  12. menarik btul packaging dia...kena bli online...biasa bli coklat hershey yg cookies n cream tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila online ni lagi macam2 choices ada..
      rambang mata nak decide beli yang mana..

      Delete
  13. Menarik.. boleh tengok2 kat shopee nanti ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe scroll Shopee macam2 masuk cart tu..

      Delete
  14. adeh sedapnya Strawberries 'N' Creme, Cookies 'N' Mint dan Birthday Cake Confetti tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yang Birthday Cake tu tak jumpa lagi..

      Delete
  15. Wahh..pasni ramai lah mencari di shopee. scroll scroll jumpa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang scroll je jumpa dah hehe..

      Delete
  16. ish ni nak beli ni..suka brand ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup yup.. choc ni sedap tu yang cepat beli tu..

      Delete
  17. ehhhh, nak beliiiii jugak. nampek sedappppp ni kak

    ReplyDelete
  18. Tak pernahnya tidak terliur kalau menyinggah di blog siti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehe barang baik kita sama2 kongsi kan.. hehe..

      Delete
  19. Dua nie tak pernah jumpa lagi.. wargh!! Cam menarik je.. Nak kena cari juga nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari kat Shopee ya.. jangan dikedai huhu..

      Delete
  20. ada nampak kat pasaraya (cold storage) tp tu laa tgk je belinya tak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalau nak rasa nanti kenala beli kan hehe..

      Delete
  21. Boleh cari ni. Akak kan dalam cart dah banyak dah mini chocolates beratur nak beli dari Cocoa Valley ni. Tapi kan ... fikir dua tiga kali gak. Takut menjelang sampai ke akak, dah cair hilang bentuk pula coklat tu. Kalau beli yang bar camni ok kot kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saya selalu je beli dari Cocoa Valley.. suka scroll account depa. ok je kak depa balut elok tak cair haih hehe.. beli k jangan lupa cuba =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.